Saturday, June 13, 2009

MELAYU & BUMIPUTERA TERUS DITEKAN


Warisan Tamar
13 Jun 2009, Sabtu

ADA beberapa perkara yang berlaku mutakhir ini. Bahkan rasanya setiap hari ada saja peristiwa besar yang berlaku. Selain isu virus H1N1 yang sudah diisytiharkan sebagai pandemic apabila penularannya yang semakin jauh ke serata dunia termasuk Malaysia. Isu bangunan lama runtuh di PJ dan pelbagai interpretasi konsep 1Malaysia juga hangat dibicarakan. Demikian juga isu Chin Peng, yang mana amat menusuk luka para pejuang anti komunis. Saya tidak lahir di zaman komunis mengganas. Tapi saya memahami kesakitan dan keperitan keluarga dan mereka yang dilahirkan sebelum saya. Mereka yang `pro-Chin Peng' cuba mengusik sarang tebuan.

Isu politik juga tidak kurang hangatnya.
Baru-baru ini PAS juga baru selesai dengan Muktamarnya. Dikatakan puak pro Anwar a.k.a Erdogan ramai tersungkur. Apapun, demikianlah realiti politik. Apabila PAS untuk semua maka pintu dibuka kononnya untuk semua. Justeru, dikhabarkan dan ditanggapi bahawa kemasukan berduyun-duyun ahli baru ke dalam PAS kerana slogan baru mereka dan dikaitkan pula dengan `kejayaan' Pakatan Rakyat pada PRU12 yang lalu. Apabila `keterbukaan' itu dianggap pintu ke arah kejayaan yang lebih besar, PAS `lupa' ia juga pintu menuju kehancuran. Kerana dengan pintu itu juga anasir tertentu menerjah masuk dan menyelinap ke segenap penjuru batang tubuh PAS. Pesan saya kepada para sahabat saya yang berada dalam PAS Untuk Semua...saya selalu berkata jangan taksub kepada pemimpin, hinggakan pemimpin salah pun kita katakan mereka tetap betul. Bawa2lah berfikir di luar kotak pemikiran. Sesekali berfikiran negatif mungkin ada hikmahnya jua!

Beberapa jam yang lalu, Zaid Ibrahim sah menyertai PKR. Saya tidak terkejut. Malah ternanti-nanti bilalah dia ni nak join parti lawan BN. Saya ada membaca buku `Saya Pun Melayu' tulisan beliau. Saya bangga anak orang susah seperti beliau akhirnya menjadi peguam dan pernah memiliki firma guaman yang terkenal. Tapi yang saya tidak bangga dan tidak bersetuju bilamana dia tidak menganggap kejayaan beliau kerana bantuan dan sokongan kerajaan iaitu BN. Pada saya, bantuan dan sokongan kerajaan BN bukan sekadar kita lihat dari segi material seperti penganugerahan projek jutaan ringgit tetapi hamparan platform ekonomi dan persekitaran negara yang stabil, harmoni dan memberangsangkan adalah faktor makro yang menyumbang kepada sesuatu kejayaan. Bagaimana agaknya nasib Zaid Ibrahim & Co. kalau firma mereka berada di sesebuah negara yang tidak aman, bergolak dan tahap ekonomi yang perlahan?

Petang Jumaat yang lalu saya menyertai rombongan Dewan Muda DPMM Selangor di majlis Dialog bersama Dato Mukhriz Tun Mahathir dipejabat beliau di MITI. Saya berharap isu dan permasalahan usahawan muda Melayu dan Bumiputera yang disuarakan akan menemui jalan penyelesaian. Dasar kerajaan untuk membantu usahawan Melayu dan Bumiputera sudah amat baik. Namun masalahnya bila pelaksana dasar yang diadakan gagal malah bertindak anti clockwise maka dasar kerajaan itu menemui jalan kegagalan. Akibatnya, PRU12 dijadikan pentas meluahkan rasa amarah, tidak puas hati dan kecewa. Saya cukup berpendapat dan amat bersetuju bahawa masalah struktural adalah antara punca utama kegagalan dasar kerajaan khususnya dalam membantu anak muda yang berinovasi dan ingin berjaya dalam perniagaan. Amat penting individu yang mempunyai aspirasi seiring dengan kerajaan serta memahami kehendak dan keperluan usahawan Melayu dan Bumiputera perlu diposisikan agar pelaksanaan dasar kerajaan lebih berjaya dan impaknya berkesan kepada ekonomi serta politik.

Dalam menyelusuri laman web dan blog rakan-rakan blogger, saya juga ternanti-nantikan tarikh 1 Julai akan datang. Saya berharap Anwar Ibrahim tidak lagi berdolak dalih dengan pelbagai alasan teknikal demi untuk melengahkan dan menafikan keadilan kepada pengadu. Buktikan segala kebenaran di lapangan keadilan. Jangan asyik mengatakan keadilan tidak ada di mahkamah dalam negara ini. Sedangkan Anwar dan ramai lagi pemimpin pembangkang lain sering meraih kemenangan di pentas mahkamah Malaysia. Jangan perbodohkan rakyat Malaysia. Saya faham dan memahami bahawa rakan dan saudara yang tegar menyokong Anwar akan marah dan tidak bersetuju. Pada saya, kalian boleh saja mengkritik UMNO dan BN. Saya juga bersikap terbuka asalkan ia konstruktif serta membina. Mudah-mudahan ia boleh digunakan untuk memperbaiki mana yang kurang. Itu lebih baik dari bersikap `hanya saya/kami yang betul'. Siapalah kita untuk menentukan dosa pahala seseorang. Waima serban dililit seluruh badan pun tidak akan menentukan syurga untuknya. Fikir-fikirkan....

4 comments:

Senjaliza said...

Oleh kerana terlalu ghairah memungut bebatuan terlalai kita mengambil intan permata. Kelab Penyokong PAS dari Sabah kebanyakannya adalah juak-juak DAP. Diberitakan keadaan ini sama dengan di Semenanjung Tanah Melayu. Kenapa Melayu mudah diperdaya?

Frodo Baggins said...

Semoga Malaysia tanah bertuah ini akan sentiasa dalam lindungan Yang ESA. Untuk 1 Julai nanti, sudah mula muncul pelbagai alasan ~ nak spedo rakyat n pnyokonk butanya!!!
kepada sahabat dalam PAS. Cuba berfikir dgn cara terbuka dgn usul HJ. Hadi ~ demi Islam dan Melayu khasnya .... perpecahan tidak membawa kita kemana ...

WASSALAM

Senjaliza said...
This comment has been removed by the author.
Senjaliza said...

Zaid Ibrahim pernah mencabar TS Muhyidin Yassin untuk meletakkan jawatan dan keluar UMNO atau dipecat kerana mengeluarkan kenyataan agar "peralihan kuasa" daripada Pak Lah ke DS Mohd Najib disegerakan. Di mana Zaid Ibrahim sekarang?. Jasa Zaid (kalau amounted to be called contribution)ialah membayar ex-gratia kepada bekas hakim puluhan juta daripada wang rakyat atau dana negara. Adilkah ini? Kerajaan begitu berlembut masa itu kepada cadangan orng professional seperti Zaid but tak sangka kilauan permata itu rupanya kaca..!!