Sunday, February 24, 2013

PRU13: Dilemma Memilih Winnable Candidate!



Dalam tempoh beberapa minggu ini, ramai menjangkakan Parlimen akan dibubarkan. Tekaan WT Parlimen dibubarkan pada 22/02/13 tidak tepat :) Namanya pun meneka! Lupakan soal meneka tarikh pembubaran. Yang pasti PRU13 akan berlaku tahun ini 2013...itu yang pasti!

DS Najib juga sudah menyatakan bahawa PRU13 pada bila-bila masa dari sekarang. Rakyat atau pengundi terutamanya pengundi atas pagar secara dasarnya masih lagi belum 100% membuat keputusan, parti atau calon mana yang bakal mereka undi kelak.

Soal calon berkait dengan winnable candidate yang dinyatakan oleh DS Najib. Ramai telah mempertontonkan dan mengiklankan diri bahawa mereka layak dipilih dan dikategorikan sebagai winnable candidate DS Najib! Kadangkala sesak nafas pun ada, lawak maharaja pun ada juga apabila melihat aksi terlampau segelintir insan dalam mempromosikan diri sebagai winnable candidate...macam-macam ada! Ada dikalangan mereka yang selama ini menyorokkan diri...melarikan diri dari rakyat dan menipu sana sini kepada rakyat...sejak dua menjak ini, tidak lekang pantang ada acara...tidak kira dijemput atau tidak...kononnya atas nama perjuangan, maka muka mereka pun terpampang dimana-mana jua majlis! Dan yang penting muka mereka mesti dirakam dan `lapor diri' dengan pemimpin tertentu.

WT ingin berpandangan sikap buruk seumpama ini memang masih ada di dalam UMNO dan BN. Dan WT yakin UMNO/BN akan tewas kepada lawan jika sikap buruk ini tidak berubah. 

Sejauh mana mereka yang tidak dicalonkan kelak akan menerima dengan hati terbuka dan berbesar hati keputusan tersebut

Bukan mudah untuk mereka menerima hakikat demikian. Segelintir mereka pula telah membelanjakan wang untuk `mengaktifkan' diri supaya diri mereka dikesan oleh radar para pemimpin atasan terutamanya DS Najib. Belum masuk lagi kos konsultansi oleh beberapa juruperunding dan pasukan pelobi!

1) Berapa ramai YB sedia ada yang menawarkan diri tidak mahu dicalonkan semula?
2) Berapa ramai YB sedia ada yang bersedia digugurkan dan menyokong calon dipilih?
3) Berapa ramai pula yang aktif dan agresif melobi menjadi calon winnable candidate?
4) Sejauhmana pula kebolehpercayaan pasukan perisik DS Najib dalam membuat penilaian winnable candidate?
5) Bolehkah semua pihak menerima calon dipilih DS Najib bukan mereka yang melobi, bukan YB, bukan bekas YB tapi calon yang benar-benar `fresh dari ladang'?

DS Najib dilemma! Dilemma dalam menentukan winnable candidate. WT berpandangan keputusan harus dibuat. Soal salah silap keputusan, hanya masa menentukan...

Tetapi memilih YB-YB sedia ada yang sudah terlalu lama (lebih dua penggal), YB-YB yang menang dengan majoriti tipis serta mereka yang telah kecundang atau memilih mereka yang memang memiliki reputasi kotor dan buruk dimata rakyat sebagai winnable candidate pastinya adalah satu keputusan paling silap DS Najib!

Jika DS Najib menelan buta-buta segala info yang disalurkan oleh agensi seperti PDRM, KEMAS, MARA, BTN dsbnya....Untuk makluman, maklumat mereka sudah bercampur aduk antara kebenaran dengan yang batil! Laporan boleh dibuat dan dipinda jika dihulurkan dengan `faedah-faedah' menarik! DS Najib akan membaca laporan paling menarik dan meyakinkan berkenaan seseorang jika terlalu mempercayai sumber info dari agensi-agensi kerajaan! Bukan tidak boleh dipercayai langsung...tetapi usah mempercayai 100%.

Lagi lambat DS Najib membubarkan Parlimen lagi hangat persaingan soal calon! 
 


No comments: