Saturday, July 19, 2008

LIWAT DAN DEBAT

Oleh : Warisan Tamar
19 Julai 2008

LIWAT
Cerita liwat Anwar semakin huru hara. Huru hara maksud saya bukan sebab cerita itu hebat sangat. Apalah sangat dengan cerita liwat yang dilaknat Allah s.w.t. Huru hara dengan persepsi Anwar bahawa kes liwat kali ini juga adalah angkara konspirasi. Konspirasi siapa? Tentunya dihalakan kepada kerajaan BN. Kononnya dikala beliau semakin hampir dengan takhta Perdana Menteri yang amat diidamkannya, maka ada pihak yang sekali lagi menggunakan skrip yang sama untuk menjatuhkan beliau sepertimana kononnya yang berlaku di tahun 1998. Lagi-lagi konspirasi!!! Sampaikan Mat Salleh dari Amerika pun turut menyibuk urusan kehakiman dan proses keadilan di negara kita.

Sepertimana kata beberapa pemimpin kerajaan BN, isunya ialah untuk membuktikan adakah perbuatan liwat itu berlaku atau sekadar tuduhan tidak berasas oleh pengadu. Tiada sesiapa pun rasanya yang membuat kesimpulan atau keputusan dan menjatuhkan hukum bahawa Anwar adalah peliwat kepada Saiful! Kerana ianya belum lagi dibuktikan melalui proses keadilan yang ada. Saya pelik jika mereka tidak percaya dengan institusi kehakiman di negara ini. Jika tidak percaya, jangan failkan saman malu, jangan buat report polis, jangan ambil peguam, jangan terima keputusan mahkamah `membebaskan’ Anwar daripada hukuman liwat tahun 1998 (mengikut fakta perundangan ia disebabkan masalah teknikal tetapi hakim percaya perbuatan liwat itu berlaku)...

Anwar bagi saya `berhutang’ dua perkara iaitu pengakuan sumpah dan DNA. Banyak sangat songeh dan dolak dalih dalam hal ini. Kalau benar DNA itu dibimbangi akan dimanipulasi oleh pihak Polis maka bila pula mahu melafazkan sumpah dengan nama Allah? Diharap Anwar janganlah terlalu berprasangka buruk. Elok kita cerminkan diri sendiri dulu. Dalam pada ramai reformis `terkorban’ samada hilang pekerjaan mahupun porak porandah rumahtangga hanya kerana taksub berarak berdemonstrasi untuk menuntut keadilan insan bernama Anwar – bertindaklah dengan gentleman, jangan kita jadi munafik! `Ketakutan’ Anwar dengan pelbagai dalih dalam dua perkara iaitu SUMPAH dan DNA, dapat kita lihat dan fahami. Kalau benar tidak bersalah, beranilah melafazkan SUMPAH dan memberikan DNA...kalau perlu DNA dikawal ketat supaya tiada manipulasi, mintalah! Kalau rasa perlu pakar asing (kegemaran Anwar) beritahulah....itu pun mahu gaduh ker...apa barang!!!!

DEBAT
Debat antara Anwar dengan Ahmad Shabery pada saya telah mencatat rekod jumlah penonton yang ramai di seluruh Malaysia malah rasanya juga ia ditonton oleh sebahagian besar rakyat di negara jiran seperti Singapura, Brunei dan selatan Thailand. Pelbagai persepsi dan ulasan diberikan. Seperti biasa penyokong BN mestilah berkata Shabery OK. Penyokong PR pula tetap berkata Anwar OK. Malah ada ruang online juga membuat pelbagai poll/undian yang antaranya menjurus kepada siapa yang menang dalam debat tersebut.

Secara peribadi, saya rasa yang menang ialah rakyat. Apakah ukuran sebenar untuk mengatakan Anwar atau Shabery yang menang? Debat itu terlalu subjektif. Shabery pada saya telah melaksanakan tugasnya dengan sehabis baik iaitu untuk mempertahankan dasar dan polisi kerajaan terutamanya dalam menguruskan subsidi. Anwar juga telah memainkan peranan yang saya anggap populist dimana kemungkinan `berjaya’ mengula-gulakan rakyat dengan formula penurunan harga minyak sebanyak 50 sen.

Keraguan saya ialah cakap memang senang, lidah tidak bertulang. Isu air percuma di Selangor pun terkial-kial untuk dilaksanakan inikan pula untuk melaksanakan penurunan 50 sen minyak. Melalui sumber yang amat dipercayai, pemberian air percuma melalui SYABAS hanyalah berkuatkuasa sehingga bulan September 2008. Selepas itu SYABAS tidak lagi mengebilkan `air percuma’ tersebut kepada KDEB. Dengan kata lain, back to square one lah!!! Balik asal bayar penuh. Pada saya kenapa cuma sehingga September 2008 sahaja adalah sebab Pakatan Rakyat amat yakin akan berkuasa penuh di Malaysia selepas 16 September 2008 kelak. Saya tidak mahu ulas lebih-lebih tentang hipotesis bahawa PR akan menggantikan BN di Putrajaya. Saya sudah menulis tentangnya di bawah artikel Berakhirkah Kerajaan BN? Apa yang ingin saya katakan disini adalah tidak semua perkara boleh kita laksanakan sekelip mata. Janganlah kita memperbodohkan rakyat marhaen!!!

Kalau kita rasa negara ini tidak adil, mohon sajalah kerakyatan di Amerika Syarikat.

No comments: