Sunday, February 24, 2013

PRU13: Dilemma Memilih Winnable Candidate!



Dalam tempoh beberapa minggu ini, ramai menjangkakan Parlimen akan dibubarkan. Tekaan WT Parlimen dibubarkan pada 22/02/13 tidak tepat :) Namanya pun meneka! Lupakan soal meneka tarikh pembubaran. Yang pasti PRU13 akan berlaku tahun ini 2013...itu yang pasti!

DS Najib juga sudah menyatakan bahawa PRU13 pada bila-bila masa dari sekarang. Rakyat atau pengundi terutamanya pengundi atas pagar secara dasarnya masih lagi belum 100% membuat keputusan, parti atau calon mana yang bakal mereka undi kelak.

Soal calon berkait dengan winnable candidate yang dinyatakan oleh DS Najib. Ramai telah mempertontonkan dan mengiklankan diri bahawa mereka layak dipilih dan dikategorikan sebagai winnable candidate DS Najib! Kadangkala sesak nafas pun ada, lawak maharaja pun ada juga apabila melihat aksi terlampau segelintir insan dalam mempromosikan diri sebagai winnable candidate...macam-macam ada! Ada dikalangan mereka yang selama ini menyorokkan diri...melarikan diri dari rakyat dan menipu sana sini kepada rakyat...sejak dua menjak ini, tidak lekang pantang ada acara...tidak kira dijemput atau tidak...kononnya atas nama perjuangan, maka muka mereka pun terpampang dimana-mana jua majlis! Dan yang penting muka mereka mesti dirakam dan `lapor diri' dengan pemimpin tertentu.

WT ingin berpandangan sikap buruk seumpama ini memang masih ada di dalam UMNO dan BN. Dan WT yakin UMNO/BN akan tewas kepada lawan jika sikap buruk ini tidak berubah. 

Sejauh mana mereka yang tidak dicalonkan kelak akan menerima dengan hati terbuka dan berbesar hati keputusan tersebut

Bukan mudah untuk mereka menerima hakikat demikian. Segelintir mereka pula telah membelanjakan wang untuk `mengaktifkan' diri supaya diri mereka dikesan oleh radar para pemimpin atasan terutamanya DS Najib. Belum masuk lagi kos konsultansi oleh beberapa juruperunding dan pasukan pelobi!

1) Berapa ramai YB sedia ada yang menawarkan diri tidak mahu dicalonkan semula?
2) Berapa ramai YB sedia ada yang bersedia digugurkan dan menyokong calon dipilih?
3) Berapa ramai pula yang aktif dan agresif melobi menjadi calon winnable candidate?
4) Sejauhmana pula kebolehpercayaan pasukan perisik DS Najib dalam membuat penilaian winnable candidate?
5) Bolehkah semua pihak menerima calon dipilih DS Najib bukan mereka yang melobi, bukan YB, bukan bekas YB tapi calon yang benar-benar `fresh dari ladang'?

DS Najib dilemma! Dilemma dalam menentukan winnable candidate. WT berpandangan keputusan harus dibuat. Soal salah silap keputusan, hanya masa menentukan...

Tetapi memilih YB-YB sedia ada yang sudah terlalu lama (lebih dua penggal), YB-YB yang menang dengan majoriti tipis serta mereka yang telah kecundang atau memilih mereka yang memang memiliki reputasi kotor dan buruk dimata rakyat sebagai winnable candidate pastinya adalah satu keputusan paling silap DS Najib!

Jika DS Najib menelan buta-buta segala info yang disalurkan oleh agensi seperti PDRM, KEMAS, MARA, BTN dsbnya....Untuk makluman, maklumat mereka sudah bercampur aduk antara kebenaran dengan yang batil! Laporan boleh dibuat dan dipinda jika dihulurkan dengan `faedah-faedah' menarik! DS Najib akan membaca laporan paling menarik dan meyakinkan berkenaan seseorang jika terlalu mempercayai sumber info dari agensi-agensi kerajaan! Bukan tidak boleh dipercayai langsung...tetapi usah mempercayai 100%.

Lagi lambat DS Najib membubarkan Parlimen lagi hangat persaingan soal calon! 
 


Wednesday, February 20, 2013

Terpanasss: Jumaat Ini Pembubaran Parlimen?




Jumaat adalah penghulu segala hari. Selesai solat Jumaat mungkin paling afdal pengumuman pembubaran oleh DS Najib! Inilah masa paling sesuai untuk memukul gendang perang...gelombang biru dan merah sudah melanda segenap pelusuk negara. Pakatan pembangkang sedang dalam kelemasan...itu realitinya. Meski pengikut pembangkang semahunya akan menafikan gelombang kebangkitan rakyat yang semakin muak dengan gelagat memualkan pemimpin pembangkang.

Sabtu yang lalu, tanggal 16 Februari, berlangsung ceramah politik anjuran pakatan pembangkang di lokasi majoriti orang Melayu Islam di padang rekreasi AU3 Keramat. Tiada nama besar pemimpin pembangkang melainkan Anwar AlJuburi membawa bekas pegawai-pegawai tentera. Ia kononnya sebagai membuktikan bahawa kalangan bekas pegawai tentera juga sudah beralih menyokong perjuangan songsang pakatan pembangkang.

Sebelum Anwar Aljuburi berucap...hadirin dihiburkan dengan ceramah basi Dr Tan bekas Timbalan Menteri semasa berada dibawah BN. Ucapan penuh dendam dan kononya beliaulah pemimpin paling bersih semasa dalam kerajaan. Kerajaan dibawah BN habis kotor sekotornya....Realitinya rakyat sudah bosan dan jelek dengan nada ucapan yang berat sebelah...memburukkan pihak lain sedangkan rumah sendiri penuh kekotoran. Dengan yakin juga Dr Tan dicanangkan sebagai calon PKR di Parlimen Wangsa Maju (yang kini disandang oleh YB Wee yang menjadi YB Bebas selepas meninggalkan PKR).

Seperti Chua Jui Meng di Johor, Dr Tan adalah bekas pemimpin dibawah BN yang sudah direject oleh ahli-ahli parti...Anwar Aljuburi memang suka mengutip sampah yang tidak berguna! 

Kemudian bekas pegawai-pegawai tentera pula berucap...sama nada! mereka seumpama pegawai paling bersih dan pegawai tentera yang menyokong kerajaan BN semua kotor...ucapan bersifat menjilat Anwar Aljuburi. Paling lawak adalah pengumuman bahawa Anwar Aljuburi diumumkan sebagai bakal PM Malaysia ke7! Ptuihhhh....malanglah kalau rakyat Malaysia sanggup mempunyai PM seorang peliwat dan penyangak.

Pengumuman pembubaran Parlimen Jumaat nanti sangat dinantikan oleh rakyat dan pengundi untuk mengajar pemimpin pembangkang! Biar mereka tahu tinggi rendah langit....Tarikh pembubaran pada hari Jumaat seperti WT cadangkan DISINI.

Undi pembangkang bererti mengundi Anwar dan DAPig...bererti menyokong peliwat, menyokong LGBT, menyokong DAPig yang mahu menggunakan kalimah ALLAH...dan menyokong kehancuran negara!


Wednesday, February 13, 2013

Panasss: PRU13 Selepas Lawatan DS Najib Ke Beaufort Sabah #14/02/2013 [Akhir Riwayat Legenda Raja Katak @Beaufort]




DS Najib sudah pun berada di Sabah pada hari ini (14/2/2013). Pekan Beaufort adalah antara lokasi menarik perhatian ramai yang akan dilawati oleh beliau. Sudah pasti lawatan ini amat besar maknanya dan penting sebagai langkah terakhir sebelum gendang PRU13 dipalu. Ikut jangkaan WT adalah pada bulan Februari ini...tarikh pilihan WT DISINI.

Umum tahu bagaimana `populariti' Beaufort atau Parlimen P177 Beaufort selepas Ahli Parlimen sedia ada dan bekas Ketua Bahagian UMNO Bahagian Beaufort iaitu DSP Lajim Ukin bertindak `melompat katak' meninggalkan UMNO/BN. Tidak dinafikan peristiwa Lajim Ukin itu juga yang menggamit DS Najib melangkah yakin menginjak kakinya ke pekan Beaufort. 

TS Muhyiddin penghujung tahun 2012 telah datang ke Kuala Penyu yang juga terletak dibawah Parlimen Beaufort. Demikianlah `pentingnya' kerusi Parlimen ini...penting kepada UMNO/BN malah juga kepada DSP Lajim sendiri. Jika UMNO/BN tewas kepada DSP Lajim, DSP Lajim pasti akan `naik tocang' dan kekal beranggapan bahawa beliau adalah individu penting yang tidak boleh ditukar ganti oleh pengundi dan orang ramai/ penduduk Parlimen Beaufort. Persepsi ini hendaklah dihentikan. Tiada pemimpin perlu kekal sampai bila-bila dan sentiasa mencanang jasa bakti selama ini. 

Jika DSP Lajim tewas waima dengan satu undi sekalipun, waima difitnahkan kalah akibat pengundi hantu atau apa saja alasan bakal disajikan maka DSP Lajim harus menerima hakikat bahawa beliau sudah `dikuburkan' secara terhormat. Usah dikatakan secara memalukan, kerana DSP Lajim sudah mangli dengan pelbagai `aksi' bikin malu dan tidak tahu malu. WT teringat puluhan tahun dahulu bilamana beliau `melompat' dari PBS ke UMNO/BN sehingga menyebabkan PBS tumbang sebagai kerajaan negeri dan BN menubuhkan kerajaan baharu, semasa PRU berikutnya billboard gambar katak besar terpampang di beberapa jalan sebagai mengambarkan `kekatakan' DSP Lajim. 



Setelah sekian lama menikmati pelbagai nikmat dan menghamburkan puji-pujian kepada UMNO/BN, DS Najib malah kepada DSP Musa (insan yang sangat-sangat dibenci beliau!)...bukanlah satu keaiban atau `kemaluan' kepada DSP Lajim untuk bertindak dengan aksi `oppa katak style' beliau....berhamburan penghinaan kepada UMNO/BN termasuk pimpinannya. Di kala itu, tiada lagi erti segala nikmat yang sudah puas dinikmati beliau semasa menjawat pelbagai jawatan kabinet malah menjadi AMT UMNO...WT tidak suka `mengira' jumlah pelaburan Ringgit Malaysia DSP Lajim untuk memenangi pemilihan AMT UMNO 2008!

Ternyata lawatan DS Najib akan mengingatkan rakyat kepada nasib sang katak di Parlimen Beaufort. Selepas puluhan tahun, rupanya perangai katak tersebut masih sebati dalam diri DSP Lajim. Tidak mustahil, katak akan melompat lagi!

WT sekali lagi menjangkakan PRU13 akan diadakan selepas lawatan DS Najib ke Sabah! WT masih dengan tekaan pembubaran Parlimen pada bulan Februari ini... Lihat DISINI!

Pasti kelibat DSP Lajim akan menarik perhatian dan kemenangan DSP Lajim penting supaya beliau akan terus berkeupayaan melompat katak sekiranya beliau mahu...Jika kalah, katak pasti tidak mampu lagi melompat. Berkuburlah legenda seekor katak di Parlimen Beaufort!

Selamat Datang ke Beaufort DS Najib!

Friday, February 1, 2013

[Panasss...] : Parlimen Dibubar Februari 2013? Pengundi Atas Pagar Amat Penting UtkPRU13



FEBRUARI 2013 sudah menjengah...bulan yang mana akan menjadi perhatian banyak pihak. Bukan hanya kerana Tahun Baru Cina dan bukan juga disebabkan bermulanya pembayaran BRIM 2.0. Bulan ini pasti dinanti penuh minat kerana WT menjangkakan pembubaran Parlimen dan DUN akan berlaku. Tarikhnya seperti WT nyatakan sebelum ini DISINI.

Ada banyak petunjuk yang memungkinkan pembubaran Parlimen dan DUN. Antaranya persiapan BN sudah benar-benar full swing, BRIM 2.0 akan bermula....dan banyak lagi petanda yang membolehkan DS Najib membubarkan Parlimen! Soal Khalid Gagap di Selangor nak bubar ikut suka hati dia, dia punya pasal...Tidak dinafikan feel good factor di pihak BN ketika ini. Seperti kata TS Muhyiddin, jangan over confident! WT percaya PRU13 masih dikuasai oleh BN! Lagi sekali jangan overrr confident....

WT berpendapat PRU13 akan datang ini adalah satu perlawanan antara kerajaan BN dan parti pembangkang untuk `memenangi’ undi daripada pengundi atas pagar dan meraih undi protes ahli-ahli dari parti lawan masing-masing. Berdasarkan jumlah keahlian parti, sudah tentu jumlah ahli-ahli parti dibawah BN jauh melebihi ahli-ahli dibawah pembangkang Pakatan Rakyat. 

Sesiapa yang berjaya memenangi hati kelompok ini pasti akan memenangi PRU13! Pengundi atas pagar umumnya akan membuat keputusan memilih mengikut `firasat’ dan `gerak hati’ mereka. Kadang-kadang mereka memutuskan memilih calon berbanding parti dan mereka lazimnya tidak menganggotai mana-mana parti atau menjadi ahli parti tetapi tidak aktif. Pengundi atas pagar sangat penting untuk menentukan kemenangan mana-mana pihak terutamanya kepada pihak pembangkang Pakatan Rakyat. 

Bagi WT, pengikut dan penyokong totok dan tegar parti pembangkang sudah pasti akan mengundi parti mereka. Walaupun calon mereka kaki betina, kaki duit kopi, kaki liwat, kaki ceramah awal pagi (khalwat), kaki cilok, kaki botol atau apa jua jenis kaki. Bagaimanapun, parti pembangkang juga berusaha untuk `mencuri’ sebahagian undi ahli-ahli parti dibawah BN. Ini terbukti bilamana `ramai’ ahli-ahli parti dalam BN mengundi pihak pembangkang pada PRU12@2008 kerana merasakan ia untuk menunjukkan undi protes dan supaya pemimpin BN `mengambil berat’ kehendak mereka. Undi protes ahli-ahli parti dibawah BN juga sangat penting untuk menentukan kemenangan pihak pembangkang Pakatan Rakyat.

Akhirnya, pastilah teka teki siapa calon baik BN mahupun puak pembangkang PR akan terus menjadi tanda tanya? Masalahnya dalam BN, mungkin ada yang bersikap musang berbulu ayam. Inilah juga menjadi penyebab kekalahan BN kelak. Ramai YB sedia ada dan Ketua Bahagian (BN) sudah kononnya berikrar menerima siapa saja calon yang ditentukan kepimpinan BN. Soalnya, kita lihat apabila undi mula dikira dan pengumuman siapa menang dibuat...jika BN tewas, waima di kawasan yang mempunyai majoriti ahli BN maka itulah ikrar palsu pemimpin BN atau lebih tepat Ketua Bahagian di kawasan tersebut. 

Semoga lebih ramai muka baru akan ditonjolkan oleh kepimpinan BN pada PRU13. Muka YB yang lama bukannya dibenci tetapi cukup...cukup sudah! Kalau sudah menjadi YB lebih 2 penggal, orang ramai dan pengundi pun muak dan mual. Berilah tenaga baru....Juga jangan lupa kepimpinan BN haruslah menyingkirkan YB sedia ada yang tidak efektif walaupun baru sepenggal menjadi YB! Muka YB begini hanya muncul 6 bulan terakhir ini...tahun-tahun sebelumnya, ketuk rumah pun tak berjawab! Batang hidung pun tidak kelihatan....tapi menjelang PRU13 ini, dialah yang paling sibuk di sana sini....ptuiihhh!

Kepimpinan BN usah menyalahkan pengundi atau ahli-ahlinya jika tewas.....kalau kalian tamak, BN juga yang rugi! Kalau kalian membuat keputusan salah, jangan salahkan pengundi dan ahli-ahli BN!

Selamat Hari Wilayah Persekutuan 2013....