Friday, April 29, 2011

(Ini Pun Panasss...) Ketua Pemuda UMNO Sabah Dipecat?


29 April 2011, Jumaat

Ketika ini Pakatan Rogol (puak pembangkang) bergelut dengan bermacam masalah terutamanya parti yang mempunyai majoriti pengikut dan pemimpin Melayu beragama Islam. Bezanya dengan parti DAP yang semakin kukuh dan didokong kuat oleh kaum mereka.Orang kata itulah semangat kiasu mereka yang hebat! 

Apakah UMNO semakin kuat? Jika tidak semakin lemah, UMNO sebenarnya mungkin meningkat sedikit berdasarkan prestasi beberapa siri pilihanraya kecil tetapi dari sudut lain masih ada puak-puak atau segelintir pemimpin mereka yang berjuang bukan untuk rakyat tetapi memperjuangkan perut mereka agar puncak kuasa kekal milik mereka! WT yakin mereka akan menjadi calon BN/UMNO khususnya di Sabah. DS Najib tidak akan mampu melakukan apa-apa untuk membendung kerakusan pemimpin UMNO ini. Mereka inilah yang akan menghancurkan UMNO. Mereka juga yang menyebabkan rakyat membenci UMNO...

WT sudah mendengar berbulan-bulan lalu berkenaan sekumpulan Ketua Pemuda UMNO Bahagian di Sabah yang mahu melakukan `rampasan kuasa' dan ingin `menguburkan' Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kenigau yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Negeri, Saudara Azman Ruslan. WT akan mendedahkannya di masa yang sesuai. Jika mereka ini tidak `disingkirkan' maka merekalah yang akan `memusnahkan' UMNO di Sabah. Sesiapa yang dianggap tidak `sekepala' dengan kehendak mereka akan diterjah secara zalim dan kejam! Sudah pasti mereka mempunyai `individu' tertentu yang mempunyai `kuasa'...siapa? Tungguuuu...

Akhirnya mereka berjaya menyingkirkan Sdr Azman dan mereka mungkin sedang berkenduri menyembelih lembu atas kejayaan mereka. Kalau UMNO kalah pun, mereka tidak akan susah...yang susah adalah rakyat marhaen...DS Najib tidak mungkin membaca tulisan ini tetapi percayalah...Puak pembangkang di Sabah tidak sekuat mana tetapi BN Sabah juga tidak mustahil dikejutkan sepertimana BN Sarawak! BN/UMNO kalah bukan kerana parti tetapi kerana segelintir pemimpin mereka yang otak di tempurung lutut! Rakyat mengundi pembangkang bukan kerana sepenuhnya benci BN/UMNO tetapi sebab menyampah dengan muka pemimpin mereka...

Adakah agen KJ sedang menjalankan program penghapusan pemimpin menentang mereka? Mereka memang layak digelar tali barut....Mereka umpama spesies si Kitol di Negeri Dibawah Bayu...Sabah!

Sabah Umno Youth Vice-chiefs Want Explanation Over Azman's Removal

KOTA KINABALU, April 29 (Bernama) -- A group of Sabah Umno division youth vice-chiefs has demanded an explanation over the rationale behind the immediate removal of state Umno youth chief Azman Roslan.

Group leader Mohd Razali Razi, who is Sepanggar Umno Youth vice-chief, expressed shock over the national Umno Youth leadership's decision to replace Azman.

He said the lawyer was an able youth leader and acceptable to the state Umno Youth.

"The timing of the (Azman's) removal has no justification when taking into consideration that we are now gearing for the coming general election and in the midst of positioning our party to capture the trust of the people.

"If there is no acceptable explanation over the removal, we urge that Azman be reinstated as the Sabah Umno youth chief," he told reporters when met at Terminal 1 of the Kota Kinabalu International Airport (KKIA) here today.

Mohd Razali said the removal would create an inference that the position of Sabah Umno Youth chief was exclusively subject to the discretion of the Umno Youth chief, without any need of prior consultation with the Sabah Umno youth.

Meanwhile, Azman confirmed his removal and said that he was informed about it only last Monday through a letter faxed to Sabah Umno office, here.

He said he abided by the decision of the national Umno Youth leadership and vowed to continue his political struggle in Umno.

He confirmed that there would be changes in the Sabah Umno Youth leadership, adding that state Umno Youth vice-chief Awang Kadin Tang was tasked with leading the state movement.

Monday, April 25, 2011

SAPP + DAP = SADAP!!! Menganggu `Keamanan' Musa Aman...


26 April 2011, Selasa

Silap besar jika BN Sabah tidak mengambil berat soal kemungkinan `perkahwinan' antara dua parti berteraskan kaum Cina di Sabah. BACA DISINI....

Sebagaimana lazimnya, akan ada pemimpin BN yang akan mendabik dada dan mendongak langit sambil berkata dunia ini ana yang punya! Bagaikan kata-kata pemuja Anwarisme dan pengikut totok syurga PAS demikianlah bunyinya...Dalam keadaan semasa, apa yang berlaku di Sarawak dalam pilihanraya baru-baru ini tidak mustahil akan berlaku di Sabah pada pilihanraya akan datang...

Hakikatnya, ramai penduduk dan pengundi sangat dan masih `menyukai' Taib Mahmud...demikian juga ramainya yang sangat `membenci' dan `bosan' dengan adanya beliau sebagai teraju pemerintah kerajaan negeri...dah lama dahhh!!! 

Di Sabah, itu juga yang berlaku kepada Musa Aman! Blog ini berpendapat bahawa bangkai gajah sukar untuk ditutup dengan tudung saji! Melainkan buatlah tudung saji terbesar di dunia....Adakah penolakan kaum Cina terhadap Taib Mahmud dan BN memberi kesan kepada `keamanan' hidup Datuk Seri Panglima Musa Aman, Ketua Menteri Sabah?

Lu pikirlahh baik-baik baiii....

Sunday, April 24, 2011

AC Mizal Masuk UMNO!


24 April 2011, Ahad


MUTAKHIR ini kemasukan artis ke dalam parti politik terutamanya yang berteraskan bangsa Melayu seakan menjadi `kebanggaan dan kemenangan'. PAS ghairah dengan Bob Lokman. Demikian juga Yassin yang dilihat sering bersama dalam aktiviti parti pembangkang. WT percaya mereka mempunyai kelompok penyokong dan pengikut yang tersendiri. Mereka juga mempunyai hak untuk menyertai parti yang mereka percayai...Terkini adalah kemasukan artis dan tokey gelang magnet Datuk AC Mizal dan isteri ke dalam UMNO...

Sejauh mana kesan baik atau buruk, kita lihat kesudahannya!

Friday, April 22, 2011

1Melayu 1Bumiputera: Melayu Bumiputera VS Cina? (Updated)


22 April 2011, Jumaat

Ada suara berkumandang, politik hari ini atau semasa semacam menunjukkan dua paksi yang amat ketara. Ada yang mengatakan ia sudah ketahap Melayu Bumiputera VS Cina! Tun Mahathir kata jika ini benar-benar berlaku maka ia adalah malapetaka kepada negara!  

Blog ini berharap ia tidak berlaku walaupun kebarangkalian kearah itu juga amat ketara...Undian bukan lagi kerana parti atau calon tetapi semata-mata kerana bangsa! Tidak ketinggalan elemen agama juga dicetuskan dalam `menarik undi'...DS Najib menafikan `kewujudan' 1Melayu 1Bumi...BACA DISINI!!!

Ulasan sahabat Blogger GAP juga boleh dibaca DISINI... jika yang membacanya terbuka fikirannya, maka banyak yang tersurat dari dalam yang tersirat...

Artikel penuh berkaitan dirujuk oleh DS Najib seperti dibawah...Lapangkan dada, fikirlah secara rasional. Bukan enggan memberi tetapi mengapa tidak berterimakasih apabila menerima dan tidak bersyukur setelah menikmati kemewahan serta kesenangan!
Selamat Membaca tulisan Zaini Hassan, Ruangan CUIT Utusan Malaysia!


Ayuh! Gerakkan segera 1Melayu, 1Bumi

ORANG Cina telah bersatu. Keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak telah membuktikannya. Malah, sebenarnya orang Cina telah pun bersatu sejak dulu lagi.

Perkembangan politik muaasir (kontemporari), selepas era-Mahathirisme dan semasa era-Abdullahisme telah membuktikan ikatan orang Cina lebih utuh dan berpadu. Hubungan kekitaan, kekeluargaan serta brotherhood dan ukhwah orang Cina lebih erat, tanpa boleh ditandingi oleh mana-mana kaum di atas muka bumi Malaysia ini.

Walaupun antara mereka berlainan haluan politik, tapi apabila sampai masa menentukan arah untung nasib kaum Cina – mereka akan bersatu atas pangkahan undi yang sama.

Dalam ekonomi, mereka membantu antara satu sama lain. Dari sekecil-kecil ekonomis kepadalah yang sebesar-besarnya, mereka akan tolong-menolong antara satu sama lain. 

Budaya telah berjaya menyatupadukan orang Cina. Dalam masyarakat Cina tiada istilah bidaah yang boleh memesongkan mereka daripada soal budaya dan adat resam bangsa. Bahasa Cina diangkat tinggi, malah ada yang kata orang Cina yang tidak boleh membaca Cina pun akan turut membantu membeli akhbar Cina. 

Maka itu, akhbar Sin Chew Jit Poh – suara keramat orang Cina, menjadi antara akhbar yang paling tinggi edaran dan keuntungannya di Malaysia. 

Sekolah Cina terus dijadikan sebagai cagaran politik utama – yang tidak boleh dikompromi sama sekali.

Pendek kata, orang Cina sebenarnya amat beruntung sekali berada di bumi Malaysia ini. Mereka telah menguasai segala-galanya. Sepuluh teratas orang mereka adalah bilionaire Malaysia. Sebahagian besar kedai yang ada di atas muka bumi Malaysia ini milik mereka. Hampir semua pelajar yang belajar di universiti swasta dan IPTS ternama dan mahal-mahal di negara ini rata-ratanya orang mereka. 

Saya telah nyatakan perkara itu dalam Cuit bertajuk Apa lagi orang Cina mahu? tahun lepas. Tulisan itu dipetik sepenuhnya oleh akhbar Straits Times Singapura dan surat pembaca yang saya terima dari republik itu menyokong penuh tulisan itu.

Apa yang saya katakan ini adalah hakikat atau fakta.

Hanya kuasa mutlak politik yang belum dikuasai sepenuh oleh orang Cina, yang lain semua sudah. Kini DAP membawa slogan yang cukup hebat di kalangan masyarakat mereka iaitu Undi untuk Ubah, Enough is Enough (Cukuplah) dan Selamatkan Malaysia.

Slogan itu sebenarnya bukan ditujukan kepada orang lain, tapi khususnya kepada orang Cina. Terpapar megah di dada baju penyokong dan calon DAP dalam pilihan raya Sarawak supaya diubah kepimpinan Melayu Malaysia ini.

Terus terang saya katakan, saya amat menyanjungi orang Cina. Mereka mempunyai matlamat dan masa depan yang cukup jelas. Walaupun tindakan itu berbau politik atau bukan, soalnya mereka cukup bersatu. Politik digunakan sebaik-baik mungkin untuk menyatupadukan kaum itu.

Kita jangan salahkan DAP. Apa yang DAP lakukan itu amat betul untuk masa depan kaumnya. Jika Pas dipergunakan oleh DAP untuk memecahkan bangsanya sendiri, itulah operatif licik DAP.

DAP telah berjaya menjadi parti Cina yang telah menyatupadukan orang Cina. MCA gagal dan SUPP pun gagal. Itu hakikat atas kertas. Malah seorang sahabat saya berbangsa Cina, pengarang sebuah akhbar ternama bersetuju bahawa orang Cina kini ke arah menyokong pembangkang. Pilihan Raya Umum Ke-13 akan digunakan sepenuhnya untuk menyatukan kuasa mereka. 

Sebaliknya apa yang orang Melayu buat? Tiada apa-apa. Mereka ialah satu bangsa yang cukup selesa, komplesen, alpa dan tidak peduli. Malah pemikiran mereka cukup bercelaru.

Apa yang harus UMNO lakukan? UMNO harus berfikiran seperti DAPkah? 

Pandangan saya, apa yang UMNO harus lakukan sekarang, di masa yang amat terdesak sekarang, ialah melancarkan gelombang perpaduan bangsa – 1Melayu, 1Bumi.

Lancarkan segera 1Melayu, 1Bumi dalam lingkungan UMNO dan parti-parti Melayu yang lain.

Jika Pas degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini. Perlu diingat NGO-NGO itu wujud kerana mereka dahagakan wadah perjuangan untung nasib bangsa semakin ditinggalkan. UMNO harus tarik pertubuhan sukarela ini ke hadapan dan menjadi juara semula dalam soal ini.

Persetankan Pas yang ternyata telah menggadaikan perjuangan bangsa Melayu untuk kepentingan politik totok mereka. Hairan sungguh, para penyokong Pas akan menjadi lebih kuah daripada sudu semasa berkempen, dan mereka tidak pernah sedar bahawa secara senyap-senyap DAP cukup strategik mempermainkan mereka.

Saya kira, sekiranya lima kerusi Pas di Sarawak itu ditandingkan di kawasan Cina sudah pasti mereka akan menang dan ada wakil dalam dewan undangan negeri. Tapi DAP telah mempermainkan mereka. Pas diletakkan di kawasan kaum bumiputera, bagi membolehkan kaum bumiputera terus berpecah. Pas seperti biasa, tidak sedar semua itu.

Dalam usaha meniupkan gelombang 1Melayu, 1Bumi, tidak salah 1Malaysia diteruskan kerana ia adalah dasar jangka panjang negara. Parti komponen Cina dalam BN pun tidak akan marah jika UMNO melancarkan gagasan 1Melayu, 1Bumi kerana bagi mereka orang Cina telah pun bersatu.

Tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu.

Dalam tulisan-tulisan saya sebelum ini, saya ada mengatakan orang Melayu berpecah kepada enam golongan. Melayu UMNO, Melayu Pas, Melayu PKR, Melayu DAP, Melayu Liberal dan Melayu Atas Pagar. 
 
Orang Melayu cukup berpecah. Orang Cina tidak akan marah sekiranya orang Melayu bersatu kembali. Mungkin DAPlah yang tidak selesa kerana matlamat mereka untuk memecah-belahkan lagi orang Melayu akan gagal. 

Bagi DAP, selagi konsep Malaysia Malaysian mereka tidak berlaku, selagi itu mereka akan berusaha keras untuk menjayakannya.

UMNO harus meniupkan gagasan 1Melayu, 1Bumi ini segera. Orang Melayu harus disatukan segera bagi memastikan mereka menguasai semula politik yang semakin terhakis daripada tangan mereka. 

Walaupun Melayu berpecah, namun ada lagi suara-suara segelintir yang amat sayangkan bangsa. Seorang sahabat umpamanya, menghantar SMS semasa tulisan ini ditulis berbunyi: “Tolong tulis...BN jangan lagi bagi kawasan majoriti Melayu kepada wakil MCA, Gerakan dalam PRU akan datang... cukup sudah pengorbanan UMNO yang dibalas dengan tuba. MCA dan Gerakan WAJIB akur kerana kalau mereka kalah dengan DAP, wakil mereka tak perlu dilantik dalam kerajaan...”

Itu ialah suara marah. Orang Melayu marah. Tapi kita harus rasional. Susun semula barisan dan gelombang satukan orang Melayu. 

Saya bercakap bagi pihak bangsa saya. Gagasan inilah yang turut dimainkan oleh sahabat saya, saudara Ridhuan Tee Abdullah, seorang mualaf Cina yang cukup kental jiwa ultra-Melayunya. Orang Cina amat tidak menggemari beliau di atas semangat assabiyah Melayu beliau itu.

Namun bagi Ridhuan, dan orang Melayu yang lain, mereka amat khuatir dengan perkembangan mutakhir yang berlaku di negara ini sekarang. 

Namun, penghargaan harus diberi kepada kaum bumiputera Sarawak yang telah melaksanakan tanggungjawab mereka dengan begitu betul sekali.

Saya angkat topi kepada kaum bumiputera Sarawak yang dilihat lebih matang daripada orang Melayu di Semenanjung. Sekiranya mereka tidak bersatu dalam pilihan raya 16 April lalu, maka Sarawak sudah tentu akan jatuh ke tangan orang lain.

Orang bumiputera Sarawak telah memberi satu petunjuk yang amat berharga supaya diikuti oleh kaum Melayu di Semenanjung.

Namun, orang Melayu Semenanjung berpecah enam. Mereka masih lagi berpecah enam. 

Oleh itu menjadi kewajipan UMNO; atas nama pejuang-pejuangnya yang terdahulu; dan sebagai parti induk orang Melayu; lancarkan segera slogan 1Melayu, 1Bumi bagi menggerakkan semula gelombang kebangsaan bangsa itu. 

Melayu harus dan wajib disatukan kembali sebagaimana kita mahu satukan orang Malaysia di bawah semangat 1Malaysia. Tiada makna adanya 1Malaysia, jika orang Melayu sendiri pun berpecah. 

Kini terletak dalam tangan UMNO untuk menentukan hidup atau mati bangsa ini.

Orang Cina sudah ada 1Cina dalam erti kata tersendiri. Orang Melayu pun perlu ada 1Melayu, 1Bumi. Ayuh gerakkan!

Thursday, April 21, 2011

Selamat Kembali Datuk Seri........!


22 April 2011, Jumaat
(Kali ni blog aku nak menyokong dan memberikan sokongan moral pulak kat Datuk Seri...!)

Semoga Datuk Seri sihat walafiat sekembali dari luar negara! Tentu Datuk Seri penat kerana sibuk memenuhi pelbagai jemputan di luar negara. Ramai sangat orang rindukan Datuk Seri....Tak sia-sia  Kak Wan Azizah menggelar Datuk Seri `pemimpin anugerah tuhan' dan seperti kata anak Datuk Seri YB Nurul Izzah `papaku hebat!'...Datuk Seri memang hebat....lepas ceramah kempen di Sarawak terus ke luar negara...seluruh dunia memerlukan Datuk Seri...Datuk Seri mungkin terlupa, PKR menang 3 kerusi kat Sarawak...memang berbaloilah Datuk Seri turun kempen kat Sarawak.....tak makan lah psywar video seks yang orang kata Datuk Seri pelakon tu...orang tak percaya lah!


Malangnya di Malaysia Datuk Seri terus dituduh dengan tuduhan liwat dan melanggan pelacur (kata orang pelacur itu masih pelajar kolej dan sebaya dengan YB Nurul Izzah)...kesian Datuk Seri...Apapun, Selamat Kembali Datuk Seri...Tidak benar sama sekali tuduhan mengatakan Datuk Seri ingin melarikan diri dan menyembunyikan diri...Tak patut sungguh mereka yang menuduh Datuk Seri!!! Datuk Seri takkan hilang seri walaupun selepas ini akan terus turun naik ke mahkamah...Orang kata lagi, Datuk Seri buat pembedahan perut dan muka kat oversea! Apasalahnya Datuk Seri, ketrampilan kena jaga juga...nanti muka Datuk Seri comot semacam dan perut memboroi pun orang kata Ketua Pembangkang selekeh pulak, tak nak le macam YB Din jerawat tu tak tahu langsung nak cuci muka, jerawat dah berbatu-batu...

Lagi satu nak bagitau, Datuk Seri jangan susah hati......jam OMEGA Kak Wan dah jumpa...orang BN/UMNO ingat senang-senang ke nak kenakan Datuk Seri...Kak Wan memang kelas gitu...Kak Wan jumpa kat bawah katil...hmmm, Datuk Seri bila dah nak...main campak je jam mahal-mahal tu...hehehe...jangan mare...gurau je! Umur je dah lanjut tapi nafsu Datuk Seri macam kuda Ferrari jugak...hebat betul lah!


Pedulikan semua tohmahan pada Datuk Seri...kita faham dan memang faham Datuk Seri penat travel jauh dan perlukan rehat....hmmm...singgahlah kejap kat spa...amoi kat bawah ni dah lama tunggu Datuk Seri...Takkan Datuk Seri buat-buat tak kenal plak??? sampai hati Datuk Seri....amoi ni pun rindu jugak dengan `kehebatan' Datuk Seri...dont worry, dah tak ada CCTV tersembunyi dah...kalau ada pun, buat tak kisah je Datuk Seri...buat muka sadin je...okay Datuk Seri...ingat tau...amoi ni tengah tunggu Datuk Seri kat tempat biasa...datang jangan tak datang!!!


# Tolong jangan kacau Datuk Seri, dia nak berehat ngan Amoi jap...bagilah dia privacy sikit...nak balun tunggu besok! Esok masih ada beb...sabar je lah...

Tuesday, April 19, 2011

[Sejukkkk Beb!] Parlimen Dibubarkan Hari Ini...:(

19 April 2011, Selasa

# Pilihanraya lagi!!! Dalam pada rakyat Malaysia amat teruja dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang baru lalu, rakyat Malaysia juga amat-amat teruja menantikan pembubaran Parlimen Malaysia seterusnya Pilihanraya Umum ke 13 diadakan. Pihak pembangkang amat beriya-iya menumbangkan kerajaan sedia ada. Mereka sedar `kegagalan' memusnahkan karakter dan kredibiliti Perdana Menteri DS Najib akan menyukarkan usaha pihak pembangkang. Apatah lagi Ketua Pembangkang mereka sendiri sedang tunggang langgang menghadapi perbicaraan liwat yang asyik tertangguh dan bakal berhadapan dengan lebih banyak pendedahan yang akan menyesakkan dada pembangkang...Hmmm...nampaknya Singapura lebih `awal' membubarkan Parlimen mereka...Adakah kalian fikir pembangkang mereka mempunyai kebebasan sebagaimana kebebasan pembangkang di Malaysia? Sesungguhnya ramai dikalangan kita tidak pernah bersyukur dan menghargai apa yang mereka perolehi selama ini...itulah mereka yang menggelar mereka lebih telus dan jujur dalam mengurus negara! Malangnya penyokong dan pengikut mereka yang dulunya banyak `berhutang' budi kepada kerajaan, menganggap tidak perlu bersyukur dengan apa yang diperolehi...itukan tugas kerajaan!...


SINGAPURA 19 April 2011 -
Kerajaan Singapura hari ini mengumumkan pembubaran Parlimennya, sekali gus membuka jalan untuk Pilihan Raya Umum ke-14 republik itu diadakan.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Presiden Singapura SR Nathan membubarkan Parlimen selepas mendapat nasihat daripada Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Pilihan raya umum itu akan menjadi ujian pertama kepimpinan Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Hsien Loong, anak sulung Perdana Menteri pertama Singapura dan Menteri Mentor Lee Kuan Yew, dilantik ke jawatan itu pada Ogos 2004. 

Sebelum ini, beliau menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri sejak 1990. 

Writ Pilihan Raya yang dikeluarkan Jabatan Perdana Menteri menyebut bahawa penamaan calon akan diadakan pada 27 April dan pengundian pada 7 Mei.

Hari mengundi diisytiharkan sebagai cuti umum.
Sumber: BERNAMA

Saturday, April 16, 2011

Tahniah Barisan Nasional [Menang 2/3 & 55 Kerusi]: Majoriti Kaum Cina Meninggalkan BN!!!


16 April 2011, Sabtu

BN menang 2/3. Tahniah! Keputusan penuh buat masa ini boleh dibaca DISINI. Esok dan beberapa hari akan datang berita keputusan PRN Sarawak ke10 ini akan rancak diperkatakan. WarisanTamar berpendapat DS Najib memahami dan dapat membaca apa yang tersirat melalui keputusan PRN ini khususnya dalam mempertimbangkan PRU ke13. WarisanTamar bersimpati kepada rakan-rakan berbangsa Cina yang masih liat menyokong dan mengundi BN. Namun, persepsi ini sudah menjadi kenyataan yakni komuniti Cina menolak Barisan Nasional. Dan itulah gambaran yang akan kita lihat pada PRU13 akan datang.

SUPP parti komponen BN Sarawak boleh dikatakan terkubur dalam pilihanraya kali ini oleh bangsa mereka sendiri yakni bangsa Cina yang mereka perjuangkan dan dukungi. SUPP cuma meraih kerusi melalui calon/ahli mereka yang bukan berbangsa Cina. Cuma di N47 Bawang Assan melalui DS Wong Soon Koh. Itupun dengan majoriti yang menurun dan faktor undian Bumiputera di kawasan berkenaan. Jika tidak beliau pun akan dikapankan bersama Presiden mereka. SUPP semata-mata bergantung kepada faktor sejarah bahawa mereka parti tertua dan perlu dihargai walaupun meletakkan ramai calon `tua' dan `membosankan'.


WarisanTamar tidak menolak kemungkinan mengatakan bahawa SUPP atau segelintir pihak akan menuding jari kepada komponen BN yang lain iaitu PBB yang menyebabkan `kematian' mereka kali ini. Dan secara spesifiknya ia ditujukan juga kepada TS Taib Mahmud! Ini berlaku kepada komponen BN di Semenanjung dimana UMNO dipersalahkan. Denial Syndrome lazimnya wujud untuk menegakkan benang basah dan mempertahankankegagalan diri sendiri. SUPP akan melalui mimpi ngeri dan melalui detik sukar untuk bangkit semula. Sama seperti MCA dan GERAKAN di Semenanjung! WarisanTamar percaya MCA dan GERAKAN tidak akan banyak berubah dan akan mengalami kekalahan sepertimana PRU12...Mengapa? Lain kali kita cerita panjang....

Yang jelas, majoriti dikebanyakan kerusi komponen BN yang seperti PRS dan SPDP juga mengalami penurunan ketara. Berbanding PBB yang memperbaiki sebahagian besar majoriti berbanding PRN9 (2006). Antara faktor yang tidak dapat dinafikan adalah pemilihan calon muka-muka baru dan bertenaga telah membantu keutuhan PBB dalam pilihanraya kali ini. Namun adakah ini menunjukkan bahawa TS Taib Mahmud sebagai Presiden PBB tidak perlu berundur? WarisanTamar berpendapat lagi cepat TS Taib cabut dari kerusi Presiden dan Ketua Menteri Sarawak lagi baik kepada BN dan rakyat Sarawak...Semoga TS Taib mempercepatkan proses peralihan yang dijanjikan. Jangan ingat majoriti lebih 5000 undi di Balingian, maka TS Taib boleh menarik `hand brake' sesuka hati!!! Lebih baik bersara cepat dan bolehlah TS Taib `honeymoon' dengan isteri yang `cantik' selagi masih bernafas...


Yang jelas, komuniti Cina menolak Barisan Nasional. Mereka secara majoritinya amat mementingkan diri sendiri. Mereka pasti menuntut pelbagai perkara termasuk hak-hak Bumiputera. Mereka tidak mahu mengambilkira atau diambilkira banyak mana `kekayaan' yang mereka kaut hasil usaha kerajaan selama ini. Mereka mahukan BN tunduk dan menyediakan dasar yang memihak kepada mereka dan tidak ambil kisah bahawa masih ramai Bumiputera di Sarawak malah di Sabah yang memerlukan dasar yang kukuh dan agenda pembangunan. WarisanTamar percaya inilah `pattern/corak' undi komuniti Cina pada PRU13 akan datang...

Penghasut Komuniti Cina Paling Hebat!!!

Kepada Chua Soi Lek dan Koh Tsu Koon, buka mata dan hati....calon MCA dan GERAKAN hanya akan menang di kerusi dimana ada campuran pengundi sepertimana berlaku kepada beberapa pemimpin MCA sekarang...Yang mengundi mereka orang Melayu Islam dan sedikit kaum India, tapi mereka sanggup `berperang' untuk menuntut dan memperjuangkan permintaan dan desakan kaum Cina yang tidak mengundi mereka.

Jika DS Najib dan TS Muhyiddin masih `blurrr' dan `kelabu asap' dalam hal sokongan komuniti Cina ini...minta maaf lah! MCA dan GERAKAN tidak akan menyumbang kepada kerusi untuk Barisan Nasional pada PRU13 kelak...Percayalahhh baiii.......

Adioss.....

P/S AnuWar Berahim dengar-dengar dah terbang ke Amerika Syarikat...hmmm...nak melepaskan nafsu kut! Atau lari melarikan diri...bukan boleh percaya pun AnuWar Berahim ni....sama jugak dengan Ajijah OMEGA!!!


Tuesday, April 12, 2011

Viva Man Utd: No More Chelsea!


13 April 2011, Wednesday

[Man Utd advanced to Semi Final of UCL 2011....
Good Bye Chelsea!!!  ~ (Aggregat) Man Utd 3- Chelsea 1]

The first goal came from Javier Hernandez who got scoring underway. Taking a 1-0 aggregate lead into the match, the Man United player netted in the 43rd minute
It was a beautiful goal.


Rooney clipped the ball out right to O'Shea, who flip-reverse-switched it to Giggs. Giggs seared towards goal from the right touchline, slid it across goal, and Hernandez blasted it in from about 18 inches.


Thursday, April 7, 2011

Kepada Rakyat Sarawak: Ingat Penghinaan Ini!


08 April 2011, Jumaat

Jika rakyat Sarawak menganggap kata-kata hikmat Hj Hadi ini adalah satu kata-kata biasa, maka terimalah calon PAS yang bertanding malah undilah calon DAP dan PKR. Demikian juga jika perbuatan meliwat dan mengongkek pelacur tidak mengapa maka tinggalkanlah Barisan Nasional.....

Kepada Hj Hadi, Nik Aziz, Anwar dan semua penyokong PAS,PKR &DAP,
Rakyat Sarawak bukan sekuno yang kamu sangkakan. Masa pilihanraya undi kamu tagih, tapi kehidupan rakyat Sarawak kamu cerca dan hina...memang macam sial manusia korang ni!
 

Wednesday, April 6, 2011

Champions League Q/Final: Chelsea (0) - Man United (1)

AlFatihah: Buat Allahyarham Saiful Syazani Saiful Sopfidee [Mangsa Dera Sampai Meninggal Dunia Oleh Guru Sekolah milik PAS]


[Gambar guru yang dituduh mendera sehingga mati pelajar yang baru berusia 7 tahun! Memang sial guru sekolah PAS ni...PAS kurang ajar atau terlebih ajar guru macam ni? Woiii...pengikut PAS tak payah tuduh orang lain, pakai kopiah putih dalam PAS bukan bermakna tak terliur nak menyundal! Mana pengikut PAS yang suka bergolek berbaring atas jalan raya? Pergilah demo lepas solat Jumaat, bela mangkuk hayun guru pendera korang nie!]

06 April 2011, Rabu

PAS tidak seharusnya sekadar meminta maaf. PAS harus muhasabah diri. PAS harus menyelak kain dan pakaian dalam mereka, sudah lama kudis buta dan kayap menular di dalam badan PAS. Sindrom nafi dan kononnya PAS adalah `pintu' ke syurga juga satu daripada `kesesatan' yang ditanamkan dikalangan ahlinya. Ahli PAS pasti melenting tidak mengaku...halllooo kawan, Anwar Ibrahim mana pernah mengaku dia peliwat dan pengongkek! 

PAS harus menerima hakikat bahawa mereka adalah political animal seperti parti siasah yang lain. Dalam BN/UMNO ada political animal yang tidak sedar diri dan layak bergelar dinosour politician. Dalam PAS juga serupa. Dalam PKR  dan DAP...toksah cakaplah! bersepah sana sini pelawak politik, pelacur politik, peliwat politik dan sebagainya. Justeru PAS bukan maksum...saya ulang PAS juga tidak lari dari melakukan dosa. Mereka yang memakai serban sampai keliling kepala atau yang berceramah mempergunakan ayat suci Allah tidak semestinya alim dan maksum...Nik Aziz belum tentu masuk syurga! 

Maka, percayalah PAS juga paksi kepada politik dinosour...paksi kepada kejahatan! Pemimpin PAS juga boleh terjelir lidah melihat wang ringgit, wanita dan harta! Tanya Mat Sabu...tanya Husam Musa...

Sudah-sudahlah taksub kepada PAS...

[kalau Ayah Pin masuk PAS, gerenti dineutralkan dosa kesesatannya oleh PAS i.e. Nik Aziz]

Tuesday, April 5, 2011

PAS Minta Maaf...[Buang Tebiat Kot...]


06 April 2011, Rabu

PAS minta maaf.....betul-betul minta maaf. Bukan kepada kerajaan. Bukan minta maaf kepada Anwar Ibrahim sebab tak dapat tolong Anwar semasa video seks yang didakwa membabitkan Anwar Ibrahim hangat diperkatakan. [Inilah juga sebab PAS tidak dapat menghantar rombongan untuk melakukan demonstrasi sambil berbaring atas highway sebagaimana lazimnya aksi mereka untuk menunjukkan kesetiaan mereka]. PAS minta maaf atas kejadian pukul sampai mati pelajar di sebuah sekolah agama dibawah kawalan mereka di Kangar Perlis.

Sekiranya kejadian ini berlaku disekolah dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia, antara tuntutan dan tindakan segera dilakukan;
1) Tubuh Suruhanjaya Siasatan Diraja...
2) Tangkap menteri berkenaan...
3) Sistem dan keselamatan pelajar di sekolah dipertikaikan...
4) Ahli PAS + PKR (tumpang menyibuk...) akan buat baring korner kat atas jalanraya...Ni aksi stunt man/woman PAS yang puak DAP pun tabik spring!!! 
5) Mak bapak pelajar atau keluarga pelajar akan diusung ke sana kemari...loyar buruk akan berduyun-duyun nak bagi servis...
6) Anwar cam biasa akan jadikan point penting ceramah sambil nak coverline cerita video seksis beliau...

Alahai PAS.....