Thursday, May 27, 2010

Peringatan Untuk Samy Vellu: Sebelum Hilang `Value'

27 Mei 2010, Khamis



KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri S. Samy Vellu sepatutnya menerima pengiktirafan kerana mungkin telah mencipta satu rekod baru untuk ahli politik paling lama memegang tampuk kepimpinan sebuah parti politik di negara ini.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, Presiden MIC itu telah 'memerintah' lebih lama daripada beliau sendiri yang memegang jawatan Perdana Menteri selama 22 tahun dan perlu diberi pengiktirafan atas rekod tersebut.

Ditanya mengenai kemelut jawatan Presiden MIC itu, beliau mengulangi kenyataannya bahawa 'kita tidak sepatutnya tinggal lebih lama dari yang dialu-alukan'.

“Saya bukan mewakili UMNO dalam berkata demikian, tetapi 'pergi sebelum orang benci' menjadi antara sebab saya melepaskan jawatan tertinggi negara tujuh tahun lalu,” katanya selepas menyampaikan ucaptama di Persidangan Penuaan Sihat Malaysia Kelima di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kemelut jawatan Presiden MIC yang tidak berubah sejak 1979 sehingga mendorong pembentukan gerakan menentang kepimpinan Samy Vellu oleh sebahagian anggota MIC dan masyarakat India.

No comments: