Friday, February 1, 2013

[Panasss...] : Parlimen Dibubar Februari 2013? Pengundi Atas Pagar Amat Penting UtkPRU13



FEBRUARI 2013 sudah menjengah...bulan yang mana akan menjadi perhatian banyak pihak. Bukan hanya kerana Tahun Baru Cina dan bukan juga disebabkan bermulanya pembayaran BRIM 2.0. Bulan ini pasti dinanti penuh minat kerana WT menjangkakan pembubaran Parlimen dan DUN akan berlaku. Tarikhnya seperti WT nyatakan sebelum ini DISINI.

Ada banyak petunjuk yang memungkinkan pembubaran Parlimen dan DUN. Antaranya persiapan BN sudah benar-benar full swing, BRIM 2.0 akan bermula....dan banyak lagi petanda yang membolehkan DS Najib membubarkan Parlimen! Soal Khalid Gagap di Selangor nak bubar ikut suka hati dia, dia punya pasal...Tidak dinafikan feel good factor di pihak BN ketika ini. Seperti kata TS Muhyiddin, jangan over confident! WT percaya PRU13 masih dikuasai oleh BN! Lagi sekali jangan overrr confident....

WT berpendapat PRU13 akan datang ini adalah satu perlawanan antara kerajaan BN dan parti pembangkang untuk `memenangi’ undi daripada pengundi atas pagar dan meraih undi protes ahli-ahli dari parti lawan masing-masing. Berdasarkan jumlah keahlian parti, sudah tentu jumlah ahli-ahli parti dibawah BN jauh melebihi ahli-ahli dibawah pembangkang Pakatan Rakyat. 

Sesiapa yang berjaya memenangi hati kelompok ini pasti akan memenangi PRU13! Pengundi atas pagar umumnya akan membuat keputusan memilih mengikut `firasat’ dan `gerak hati’ mereka. Kadang-kadang mereka memutuskan memilih calon berbanding parti dan mereka lazimnya tidak menganggotai mana-mana parti atau menjadi ahli parti tetapi tidak aktif. Pengundi atas pagar sangat penting untuk menentukan kemenangan mana-mana pihak terutamanya kepada pihak pembangkang Pakatan Rakyat. 

Bagi WT, pengikut dan penyokong totok dan tegar parti pembangkang sudah pasti akan mengundi parti mereka. Walaupun calon mereka kaki betina, kaki duit kopi, kaki liwat, kaki ceramah awal pagi (khalwat), kaki cilok, kaki botol atau apa jua jenis kaki. Bagaimanapun, parti pembangkang juga berusaha untuk `mencuri’ sebahagian undi ahli-ahli parti dibawah BN. Ini terbukti bilamana `ramai’ ahli-ahli parti dalam BN mengundi pihak pembangkang pada PRU12@2008 kerana merasakan ia untuk menunjukkan undi protes dan supaya pemimpin BN `mengambil berat’ kehendak mereka. Undi protes ahli-ahli parti dibawah BN juga sangat penting untuk menentukan kemenangan pihak pembangkang Pakatan Rakyat.

Akhirnya, pastilah teka teki siapa calon baik BN mahupun puak pembangkang PR akan terus menjadi tanda tanya? Masalahnya dalam BN, mungkin ada yang bersikap musang berbulu ayam. Inilah juga menjadi penyebab kekalahan BN kelak. Ramai YB sedia ada dan Ketua Bahagian (BN) sudah kononnya berikrar menerima siapa saja calon yang ditentukan kepimpinan BN. Soalnya, kita lihat apabila undi mula dikira dan pengumuman siapa menang dibuat...jika BN tewas, waima di kawasan yang mempunyai majoriti ahli BN maka itulah ikrar palsu pemimpin BN atau lebih tepat Ketua Bahagian di kawasan tersebut. 

Semoga lebih ramai muka baru akan ditonjolkan oleh kepimpinan BN pada PRU13. Muka YB yang lama bukannya dibenci tetapi cukup...cukup sudah! Kalau sudah menjadi YB lebih 2 penggal, orang ramai dan pengundi pun muak dan mual. Berilah tenaga baru....Juga jangan lupa kepimpinan BN haruslah menyingkirkan YB sedia ada yang tidak efektif walaupun baru sepenggal menjadi YB! Muka YB begini hanya muncul 6 bulan terakhir ini...tahun-tahun sebelumnya, ketuk rumah pun tak berjawab! Batang hidung pun tidak kelihatan....tapi menjelang PRU13 ini, dialah yang paling sibuk di sana sini....ptuiihhh!

Kepimpinan BN usah menyalahkan pengundi atau ahli-ahlinya jika tewas.....kalau kalian tamak, BN juga yang rugi! Kalau kalian membuat keputusan salah, jangan salahkan pengundi dan ahli-ahli BN!

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2013....

 

No comments: