9 Mei 2010. Ahad
WT- Perkara yang disebutkan oleh Awang Selamat bukan satu perkara baru. Malah sudah berlaku sekian lama dan ia masih berlaku sehingga ke hari ini. Saya juga sangat pelik dan hairan, bagaimana cerdik pandai dalam kerajaan gagal dan buntu merungkaikan dan menyelesaikan masalah ini secara total. Saya sering beranggapan bahawa `bank cuma berminat memberi pinjaman kepada mereka yang mempunyai wang'. Sedangkan yang mahu meminjam wang secara majoritinya adalah golongan yang perlukan wang! Putaran ganas sistem kewangan kita tidak mungkin akan memihak kepada usahawan kerdil!
Awang selalu menerima rungutan tentang pelbagai isu berkaitan perbankan terutama kemudahan mendapatkan pinjaman bagi usahawan kecil dan sederhana di bank-bank milik kerajaan.
Persoalan yang selalu dibangkitkan ialah kos pinjaman lebih tinggi dan kurangnya produk pinjaman di bank berkenaan berbanding bank swasta seperti Maybank, CIMB dan RHB.
Ini sangat ketara dalam sektor penting antaranya perkhidmatan. Bank milik kerajaan seperti Bank Pembangunan, SME Bank, Exim, Agro dan lain-lain memberikan pinjaman hampir dua peratus lebih tinggi berbanding bank milik swasta.
Namun ramai usahawan terutama bumiputera tiada pilihan melainkan mengharapkan bank kerajaan atas banyak faktor termasuk syarat yang terlaluan ketat dikenakan oleh bank swasta.
Salah satu faktor kos pinjaman bank kerajaan lebih tinggi, adalah kerana modal utama bank berkenaan adalah daripada bon.
Sedangkan bank swasta mendapat modal daripada simpanan deposit pengguna dan melalui bon, yang menyumbang kepada kos yang rendah. Lebih menyedihkan apabila produk pinjaman bank awam adalah terhad kepada pinjaman berkaitan sektor tertentu sementara bank swasta hampir tidak mempunyai sekatan langsung.
Dengan ini, bank swasta dapat menyediakan modal daripada banyak cawangan melalui bon dan simpanan. Maka sudah sampai masanya kerajaan melakukan transformasi bagi meningkatkan daya saing bank-bank awam yang sebenarnya berpotensi besar untuk dilonjakkan.
Kajilah kejayaan bank-bank milik kerajaan di Korea, Singapura, Jerman dan banyak negara lagi yang bukan sahaja hebat di negara masing-masing malah disegani di peringkat antarabangsa.
Awang mencadangkan agar bank-bank awam di negara ini bergabung sesama mereka termasuk melibatkan bank simpanan. Strategi itu dapat melonjakkan daya saing selain mampu membantu lebih ramai usahawan mendapatkan pinjaman.
Sudah tentu juga, ia dapat membantu kerajaan membiayai projek-projek infrastruktur dan keperluan rakyat. Dengan ini, pembiayaan pembangunan tidak akan membebankan kerajaan semata-mata sebagaimana sekarang.
Awang yakin melalui penggabungan ini, bank-bank kerajaan akan melonjak memasuki liga utama setaraf dengan bank swasta. Penggabungan beberapa bank swasta hasil inisiatif kerajaan tidak lama dahulu telah membolehkan bank-bank tertentu menjadi pemain cemerlang di landskap perbankan bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat serantau.
Mengapa kita tidak menyediakan peluang yang sama kepada bank milik kerajaan? Awang percaya jika peluang itu diberikan akan membuka dimensi baru kepada perbankan Malaysia selain menaikkan imej negara.
Pucuk pangkalnya peluang. Lagipun Awang sudah penat mendengar keluhan rakyat dan usahawan berkaitan isu perbankan ini, yang masih tidak ditangani dengan berkesan.
Itu belum bercakap tentang khidmat konsultan yang mengenakan caj tidak masuk akal sehingga menyebabkan ramai usahawan gagal mendapatkan pinjaman bank walaupun syarat asas mencukupi dan berpotensi maju.
Berdasarkan banyak maklum balas, syarikat besar dan usahawan yang kaya kebanyakannya bukan Melayu tidak menghadapi masalah untuk memenuhi permainan konsultan yang sebahagiannya 'direstui' oleh bank-bank.
Maka golongan yang kaya ini sahajalah yang akan mendapatkan pinjaman besar sementara pengusaha kecil dan sederhana menggigit jari.
Awang bimbang ini semua akan membentuk putaran ganas. Bank hanya mengkayarayakan golongan yang sudah kaya manakala yang susah terpaksa mencari ah long.
Malah pada hari ini, sudah menjadi rahsia terbuka dalam industri perbankan, gejala rasuah dalam institusi itu cukup serius. Inilah persekitaran yang kita sendiri wujudkan. Salah siapa?
2 comments:
salam,
teman setuju dengan fakta tersebut,teman sampai sekarang loan perniagaan tak pernah nya lepas asyik kena reject jea
ada satu fakta yang tidak diterangkan dengan jelas iaitu apakah itu duit/wang?
wang sebenarnya ialah credit atau pun hutang. RM1 yang kita pakai ialah hutang bukan wang seperti emas.
Setiap kali bank buat pinjaman bank hanyar keluar sedikit duit dari duit pendeposit selebihnya dari "thin air". Sistem ini dikenali sebagai fractional reserve. Franctional reserve yang membuat inflasi bukannya sebab offer and demand.
sila rujuk http://www.webofdebt.com/.
Dari fractional reserve lah zionist dapat menguasai dunia melalui US,UK, Europe dan juga jepun yang bertindak sebagai proksi mereka.
Post a Comment