Sunday, June 5, 2011

Semakin Panasss: Musa & Shafie Masih Bersandiwara...

5 Jun 2011, Ahad


Tajuk drama politik UMNO Sabah minggu ini agak menarik! Skrip dan lakon layar sudah lama `dilangsungkan' cuma pelakon utama dalam drama ini belum pernah sebelum ini berterus terang. Orang bilang berlakonlah katakan! Namun selama ini, ramai pemerhati politik mahupun orang politik khususnya di Sabah mengetahui bagaimana `mesranya' perhubungan politik antara Shafie dan Musa.

Mungkin juga mereka berdua semakin terasa bahang atau semakin teruja dengan kehangatan politik. Lalu kedua-duanya bersuara dengan nada yang sedikit berbeza...Orang bilang juga, inilah dikatakan cakap orang politik! Nah ambil kau...Kata-kata orang politik di Sabah, siapa yang `mendahului' carta sokongan politik di Sabah setakat ini? Tidak dinafikan walaupun Shafie adalah Naib Presiden III UMNO (atau orang kelima dalam ranking kepimpinan UMNO) tetapi Musa Aman juga yang `menguasai' kepala-kepala politik di Sabah! 

Musa Aman mempunyai `gerak kerja' yang agak kemas dan teratur dalam menyaingi Shafie Apdal yang merupakan orang atasan UMNO dan Menteri di kementerian yang agak `berisi'. Musa Aman sentiasa `menunjuk-nunjuk' betapa hebat dan pentingnya kepimpinan beliau serta pentingnya beliau kepada UMNO Sabah. `Promosi' baik seumpamanya berjalan lancar dan teratur oleh Musa Aman khususnya di hadapan dan di mata DS Najib Tun Razak. Dalam soal ini, Shafie Apdal ketinggalan agak jauh! Blog ini `enggan' mengulas panjang buat masa ini. Tetapi sepertimana orang politik Sabah yang lain, blog ini percaya Musa Aman `berjaya' menutup kelemahan beliau dan `menenggelamkan' Shafie Apdal. Dan Shafie Apdal ternyata tidak mengganggu `keamanan' Musa Aman. 

Lihat dua statement berbeza oleh Shafie Apdal DISINI dan Musa Aman DISINI.....Adakah `lakonan' mereka kelihatan tulen dan `hidup'? Mereka tidak kelihatan berlakon walaupun banyak berkias-kias dan `madah berhelah'... Kamurang pikirlah sendiri....!!!

No comments: