23 September 2008, Selasa
KOTA BELUD: Pemuda Umno Sabah hari ini menyatakan sokongan terbukanya kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu dalam pemilihan parti, Disember ini.
Ketua Pemuda Umno Sabah, Datuk Japlin Akim, berkata Khairy sudah membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin yang dapat memenuhi aspirasi pergerakan itu.
“Bagi saya dan rakan-rakan Pemuda di Sabah, sokongan tidak berbelah bagi kepada Khairy ini adalah kerana kami tahu komitmen beliau terhadap perjuangan Umno, dan pada masa yang sama beliau adalah seorang insan yang boleh dipimpin iaitu suka menerima pandangan rakan dan orang lain,” katanya di sini hari ini.
Japlin, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata Khairy juga dikenali sebagai pemimpin yang berilmu, berani serta lantang menyuarakan hak-hak Pemuda.
“Beliau mesra dengan golongan muda di Sabah, dan kami berpendapat tidak ada masalah bagi mereka untuk mengemukakan permasalahan dan tuntutan Pemuda di peringkat cawangan,” katanya.
WT- Adakah pengumuman sebegini menggambarkan sokongan yang sama dan total daripada seluruh Pemuda UMNO Sabah? Atau adakah ia juga akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada yang disokong? Atau semata-mata mainan psikologi umpama canangan kerajan baru oleh Anwar Ibrahim yang akhirnya habuk pun tarak? Atau sekadar mahu mengampu...? Terpulanglah kepada pemuda UMNO yang akan bersidang dan memilih ketua mereka Oktober nanti. Mungkin lebih manis agaknya kalau dikatakan begini `Pemuda UMNO Kota Belud sokong Khairy'...nampak lebih realistik! Kalau Datuk yang mau sokong cakap secara peribadi sajalah...jangan salahgunakan platform Pemuda UMNO Sabah! Jangan marah...kalau marah kena jual...Salam Transformasi Datuk...
No comments:
Post a Comment