Thursday, December 17, 2009

AHLI PARLIMEN TIDAK HADIR AKAN DIAMBIL TINDAKAN

Warisan Tamar
18 Disember 2009 / 1 Muharam 1431 Jumaat



WT- Khabarnya Ahli Parlimen saya di P178 Sipitang antara tersenarai sebagai anggota Parlimen BN yang tidak hadir semasa sesi pengundian belah bahagi diadakan. Saya harap Datuk Sapawi Hj Ahmad mempunyai alasan yang konkrit dan munasabah sekiranya benar beliau tidak hadir. Apapun, saya yakin beliau tidak berniat untuk mengatakan TIDAK atau TIDAK MENYOKONG untuk meluluskan bajet 2010 kerajaan. Natijah jika bajet itu digagalkan adalah kerajaan akan tumbang kerana bagaimana mungkin institusi kerajaan akan beroperasi tanpa bajet yang diluluskan. Ia seumpama kerajaan kehilangan kepercayaan untuk mentadbir negara. Maka itu, kesalahan Ahli Parlimen tidak hadir ke Parlimen dalam sesi sepenting ini amat kritikal dan lebih dahsyat buruknya dari ponteng kerja!!! Kalau YB Bung Mokhtar tidak hadir itu kita faham lah...tidak mungkin beliau sanggup meninggalkan isteri muda beliau walau barang sesaat sekalipun sekurang-kurangnya dalam tempoh masih hangat perkahwinan...


 Fikir-fikirkan...



(Dipetik dari Berita Harian Online)

COPENHAGEN: Datuk Seri Najib Razak berkata kegagalan ramai Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) hadir pada sidang Dewan Rakyat bagi meluluskan Bajet 2010 Isnin lalu adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan tindakan sewajarnya akan diambil.

Sambil menegaskan beliau memandang serius perkara itu, Perdana Menteri berkata arahan sudah diberikan supaya semua Timbalan Menteri dan Ahli Parlimen hadir pada persidangan itu.

"Saya sudah dapat senarai mereka yang tak hadir dan kita akan menyusulinya dengan tindakan sewajarnya. Sekurang-kurangnya kita kena buat satu perjumpaan untuk mengingatkan tanggungjawab mereka untuk hadir pada persidangan Parlimen," katanya pada sidang media bersama wartawan Malaysia di sini malam tadi.




Perdana Menteri diminta mengulas keadaan di mana Bajet 2010 diluluskan dengan kelebihan majoriti tiga undi saja menerusi undi belah bahagian, iaitu 66 menyokong dan 63 menolak.



Najib dan Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, terpaksa bergegas dari majlis di ibu negara untuk memastikan Bajet 2010 diluluskan dalam undian pada 11.15 malam itu.



Seramai 74 Ahli Parlimen BN tidak hadir di Dewan Rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.



Kehadiran Ahli Parlimen BN cuma 48 peratus, iaitu 66 daripada 137 anggota berbanding 77 peratus pembangkang, iaitu 63 daripada 82 anggota.




No comments: