Tuesday, February 24, 2009

APABILA WILLIAM @ STORMFURY HINA ISLAM...


Warisan Tamar
24 Febuari 2009, Selasa


MINGGU lepas saya mengikuti rapat perbahasan, perbincangan dan tentangan terhadap satu kisah yang dianggap satu penghinaan terhadap Islam. Hari ini seperti dimaklumkan penyelesaian secara `aman' telah dicapai. Tiada ahli politik mahupun pihak kerajaan apalagi para ulama terutama mereka yang melabelkan pemimpin mereka ulama hanya kerana parti didokong mereka mempunyai imuniti ciptaan sendiri iaitu maksum dari dosa terlibat dalam menangani isu ini. Namun seperti kemaskini dan pengakuan maaf bertulis dari insan bernama William ini, isu ini dianggap selesai dengan keprihatinan umat Islam yang bertindak tanpa mengira fahaman politik mahupun dipengaruhi oleh faktor politik semasa. Semoga kisah ini memberi pengajaran dan hidayah kepada kita. Sesungguhnya keimanan seseorang itu bukan terletak secara total kepada apa yang kita pakai atau apa parti politik kita.

Bagi yang tertinggal mengikuti kisah berkaitan isu ini, bolehlah melayari thread di
Forum Carigold ini.

Allah Maha Besar!

Allah Maha Besar!

Allah Maha Besar!

Friday, February 20, 2009

ANGKA 3 DAN SALAHGUNA `RAKYAT'

Warisan Tamar
20 Febuari 2009, Jumaat


ANGKA 3

ADA 3 kawasan bukit memerlukan pengisian jawatan wakil rakyat iaitu Bukit Lanjan (jika perletakan jawatan wakil rakyatnya diterima), Bukit Gantang dan Bukit Selambau.

3 bukit ini terletak di 3 negeri yang berderetan iaitu Selangor, Perak dan Kedah.

Berdasarkan pilihanraya lepas, ada 3 komposisi kaum utama bertanding di 3 bukit yang berlainan iaitu kaum India di Bukit Selambau, Kedah, Melayu di Bukit Gantang dan Cina di Bukit Lanjan.

Sahabat saya berkata ` Apakah akan ada PRK di bukit keempat selepas ini samada di Negeri Sembilan atau Pulau Pinang berdasarkan urutan negeri-negeri?’ Saya tambah pula jika ada mungkin pertandingan antara calon dari kaum Sikh @ Singh. Adakah ia akan berlaku di satu bukit yang lain? Emmm…. Ini juga satu persepsi!

Yang pasti Parlimen Pensiangan di Sabah juga menantikan detik penentuan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu. Mungkinkah pada 7 April 2009 akan diisytiharkan sebagai `Mini PRU’?

SALAHGUNA `RAKYAT’

AKHBAR pro PR dan para pemimpin mereka suka sangat mengulang-ulang dan mempergunakan perkataan `RAKYAT’. Mereka asyik dengan ungkapan bosan seperti `RAKYAT akan ajar kerajaan BN dalam pilihanraya’. Soalnya apakah RAKYAT yang dikatakan itu mewakili 27 juta penduduk Malaysia atau sekadar 27,000 orang penyokong ekstrim mereka? Sepatutnya ia ditulis begini `Penyokong ekstrim PR akan ajar kerajaan BN dalam pilihanraya’…itukan lebih jelas, berterusterang, berani dan benar. Tidak payahlah asyik berselindung disebalik perkataan RAKYAT.

Pakatan RAKYAT – Istilah digunakan lebih kepada mengabui mata penyokong ekstrim mereka. Kononnya komponen mereka adalah komponen atau gabungan parti-parti yang disokong sepenuhnya oleh RAKYAT. Siapakah RAKYAT? RAKYAT adalah termasuk semua penduduk Malaysia berjumlah 27 juta orang. RAKYAT ini ada yang sememangnya penyokong ekstrim BN. Mungkin juga RAKYAT dalam Pakatan sudah bersedia untuk menjadi RAKYAT sebuah negara Republik Malaysia? Adakah Anwar bakal Presiden dan Lim Kit Siang bakal Perdana Menteri? Sebab itu mungkin Karpal Singh menyinga dengan Anwar dan Lim Anak Beranak? Karpal tak nak jadi A.G (Peguam Negara) kot?

RAKYAT OH RAKYAT…
KITA YANG DIPERGUNAKAN ATAU MEREKA YANG TIDAK BERGUNA?

PERHIMPUNAN MENJUNJUNG KASIH @PWTC


Warisan Tamar
20 Febuari 2009, Jumaat


SATU perhimpunan secara aman diadakan di Dewan Tun Abd Razak, PWTC pada 19 Febuari 2008 Khamis bagi menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Raja-raja sepertimana termaktub di dalam Perlembagaan & Rukunegara. Saya melihat kehadiran yang begitu ramai sejak petang lagi di sekitar kawasan PWTC. Perhimpunan sebegini adalah jauh lebih baik dan beretika berbanding mengadakan demonstrasi jalanan yang bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam (lazimnya jalanraya menjadi sibuk dan `jammed’) malah memberi imej yang buruk.

Saya tertarik melihat `perpaduan’ walaupun dalam mood pertandingan bilamana ketiga-tiga calon Ketua Pemuda turut turun padang. Umum boleh saja berkata `biasalah mahu menayangkan diri’. Saya tidak kisah malah biarkanlah…lebih baik melihat dari aspek positif! Biarkan mereka berlumba-lumba mendapatkan sokongan dan berusaha menunjukkan `kemampuan’ mereka. Akhirnya perwakilan Pemuda UMNO akan menentukannya. Saya juga berharap `perpaduan’ dikalangan mereka bertiga akan berterusan hatta selepas pemilihan selesai kerana tentu amat manis jika mereka juga saling berganding bahu untuk memastikan kemenangan calon BN di perbukitan Gantang dan Selambau…(`Lenjan’ belum diisytiharkan lagi!).

Walaupun di dalam hati masing-masing mahu menang jawatan Ketua Pemuda, sekurang-kurangnya apa yang kita dan saya lihat ketiga-tiga calon tersebut boleh bergelak ketawa bersama dan bertanding dalam suasana harmoni. Malangnya kamera telefon bimbit saya pula kehabisan bateri untuk merakam `detik’ harmoni itu (gambar diatas ihsan/ disalin dari Agendadaily). Sebagai sebahagian Pemuda UMNO, saya boleh berasa senang hati bila calon Ketua Pemuda saya bersikap gentleman dan profesional serta boleh berganding bahu dalam situasi politik terkini yang penuh dengan `babak-babak menarik’. Semoga senario ini akan memberi impak positif kepada Pemuda UMNO dan BN amnya.

DAULAT TUANKU…SELAMAT BERJAYA CALON KETUA PEMUDA!

Tuesday, February 17, 2009

PILIHANRAYA KECIL: SATU PROSES DEMOKRASI YANG `MEMBAZIR’


Warisan Tamar
18 Febuari 2009, Rabu


AGAK skeptikal (skeptical) bila saya mahu menulis bahawa mengadakan pilihanraya kecil (PRK) terlalu kerap merupakan satu proses amalan demokrasi yang perlu dipenuhi tetapi juga adalah satu proses yang membazir dari banyak aspek. Pembaca boleh saja mengatakan bahawa mereka tidak bersetuju dengan pernyataan ini atau bersetuju. Ini juga satu proses `pendemokrasian’ seperti yang dilaung-laungkan oleh pihak yang suka sangat melabel diri mereka sebagai pejuang rakyat.

Sesebuah kawasan DUN mahupun Parlimen hendaklah diisi dengan memilih melalui pengundian seorang wakil kepada rakyat atau pengundi di dalam kawasan berkenaan. Banyak factor mendorong pemilihan/pengundian semula perlu diadakan selepas ditentukan dan disahkan kekosongannya. Pengisytiharan mahkamah, kematian ahli dewan sedia ada dan perletakan jawatan atas pelbagai sebab.

Saya menyentuh tentang `pembaziran’ apabila PRK terpaksa dilaksanakan bukan setakat membazirnya dari segi kewangan tetapi juga aspek lain seperti tenaga dan masa. Pembaziran ini lebih menyakitkan hati bilamana sesuatu PRK itu terpaksa diadakan hanya kerana disebabkan perletakan jawatan. Perletakan jawatan pula disebabkan oleh masalah peribadi samada masalah rendah moral mahupun terdapat unsur kelucahan. Ini bermakna individu itu dipilih oleh parti berkaitan adalah individu yang memang ada masalah atau menyimpan masalah. Bila masalah yang disimpan tersembur keluar mula memberi seribu dalih. Moralnya memang betul lah langkah meletakkan jawatan sebab rakyat tidak akan bersetuju dan menerima wakil mereka yang berakhlak dan bermoral low class. Tetapi langkah sebegini telah menyebabkan kerajaan menggunakan bajet yang bukan sedikit dari segi kewangan, tenaga kerja dan masa diperuntukkan. Bayangkan bajet tersebut kerajaan gunakan untuk membeli beras dan sedekahkan kepada semua rakyat yang memerlukan. Ramai rakyat yang kenyang! Jangan beri sedekah seks… (KEMASKINI: Kenyataan YB Datuk Choe Chee Heung, Timbalan Menteri Dalam Negeri berkaitan perbelanjaan PDRM semasa PRK Kuala Terengganu di Parlimen)

Saya menerima hakikat PRK di Kuala Terengganu dan Bukit Gantang perlu diadakan kerana disebabkan kematian wakil mereka. Ini kita tidak dapat elakkan dan kita terima reality tersebut. Tetapi bagi kes Bukit Selambau, Permatang Pauh dan Bukit Lanjan (dijangka akan berlaku) PRK yang terpaksa diadakan memang membazir. Ketiga-tiga kawasan ini terpaksa diadakan PRK kerana nafsu manusia. Satu kerana nafsu kuasa dan dua lagi berkaitan nafsu seksualiti. Ketiga-tiganya juga wakilnya dari parti yang sama iaitu Parti Kuat Retorik. Ini juga bermakna ada 5 PRK telah dan akan diadakan selepas Mac 2008 (PRU12) seperti ditunjukkan oleh YB Cik Elizabeth Wong di dalam gambar diatas.

Saya berharap rakyat dan pengundi terutamanya di kawasan terbabit iaitu di tiga bukit di tiga negeri yang berderetan dari Kedah, Perak dan Selangor agar membuka mata dan minda. Mungkin setahun yang lalu ramai yang mengikut emosi dan amarah. Saya percaya di pihak Barisan Nasional, signal dan indicator yang diberikan pada PRU12 yang lalu telah menyedarkan dan mengejutkan kealpaan segelintir kepimpinan BN itu sendiri.

HUJAH: CALON KETUA PEMUDA UMNO BERHUJAH




17 Feb 2009, Selasa

TEPAT jam 9.30 malam program yang dihoskan oleh Dr Agus bersiaran secara langsung dari Dewan Bahasa & Pustaka, KL. Panelist program HUJAH @ TV9 merupakan calon-calon Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang bakal berentap pada bulan Mac nanti. Saya yakin majoriti ahli Pemuda UMNO seluruh Malaysia menontonnya. Demikian juga dengan Pemuda dari kelompok lawan - PR. Cuma mungkin Angkatan Muda PKR saja sibuk berkawal di kediaman ADUN Terlampau mereka...

Secara umumnya, banyak perkara positif daripada negatif apabila ada pertandingan jawatan tertinggi parti kategori Pemuda. Juga positif apabila melihat mereka menjawab segala soalan yang ditimbulkan oleh hos @ moderator. Soalannya juga mempunyai degree yang agak tinggi dan menguji keupayaan serta kebijaksanaan panelist. Bak kata Dr Agus `memilih pemimpin atas dua perkara utama - ELOK DAN PANDAI'.

Saya sempat mencatat beberapa isu yang diutarakan dan beberapa jawapan yang diberikan oleh calon-calon Ketua Pemuda. Azam saya sesiapa pun menang kalau `engkar dan alpa' dengan `janji' yang dikatakan malam ini, akan saya uar-uarkan dan riuh-riuhkan terutamanya di dalam blog saya. Secara umum juga, masing-masing ada gaya dan skil tersendiri. Cuma dari 3 calon tadi, secara peribadinya saya melihat DS Khir dihadapan kemudian Datuk Mukhriz dan Sdr Khairy.

Ada beberapa jawapan Sdr Khairy yang saya rasa makan tuan - antaranya apabila menyentuh tentang longgarnya prinsip bersama dikalangan cabang Pemuda antara parti komponen sehinggakan `diasak soal' oleh Dr Agus. Selebihnya, DS Khir `bijak' menjawab soalan Dr Agus dan saya percaya pengalaman sebagai MB di awal usia 35 tahun di negeri Selangor dan berhadapan dengan 1001 macam hal dan soalan-soalan media, maka beliau pandai menggunakan setiap sudut ruang untuk diisi dengan jawapan beliu secara bernas. Sementara Datuk Mukhriz pula sedikit tenggelam di awal bicara. Namun saya sangat suka stail bersahaja beliau menjawab soalan dan yang saya faham, beliau mempunyai prinsip yang kuat di dalam diri. Seumpama bapanya Tun Mahathir, berani bersuara walaupun apa yang terjadi. Saya meminati stail menjawab dan saya percaya beliau berkeupayaan tinggi untuk mengangkat Pemuda UMNO ke landasan sebenar. Sdr Khairy bukanlah lemah sangat, beliau `pandai' bercakap...emmm kadang takut juga stail begini sukar melaksanakan. Beliau berkeupayaan baik dalam berpidato.

Jika saya perwakilan, sebelum saya memangkah kertas undi saya sudah shortlisted 2 nama iaitu DS Khir dan Datuk Mukhriz. Bukan bermakna Sdr Khairy tidak bagus tapi belum cukup terbagus. Maaf!!! Apabila tangan sudah memegang pen/pensil....saya undi.....&*&*&*&??? (tunggu Mac nanti!).

SALAM TRANSFORMASI...



ALKISAH ADUN TERLAMPAU: BOGEL ATAU DIBOGELKAN

Warisan Tamar
17 Febuari 2009, Selasa



TERKINI: Semasa menulis isu ini, ADUN Terlampau mengadakan sidang akhbar pada jam 11 pagi dan keputusan tepat dibuat ADUN Terlampau: Elizabeth Wong ingin meletakkan jawatan EXCO dan ADUN Bukit Lanjan.

(17/2 Selangor EXCO member and Bkt Lanjan rep Elizabeth Wong,whose nude photos are being circulated has offered to resign both positions – STAR)

POLITIK dan orang politik semakin hangat di kala ini. Adakah suasana politik negara yang memanjang panas ini adalah satu manifestasi untuk meredakan kerisauan berkait kesuraman ekonomi domestik dan global di tahun 2009? Dari aspek menangani permasalahan kesuraman ekonomi, kerajaan BN diperingkat pusat tidak henti-henti melakukan pelbagai daya untuk meredakannya termasuk bajet mini yang akan dibentangkan oleh DS Najib nanti bagi menyuburkan semula kemurungan ekonomi. Dengan kata lain, BN tahu bila harus berpolitiking dan bila harus berhenti seketika berpolitiking.

Tapi yang semakin panas kini adalah perilaku politik oleh orang politik. UMNO dengan kehangatan pemilihan partinya yang tinggal lebih kurang sebulan lagi dan proses peralihan kuasa DS Abdullah dan DS Najib akan berlangsung. Sementara MB Negeri Kayangan yang sudah dititahkan meletakkan jawatan tapi masih kemaruk jawatan MB pula masih belum reda panasnya. Masih berusaha dengan membawa ke muka keadilan, gara-gara tidak berpuashati kehilangan jawatan MB dan kereta CAMRY 2.4G baru. Kemudian 2 PRK akan diadakan `diatas’ bukit di Perak dan Kedah akan menjadi medan perhitungan antara BN dan PR pada 7 April kelak. Kedua-dua pihak mendakwa mempunyai peluang untuk mengekalkan dan merampas kerusi tersebut.

Namun di bukit yang lain iaitu Bukit Lanjan lain pula ceritanya. Tiada senyum riang dari pimpinan PR bila diberitakan tentang alkisah `Seorang ADUN Terlampau’. Ramai yang bersimpati samada ikhlas atau tidak…entahlah! Tapi DS Khir Toyo dengan senyuman kejawaannya cukup sinis bila meminta ADUN Terlampau itu meletakkan jawatan dari semua jawatan kerajaan dan sebagai ADUN di Selangor. Kata DS Khir lagi, dulu bila kisah DVD Panas Chua Soi Lek di pasaran bukan main lagi lantang kamu bercakap soal moral. Nah! Sekarang ayuh kita bicara soal moral!!! Malam tadi sembang-sembang dengan rakan-rakan, ada yang merungut sebab sudah puas buat search di Goggle mahupun Yahoo tapi aksi Terlampau tidak juga ditemui…hehehe! Tunggu sajalah versi VCD/DVD itupun kalau ada…

Secara peribadi, atas dasar kemanusiaan saya juga bersimpati dengan ADUN Terlampau Bukit Lanjan (baca: Lenjan – Filem Lenjan pernah ditayangkan dengan hero Rosyam Nor). Cuma bila mahu menuding jari mengatakan alkisah terlampau begini adalah atas `usaha’ lawan politik yang ingin membunuh riwayat politik dan jawatan EXCOnya, saya rasa inilah akibatnya bila kita asyik berkata kita maksum dan orang UMNO/BN sentiasa berbuat salah dan dosa. Apabila kisah aksi `togel a.k.a bogel’ tidak kisahlah suku bogel atau separuh bogel atau bogel habis…ia dikatakan `personal intrusion’ (pencerobohan peribadi) oleh pihak tertentu dan saya bersetuju. Tapi saya bersetuju dengan ungkapan sinis DS Khir Toyo. Bertanggungjawablah sikit! Letak jawatan jangan cakap banyak. Go and find the culprit, settle the problem and don’t pull your rakyat to accept that this is not your mistake. You can say whatever you want but please resign lah!!! Biasanya kamu kata polis tidak buat kerja dengan betul, kali ni kenapa percaya kepada polis untuk cari orang yang merakam aksi berahi terlampau kamu???

Kata seorang pemimpin berbangsa Cina, benar ini adalah soal privasi individu tapi bagaimana seorang lelaki yang bukan suami (kalau dalam Islam bukan muhrim!) boleh ada dalam bilik ADUN Terlampau dan boleh ambil pelbagai aksi panas ADUN Terlampau? Kalau orang Cina bukan Islam pun tidak menerima gaya hidup bebas dan dot dot dot sebelum kahwin (jika ada), baguslah berdiri di bumi yang nyata. Jangan asyik menyalahkan serangan politik oleh orang-orang politik. Kata DS Khir, musuh politik itu bukan dari UMNO/BN tapi dari dalam kepompong politik ADUN Terlampau itu juga yang mungkin kepingin untuk menduduki kerusi EXCO yang dipunyai oleh ADUN Terlampau. Opppss!!! Jangan asyik mengata bahawa dalam UMNO/BN berlaku sindrom kemaruk kuasa tapi dalam PR pun apalah kurangnya!

Tuduhan sesetengah pihak termasuk mereka di dalam PR mengatakan bahawa ini adalah antara plot yang dirancang oleh pihak UMNO/BN adalah satu tuduhan tidak berasas dan paling bodoh dalam sejarah. Inilah budaya dan cara berpolitik tidak bermaruah. Pantang ada perbuatan dajal yang mereka lakukan pasti akan dituding kepada pihak UMNO atau BN. Rakyat semakin bosan dengan retorik politik PR. BN sibuk untuk menguruskan pentadbiran dan ekonomi negara, PR disibukkan dengan masalah di 3 bukit. Inilah beza antara organisasi yang berpengalaman dan matang dengan sebuah organisasi yang baru belajar merangkak dalam soal menguruskan pentadbiran dan ekonomi. Sudahnya jangan asyik dengan retorik politik…mengata orang dia yang lebih!

PS- PKR sebenarnya menjadi liability kepada Pakatan Rakyat. Mengapa? Mula-mula cerita habuan seks ditakrifkan sebagai sedekah di Perak! Kemudian cerita ADUN PKR di Kedah ada perempuan simpanan meletakkan jawatan dan menghilangkan diri. Cerita ADUN Terlampau PKR di Selangor dengan aksi berahi dan memualkan. Dan yang paling dinantikan adalah kisah liwat Siri 2 oleh Big Boss PKR sendiri. Sebelum kisah Big Boss PKR itu ditayangkan kepada umum, mungkin PKR ada kisah baru berkaitan seks dan rendah moral di Penang??? Kalau ada, kira lengkaplah sebuah filem PKR –Paling Kuat Retorik. Penutup cerita mestilah hero punya kisah…baru ada umphhh!

Thursday, February 5, 2009

NAJIB CHECK MATE ANWAR (DIKEMASKINI!!!)


05 Febuari 2008, Khamis
TERKINI 3: Saya terjumpa tulisan dari blog AdukaTaruna `Padan Muka Anwar: Terduduk Anwar beb....' hahaha...saya rasa imaginasi kami tidak jauh bezanya...bacalah bukan kempen tapi santai dibaca!

TERKINI 2: ADUN Pangkor Datuk Dr Zambry Kadir dinobatkan sebagai Menteri Besar ke 11 Kerajaan BN Perak. Fuyohhhh...sapa sangka beb...sapa sangka beb! Lepas ni mereka pakai CAMRY yang baru jer servis 1000km...Ngeh dan Ngok tak bleh komplen sebab mereka yang beli....sadis bro! Aku beli keta orang lain pakai...Awas plan utk `mendajalkan' keta CAMRY...uhukkkk...
TERKINI 1: DS Nizar enggan lepaskan jawatan Menteri Besar! (Takkan sayang nak lepaskan kereta CAMRY kot!). Jangan terkejut jika taktik menimbulkan huru hara dilakukan untuk memaksa pilihanraya diadakan. Inilah susahnya bila sudah gila kuasa sampai tahap cipan!!! Kepala otak pun sudah berada di kelapa lutut.


KEMELUT politik mungkin menemui jalan penyudah. Terkini pada petang hari ini, DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Shah tidak memperkenankan permintaan kera-jaan Pakatan Rakyat untuk membubarkan DUN Perak. Menteri Besar dan pasukannya dititahkan supaya meletakkan jawatan atau jika tidak akan dikira mengosongkan jawatan secara automatic. Ini bermakna BN akan menubuhkan kerajaan yang baru di Perak. Sebuah kerajaan ke 11 akan tertubuh di negeri Perak.

Pandangan umum saya, cadangan untuk membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya semula adalah merupakan langkah yang baik. Ini kerana mana-mana pihak yang memenangi dan mendapat majority kerusi secara sahih berhak untuk menduduki tampuk kuasa pemerintahan. Ini juga bermakna kerajaan baru tersebut mempunyai mandat yang kuat untuk meneruskan pentadbiran dan pemerintahan sesebuah kerajaan negeri. Tindakan sebegini pernah berlaku di Sabah walaupun situasinya sedikit berbeza iaitu di tahun 1985 dimana kerajaan negeri dibawah parti BERJAYA tumpas kepada Parti Bersatu Sabah (PBS). Timbul kekecohan yang amat meruncing. Lalu kerajaan PBS membubarkan kerajaan dan DUN bagi mengadakan pilihanraya semula pada tahun 1986. Keputusannya PBS berjaya mengekalkan kemenangan dan kembali menerajui tampuk kerajaan negeri Sabah.

Namun begitu saya juga berpendapat bahawa berdasarkan senario ekonomi semasa, saya merasakan tindakan mengadakan pilihanraya semula adalah satu tindakan yang akan menyaksikan puluhan malah mungkin mencecah ratusan juta ringgit diperlukan untuk melaksanakannya. Sedangkan dalam keadaan ekonomi meruncing ketika ini, ada baiknya sumber kewangan sebanyak itu digunakan untuk memacu ekonomi dalam negara seperti digunakan untuk memberi subsidi ke atas barang keperluan asas gula, beras, minyak makan dan sebagainya atau digunakan untuk memberi subsidi kepada pengusaha bas sekolah supaya tambang bas sekolah tidak mengalami kenaikan yang akan membebankan sesebuah keluarga.

Memandangkan DYMM Sultan Azlan Shah telahpun menitahkan agar DUN Perak tidak dibubarkan sebaliknya MB sedia ada meletakkan jawatan bersama pasukannya, maka secara terhormat juga eloklah mereka yang berkenaan melaksanakan titah DYMM Sultan itu. Kepentingan rakyat dan keharmonian awam hendaklah diutamakan. Saya tertarik membaca
kenyataan En Cyril Yansalang, bekas pegawai PR Datuk Pairin Kitingan mengimbas kembali situasi peralihan kuasa secara lebih aman dan terhormat pada tahun 1994 di negeri Sabah bilamana Datuk Pairin menyerahkan kuasa Ketua Menteri kepada Tun Sakaran Dandai. Dengan kata lain, seseorang pemimpin yang liat dan nampak enggan menyerahkan tampuk kuasa secara sukarela sebenarnya mempunyai agenda lain. Agenda peribadi, agenda orang lain yang berkepentingan dan sekaligus tidak memikirkan suasana harmoni di negeri yang dirinya adalah anak jati negeri sendiri.

Sekali lagi saya ingin mengungkit bagaimana riak wajah dan kenyataan mereka bilamana seorang YB Katak dari BN (kini melompat kembali ke UMNO) menyertai mereka tempohari. Saya memberikan tabik kepada pimpinan UMNO dan BN semasa isu itu terjadi. Mereka bertindak secara matang dan bermesyuwarah untuk mencari penyelesaian. Tidak perlu menghimpunkan ahli dan penyokong UMNO dan BN untuk berdemonstrasi membantah tindakan YB Katak tersebut. Bak kata orang, seorang pergi tiga orang datang (tidak termasuk YB Katak)….apa ada hal! Bagi saya, selagi pemimpin dan penyokong PR menganggap mereka sentiasa betul dan maksum dari sebarang dosa dan kekhilafan maka saya percaya Allah maha adil dan berkuasa. Keimanan seseorang muslim bukan diukur dari pakaian atau logo parti masing-masing. Hari ini pemimpin PR harus bermuhasabah diri bahawa mereka bukannya maksum dan mereka pun bukannya hebat sangat…terimalah hakikat politik seperti kata DS Ahmad Zahid Hamidi!

Menyentuh tentang YB Katak yang mana saya rasa saya juga agak keras `menghentam’ beliau, eloklah kalau dia sudah berjumpa jalan pulang. (Maaf! Beliau terpaksa direkodkan ke dalam hall of fame `the finest frog’ – YB-YB dari Sabah pun sudah lama bertapak dalam hall of fame itu…Datuk, jangan marah nanti kena jual!) Saya anggap YB Katak itu juga merupakan pencetus utama suasana kalut politik di Perak. Dalam buruk, ada juga baiknya tindakan sedemikian. Sakitnya hati DS Anwar dan DS Nizar bila YB Katak terserempak dengan mereka lalu bersalam dan berbisik `sori le bro! warisantamar kata politic is the art of the possible…betul tak’! Kalau salah haribulan, mahu lebam muka YB Katak kena `tamparan’ manja DS Anwar dan DS Nizar.

Saya juga terfikir tentang kelicikan strategi politik yang penuh perancangan jika persepsi ini benar. Sekadar andaian saya – namun kredit dan tabik (without spring!) saya berikan kepada DS Najib. Saya katakan DS Najib memberikan impak yang berkesan kepada perpaduan dan kerjasama dikalangan ADUN BN. DS Najib mempunyai sejarah politik yang luas dan beliau pada saya sudah cukup masak dan puas dengan sepak terajang politik. Beliau pernah bertanding dan hanya memperolehi majority 200-300 undi sahaja pada tahun 1999. Tahun 2008 beliau meraih majority terbesar. DS Anwar sebenarnya gerun dengan kelicikan, kematangan dan strategi politik DS Najib. Tidak hairan bilamana DS Anwar tidak henti-henti melancarkan serangan berbentuk `character assassin' terhadap DS Najib.

Pada saya, cerita politik di Perak adalah gelanggang lebih luas untuk DS Najib vs DS Anwar dari segi strategi dan perancangan politik. Jika DS Anwar boleh berbangga dengan kemenangan di Permatang Pauh dan Kuala Terengganu. DS Najib seakan memberikan satu pukulan bertaraf TKO kepada DS Anwar di bumi Perak! DS Anwar sudah pening lalat…malam nanti dikhabarkan bahawa beliau akan mengadakan aktiviti `rutin’ untuk menaikkan semangat dan suhu panas penyokong tegar beliau dan PR. Kawan saya kata…ceramah dan demonstrasi nak cover malu sebab kena TKO! Pandailah kau kawan…DS Anwar mana tahu malu!!!

Apapun, sudah ada mengaitkan YB Katak yang seorang itu sebagai `TROJAN HORSE’…saya hanya mampu tersenyum. Saya rasa DS Anwar tahu bagaimana beliau kena check mate akibat umpan `Trojan Horse’. Kita imaginasikan perlawanan catur antara DS Najib vs DS Anwar, DS Anwar ketawa terbahak-bahak bila berjaya `memakan’ kuda/horse DS Najib dan kononnya mematikan langkah DS Najib. Kemudian dengan penuh muhasabah, DS Najib mengerakkan buah caturnya dan dengan senyuman sinis… DS Najib berkata `check mate’!!! Dapatkah anda bayangkan bagaimana pedihnya hati DS Anwar apabila kena kantoi check mate oleh bekas geng Team Wawasan beliau sendiri. Dengan penuh adab, DS Najib meminta izin kepada DS Anwar untuk melepaskan tawanya yang sudah tidak tertahan……………..hahahaha!!! Bayangkan bagaimana sensitifnya hati DS Anwar, silap haribulan siapa yang tersengih tidak tentu pasal pun dianggap menyindir beliau….hahaha…jaga-jaga belakang!!! Kes 16 Sept pun belum setel…kena check mate di Perak pulak!

Akhir kalam, saya percaya akan ada banyak episod politik yang menarik untuk diikuti oleh semua Saudara dan Sahabat pembaca selepas ini. Selain episod yang sedang dipertontonkan bilamana DS Anwar dan pasukan PR nya yang kena check mate oleh DS Najib di Perak, sekurang-kurangnya dalam tempoh 2-3 bulan ini akan ada banyak cerita menarik tentang politik tanahair sambil-sambil kita melayan ekonomi yang kureng menarik ceritanya. Jangan lupa juga kes liwat DS Anwar pun tidak lama lagi akan memasuki carta popular! Sama-sama kita saksikan…NEXT! Siapa yang kena…???

Sesungguhnya saya percaya bahawa `politic is the art of the possible’.


Salam Transformasi…

Tuesday, February 3, 2009

BERUK DAPAT BUNGA, KATAK KOMODITI BARU




03 Febuari 2008, Selasa

TERKINI: MB Perak, Kera-jaan PR dikhabarkan sedang dalam usaha mendapatkan perkenan Sultan Perak untuk membubarkan DUN dan kera-jaan PR. Percaturan terbaik untuk memulihkan imej beruk-beruk dan katak...Kita nantikan apa yang akan berlaku seterusnya!


DALAM kalendar bolasepak Liga Inggeris atau EPL, bulan Januari merupakan bulan yang dikenali sebagai transfer window month dimana liga bolasepak terkenal dan amat popular di Malaysia itu akan berada di pertengahan liga atau musim. Lazimnya beberapa pasukan akan menggunakan kesempatan semasa transfer window ini dibuka untuk melakukan jualan dan belian pemain. Misalnya Arsenal yang telah mengesahkan membeli penyerang berpotensi dari Rusia (Arshavin) untuk mengukuhkan jentera serangan mereka. Malah ada juga pasukan yang melakukan penjualan dan pembelian dari posisi pertahanan, tengah dan penjaga gol. Pentingnya bulan Januari bagi kebanyakan pasukan EPL adalah bagi memastikan segala strategi mereka untuk menjuarai EPL ataupun untuk kekal bersaing di dalam EPL pada musim depan mencapai kejayaan.

Saya bukanlah ingin bercerita panjang tentang transfer window month untuk EPL. Tetapi sekadar mengaitkan senario EPL itu dengan suasana politik dan kedudukan pemerintahan Pakatan Rakyat (PR) di bumi Perak Darul Ridzuan. Keadaan tidak stabil sedemikian sebenarnya pernah dialami oleh kerajaan negeri Sabah di tahun 90an di bawah teraju Parti Bersatu Sabah dimana akhirnya runtuh bilamana beberapa orang wakil rakyatnya berpaling tadah menyertai BN. Suasana ketidakstabilan ini berlaku bilamana pihak kerajaan yang memerintah hanya mempunyai majoriti tipis. Hal sedemikian juga hangat diperkatakan apabila PR begitu galak dan bernafsu untuk melangkah masuk ke Putrajaya pada 16 September 2008 kononnya seramai 31 orang Ahli Parlimen BN akan berpaling tadah. Akhirnya mereka terpaksa terus membohongi rakyat khususnya kepada penyokong taksub mereka bahawa akan ada tarikh lain dimana mitos 16 Sept yang dicipta mereka pasti akan berlaku. Ini semua wujud apabila pihak yang memerintah tidak mempunyai majoriti 2/3 dan kerap menjadi mangsa persepsi dan pelbagai agenda politik yang tidak berkesudahan.

PR pada saya amat pandai memainkan isu dan mengajak rakyat mempercayai sesuatu perkara yang kebanyakannya langsung tidak diterima akal. Methodologinya mudah, cipta satu cerita dan usung ke hulu ke hilir. Apabila canang dipukul berkali-kali, posibiliti untuk isu tersebut melekat dihati rakyat amatlah tinggi. Ia adalah pembohongan yang dilakukan berulang kali dan akhirnya diterima sebagai satu kebenaran. Terbaru, DS Najib dituduh menawarkan RM50 juta…RM50 juta bukan RM50 untuk membeli YB-YB dari PR. Saya pasti isu ini akan dicanang ke sana ke mari. Golongan ini sentiasa merasakan bahawa mereka adalah maksum dari melakukan dosa dan fitnah. Mereka kononnya dibenarkan tuhan untuk mencarut, memfitnah malah melemparkan kata nista kepada orang lain. Sedangkan orang lain atau lawan mereka adalah orang yang sentiasa berdosa dan tidak ada pintu taubat disisi tuhan.

Bilamana ADUN Bota (UMNO) melompat katak ke dalam karung PR, dengan senyum sumbing dan penuh keyakinan pemimpin PR berkata ini adalah proses demokrasi tulen. YB Katak tersebut tidak perlu mengosongkan kerusi ADUN yang diwakili dan YB Katak juga berhak untuk terus menjadi wakil rakyat. Inilah wajah pemimpin yang seharusnya dijadikan bahan gelak ketawa beramai-ramai sebab hari ini cakap lain esoknya bila YB-YB mereka `hilang’ maka mereka mula menjadi sasau. Hukum karma, hari ini anda dajalkan orang lain esok hari pasti akan tiba masanya anda pula akan menerima musibah akibat kedajalan anda! Saya pasti mereka mula merasa tidak sihat semenjak beberapa hari ini. Umpama orang kata mandi tak basah, makan tak kenyang, kencing tak lawas, tidur tak nyenyak dan sebagainya. Gelak ketawa meraikan kehadiran YB Katak pasti terencat apabila sang beruk membawa berita bahawa YB-YB dalam karung mereka telah `menghilangkan diri’ dan lantas mereka yang takut kuasa hilang ditangan (kereta Camry pun belum cecah 5000km, belum puas pakai) pun mengatur pelan bodoh dan hampas. Hantar surat resign orang yang tidak mahu resign…ingat anda lawyer anda tahu semua undang-undang? Ingat anda YB dan pemimpin PR maka tuhan tidak akan mengurniakan musibah kepada puak-puak PR…dimana bumi dipijak disitu langit dijunjung! Tuhan baru menguji mereka dengan sedikit musibah tapi kalutnya mereka tiada siapa yang tidak tahu.

Strategi lapuk dan auta yang semakin menjelikkan oleh pemimpin PR dalam menangani masalah pemerintahan mereka ialah menuding jari mencari orang untuk dituduh dan dipersalahkan. Prinsip mereka mudah. Benar atau tidak tuduhan dan adil atau tidak kepada orang yang dituduh, itu bukan persoalan utama dan penting untuk diambil kira. Yang penting ada kambing hitam untuk dipersalahkan. Soal rakyat keliru atau tidak percaya…bukan masalah. Sebab mereka pakar dalam menjadikan sesuatu isu yang tidak benar menjadi benar, tidak diterima rakyat menjadikannya diterima rakyat…Yang penting, ceramah bawah pokok, bawah tangga, bawah jambatan perlu diteruskan. Opps…sekarang sudah naiktaraf sedikit, ceramah di dalam stadium. Dosa dan pahala tolak tepi sebab hanya orang UMNO dan BN sahaja yang akan masuk neraka. Orang PR semua masuk syurga. Mereka maksum dari sebarang dosa. Jadi mereka boleh buat apa saja…

Keputusan SPR untuk mengekalkan kerusi DUN YB-YB dari PKR yang direject oleh PKR semakin menzahirkan betapa hampasnya mereka dalam menangani sesuatu masalah dalaman mereka sendiri. Yang dibimbangi mereka adalah betapa surat aku janji yang kononnya dipercayai akan mengikat kaki dan tangan YB-YB dalam karung PR supaya tidak berganjak untuk terus bersama sehidup semati, kini sudah boleh dipertikaikan kesahihannya. YB-YB sedia ada bukan lagi diikat selepas ini tapi dirantai dan akan dicucuk hidung termasuk seekor YB Katak yang baru memperhambakan diri (baca: memperbodohkan diri) menyertai mereka dalam karung PR. Dari segi ekonomi yang sekarang dalam keadaan tidak menentu, sudah pasti harga-harga katak di pasaran menjadi terlalu mahal!

Sebagai pemerintah sebuah kerajaan yang sangat tidak berpengalaman, sepertimana kata ramai pemerhati, penganalisis politik yang mempunyai kredibiliti mahupun yang diiktiraf di kedai-kedai kopi/mamak – Membubarkan DUN Perak adalah salah satu opsyen supaya mandat baru diperolehi daripada rakyat. Dalam suasana ekonomi sekarang, membubarkan DUN dan mengadakan pilihanraya sudah tentu akan menghambat ekonomi kita yang makin meruncing. Bolehkah pilihanraya diadakan tanpa melibatkan kos? Tak mengapa…apa saja keputusan kerajaan PR semua betul…maaf, saya nak muntah! Kalau sudah terpaksa, inilah masa untuk rakyat khususnya di Perak untuk mengembalikan kuasa kepada mereka yang mempunyai pengalaman mentadbir dan mengurus. (Pencacai kera-jaan PR akan berkata BN berpengalaman menghabiskan harta milik negara dan rakyat) Kawan saya kata kera-jaan PR cukup berpengalaman dalam urusan jual beli kereta baru dan terpakai!!!

Kesimpulannya, saya terfikir satu peribahasa atau perumpamaan. Mungkin tepat atau tidak tapi saya memahaminya dari sudut ini – seseorang yang tidak layak memegang sesuatu kuasa apabila diberi kuasa maka mereka akan terdorong menyalahgunakan kuasa. Mereka berkata kami lah yang paling telus, paling berwibawa, paling adil dan semua yang terbaik. Padahal mereka langsung tidak mempunyai kemampuan dalam mentadbir dan mengurus.

Adakah mereka adalah umpama seekor beruk a.k.a kera yang mendapat bunga?

WT- Persepsi politik kedai kopi dan perihal harga katak di pasaran;-

1) Pemimpin PR yang beriya-iya ingin berjumpa dengan Pak Lah untuk membincangkan peralihan kuasa pada 16 Sept 2008 sebenarnya bernafsu sangat ingin berjumpa Pak Lah bukan sebab pasal peralihan kuasa mengarut tapi nak berbincang macam mana menjadi Raja Katak untuk melompat ke dalam UMNO…
2) YB Katak yang baru sahaja berjaya melakukan lompatan bergaya di Perak pasti akan gigit telo jika kera-jaan yang disertainya runtuh. Katak jenis @ spesies ini biasanya katak expired. Biasanya juga sesiapa yang yang menawarkan harga yang paling rendah akan berjaya memilikinya…berapa harga paling sesuai?
3) Harga katak paling mahal di pasaran dan mungkin sukar dan belumpun ditandingi sehingga kini adalah katak-katak yang berlompatan di Sabah belasan tahun yang lalu sebab dicelah-celah kangkang katak-katak ini terselit berlian yang tidak ternilai harganya…hehehe…saya cuit sikit saja Datuk-Datuk!!!
4) Daging katak amat tinggi permintaannya dan dikira sebagai makanan eksotik. Tapi maaf saya tidak menjamah mahupun makan daging katak…


Salam Transformasi…