Saturday, April 16, 2011

Tahniah Barisan Nasional [Menang 2/3 & 55 Kerusi]: Majoriti Kaum Cina Meninggalkan BN!!!


16 April 2011, Sabtu

BN menang 2/3. Tahniah! Keputusan penuh buat masa ini boleh dibaca DISINI. Esok dan beberapa hari akan datang berita keputusan PRN Sarawak ke10 ini akan rancak diperkatakan. WarisanTamar berpendapat DS Najib memahami dan dapat membaca apa yang tersirat melalui keputusan PRN ini khususnya dalam mempertimbangkan PRU ke13. WarisanTamar bersimpati kepada rakan-rakan berbangsa Cina yang masih liat menyokong dan mengundi BN. Namun, persepsi ini sudah menjadi kenyataan yakni komuniti Cina menolak Barisan Nasional. Dan itulah gambaran yang akan kita lihat pada PRU13 akan datang.

SUPP parti komponen BN Sarawak boleh dikatakan terkubur dalam pilihanraya kali ini oleh bangsa mereka sendiri yakni bangsa Cina yang mereka perjuangkan dan dukungi. SUPP cuma meraih kerusi melalui calon/ahli mereka yang bukan berbangsa Cina. Cuma di N47 Bawang Assan melalui DS Wong Soon Koh. Itupun dengan majoriti yang menurun dan faktor undian Bumiputera di kawasan berkenaan. Jika tidak beliau pun akan dikapankan bersama Presiden mereka. SUPP semata-mata bergantung kepada faktor sejarah bahawa mereka parti tertua dan perlu dihargai walaupun meletakkan ramai calon `tua' dan `membosankan'.


WarisanTamar tidak menolak kemungkinan mengatakan bahawa SUPP atau segelintir pihak akan menuding jari kepada komponen BN yang lain iaitu PBB yang menyebabkan `kematian' mereka kali ini. Dan secara spesifiknya ia ditujukan juga kepada TS Taib Mahmud! Ini berlaku kepada komponen BN di Semenanjung dimana UMNO dipersalahkan. Denial Syndrome lazimnya wujud untuk menegakkan benang basah dan mempertahankankegagalan diri sendiri. SUPP akan melalui mimpi ngeri dan melalui detik sukar untuk bangkit semula. Sama seperti MCA dan GERAKAN di Semenanjung! WarisanTamar percaya MCA dan GERAKAN tidak akan banyak berubah dan akan mengalami kekalahan sepertimana PRU12...Mengapa? Lain kali kita cerita panjang....

Yang jelas, majoriti dikebanyakan kerusi komponen BN yang seperti PRS dan SPDP juga mengalami penurunan ketara. Berbanding PBB yang memperbaiki sebahagian besar majoriti berbanding PRN9 (2006). Antara faktor yang tidak dapat dinafikan adalah pemilihan calon muka-muka baru dan bertenaga telah membantu keutuhan PBB dalam pilihanraya kali ini. Namun adakah ini menunjukkan bahawa TS Taib Mahmud sebagai Presiden PBB tidak perlu berundur? WarisanTamar berpendapat lagi cepat TS Taib cabut dari kerusi Presiden dan Ketua Menteri Sarawak lagi baik kepada BN dan rakyat Sarawak...Semoga TS Taib mempercepatkan proses peralihan yang dijanjikan. Jangan ingat majoriti lebih 5000 undi di Balingian, maka TS Taib boleh menarik `hand brake' sesuka hati!!! Lebih baik bersara cepat dan bolehlah TS Taib `honeymoon' dengan isteri yang `cantik' selagi masih bernafas...


Yang jelas, komuniti Cina menolak Barisan Nasional. Mereka secara majoritinya amat mementingkan diri sendiri. Mereka pasti menuntut pelbagai perkara termasuk hak-hak Bumiputera. Mereka tidak mahu mengambilkira atau diambilkira banyak mana `kekayaan' yang mereka kaut hasil usaha kerajaan selama ini. Mereka mahukan BN tunduk dan menyediakan dasar yang memihak kepada mereka dan tidak ambil kisah bahawa masih ramai Bumiputera di Sarawak malah di Sabah yang memerlukan dasar yang kukuh dan agenda pembangunan. WarisanTamar percaya inilah `pattern/corak' undi komuniti Cina pada PRU13 akan datang...

Penghasut Komuniti Cina Paling Hebat!!!

Kepada Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon, buka mata dan hati....calon MCA dan GERAKAN hanya akan menang di kerusi dimana ada campuran pengundi sepertimana berlaku kepada beberapa pemimpin MCA sekarang...Yang mengundi mereka orang Melayu Islam dan sedikit kaum India, tapi mereka sanggup `berperang' untuk menuntut dan memperjuangkan permintaan dan desakan kaum Cina yang tidak mengundi mereka.

Jika DS Najib dan TS Muhyiddin masih `blurrr' dan `kelabu asap' dalam hal sokongan komuniti Cina ini...minta maaf lah! MCA dan GERAKAN tidak akan menyumbang kepada kerusi untuk Barisan Nasional pada PRU13 kelak...Percayalahhh baiii.......

Adioss.....

P/S AnuWar Berahim dengar-dengar dah terbang ke Amerika Syarikat...hmmm...nak melepaskan nafsu kut! Atau lari melarikan diri...bukan boleh percaya pun AnuWar Berahim ni....sama jugak dengan Ajijah OMEGA!!!


3 comments:

Syed Abd. Hamid said...

Tuan,
Sememangnya dah agak sokongan cina tetap pada DAP. SUPP, MCA dan Gerakan tidak lagi menjadi pilihan kaum cina. Tujuan cina ialah agar BN tumbang. Segala kesenangan yang diperolehi dari kerajaan BN tidak akan dihargai, yang penting BN tumbang. Itulah matlamat cina Malaysia. Pada PRU13 nanti diharap DS Najib dapat membuat percaturan yang betul, biar cina di kawasan cina dan kawasan majoriti melayu kepada calun melayu. Lihatlah.

Alibroley said...

untuk berlaku adil kepada penyokong bn..
letakan mereka sebagai calun dikaw. majoriti kaum mereka..dan berentap dgn dap
ada berani!!!

warisantamar @ KualaLumpur said...

Tn Syed,
Jika SUPP,MCA & GERAKAN itu join pembangkang, pasti mereka menang hatta meletakkan calon tgua kerepot mahupun calon yg masih berhingus...to most of chinese, BN/Malay/Muslim is their most enemy!!!