Oleh Warisan Tamar
24 Julai 2008
Kadar Inflasi
Terkini data berkaitan kadar inflasi yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa di negara kita iaitu setakat Jun 2008 adalah pada paras 7.7%. Kadar inflasi ini dilihat semakin meningkat dan para analisis ekonomi menjangkakan ia boleh meningkatkan lagi selepas didorong oleh faktor kenaikan harga minyak yang sekaligus meningkatkan pelbagai harga barang khususnya barang pengguna. Kadar inflasi lazimnya akan berkait dengan keupayaan kewangan dan kuasa beli pengguna dimana akan berlaku situasi dimana impak kepada perbelanjaan isirumah yang semakin membesar.
Apapun saya yakin, pihak kerajaan melalui Bank Negara khususnya akan mengambil pelbagai langkah untuk mengekang kenaikan melampau kadar inflasi. Tidak adil rasanya jika kita sekadar meneruskan retorik bahawa kerajaan gagal mengurus ekonomi negara. Faktor global juga harus diambil kira. Sebagai warga Malaysia, kita menaruh harapan agar mekanisme mapan dan efektif akan dilakukan oleh pihak kerajaan. Cuma yang dibimbangi semakin ramai yang berminat untuk mempolitikkan isu ini. Benar isu ini berkait rapat dengan pengguna iaitu rakyat Malaysia amnya tetapi ruang dan kepercayaan harus juga diberi kepada kerajaan untuk melaksanakan segala perancangan agar ekonomi negara terus berada dalam keadaan yang meyakinkan.Menukar kerajaan bukanlah satu alternatif terbaik kerana tiada masalah terutamanya berkaitan ekonomi seperti ini yang dapat diselesaikan sekelip mata (over night solution).
Kadar Faedah
Bank Negara menyatakan bahawa kenaikan kadar faedah di institusi kewangan belum dimuktamadkan. Isu ini harus diperhalusi dengan secekapnya kerana impaknya amat besar bukan sekadar kepada golongan peniaga malah para pengguna secara umumnya.
Info yang diperolehi terutamanya daripada premis menjual kenderaan adalah kadar faedah bagi pinjaman kenderaan telah meningkat sejak seminggu yang lalu.Ia sudah tentu mengusarkan golongan penjual kenderaan kerana para pembeli akan berfikir panjang sebelum memutuskan pembelian kenderaan baru. Demikian juga kepada penjual kenderaan terpakai. Jika sebelum ini, kadar faedah untuk pinjaman kenderaan baru adalah serendah 2.3% dan kenderaan terpakai pada paras serendah 3.5%. Kini dikhabarkan ia meningkat antara 0.5% - 1%. Dan industri juga menjangkakan ia akan meningkat lagi.
Pada saya,pihak kerajaan harus mengambil langkah dan mengimplementasikan mekanisme yang terbaik untuk menangani masalah ini. Memang ia bukan satu perkara mudah untuk diselesaikan walaupun sesetengah pihak beranggapan ia semudah ABC untuk diselesaikan.
Saya juga suka menyentuh tentang pertikaian antara penggunaan kenderaan rasmi Proton Perdana Eksekutif vs Mercedes Benz yang telah menjadi isu di Terengganu. Pihak BPR sudahpun melangkah masuk ke dalam isu ini. Kenyataan Menteri Besar Terengganu, secara logiknya ada juga benarnya dan pihak Proton harus bingkas bangun bukan setakat memberi alasan terbaik dalam menjawab isu kos penyelenggaraan kenderaan Proton yang didakwa terlalu tinggi tetapi juga memandang kehadapan bahawa masih banyak harus dilakukan untuk mengembalikan keyakinan rakyat terhadap kenderaan nasional itu. Bagaimanapun, semua pihak khususnya para pemimpin haruslah akur dengan keputusan kerajaan untuk mengutamakan kenderaan nasional. Seperti kata Datuk Seri Najib bahawa dia dan PM pun menggunakan kenderaan Proton sebagai kenderaan rasmi.Mengapa terus melakukan U-Turn apabila kenderaan nasional `bermasalah' dan membuat keputusan sendiri? Bukankah ada baiknya sebelum dilaksanakan pembelian kenderaan Mercedes Benz tersebut, ianya dimaklumkan dan dibincangkan dengan pihak berkaitan seperti Kementerian Kewangan yang mengeluarkan pekeliling supaya kenderaan nasional (Proton) hendaklah digunakan sebagai kenderaan rasmi. Janganlah kita bodoh sombong sehingga akhirnya menjadi isu yang semakin besar. Sedangkan masih banyak lagi isu yang perlu ditangani. Jangan jadikan rakyat terpinga-pinga dan `memprotes' tindakan seumpama ini.
Justeru, adalah penting setiap keputusan yang dibuat selepas mengambil kira segala macam faktor terutamanya rakyat. Janganlah kita menambah sesak di dada yang sudah sarat dengan pelbagai isu politik, ekonomi dan sosial sejak selesainya PRU12 yang lalu.

No comments:
Post a Comment