Monday, July 21, 2008

MUTAKHIR: PERSIDANGAN UMNO 2008

Oleh Warisan Tamar
21 Julai 2008


Sejak 17 Julai lalu kebanyakan cawangan UMNO diseluruh negara telah mengadakan mesyuarat peringkat cawangan. Apatah lagi dengan mengambil kesempatan ruang masa di hujung minggu dimana memberi kemudahan kepada ahli-ahli UMNO untuk menghadiri mesyuarat berkenaan. Dengan bermulanya mesyuarat atau persidangan ini maka secara rasmi bermulalah debaran politik di kalangan pemimpin UMNO. Proses demokrasi yang dijunjung akan menentukan samada mereka layak untuk bertanding ke peringkat berikutnya.

Beberapa kisah menarik diseluruh negara juga berlaku. Antaranya apabila ada cawangan di Bahagian Pekan yang diketuai oleh TPM Datuk Seri Najib telah mencalonkan beliau untuk bertanding jawatan Presiden UMNO. Reaksi DS Najib ialah ianya tidak mengugat pendirian beliau untuk menerima peralihan kuasa yang telah dipersetujui.

GUA MUSANG
Manakala di Gua Musang, kesemua 32 cawangan di bawah bahagian UMNO itu bersetuju mencalonkan ketua mereka Tengku Razaleigh Hamzah untuk bertanding jawatan Presiden parti. Saya rasa berdasarkan momentum semasa, sukar untuk Tengku Razaleigh mendapat kuota minimum pencalonan bagi melayakkan beliau bertanding jawatan Presiden parti. Tapi saya juga tidak sama sekali menolak apa jua kemungkinan.

NAIB PRESIDEN
Jawatan Naib Presiden seperti saya nyatakan sebelum ini amat menarik dan saya percaya tidak kurang dari 10 calon akan bertanding kali ini. Yang menarik ialah kesediaan Datuk Shafie Apdal, Ketua Bahagian UMNO Semporna Sabah dan Menteri KEKWA untuk bertanding jawatan ini. Alasannya untuk memberi ruang kepada Sabah untuk berperanan lebih besar di peringkat lebih kanan dalam parti. Saya secara peribadi menghargai `keberanian' beliau dan sebagai rakyat Sabah pastilah kita menyokong. Mudah-mudahan ada rezeki dan menang. Menang satu cabaran, Kalah satu pengalaman.

BAHAGIAN SIPITANG
Di Sabah terutamanya di bahagian Sipitang dimana saya menjadi ahlinya, bahang pemilihan sememangnya dirasai. Saya yakin pertandingan akan berlaku di hampir semua jawatan jika tidak semua sekali. Pada saya, ini juga satu proses yang baik untuk parti dan ahlinya. Biar ahli menentukan siapa pemimpin yang perlu diberi kepercayaan menggalas amanah khususnya untuk mendepani dan menangani isu serta permasalahan yang wujud. Sebagaimana kata Sdr Khairy Jamaluddin `lagi ramai lagi meriah'. Mungkin transformasi perlu direalisasikan agar kepimpinan parti lebih berkesan dan terus relevan untuk berbakti kepada rakyat. Lama sangat pun tidak bagus juga...orang bilang `berkarat'...Apapun, yang penting juga adalah mengekalkan perpaduan dan mengelakkan perpecahan. Yang kalah tidak hilang segalanya dan yang menang pun tidak dapat segalanya!

Salam Transformasi...

No comments: