Wednesday, February 13, 2013

Panasss: PRU13 Selepas Lawatan DS Najib Ke Beaufort Sabah #14/02/2013 [Akhir Riwayat Legenda Raja Katak @Beaufort]




DS Najib sudah pun berada di Sabah pada hari ini (14/2/2013). Pekan Beaufort adalah antara lokasi menarik perhatian ramai yang akan dilawati oleh beliau. Sudah pasti lawatan ini amat besar maknanya dan penting sebagai langkah terakhir sebelum gendang PRU13 dipalu. Ikut jangkaan WT adalah pada bulan Februari ini...tarikh pilihan WT DISINI.

Umum tahu bagaimana `populariti' Beaufort atau Parlimen P177 Beaufort selepas Ahli Parlimen sedia ada dan bekas Ketua Bahagian UMNO Bahagian Beaufort iaitu DSP Lajim Ukin bertindak `melompat katak' meninggalkan UMNO/BN. Tidak dinafikan peristiwa Lajim Ukin itu juga yang menggamit DS Najib melangkah yakin menginjak kakinya ke pekan Beaufort. 

TS Muhyiddin penghujung tahun 2012 telah datang ke Kuala Penyu yang juga terletak dibawah Parlimen Beaufort. Demikianlah `pentingnya' kerusi Parlimen ini...penting kepada UMNO/BN malah juga kepada DSP Lajim sendiri. Jika UMNO/BN tewas kepada DSP Lajim, DSP Lajim pasti akan `naik tocang' dan kekal beranggapan bahawa beliau adalah individu penting yang tidak boleh ditukar ganti oleh pengundi dan orang ramai/ penduduk Parlimen Beaufort. Persepsi ini hendaklah dihentikan. Tiada pemimpin perlu kekal sampai bila-bila dan sentiasa mencanang jasa bakti selama ini. 

Jika DSP Lajim tewas waima dengan satu undi sekalipun, waima difitnahkan kalah akibat pengundi hantu atau apa saja alasan bakal disajikan maka DSP Lajim harus menerima hakikat bahawa beliau sudah `dikuburkan' secara terhormat. Usah dikatakan secara memalukan, kerana DSP Lajim sudah mangli dengan pelbagai `aksi' bikin malu dan tidak tahu malu. WT teringat puluhan tahun dahulu bilamana beliau `melompat' dari PBS ke UMNO/BN sehingga menyebabkan PBS tumbang sebagai kerajaan negeri dan BN menubuhkan kerajaan baharu, semasa PRU berikutnya billboard gambar katak besar terpampang di beberapa jalan sebagai mengambarkan `kekatakan' DSP Lajim. 



Setelah sekian lama menikmati pelbagai nikmat dan menghamburkan puji-pujian kepada UMNO/BN, DS Najib malah kepada DSP Musa (insan yang sangat-sangat dibenci beliau!)...bukanlah satu keaiban atau `kemaluan' kepada DSP Lajim untuk bertindak dengan aksi `oppa katak style' beliau....berhamburan penghinaan kepada UMNO/BN termasuk pimpinannya. Di kala itu, tiada lagi erti segala nikmat yang sudah puas dinikmati beliau semasa menjawat pelbagai jawatan kabinet malah menjadi AMT UMNO...WT tidak suka `mengira' jumlah pelaburan Ringgit Malaysia DSP Lajim untuk memenangi pemilihan AMT UMNO 2008!

Ternyata lawatan DS Najib akan mengingatkan rakyat kepada nasib sang katak di Parlimen Beaufort. Selepas puluhan tahun, rupanya perangai katak tersebut masih sebati dalam diri DSP Lajim. Tidak mustahil, katak akan melompat lagi!

WT sekali lagi menjangkakan PRU13 akan diadakan selepas lawatan DS Najib ke Sabah! WT masih dengan tekaan pembubaran Parlimen pada bulan Februari ini... Lihat DISINI!

Pasti kelibat DSP Lajim akan menarik perhatian dan kemenangan DSP Lajim penting supaya beliau akan terus berkeupayaan melompat katak sekiranya beliau mahu...Jika kalah, katak pasti tidak mampu lagi melompat. Berkuburlah legenda seekor katak di Parlimen Beaufort!

Selamat Datang ke Beaufort DS Najib!

1 comment:

PESARA AWAL said...

jika lajim kalah pada pru 13,maka mati kataklah!!