Tuesday, April 19, 2011

[Sejukkkk Beb!] Parlimen Dibubarkan Hari Ini...:(

19 April 2011, Selasa

# Pilihanraya lagi!!! Dalam pada rakyat Malaysia amat teruja dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru lalu, rakyat Malaysia juga amat-amat teruja menantikan pembubaran Parlimen Malaysia seterusnya Pilihanraya Umum ke 13 diadakan. Pihak pembangkang amat beriya-iya menumbangkan kerajaan sedia ada. Mereka sedar `kegagalan' memusnahkan karakter dan kredibiliti Perdana Menteri DS Najib akan menyukarkan usaha pihak pembangkang. Apatah lagi Ketua Pembangkang mereka sendiri sedang tunggang langgang menghadapi perbicaraan liwat yang asyik tertangguh dan bakal berhadapan dengan lebih banyak pendedahan yang akan menyesakkan dada pembangkang...Hmmm...nampaknya Singapura lebih `awal' membubarkan Parlimen mereka...Adakah kalian fikir pembangkang mereka mempunyai kebebasan sebagaimana kebebasan pembangkang di Malaysia? Sesungguhnya ramai dikalangan kita tidak pernah bersyukur dan menghargai apa yang mereka perolehi selama ini...itulah mereka yang menggelar mereka lebih telus dan jujur dalam mengurus negara! Malangnya penyokong dan pengikut mereka yang dulunya banyak `berhutang' budi kepada kerajaan, menganggap tidak perlu bersyukur dengan apa yang diperolehi...itukan tugas kerajaan!...


SINGAPURA 19 April 2011 -
Kerajaan Singapura hari ini mengumumkan pembubaran Parlimennya, sekali gus membuka jalan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 republik itu diadakan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Presiden Singapura SR Nathan membubarkan Parlimen selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Pilihan raya umum itu akan menjadi ujian pertama kepimpinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Hsien Loong, anak sulung Perdana Menteri pertama Singapura dan Menteri Mentor Lee Kuan Yew, dilantik ke jawatan itu pada Ogos 2004. 

Sebelum ini, beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri sejak 1990. 

Writ Pilihan Raya yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri menyebut bahawa penamaan calon akan diadakan pada 27 April dan pengundian pada 7 Mei.

Hari mengundi diisytiharkan sebagai cuti umum.
Sumber: BERNAMA

No comments: