Warisan Tamar
09 Januari 2010, Sabtu
BEBERAPA perlawanan bolasepak EPL pada hujung minggu ini terpaksa ditangguhkan akibat salji teruk. Ya! Disana bermakna adalah musim sejuk. Pada hemat saya, dalam keadaan suhu sangat sejuk sedemikian tiada siapa pun berminat dan berupaya melakukan tindakan luar jangka meskipun tindakan luar jangka masih mampu dilakukan dimana- mana jua.
Namun di Malaysia, cuaca memang agak panas. Musim sejuk @ hujan sudah berlalu. Bahang cuaca panas ini ditokok pula dengan suasana dalam negara yang semakin hangat. Isu kalimah ALLAH benar-benar membawa majoriti rakyat Malaysia ke satu suhu yang melampau. Apa yang harus kita lakukan?
Percaya atau tidak, dalang disebalik semua alkisah kalimah ALLAH ini sedang duduk goyang kaki dan ketawa terbahak-bahak? Oppsss...saya tidak berniat membuat provokasi tetapi pokok pangkal `masalah' ini sebenarnya harus dirungkai. Siapakah individu atau kumpulan itu? Ada yang tuduh manusia bernama Pak Lah (ex PM dan Menteri KDN) , ada yang tuduh Tan Sri Pakiam (Ketua Gereja Katolik Malaysia), ada yang tuduh UMNO yang mencetuskan huru hara...juga ada yang kata ini juga strategi Anuwar Ibrahim untuk `meredakan' bahang kes liwat beliau yang makin hampir (pada 25 Januari 2010) :)...Ada juga kata ini strategi DAP+PKR untuk menaikkan amarah dan emosi penganut Kristian di Sarawak sebagai modal meraih undi pada PRU Negeri tidak lama lagi...
Saya juga percaya semua yang berlaku ada penyebabnya. Bagaimanapun apa yang penting sekarang adalah mengawal emosi masing-masing. Ketika ini kes kalimah ALLAH yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi sudah pun ditangguhkan. Lazimnya masih ada beberapa peringkat perundangan boleh dituruti sebelum apa yang diputuskan oleh Hakim Lau Bee Lan itu menjadi teramat muktamad. Proses di Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan masih menanti mana-mana pihak yang tidak berpuashati dengan apa-apa keputusan yang semestinya tidak menyebelahi mereka. Itu cerita mahkamah.
Secara peribadi, saya beranggapan seseorang yang authoritative harus menjadi pemutus kepada keadaan ini. Kita tidak bersetuju dan kecewa jika keharmonian antara kaum dan agama selama ini hancur sekelip mata. Peristiwa beberapa gereja dirosakkan dan terkini saya mendapat tahu, surau orang Islam pula menjadi mangsa hendaklah dihentikan. Menteri Dalam Negeri harus lebih berani dan tegas. Jika perlu digunakan ISA maka gunakanlah tanpa was-was. Jangan terlalu lembik dan lemah serta lembut!
Apapun, mencari penyelesaian di mahkamah bukanlah solusi yang terbaik dalam menangani isu agama sebegini. Ia harus diselesaikan secara rundingan. Tan Sri Pakiam harus mementingkan keharmonian dan sensitiviti umat Islam di Malaysia. Jangan ingat hak semata-mata. Jangan jadi bebal dan dungu serta `stubborn'. Nasihat oleh DYMM YDPA Sultan Mizan harus kita renungi. Baginda menitahkan bahawa pentingnya semua pihak menghormati kesucian ajaran dan kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan Malaysia.
Puak DAP++(PAS+PKR) pula janganlah menambah panas keadaan. Saya maklum ada ramai pengikut PKR dan DAP beragama Kristian. Demikian juga di sebelah BN. Jangan mempolitikkan isu kalimah ALLAH. Puak DAP++ tentu lebih `suka' jika keadaan dalam negara yang huru hara, ini akan memberi political mileage kepada mereka dengan mewar-warkan bahawa kerajaan BN gagal mengurus hal ehwal negara. Zaid Ibrahim sudah berkata kerajaan harus bertanggungjawab (baca: bukan Tan Sri Pakiam yang perlu bertanggungjawab) kerana timbulnya suasana kacau sekarang. YB Mahfuz nun jauh di utara pula cuba mengaitkan dengan OPS LALANG...(macam takut kena pula!).
Akhir kalam, pintu harus segera dibuka agar meja rundingan menjadi penyelesaian kepada isu kalimah ALLAH. Polimek berterusan tidak akan membawa apa-apa makna. Apa juga keputusan rundingan hendaklah mengambil kira titah Sultan Mizan dan fakta agama Islam oleh para ulama.
Semoga ALLAH s.w.t sentiasa memberkati kita. AMIN.
1 comment:
sultan telahpun bertitah ~
semoga semua sedar perkara ni lebih bnyk buruk drpd baik
Post a Comment