Oleh Abd Aziz Taip
Warisan Tamar
Saya tertarik dengan beberapa posting rakan blogger yang lain yang mengulas berkenaan perlunya UMNO kembali sebagai sebuah parti kampung. Apabila menyentuh tentang parti kampung bukan bermakna seruan itu mengajak supaya UMNO dan ahlinya berfikiran kebelakang (persepsi saya!). Tetapi satu seruan supaya UMNO dan ahlinya `kembali' kepada asas atau asal usul perjuangan UMNO dahulu.
Yang mencuit hati saya untuk melontarkan dan mengongsikan pandangan ialah berkaitan pokok pangkalnya bahawa ahli UMNO yang dulunya `kampung' tapi kini menjadi `korporat'. Senang cakap, dulu acapkali berbicara tentang memajukan bangsa dan `kampung' tapi kini terarah kepada bicara soal `bagaimana mengaut untung dan menjadi orang kaya raya'.
Saya petik beberapa keratan akhbar dan posting rakan blogger yang menarik dibaca dan direnungi...(bagi yang ingin melihat kebenaran dan memikirkan masa depan UMNO).
(1)
UMNO Mesti Kembali Jadi 'Parti Kampung'
KEPALA BATAS 20 April - UMNO mesti mengikis imej 'parti eksekutif' yang mula dikaitkan dengan parti itu, sebaliknya kembali menjadi 'parti kampung' dalam memperjuangkan isu-isu masyarakat bagi meraih semula sokongan setiap lapisan rakyat.
Selain itu, pemimpin UMNO perlu menghayati semula semangat keperwiraan iaitu dengan lantang dan bersungguh-sungguh dalam mendekati serta menyelesaikan setiap masalah rakyat agar mereka menjadi pemimpin yang lebih dihormati.
Timbalan Ketua UMNO Bahagian Kangar, Datuk Hashim Suboh berkata, sudah ada kecenderungan dalam kalangan rakyat yang mengaitkan UMNO dengan tempat meraih kuasa dan kekayaan, sehingga parti itu semakin jauh daripada masyarakat.
"
Ini realiti yang perlu kita akui, sudah ada persepsi-persepsi begini yang mengaitkan UMNO dengan kemegahan, keangkuhan dan kekayaan. Ini bukan imej UMNO yang sebenar. Dalam keadaan kita gah tampil dengan gaya mewah, masalah dan rintihan orang di bawah pula tidak selesai-selesai. Semua ini rakyat lihat dan menilai, inilah yang akan buat orang berjauh hati dengan UMNO," katanya.
(2)
Kontroversi Ternakan Babi Dan UMNO Parti Kampung
Politica
Saya masih ingat Tun Musa Hitam cerita pasal UMNO (sebagai) parti kampung. Dia cakap waktu itu, kita jangan lupa yang UMNO asalnya di kampung-kampung. Jadi, dia minta kita semua hayati semangat dan ciri-ciri kampung yang sentiasa segar dan relevan sepanjang zaman. Contohnya, orang kampung penuh dengan permuafakatan, penuh dengan sikap kerjasama, bertolak-ansur, jujur, ikhlas dan sentiasa penuh dengan kesetiakawanan.
Itu yang Musa Hitam minta orang UMNO hayati. Ciri-ciri, sikap, semangat dan nilai-nilai itu yang perlu dihayati sepanjang masa dalam perjuangan.Bukan macam hari ini. Masuk UMNO, bayar satu ringgit, dah mula minta lesen kontrektor kelas F. Kejar YB sana, kejar YB sini. Lepas tu beli kayu golf untuk gesel bahu dengan DO, SU Majlis Daerah atau Engineer JKR.
Dah dapat duit, bertanding AJK (UMNO) guna duit (hasil kerja-kerja) kontrek. (Bertanding) main politik wang. Tabur sana, tabur sini. Bila menang, sibuk nak cari banyak lagi duit kerana tiga tahun lagi nak guna (banyak lagi) duit (untuk) beli undi, mungkin untuk tanding Ketua Pemuda, Naib Ketua, Timbalan Ketua atau Ketua Bahagian.Ini yang bikin UMNO rosak. UMNO digunakan sebagai sijil atau ijazah untuk cari wang dan lepas (berada) dalam UMNO, main politik wang untuk dapat jawatan.
(Individu seperti ini) sapa saja dia langgar kerana dia ingat duit dia lebih besar dari kesetiakawanan, permuafakatan atau kejujuran dan keikhlasan dalam perjuangan.Kesan gandaan kepada sikap bulldozer macam ni yang bikin UMNO ranap, punah, ranah. Tak cukup duit sendiri, duit towkey babi pun dia orang sapu.Sebab tu macam (kontroversi) kes (ternakan) babi di Selangor yang tengah kecoh waktu ni, salah seorang shareholders syarikat ternak babi itu (dipercayai) adalah bekas YB UMNO.
Apa nak jadi? Tak percaya, pergilah cari sapa bekas YB UMNO di kawasan Morib tu. Tanya dia, betul tak dia ada saham dalam syarikat ternak babi?Pasal apa dia sampai sesat macam tu? Pasal nak duit. Untuk apa? Pasal dia nak guna duit untuk kekalkan kedudukan dan kuasanya. Sekarang? Dengan kuasa ALLAH SWT, terlingkup dia.Mudah-mudahan ini semua jadi pengajaran kepada kita semua. Itu pun kalau masih ada orang UMNO yang nak hayati semula sifat kekampungan UMNO di abad ke-21 ini! - Politica
(3)
UMNO Parti Kampung Guru Lawan Korporat
Lamandau
Memang betul apa yang diluahkan oleh Politica. Itu memang realitinya dengan UMNO semenjak tahun 80an!Sebelum itu, kalau kita masih ingat, UMNO di monopolikan oleh golongan guru semenjak ia ditubuhkan lagi.Ketika itu juga, gurulah yang merupakan reservoir (sumber) kepimpinan di segenap cerok kampung. Mereka merupakan tempat masyarakat bergantung untuk mendapat kepimpinan.
Ketika itu, kita lihat dalam setiap Perhimpunan Agung UMNO (PAU) majoriti perwakilannya adalah terdiri daripada guru!Mereka dengan secara sukarela meberi khidmat kepimpinan untuk mencatur dan mewarnai corak politik ketika itu. Tiada perkiraan wang dan juga tiada pertandingan sengit kerna semua hanya ingin menyumbang bakti dengan ikhlas dan jujur!
Sebab itu kalau kita lihat, sesiapa yang menjadi Menteri Pelajaran, sudah pasti akan menjadi pemimpin ulung!Keadaan ini saya rasa mulai bertukar apabila pintu keahlian UMNO dibuka seluas-luasnya kepada golongan korporat yang dibawa masuk oleh seorang hamba Allah (you know who) untuk membantunya mendapat tempat dalam politik UMNO.
Pengaruh guru telah semakin hari semakin luntur gara-gara kegelojohan golongan baru ini yang menggunakan wang secara membujur lulu melintang patah!! Pengaruh guru juga terhakis apabila seseorang pemimpin telah mengeluarkan arahan ketat melarang guru-guru Kumpulan A berkecimpung dalam politik. Penglibatan guru-guru Kumpulan B dan bawah dibenarkan dengan permohonan bertulis.
Keadaan ini telah membuatkan kumpulan yang satu masa dulu terkenal sebagai pelopor parti UMNO, chissed-off (rasa terpinggir) dan tidak mahu melibatkan diri dengan politik UMNO. Keadaan ini telah menjadi advantage (kelebihan) kepada parti pembangkang.
Lamandau: 7:29 AM
Rasanya itu kenyataan yang tidak kita nafikan...sudah tentu pelbagai pro dan kontra mampu diberikan berkenaan pandangan-pandangan rakan blogger itu. Pada saya, UMNO di Sabah semasa usia mudanya memang sudah `didedahkan' dengan `budaya' baru UMNO iaitu `budaya' parti orang-orang korporat walaupun tidak juga dinafikan para guru antara yang ramai menyertai UMNO di Sabah (UMNO mula menerobos bumi Sabah sekitar awal tahun 90an)
Apakah kesannya? Adakah kita semakin memiliki ramai korporat @ jutawan melayu a.ka. bumiputera Sabah? Adakah budaya itu harus diterapkan kerana dorongan semangat DEB?...
Saya percaya ramai dapat melihat dengan mata kepala sendiri - ramai berpersepsi dan menaruh harapan bilamana masuk UMNO, dapat projek juta-juta dan maka jadilah mereka korporat jadi-jadian. Itulah barangkali pemilihan UMNO seringkali panas dan acapkali dibimbangi oleh kepimpinan UMNO bahawa pemilihan UMNO berpotensi membawa kepada perpecahan. Memang panasss!!!
(Tapi disebaliknya, ramai juga yang lingkup dan tidak mendapat apa-apa termasuk saya walaupun menjadi antara ahli UMNO Sabah yang awal tapi tidak apa.... Ayman tak kisahhhh....hahaha3x).
Ahli UMNO yang terkemudian lebih cekap dan licik - lebih pantas menyerapkan `budaya' masuk UMNO untuk kaya ke dalam diri mereka!
WT- Jangan hairan kalau para guru juga teruja untuk bersaing mendapatkan jawatan. Orang bilang ` siapa cepat dia dapat, siapa lambat jawabnya babaiii'. Hinggakan ramai para guru terlupa pada larangan mengaktifkan diri dalam politik untuk mereka yang bertaraf Kumpulan A (Gred DG41)...?
Mungkin juga Kementerian Pelajaran Malaysia pun tak kisah...tapi `....Ayman kisah...'
Dengar cerita ramai juga guru lepasan universiti ingin bertarung merebut jawatan Pemuda UMNO terutamanya Ketua Pemuda UMNO!!!
Hantamm sajalah labu.....kalau menang bolehlah berenti jadi cikgu kalau kalah masuk lah kelas pigi mengajar anak bangsa!