Wednesday, May 11, 2011

Hepi Bornday: UMNO Atau Pemimpin UMNO Yang Mudah Lupa?


11 Mei 2011, Rabu

Hari ini kata orang genaplah 65 tahun usia UMNO. Tidak perlu berbicara panjang lebar tentang sejarah parti ini. UMNO sudah melalui pahit manis dan bahagia derita dalam politik negara. Sepanjang usia ini, pastinya PRU12 pada tahun 2008 adalah yang paling tragis! DS Najib yang mengambilalih teraju UMNO dan kerajaan Persekutuan Malaysia berhempas pulas menampal kebocoran yang dialami UMNO. Pembangkang ligat berkokok dan berkata bahawa UMNO sudah tidak relevan! Betul ke atau pembangkang PAS,PKR dan DAP yang sebenarnya tidak laku dipasaran?

Jika UMNO tidak relevan lagi bukanlah salah parti itu sebenarnya tetapi kenalpasti daan terajang keluarlah `beberapa' pemimpin yang mudah lupa, pelupa, buat-buat lupa dan sengaja lupa! `Ramai' telah ditarbiyahkan dan ramai juga yang disepak keluar samada secara paksa rela atau suka tapi tak rela...Namun masih ada `saki baki' yang berselindung disebalik kesungguhan UMNO untuk menghambat kembali sokongan rakyat khususnya umat Islam, Melayu dan Bumiputera. Saki baki inilah yang masih rakus mencari kuasa dan `membeli' kuasa. Jika UMNO hilang, mereka inilah puncanya! 

Apapun, Selamat Hari Jadi UMNO! Makin tua jangan suka buat perangai bodoh lagi...Kepada pemimpin UMNO yang masih `gila kuasa' dan `membeli kuasa', tahniah kerana masih bertahan dalam penyamaran di dalam UMNO!

Luahan hati sahabat blogger Darul Ehsan Today, WT kongsikan bersama DISINI....

1 comment:

zizie said...

selamat ulangan tahun UMNO yg ke 65..,,