Thursday, February 18, 2010

GELOJOH II : KISAH RM2 JUTA TUNAI!!!

Dipetik daripada Utusan Online
19 Februari 2010


KITA tidak pasti apa sebenarnya matlamat segelintir orang masuk politik. Apa sebenarnya cita-cita mereka. Niat mereka? Orang politik yang masuk dulu dan sekarang apa bezanya?



Mereka yang sudah masuk lama dulu dan sudah nampak track record mereka, bolehlah kita katakan mereka itu benar-benar politikus atau ahli politik ataupun ahli politik totok atau juga dikenali sebagai political animal.



Orang seperti Dr. Mahathir Mohamad dan Nik Aziz boleh dipanggil political animal, begitu juga dengan Ibrahim Ali mahupun Lim Kit Siang dan Karpal Singh. Bukan senang nak dikategorikan orang politik dengan istilah itu. Sekurang-kurang mereka telah mempunyai rekod perkhidmatan, pernah melalui sepak-terajang (disepak atau menyepak) politik. Mereka ini lazimnya menang dalam pertarungan cantas-mencantas dan pelbagai strategi politik yang hebat-hebat.



Kit Siang dan Karpal Singh akhirnya berjaya mewujudkan empayar anak-beranak dalam DAP. Begitu juga dengan Nik Aziz, tapi cubaannya gagal. Dalam UMNO dan BN sendiri pun ada.


Dr. Mahathir setakat ini tiada tandingannya di Malaysia mahupun di dunia. Beliau ialah seorang political animal yang tidak takut kepada sesiapa pun, waima kuasa besar dunia dan orang Yahudi. Beliau tidak perlu takut kerana rekod perkhidmatannya selama 22 tahun sebagai Perdana Menteri untuk negara ini tiada tandingannya dan tidak boleh dipertikai oleh sesiapa pun.

Namun kini, mula kedengaran daripada veteran-veteran politik mengenai persoalan apa sebenarnya tujuan dan niat orang politik yang muda-mudi ini masuk politik. Tokoh politik sekarang semasa mula-mula masuk politik dulu sekitar tahun 40an, 50an, 60an, 70an cuma makan nasi bungkus, matlamat mereka jitu. Sanggup bergadai bergolok demi perjuangan agama, bangsa dan negara.



Tapi orang politik sekarang belum apa-apa sudah makan di hotel-hotel mewah, tiada habuan tiada jalan, dalam akal penuh muslihat untuk kepentingan diri.



Selepas berkecimpung beberapa tahun, sudah mula pakai kereta mewah. Kereta yang dipakai sudah jadi trend; mula-mula dulu orang politik yang muda-mudi ini pulun pakai SUV jenis Rexton, kemudian tukar kepada Volvo XC90, kemudian naik setingkat lagi BMW X5 hinggalah kepada Porsche Cayenne yang berharga lebih setengah juta ringgit. Mereka bertukar-tukar kereta seperti barang mainan.




Belum pun satu penggal menjadi ahli politik muda, sudah mula pasang seorang lagi bini. Jika bukan sesama mereka (dalam sayap parti) yang dipilih sebagai pasangan kedua itu, mereka akan pilih artis jelitawan. Wow mereka ini cukup hebat.



Ia bukan dibuat secara sembunyi-sembunyi lagi. Jika bersembunyi pun, akhirnya perbuatan itu dapat dihidu dan terbongkar. Bukan niat kita nak memburuk-burukkan mereka ini, tapi gelagat itu boleh merosakkan susu sebelanga. Itulah, kata seorang ahli politik veteran kepada saya, bezanya orang politik dulu dan sekarang.



Fenomena ini bukan sahaja berlaku dalam politik arus perdana yang memerintah negara, tapi juga sudah mulai berlaku dalam politik pembangkang yang memegang kuasa di negeri-negeri tertentu.



Semasa tokoh politik veteran itu bercerita mengenai hal itu, tiba-tiba tersembur cerita dalam akhbar bagaimana setiausaha politik seorang menteri yang masih muda memiliki RM2 juta (tunai) dalam rumahnya.

Semasa SPRM (yang semakin ditakuti) menyerbu ke rumahnya ditemui berkepul-kepul wang tunai RM5, RM10, RM50 dan RM100. Kereta-kereta mewah yang dimiliki tak perlu ceritalah.



Beberapa hari selepas itu dilaporkan seorang setiausaha politik meletakkan jawatan.



Maka itu, saya pun menerimalah SMS daripada pelbagai pihak termasuk daripada seorang ketua bahagian yang ternama yang menulis ''sepatutnya ada beberapa supol (Setiausaha Politik) lagi yang perlu letak jawatan kerana gagal tunaikan tanggungjawab… serta hidup lebih dari kemampuan yang sebenar!''

Dia tambah lagi SMS kedua yang bunyinya lagi teruk. Tidak perlulah saya tulis di sini, cuma ketua bahagian itu minta ''SPRM pi check''.



Tidak pasti mengapa ketua bahagian itu marah sangat. Mungkin kerana dia bukan daripada golongan yang gelojoh itu. Dia mungkin daripada golongan generasi lama yang matlamat perjuangannya bukan kerana wang. Bagi mereka asal senang sudah, bukan terlalu mewah yang bukan-bukan.



Ekoran peristiwa itu ada panggilan masuk yang mendedahkan itu dan ini termasuk kisah mengenai seorang politik muda yang mahu membeli rumah berharga RM1 juta - bukan buat pinjaman bank untuk bayaran balik selama 25 tahun seperti yang orang biasa lakukan, tapi nak bayar cash-tunai!



Oleh itu nasihat kita, berpada-padalah wahai orang politik yang muda-mudi ini. Kalau kita terlalu gelojoh orang akan nampak. Bukan semua orang yang akan tolong sorok perbuatan anda, banyak yang mahu mendedahkannya, malah mahu membunuh kerjaya anda.



Kemuncaknya, ingatlah yang akan membunuh anda dan seluruh institusi politik anda ialah kuasa rakyat yang meluat melihat kegelojohan anda itu.



Jika sesiapa yang terasa pedas, ikutlah nasihat ketua bahagian itu, letaklah jawatan beramai-ramai.

Zul Noordin, penatlah, apa tunggu lagi…SEMALAM Zulkifli Noordin (PKR-Kulim Bandar Baru) yang penuh kontroversi dan pandai mencuri perhatian orang ramai membuat satu lagi kenyataan di sidang media.



Beliau menuduh partinya PKR mempunyai agenda jahat apabila menetapkan tarikh perbicaraan kes disiplinnya pada 18 Februari ini iaitu tarikh dia akan berada di Korea untuk menghadiri satu forum antarabangsa.
 Apa yang susah sangat saudara Zul. Saudara ada pilihan, batal sahaja menghadiri forum itu dan pergi menghadap ke lembaga disiplin itu.

Atau pilihan akhir, pergi ke forum itu dan biar sahaja diri saudara dipecat. Memang itu pun yang saudara kehendaki bukan? Oleh itu, wahai YB, apa yang susah sangat?



Tolonglah saudara Zul, kami semua sudah penat dengan permainan saudara. Kami akan tunggu sidang media perdana dari saudara. Kali ini ialah mengenai pengumuman saudara keluar parti. Noktah!

Tuesday, February 16, 2010

MANUSIA TERKAYA DI MALAYSIA 2010

Dipetik dari Utusan Online
16 Februari 2010, Selasa


WT- Mudah-mudahan kita juga mempunyai cita-cita sebesar ini...dengan kekayaan duniawi ini, insyaAllah akan mempermudahkan melakukan ibadah yang lain khususnya membantu umat kita yang serba kekurangan sekaligus memperkayakan bekalan kita di akhirat kelak. AMIN

KUALA LUMPUR 16 Feb. - Tan Sri Robert Kuok dari Kumpulan Kuok yang melepaskan mahkotanya “Raja Gula” tahun lepas, mendahului senarai 40 orang terkaya di Malaysia.

Kekayaan beliau ialah sebanyak RM42.76 bilion, meningkat RM16.1 bilion daripada RM26.6 bilion setahun lalu .

Hartawan telekomunikasi Ananda Krishnan berada pada kedudukan kedua dengan kekayaan RM27 bilion.

Tan Sri Lee Shin Chen dari IOI Corporation Bhd menduduki tempat ketiga dengan kekayaan RM11.92 bilion diikuti ahli perbankan terkemuka Tan Sri Teh Hong Piow dengan kekayaannya berjumlah RM10.86bilion.

Tan Sri Lim Kok Thay dari Kumpulan Genting dengan kekayaan bernilai RM10.38 bilion, melonjak kepada kedudukan kelima. Ini kerana beliau mewarisi sejumlah besar kekayaan daripada mendiang bapanya Tan Sri Lim Goh Tong.

Tan Sri Quek Leng Chan dari Kumpulan Hong Leong menduduki tempat keenam dengan RM7.09 bilion manakala Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary dari Yayasan Albukhary dengan kekayaan bernilai RM6.01 bilion, menduduki tempat ketujuh.

Jutawan lain yang tersenarai dalam 10 teratas adalah balu Lim Goh Tong, Puan Sri Lee Kim Hua, Tan Sri Tiong Hiew King dari Rimbunan Hijau Group dan Tan Sri Vincent Tan dari Berjaya Group.

Lima muka baru dalam senarai itu ialah Lee Swee Eng dari KNM Group, Datuk Shahril Shamsuddin dan Shahriman Shamsuddin dari Sapura, Datuk Seri Nazir Razak dari CIMB Group dan Ong Leong Huat dari OSK Holdings, yang muncul semula dalam senarai itu selepas tiada dalam tempoh setahun. - Bernama



Saturday, January 30, 2010

PERSATUAN BISAYA BERSATU SABAH: PERJUANGAN SUDAH SELESAI???

 Warisan Tamar
31 Januari 2010, Ahad

KEPIMPINAN baru Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) telah pun dipilih. Lewat malam tadi keputusan pemenang bagi calon-calon yang bertanding telah juga diketahui. Saya dikhabarkan ramai juga muka-muka baru dalam barisan kepimpinan PBBS kali ini. Dalam masa yang sama saya juga maklum bahawa ramai penyandang jawatan di sesi sebelum ini tidak menawarkan diri bertanding. Atas alasan memberi laluan kepada muka baru...dan mungkin juga ada masalah peribadi yang sukar kita persoalkan.

Hari ini mungkin juga para pemenang ada sesi teh tarik bersama penyokong atau masih berselimut di atas katil (almaklumlah hari Ahad!) sebagai meraikan kejayaan diri memenangi jawatan di dalam PBBS. Mesyuarat agung dan pemilihan PBBS mungkin tidak sehebat pemilihan parti mahupun persidangan sesebuah parti siasah seperti UMNO, PAS dll. Namun ia amat penting bagi suku kaum Bisaya iaitu satu etnik Bumiputera Islam di Sabah. Seorang calon tempohari berkata demokrasi dalam PBBS lebih subur daripada dalam UMNO. Mungkin kerana dalam PBBS beliau dapat bertanding dan sebaliknya di dalam UMNO. Tidak kisahlah...Yang penting bagi saya, jangan kita menyamakan atau membandingkan pemilihan kepimpinan persatuan etnik dengan sebuah parti siasah/politik. Kita kena realistik, sesebuah parti siasah tidak mempunyai keahlian terhad untuk satu-satu suku kaum/etnik. Demikian pula, sesebuah persatuan etnik seperti PBBS tidak terhad hanya kepada etnik Bisaya dari sesebuah parti siasah sahaja. Bagi saya `konsep' dan apa yang membezakan antara kedua-duanya hendaklah difahami. Jika tidak, anda akan mengurus parti siasah anda mengikut acuan etnik anda dan sebaliknya juga mengurus persatuan etnik bagaikan sebuah parti politik!

Saya secara peribadi berbangga dengan muka-muka baru yang dipilih di dalam saf kepimpinan PBBS 2010-2012. Walaupun saya kurang mengenali mereka secara individu namun saya percaya perwakilan kali ini sudah membuat keputusan. Apa yang perlu dilakukan selepas ini ialah TINDAKAN. Dengan kehadiran muka baru di dalam PBBS, hendaknya biarlah nafas baru ini mampu membawa transformasi di dalam PBBS. Jangan mengurus PBBS mengikut acuan politik. Ia seharusnya berlandaskan keinsafan dan keinginan serta keyakinan untuk melakukan sesuatu untuk kepentingan suku kaum Bisaya itu sendiri. Tidak kira ideologi politik, kedudukan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Benar, Presiden @ Janang Gayuh adalah Timbalan Menteri dan orang kuat politik UMNO...namun itu bukan alasan untuk PBBS tidak membantu orang Bisaya yang menyokong dan menyertai PBS,SAPP,UPKO waima PKR sekalipun. Saya tidak mengatakan PBBS selama ini `mengabaikan' ahli dan orang Bisaya yang berpandangan berbeza dengan ideologi politik Janang Gayuh mahupun kepimpinan PBBS. Saya berharap PBBS tidak dilabel sebagai sebuah persatuan yang terlalu condong kepada sesebuah parti politik.

Beberapa rakan dan saudara sebangsa melalui ruang bincang RabasBook, juga ada meluahkan pelbagai perkara untuk direnungi , diperhalusi dan diambil tindakan oleh PBBS. Dalam masa yang sama hanya beberapa kerat sahaja kepimpinan PBBS yang memiliki medium perhubungan maya seperti RabasBook (Facebook) atau mempunyai blog sendiri sebagai platform menyatakan isi hati. Seorang saudara yang juga blogger dan dikhabarkan menang Ahli Majlis Tertinggi PBBS semalam, Ustaz Said mengatakan beliau akan membawa isu ini jika menang. Bagi saya, isu ini kecil dan jangan sampai ada yang mempunyai laman blog atau Facebook hanya kerana kikuman (malu) dan mengalap daguang (mengambil hati) Janang Gayuh. Saya juga berharap pelbagai pandangan dan cadangan samada melalui alam maya (blog, facebook dll) mahupun diluahkan semasa mesyuarat agung malah diperkatakan di kedai `kupi' haruslah diambil berat oleh PBBS. Saya juga secara peribadi kadangkala sedikit kecewa dengan sikap dan cara seseorang yang terlalu sukar menerima kritikan, cepat hilang sabar dan sering mengganggap diri sendiri lebih baik dan hebat daripada orang lain. Jika kita mengkritik dan menegur, kita dikatakan hanya tahu bercakap tapi tidak pandai melaksanakan. Memang mengkritik atau `mengumplin' memang mudah tapi jika ada kebenarannya, PBBS harus menerima realiti itu. Tidak payah lah bagi alasan, kalau pandai sangat cakap...sendiri buatlah! Anda sudah dipilih dan dilantik, maka sewajarnya anda melakukan sesuatu dan mengusahakan tindakan. Jangan menyalahkan ahli mahupun orang Bisaya yang bersuara. Jangan bersilat tidak tentu pasal!!!

Saya berharap kepimpinan PBBS selepas ini akan memikirkan dan melakukan sesuatu yang lebih akademik dan bersifat diskusi dalam pelbagai aspek agama, sosial, ekonomi, pendidikan dan ukhuwah/perpaduan. Pasal politik biar kita cari forum lain. Samada melalui ruang maya mahupun penganjuran bengkel mahupun seminar mungkin lebih bermanfaat. Saya bimbang PBBS dicop persatuan yang terlalu `kepesta-pestaan'. Tidak salah mengadakannya, malah di dalam pesta-pestaan itu pun saya maklum ada pengisian ilmu dan sebagainya. Tapi bila tajuk `Pesta' itu lebih dominan maka pengisian yang lain dianggap program tempelan. Saya berharap pendidikan dikalangan anak-anak orang Bisaya diberi perhatian. Tanpa pendidikan yang baik, bagaimana mungkin kita dapat mengeluarkan mereka daripada kelompok kemiskinan. Realitinya; masih ramai orang Bisaya dalam kelompok kemiskinan! Kemudian berilah perhatian bagaimana ekonomi orang Bisaya dapat dipertingkatkan. Bukan ekonomi ahli AMT/MT PBBS sahaja difikirkan! Pada saya, jika kita berjaya memakmurkan ekonomi orang Bisaya maka sekurang-kurangnya seorang usahawan/kontraktor/ahli perniagaan berbangsa Bisaya itu sudah mampu membantu diri dan keluarganya seterusnya keluarga terdekat dan akhirnya komunitinya. Mungkinkah satu hari nanti kita / orang Bisaya berbangga mempunyai sekian ramai hartawan dan dermawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dll.

Rasanya jika berbicara tentang orang Bisaya dan PBBS persatuan yang `bertanggungjawab' menaungi dan memayungi kepentingan orang Bisaya dalam pelbagai aspek, saya yakin kita mempunyai 1001 macam perkara untuk dibincangkan, diperhalusi dan untuk diambil tindakan seberapa segera. Saya berdoa agar kepimpinan baru PBBS ini diberikan kekuatan oleh Ilahi agar mendepani arus transformasi dan menjunjung serta menongkah segala cabaran dalam misi suci untuk memartabatkan masyarakat Bisaya. Akhir kalam, mungkin juga tagline `Basatu Tokou Tumidong' perlu digagahkan atau diperbaharui...?

Saturday, January 9, 2010

JANUARI YANG PANAS

Warisan Tamar
09 Januari 2010, Sabtu



BEBERAPA perlawanan bolasepak EPL pada hujung minggu ini terpaksa ditangguhkan akibat salji teruk. Ya! Disana  bermakna adalah musim sejuk. Pada hemat saya, dalam keadaan suhu sangat sejuk sedemikian tiada siapa pun berminat dan berupaya melakukan tindakan luar jangka meskipun tindakan luar jangka masih mampu dilakukan dimana- mana jua.

Namun di Malaysia, cuaca memang agak panas. Musim sejuk @ hujan sudah berlalu. Bahang cuaca panas ini ditokok pula dengan suasana dalam negara yang semakin hangat. Isu kalimah ALLAH benar-benar membawa majoriti rakyat Malaysia ke satu suhu yang melampau. Apa yang harus kita lakukan?



Percaya atau tidak, dalang disebalik semua alkisah kalimah ALLAH ini sedang duduk goyang kaki dan ketawa terbahak-bahak? Oppsss...saya tidak berniat membuat provokasi tetapi pokok pangkal `masalah' ini sebenarnya harus dirungkai. Siapakah individu atau kumpulan itu? Ada yang tuduh manusia bernama Pak Lah (ex PM dan Menteri KDN) , ada yang tuduh Tan Sri Pakiam (Ketua Gereja Katolik Malaysia), ada yang tuduh UMNO yang mencetuskan huru hara...juga ada yang kata ini juga strategi Anuwar Ibrahim untuk `meredakan' bahang kes liwat beliau yang makin hampir (pada 25 Januari 2010) :)...Ada juga kata ini strategi DAP+PKR untuk menaikkan amarah dan emosi penganut Kristian di Sarawak sebagai modal meraih undi pada PRU Negeri tidak lama lagi...

Saya juga percaya semua yang berlaku ada penyebabnya. Bagaimanapun apa yang penting sekarang adalah mengawal emosi masing-masing. Ketika ini kes kalimah ALLAH yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sudah pun ditangguhkan. Lazimnya  masih ada beberapa peringkat perundangan boleh dituruti sebelum apa yang diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan itu menjadi teramat muktamad. Proses di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih menanti mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan apa-apa keputusan yang semestinya tidak menyebelahi mereka. Itu cerita mahkamah.


Secara peribadi, saya beranggapan seseorang yang authoritative harus menjadi pemutus kepada keadaan ini. Kita tidak bersetuju dan kecewa jika keharmonian antara kaum dan agama selama ini hancur sekelip mata. Peristiwa beberapa gereja dirosakkan dan terkini saya mendapat tahu, surau orang Islam pula menjadi mangsa hendaklah dihentikan. Menteri Dalam Negeri harus lebih berani dan tegas. Jika perlu digunakan ISA maka gunakanlah tanpa was-was. Jangan terlalu lembik dan lemah serta lembut!

Apapun, mencari penyelesaian di mahkamah bukanlah solusi yang terbaik dalam menangani isu agama sebegini. Ia harus diselesaikan secara rundingan. Tan Sri Pakiam harus mementingkan keharmonian dan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Jangan ingat hak semata-mata. Jangan jadi bebal dan dungu serta `stubborn'. Nasihat oleh DYMM YDPA Sultan Mizan harus kita renungi. Baginda menitahkan bahawa pentingnya semua pihak menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.

Puak DAP++(PAS+PKR) pula janganlah menambah panas keadaan. Saya maklum ada ramai pengikut PKR dan DAP beragama Kristian. Demikian juga di sebelah BN. Jangan mempolitikkan isu kalimah ALLAH. Puak DAP++ tentu lebih `suka' jika keadaan dalam negara yang huru hara, ini akan memberi political mileage kepada mereka dengan mewar-warkan bahawa kerajaan BN gagal mengurus hal ehwal negara. Zaid Ibrahim sudah berkata kerajaan harus bertanggungjawab (baca: bukan Tan Sri Pakiam yang perlu bertanggungjawab) kerana timbulnya suasana kacau sekarang. YB Mahfuz nun jauh di utara pula cuba mengaitkan dengan OPS LALANG...(macam takut kena pula!).

Akhir kalam, pintu harus segera dibuka agar meja rundingan menjadi penyelesaian kepada isu kalimah ALLAH. Polimek berterusan tidak akan membawa apa-apa makna. Apa juga keputusan rundingan hendaklah mengambil kira titah Sultan Mizan dan fakta agama Islam oleh para ulama.

Semoga ALLAH s.w.t sentiasa memberkati kita. AMIN.

Tuesday, January 5, 2010

2010 - MEMACU KEJAYAAN...



Warisan Tamar
05 Januari 2010

2009 telah kita tinggalkan dengan pelbagai kenangan dan peristiwa. Baik secara peribadi mahupun yang bersifat domestik serta universal. Kita mungkin masih mengingati bermacam peristiwa dalam arus politik, ekonomi, agama, sosial dan sebagainya di dalam negara kita. Saya tidaklah mahu mengulas satu persatu tetapi sekadar ditintakan sebagai kenangan dan peringatan khususnya untuk diri sendiri.

Kita dihidangkan dengan drama dan kisah politik dengan rentetan pilihanraya kecil samada disebabkan oleh keperluan sebenar perundangan mahupun angkara keperluan pihak tertentu bagi disesuaikan dengan kehendak perundangan. Dalam keghairahan pihak DAP++(PAS & PKR) meyakini setiap kemenangan dalam pilihanraya kecil berkenaan, BN (UMNO) menutup tahun 2009 dengan kejayaan cemerlang di PRK Bagan Pinang. Berdasarkan senario semasa, adalah dijangka 2010 juga akan dihidangkan dengan beberapa PRK samada di peringkat negeri mahupun Parlimen...dimana dan siapa yang akan memenanginya? Kita tunggu dan lihat acara politik 2010 ini.

Ekonomi negara masih tidak segagah sebelum merudumnya ekonomi dunia khususnya di Amerika Syarikat. Namun, dalam pada ramai pihak khususnya pihak yang amat gemar membangkang bersikap pesimistik terhadap kemampuan kerajaan terutamanya Menteri Kewangan a.k.a Perdana Menteri...DS Najib membuktikan bahawa menguruskan ekonomi negara memerlukan kemahiran dan pengetahuan yang luas. Ekonomi negara bertahan dan bergerak sedikit demi sedikit keluar dari kepompong keresahan. Pada suku ketiga 2009, ada sinar cerah untuk ekonomi negara kembali gagah atau sekurang-kurangnya stabil dari gegaran kemelesetan. 2010 diharap dan dijangka ekonomi negara akan jauh lebih baik dari tahun 2009. Pertumbuhan ekonomi 2010 dirancang untuk dirangsang setinggi 5%. Bagi pihak DAP++ a.k.a pembangkang di Parlimen, kejayaan kerajaan dan DS Najib mengurus ekonomi dan memantapkan ekonomi negara adalah bala dan mala petaka kepada keupayaan politik mereka...Justeru, sudah tentu mereka akan lebih gembira jika Malaysia menjadi sebuah negara bankrap/muflis...Dengan kata kasarnya, jika rakyat susah dan tidak berpendapatan maka mudahlah merangsang rakyat untuk memberontak dan menolak kerajaan BN sepenuhnya samada melalui pilihanraya PRU13 atau sekurang-kurangnya dijadikan modal untuk meracau ditengah-tengah jalanraya serta pentas ceramah bawah pokok!

Sebagai rakyat, kita merasai beberapa tindakan tidak popular kerajaan. Pahit untuk diterima oleh semua pihak. Kenaikan harga barang tentunya amat membebankan. Penstrukturan harga minyak juga menarik perhatian. Paling sadis dan agak mengejutkan adalah kenaikan harga gula walaupun sekecil 20 sen setiap kilogram pada hari pertama 2010. Kakitangan kerajaan pula amat berharap tahun 2009, kerajaan akan memberikan bonus yang lebih baik daripada RM500. Namun realitinya, kerajaan tidak hipokrasi dalam hal-hal ini. Jika hal-hal sebegini tidak dipolitikkan, saya yakin rakyat boleh memahami dan menerima hakikat bahawa kita tidak mampu untuk mengharapkan apa juga harga mahupun keadaan hidup sepertimana orang-orang tua kita lalui puluhan tahun dahulu. Keadaan sudah berbeda dan kos hidup tidak serupa dengan zaman tanpa telefon bimbit!

2010 juga bakal menyaksikan sejauhmana Anuwar Ibrahim mampu untuk terus-terusan melakoni babak penangguhan perbicaraannya. 2009 ditinggalkan tanpa sebutan kes (mention) pun dimahkamah. Ini kerana Anuwar menggunakan segala ruang dan alasan untuk meminta itu dan ini dengan impian agar perbicaraan kes liwat beliau tidak dimulakan. Benar beliau layak dan berhak untuk minta itu dan ini. Bukankah beliau juga mendakwa beliau tidak bersalah...maka ada baiknya perbicaraan disegerakan. Kata orang `justice delayed justice denied'. Ayat spin yang lain yang lazim digunakan bukan sahaja oleh beliau malah pengikut/penyokong tegar beliau adalah meragui ketelusan mahkamah. Mahkamah di Malaysia tidak telus jika keputusan kes tidak menyebelahi mereka. Mahkamah hanya telus bila YB Mahfuz menang kes saman terhadap sebuah akhbar. Susahnya bila mereka yang belajar dan berguru tentang undang-undang menganggap merekalah manusia paling hebat dan tidak boleh disentuh oleh sebarangan undang-undang...Tapi rasanya mungkin bila mereka juga berpolitik maka ilmu perundangan mereka disesuaikan dengan kepercayaan politik mereka! Apapun, jika tiada aral melintang 25 Januari 2010...seperti dijangka pihak pendakwaan, perbicaraan liwat terhebat 2010 hanya akan mengambil masa lebih kurang 30 hari....Lawan Tetap Lawan!

Namun paling meruntun jiwa saya dan majoriti umat Islam di Malaysia (sebab ada yang setuju dan tidak kisah!) adalah keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan arahan Kerajaan melalui Kementerian Dalam Negeri yang menghalang dan melarang penggunaan nama ALLAH oleh Majalah Herald Katolik. Semasa bersama KDN beberapa tahun lalu, saya memang mengetahui larangan tersebut malah pernah semeja dengan pimpinan Gereja Sabah yang mempersoalkan tindakan menahan buku-buku agama Kristian yang mempunyai perkataan ALLAH khususnya cetakan dari Indonesia. Sepertimana kata ramai rakan blogger, saya juga tidak menidakkan peranan beberapa individu pelaku politik termasuk yang beragama Islam yang mana mereka ini bagi saya umpama memberi tonik dan kekuatan kepada pihak yang mahukan nama ALLAH digunapakai sewenang-wenangnya oleh bukan Islam. Mereka ini kerap menganggap orang lain jahil dan akan menghuni neraka jahanam meskipun mereka sendiri tanpa ragu-ragu bersetuju bahawa nama ALLAH bukan ekslusif kepada umat Islam. Apalah ertinya berserban berlilit penuh satu badan kalau diri sendiri sebenarnya mempergunakan agama untuk kepentingan diri. Iman bukan diukur dari pakaian atau lagak agama kita!

Pada diri sendiri saya, mudah-mudahan 2010 adalah satu tahun dimana saya mempunyai kekuatan yang paling ampuh untuk memacu kejayaan! Saya akan mengusahakannya sebelum bertawakal kepada-Nya. Semoga kita semua dijauhkan dari perasaan hasad dengki. Sikap menyalahkan kejayaan orang lain sebagai punca kegagalan diri sendiri adalah sikap negatif dan lambang kedunguan. Kejayaan tidak datang bergolek!   Justeru, marilah kita memacu kejayaan 2010...

Akhir kalam untuk kali ini, selamat berjaya untuk semua. Semoga kita diberikan kekuatan untuk menghadapi apa jua cabaran yang mendatang. Kita manusia biasa...

SALAM TRANSFORMASI....

Sunday, December 20, 2009

ADAKAH MEREKA HARUS DIPERSALAHKAN?

Warisan Tamar
21 Disember 2009, Isnin

WT- Ikut senarai ini,, Ahli Parlimen saya YB Datuk Sapawi Hj Ahmad tiada dalam list. Saya anggap YB saya telah `menunaikan' sebahagian kecil tanggungjawabnya sebagai anggota Parlimen BN dalam proses pengundian belah bahagi yang begitu dramatik. Apapun, anggaplah ini satu pengajaran berguna kepada semua khususnya mereka yang telah kita undi sebagai wakil kita di Parlimen. List lengkap dengan gambar penuh bolehlah anda tengok di blog Medan Info Kita...hensem2 dan lawa2 juga!

MENTERI


Tambun – Husni Hanadzlah, Tasik Gelugor – Nor M Yackop, Penampang – Bernard Dompok, Sembrong – Hishamuddin, Bagan Datok – Zahid Hamidi

Semporna – Shafie Apdal, Marudu – Maximus Ongkili, Betongi – Douglas Uggah, Pasir Gudang – Khaled Nordin, Jelebu - Dr Rais Yatim

Jeli – Mustapa Mohamed, Lumut – Kong Cho Ha, Kemaman – Shabery Cheek, Tampin – Shaziman Mansor

Tg Karang – Noh Omar, Segamat – S Subramaniam, Raub - Ng Yen Yen, Kimanis - Anifah Aman

TIMBALAN MENTERI


Baram - Jacob Dungau, Bt Pahat – Puad Zarkashi, Beaufort – Lajim Ukim, Cam Highland - Devamany
Jerlun - Mukhriz Mahathir, Kampar – Lee Chee Leong, Kluang - Hou Kok Chung, Larut – Hamzah Zainuddin

Muar - Razali Ibrahim, Papar – Rosnah Shirlin, Pontian – Ahmad Maslan, Sg Besar - Noriah Kasnon

AHLI PARLIMEN – BUKAN AHLI KABINET MENTERI

Alor Gajah - Fong Chan Onn, Bintulu - Tiong King Sing, Bukit Katil - Md Sirat, Bt Sapai - Edmund Chong, Batang Sadong - Nancy Shukri

Gelang Patah – Tan Ah Eng, Gua Musang – Razaleigh Hamzah, Hulu Rajang, Billy Abit, Igan – Abd Wahab, Jerantut – Tengku Azlan

K Batas – Abdullah Badawi, K Kangsar – Rafidah Aziz, Kalabakan – Ghapur Salleh, Kangar – Radzi Sh Ahmad, Keningau – Joseph Pairin

Kinabatangan – Bung Mokhtar, K Tinggi – Syed Hamid Albar, Kulai – Ong Ka Ting, Lanang - Tiong Thai King, Lawas – Henry Sum Agong

Libaran – Juslie Ajirol, mamboing – James Dawos, Mas Gading – Tiki anak Lafe, Mukah – Leo Michael Toyad, Pasir Salak – Tajuddin Ramli

Padang Besar – Azmi Khalid, Pengerang – Azalina Othman, Pulai –Nur Jazlan, Putatan – Makcus Mojigoh, Putrajaya – Tengku Adnan

Rembau – Khairy Jamaludin, Rompin – Jamaluddin Jarjis, Seria – Richard Riot, Setiawangsa – Zulhasnan, Sibuti – Ahmad Lai Bujang

Tebrau – Teng Boon Soon, Tg Batu – Idris Haron, Tg Malim – Ong Ka Chuan, Tg Manis - Norah Rahman, Tuaran – Mujilip Bumburing





Saturday, December 19, 2009

ON PAKATAN'S BIG DAY, NAJIB LOOKS THE WINNER



Leslie Lau
The Malaysian Insider
19 Disember 2009, Saturday


KUALA LUMPUR, Dec 19 — Now that Pakatan Rakyat (PR) parties have had their first ever convention, does anyone have any inkling what a Malaysia under their control would look like?

No idea?

Datuk Seri Anwar Ibrahim and his allies made a big show this morning of putting together the fledgling coalition’s common platform.

But far from any concrete proposals that would differentiate them from Barisan Nasional (BN) parties, it was a vague, watered down commitment to provide better social justice, uplift the judiciary and be less corrupt.

In other words, PR’s message to Malaysia appears to be “we will not be as bad as BN.”

Depending on public perception towards BN, that may well be enough to unseat the ruling coalition in the next general election.

But BN and Datuk Seri Najib Razak’s men are not sitting down idly warming the seats in Putrajaya for Anwar.


It is looking increasingly clear that Najib is going to try to bet his political future on improving the economy.


Najib’s strategy is clear and simple — put enough money in people’s pockets and not only will all those problems like race relations go away, the public will back BN again in big numbers.


Well, achieving high economic growth will be the tricky part.

But at least Najib knows that it is all about the economy.


Perhaps Anwar and PR knows it is about the economy too.


Perhaps Anwar and PR are hoping the economy will slide so badly again that the public will vote out BN.


Isn’t that the “we are not as bad as BN” strategy?

Is that all PR stands for? Is PR merely defined by the fact it is the “anti-BN?”

The public will have to be forgiven if that is the impression they get.


It is well and fine to blame BN and the media controlled by the ruling coalition for “manipulating” public perception against PR parties.


But the fact is PR parties have not done much to shake off the perception that they cannot rise beyond an “opposition” mindset.


And so long as they see themselves as the “opposition”, the “opposition” they shall remain.


What PR needs to understand is that it needs to present a clearly define choice to voters as to what a vote for them will mean.

Will there be higher taxes? Lower taxes? Will Bumiputera policies be abolished or amended? What about the country’s immigration policies? Will more expatriates be brought in? Will protectionism be a thing of the past? What about our national car policies? Our education system?


At least Najib’s National Key Results Areas (NKRAs) gives Malaysians an inkling of what the current administration is trying to sell.


The targets of Najib’s initiatives are lofty and many cynics say the proof of the pudding is in the eating, but nearly all Malaysians agree that the NKRAs are what needs fixing.


Compare the NKRAs to PR’s common platform, and it would appear that Najib has a better idea of the pulse of the country.

Whether Najib can deliver or not is another question.

But it is clear that Anwar has a commitment problem.

He will not be pinned down as to what his PR coalition offers Malaysians except for the “we are not as bad as BN” strategy.

The public, who are consumers, want a choice when they purchase a product.

And if the label on any product does not clearly say what it is, the consumer is likely to stick with the familiar brand even if he or she is not quite happy with it.





Thursday, December 17, 2009

AHLI PARLIMEN TIDAK HADIR AKAN DIAMBIL TINDAKAN

Warisan Tamar
18 Disember 2009 / 1 Muharam 1431 Jumaat



WT- Khabarnya Ahli Parlimen saya di P178 Sipitang antara tersenarai sebagai anggota Parlimen BN yang tidak hadir semasa sesi pengundian belah bahagi diadakan. Saya harap Datuk Sapawi Hj Ahmad mempunyai alasan yang konkrit dan munasabah sekiranya benar beliau tidak hadir. Apapun, saya yakin beliau tidak berniat untuk mengatakan TIDAK atau TIDAK MENYOKONG untuk meluluskan bajet 2010 kerajaan. Natijah jika bajet itu digagalkan adalah kerajaan akan tumbang kerana bagaimana mungkin institusi kerajaan akan beroperasi tanpa bajet yang diluluskan. Ia seumpama kerajaan kehilangan kepercayaan untuk mentadbir negara. Maka itu, kesalahan Ahli Parlimen tidak hadir ke Parlimen dalam sesi sepenting ini amat kritikal dan lebih dahsyat buruknya dari ponteng kerja!!! Kalau YB Bung Mokhtar tidak hadir itu kita faham lah...tidak mungkin beliau sanggup meninggalkan isteri muda beliau walau barang sesaat sekalipun sekurang-kurangnya dalam tempoh masih hangat perkahwinan...


 Fikir-fikirkan...



(Dipetik dari Berita Harian Online)

COPENHAGEN: Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Sambil menegaskan beliau memandang serius perkara itu, Perdana Menteri berkata arahan sudah diberikan supaya semua Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen hadir pada persidangan itu.

"Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini malam tadi.




Perdana Menteri diminta mengulas keadaan di mana Bajet 2010 diluluskan dengan kelebihan majoriti tiga undi saja menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.



Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa bergegas dari majlis di ibu negara untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian pada 11.15 malam itu.



Seramai 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.



Kehadiran Ahli Parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota berbanding 77 peratus pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.




MAAL HIJRAH 1431

Warisan Tamar
18 Disember 2009/ 1 Muharam 1431 (Jumaat)
                                                   
                               
Selamat Menyambut Awal Muharam...Maal Hijrah 1431. Semoga kita semua menjadi manusia yang lebih baik dari hari semalam dan lebih baik dihari mendatang. Usahlah kita berhasad dengki dan berprasangka buruk sesama kita. Semoga kita sentiasa menjadi umat yang mendapat berkat dari-Nya. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah s.w.t dan yang tidak baik itu kerana kelemahan diri saya sendiri...

SALAM MAAL HIJRAH...

MALAYSIA JUARA!!!

Warisan Tamar
17 Disember 2009, Khamis




MALAYSIA berjaya mengucup pingat emas bolasepak sukan SEA di Stadium Vientenne, Laos selepas 20 tahun kempunan. Jutaan rakyat Malaysia menyaksikan detik bersejarah dan cukup bermakna sekaligus mengenepikan sejenak perbezaan ideologi politik, ekonomi, agama, ras dan budaya. Semangat 1Malaysia diterjemahkan di segenap pelusuk negara - dari Sabah hingga ke Perlis!

Semoga kejayaan ini juga akan mendorong kita rakyat Malaysia agar terus mencapai kejayaan dalam segala bidang. Kepada ahli politik, kita masih ada ruang untuk duduk bersama...salahkah untuk mencintai negara? Jalur Gemilang berkibar megah di Laos...

SALAM PINGAT EMAS...