Monday, September 15, 2008

HARI PENENTUAN SIAPA KATAK DAN SIAPA PEMBOHONG?


Oleh Warisan Tamar
15 September 2008, Isnin


UPDATE 1- DS Anwar dengan penuh kata yakin plan pembentukan kerajaan katak `berjaya'. Dua macai beliau telah menghantar surat kepada Pak Lah untuk peralihan kuasa secara aman. Pak Lah pulak kata di Terengganu, tak ada apa-apa berlaku. Macam cerita lawak Nabil pulak dorang ni....

UPDATE 2- Seorang rakan beritahu bahawa Ahli Parlimen katak dari BN yang diuar-uarkan melompat katak adalah mereka yang pergi ke Taiwan...Khabarnya mereka dah signed akuan bersumpah dan maybe sudah tibai habuan melompat...Tapi katanya lagi, ada beberapa Ahli Parlimen anti-katak turut serta ke Taiwan untuk memujuk mereka supaya jangan melompat katak. Jika melompat juga, Parlimen akan dibubarkan. Pilihanraya semula dan mereka yang menjadi katak tidak akan dipilih jadi calon BN lagi. Jadi calon Pakatan Rakyat lah jawabnya. Amacam lawak ke cerita ni....hehehe...kan sudah cakap, politik itu serba mungkin! Kita tengoklah siapa yang kena...

UPDATE 3- Sudah SAH..satu Malaya tahu siapa katak puru dan siapa kepala pembohong. Katak tidak keluar sebab hujan tidak turun...Pembohong bikin skrip baru pulak dah...Siakap Senohong, bercakap bohong lama-lama mencuri...Ini kes nak jadi pencuri Ahli Parlimen kot...hantam sajalah engko labu...Sang Ketua boleh menang anugerah `MANUSIA PALING AUTA 2008'...


ESOK adalah hari cuti umum di negeri Sabah dan Sarawak. Esok adalah Hari Malaysia dimana Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Esok juga adalah hari ulangtahun Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak. Dan esok juga adalah hari penentuan samada apa yang disebut-sebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai hari pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan yang baru. Bermakna esok juga adalah hari yang bakal menobatkan DS Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Yang nyata, esok adalah juga penentuan samada sang ketua akan terus membohongi dan mengula-gulakan rakyat Malaysia khususnya para penyokong tegarnya. Tapi `komponen’ Pakatan Rakyat pun sudah mula menghidu bau busuk malah tersengih hodoh dengan janji-janji tipu sang ketua. Esok juga hari yang perlu diingati oleh penyokong Pakatan Rakyat betapa sang ketua sebenarnya sudah `terperangkap’ dengan keyakinan melulu beliau. Lalu berfikirlah secara rasional kepada mereka yang `taksub’ dengan penubuhan kerajaan katak bahawa apa yang diuar-uarkan selama ini adalah omong-omong kosong sang ketua mereka. Ramai penyokong malah pemimpin dalam Pakatan Rakyat juga sangsi dan memperlekeh usaha `busuk’ sang ketua.

Ramai yang mula tersenyum sinis malah kepada kaki judi yang bertaruh esok adalah hari untuk mengutip `taruhan’ jika pilihan mereka adalah `pembentukan kerajaan baru adalah satu pembohongan’. Malam ini sudah pasti sang ketua sibuk menyusun kata-kata dan ayat power untuk disampaikan sebagai strategi pembohongan berikutnya kepada penyokong-penyokongnya dan penyokong Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia esok sedang menanti apakah alasan bodoh yang akan diberikan oleh sang ketua? Yang mula dihidu adalah alasan bahawa pembentukan kerajaan katak akan ditangguh kerana penggunaan ISA akhir-akhir ini dan isu lawatan sambil belajar Ahli Parlimen BN ke Taiwan. Alasan beb...yang penting bagi alasan!

Terkini, rombongan PKR yang baru kembali dari misi memburu di Taiwan sudah kembali ke Malaysia dan dengan nada tersangat yakin ketua rombongan yang juga Ahli Parlimen `Rock’ menyatakan bahawa pemburuan mereka telah berjaya. Siapa pula yang menjadi mangsa? Rata-rata mangsa yang dijadikan target menjelaskan bahawa pemburu-pemburu tersebut tidak pun berjumpa dengan mangsa. Adui mana yang betul? Adakah berjaya pemburuan itu atau pemburu-pemburu itu juga gagal akibat serangan taufan Sinluka di Taiwan?

Hari ini sang ketua sudah pasti ingin tahu dan mahu melihat hasil buruan mereka. Ada baiknya jika pemburu-pemburu ini berjaya, mereka juga ditugaskan ke Teluk Aden untuk berunding pula dengan lanun-lanun yang menawan anak kapal dan kapal kargo MISC. Kalau berfikir secara rasional, lihatlah betapa terhegeh-hegehnya sang ketua untuk menubuhkan kerajaan katak. Sang ketua tidak peduli apa orang lain kata. Sang ketua yakin penyokong dan pengikut tegar beliau tidak kisah jika sekalipun sang ketua terus-terusan membohongi mereka. Bagi penyokong dan pengikut tegar, sang ketua seorang yang `maksum’...hanya orang lain saja yang layak berdosa!

Sang ketua memang licik. Licik tidak semestinya pintar. Pandai menipu dan memutar belit juga licik namanya. Sang ketua `berjaya’ membuatkan ramai pemimpin BN menjadi was-was. Sang ketua juga `berjaya’ membuatkan segelintir pemimpin baik dari PKR, PAS mahupun DAP sudah memasang angan-angan untuk mengangkat sumpah di hadapan DYMM Yang Dipertuan Agong. Pemimpin utama PAS dan DAP sudah menyatakan bahawa kerajaan katak bukanlah kerajaan yang berwibawa dan amalan katak sikatak lompat adalah amalan ahli politik yang dibenci oleh mereka. Tapi sang ketua peduli apa.....biarpun digelar Perdana Menteri kerajaan katak!

Seorang sahabat ada berkata macam mana kalau sang ketua berjaya mengotakan kata janji beliau? Saya jawab dalam politik tiada yang mustahil. Segalanya berkemungkinan. Oleh itu, jika sang ketua menjadi Perdana Menteri katak pun bukanlah sesuatu yang mustahil. Tapi terfikirkah kita apakah yang mustahil akan dilakukan oleh kerajaan sedia ada kerajaan BN bagi menafikan pembentukan kerajaan katak? Nah!!! Segalanya juga berkemungkinan. Politics is the arts of possible!

Jika kita begitu asyik menyerang, kita akan terleka dan cuai dalam membentuk pertahanan. Seringkali pihak yang bertahan akan melakukan `counter attack’...dan kesudahannya pihak yang menyerang kena `heart attack’...apalagi hai hai bye bye lah jawabnya! Kita jangan ingat orang lain bodoh sebab bila kita memperkecilkan dan menidakkan keupayaan orang lain maka sampai masanya kita akan kena check mate...mana mahu lari beb!

Baiklah...sama-sama kita tengok mana tahu di Stadium MBPJ Kelana Jaya akan ada hasil buruan dari Taiwan akan `dipamer dan diumumkan’ oleh sang ketua. Tapi ada juga yang mahu ke stadium sebab mahu menonton konsert kalau-kalau ada aksi `uncensored’ macam dulu.....

Apapun, esok bagi rakyat di negeri-negeri tidak bercuti umum teruskanlah bekerja kerana jika pun kerajaan katak ditubuhkan kita masih perlu mencari sesuap nasi dan menyumbang kepada pembangunan serta kejayaan negara. Lusa di beberapa negeri di Semenanjung khususnya akan bercuti umum sempena Nuzul Quran, tingkatkan amal ibadah kita sebagai bekalan di hari mendatang.

Salam...

No comments: