Thursday, September 30, 2010

Upin & Ipin: Sahabat Selamanya !!!

Warisan Tamar
01 Oktober 2010, Jumaat




Sahabat untuk selamanya
Bersama untuk selamanya
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya setia



Sahabat untuk selamanya
Atasi semua perbedaan
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selamanya setia



Sahabat untuk selamanya
Berbagi dan saling menjaga
Kau dan aku sahabat
Untuk selamanya… Selama-lamanya… setia…

# Lirik lagu `Sahabat Selamanya' ~ PADI

Monday, September 27, 2010

PANAS: PKR (Baru) 2010

Lu pikir PKR lah sendiri....


Ekoran kekecohan dalam pemilihan semalam, mungkinkah tertubuhnya parti baru...PKR (Baru) 2010?
Berikan tepukan semangat kepada
ahli-ahli PKR (Lama @ Lunyai)...ekkk elehhh!!!

Sunday, September 26, 2010

Demokrasi Dalam PKR: Tibai Sampai Lebam!!! Apa Barangggg...

Warisan Tamar
26 September 2010, Ahad


PKR sedang dalam proses menyiapkan filem aksi mereka di seluruh negara. Anu-war Ibrahim khabarnya sibuk ke lokasi filem bagi memastikan pelakon utamanya Azamin Lee, benar-benar menghayati `lakonan' sepertimana beliau yang cukup tersohor dalam hal kelentong mengelentong! Bagi yang terlupa, PKR kini juga sedang menganjurkan pertandingan tinju tomoi di semua cabang kayu mati mereka di seluruh negara.

PKR memang hebat...cukup hebat bila mengata orang! Rupanya PKR lagi hancus...Saya SMS kawan penyokong PKR...sampai sekarang belum balas lagi. Saja mahu bertanya tentang demokrasi dan telusnya pemilihan dalam PKR...Sebab juak-juak PKR selalu kata merekalah yang paling terbaik anu-nya dalam segala hal!!!

Kasihan...khabarnya ramai pemimpin atau para YB-YB termasuk YB terlanjan..terkangkang tewas ditangan lawan yang tidak punya apa-apa. Papagomo melaporkan bahawa di Tropicana para pejuang demokrasi yang tulus mulus sedang berhimpun melahirkan rasa `gembira dan bahagia' sangat dengan keputusan pemilihan PKR yang paling demokrasi demonstrasi dan telus bolos! Saya gelak kejap...hahahaha!!!

Kecoh PKR di sana sini sekarang ini..di Kapar, Sg Petani, Merbuk, Kuala Selangor, Klang, Kapar...dan tidak terkecuali di Semporna!!! Nampaknya semua pun kemaruk dengan jawatan dan kuasa Ultraman serta mahu dekat dengan geselan Anuwar Ibrahim...hahaha! Lepas ini, Wan Azizah The Powerful President of PKR...menghadaplah Nik Aziz, bookingkan tiket sorga dan minta keampunan dari Nik Aziz. Kalau Nik Aziz kata OK...kira suci bersih lah semula segala kekotoran PKR semasa pemilihan ini!!!



Selamat Bersidang...Selamat Baling Kerusi...
Selamat Jalan...PKR & Anuwar!!!

Tabik Untuk Ahli PKR...Parti Korang Memang Hebat...
Jealous lahhh...Auwww!!!

Friday, September 24, 2010

Lagu Warisan-Peringatan kepada orang Melayu Malaysia


Warisan Tamar
25 September 2010, Sabtu

Sebagai renungan bersama!!!

Thursday, September 23, 2010

Adakah Ini Pilihan: USNO vs UMNO?

Warisan Tamar
23 September 2010, Khamis
2323hrs



USNO merupakan sebuah parti tempatan di Sabah yang begitu dekat dan sinonim dengan `perjuangan' masyarakat Bumiputera Islam Sabah. Namun ia telah dibubarkan oleh pengasasnya Allahyarham Tun Mustapha bagi memberi ruang kemasukan UMNO ke Sabah. USNO dikhabarkan akan dihidupkan semula di Sabah dan usaha giat dilakukan oleh beberapa pemimpin veteran. USNO sudah pastinya menggamit kenangan suka duka ramai para pejuang mahupun anggota politik veteran khususnya di Sabah. Adakah ini satu pilihan kepada Bumiputera Islam di Sabah? Saya percaya bahawa USNO masih mempunyai `magis' dan sentuhan `sentimental' di hati kebanyakan rakyat Sabah!


Saya berpendapat, UMNO masih kuat dan tersusun organisasinya di Sabah. Bagaimanapun, isu tanah dan pembangunan yang terlalu jauh ketinggalan di Sabah adalah satu permasalahan yang bakal mengundang resah dan `kanser' kepada kerajaan BN yang diterajui UMNO.

Justeru, selagi isu domestik seperti isu tanah dapat `diurus' dengan baik oleh kerajaan BN...hayat UMNO masih ada. Jika tidak, Bumiputera Islam di Sabah akan merasakan mereka memerlukan sebuah parti alternatif kepada UMNO. Jika USNO berjaya dihidupkan semula seterusnya diketuai atau diterajui oleh anak tempatan Sabah yang mempunyai wibawa dan keupayaan serta karisma menarik, saya berpendapat UMNO Sabah harus memberi pertimbangan serius `kelahiran semula' USNO!


UMNO Tidak Kuat?

Warisan Tamar
23 September 2010, Khamis


SIAPA kata UMNO kuat? Yang terlebih perasan cumalah Tengku Adnan dan Rezal Merican. Betul lah UMNO memang masih kuat dan mempunyai pengikut dan dipercayai oleh majoriti khususnya masyarakat Melayu/Islam. Justeru mengapa `tewas' banyak kerusi ketika PRU12 2008? Alahai sudah berkarat dibicarakan di sana sini...Pembangkang bukanlah kuat sangat seperti kata PM Najib, cuma yang lemah dan lembabnya adalah UMNO dan BN itu sendiri. Ramai mengatakan undi yang diperolehi pembangkang adalah undi protes rakyat Malaysia terhadap BN.

Persoalan saya sekarang, berubahkah perangai buruk segelintir atau mungkin sebahagian besar YB-YB dan pemimpin2 `besar' dalam UMNO samada di Bahagian mahupun Negeri juga di peringkat Persekutuan. Kata seorang kawan, perangai buruk masih ada, tapi sorok sana sorok sini...entahlah!!!

Saya yakin, `ramai' mereka yang merasakan diri mereka `pemimpin' dan kini mereka semakin perasan sekarang bahawa mereka adalah paling layak untuk dipilih sebagai calon UMNO/BN pada PRU13 akan datang.

Saya percaya masing-masing sudah mula `tayang body'...sudah sibuk dan menyibukkan diri di sana sini terutamanya dihadapan PM dan sesiapa saja yang dirasakan mampu mengangkat nama dan diri empunya diri untuk menjadi calon PRU13. Saya percaya apabila tirai 2011 dibuka nanti, sikap perasan dan suasana akan lebih hangat memandangkan PRU13 semakin hampir...

Yang sering mencuit hati, bilamana akan muncul beberapa insan yang akan menawarkan diri mahupun menguar-uarkan bahawa mereka mempunyai kekuatan dan kemampuan atau cakap mudah...mempunyai kabel besar untuk `mengangkat' nama seseorang ke hadapan YAB PM Najib...Jangan ingat tiada orang waras yang percaya...malah ada yang akan sanggup berhabisan wang ringgit asalkan empunya diri menjadi calon!

Malangnya, kalaulah PM Najib terlalu yakin bahawa Sabah adalah deposit tetap untuk BN kerana khalayak tahu betapa wujudnya sekurang-kurangnya dua puak dalam UMNO/BN yang mempunyai `kekuatan' masing-masing sedang `berperang' dalam diam...

Dalam teori Maslow, mereka ini bukan lagi mengejar wang ringgit atau asas keperluan hidup tetapi mengejar, mengekalkan dan mengukuhkan KUASA! Politik adalah Kekuasaan. `Orang Kaya' inginkan Kuasa...Kuasa juga adalah puncak keinginan seseorang yang sudah memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka sanggup bertindak dengan apa cara sekalipun waima melanggari perintah dan suruhan Allah s.w.t

Hakikatnya, benarkah UMNO masih kuat? Tepuk dahi tanya diri sendiri...

Saya kongsikan email dari seseorang yang disiarkan oleh blogger HousePK...yang lebih kurang sama dengan apa di dalam fikiran saya dan para pembaca.


Email dari Abu Garcia

Penolakan BN oleh sebahagian rakyat semasa PRU-12 bukan kerana rakyat malaysia menolak politik perkauman, tetapi kerana faktor protes. Cuma pihak PR mengambil kesempatan untuk mengada-adakan alasan demi kepentingan mereka.

Ada banyak perkara yang menyebabkan protes berlaku. Berdasarkan faktor persekitaran yang dekat dengan saya. Perkara-perkara berikut boleh dijadikan ikhtibar:

1. Pemimpin politik peringkat cawangan dan bahagian termasuklah para ADUN mempergunakan kedudukan mereka untuk memperkayakan diri dan tanpa segan silu mendabik dada bahawa mereka seolah-olah "manusia terpilih".

2. Mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan membolot segala kekayaan menerusi projek-projek yang diperolehi atas nama parti sehingga menafikan hak-hak orang lain untuk bersama-sama mencari rezeki.

3. Mereka hidup bermewah-mewah dengan rumah besar, kereta besar dan menjadikan poligami hobi dan trofi.

4. Mereka mengutamakan rasuah untuk memperolehi projek yang dihajati dan kebiasaannya wang akan ditaburkan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang rasuah untuk memperolehi projek dan kepada orang-orang politik yang rapat dengan Exco atau Menteri. Apabila projek berjaya dimiliki, mereka akan mengikat pemimpin-pemimpin ini dengan wang dengan tujuan memperolehi projek lain pula.

5. Mereka sentiasa memberikan alasan bahawa mereka memerlukan projek ini untuk matlamat politik. Kononnya, mereka sentisa menyumbang kepada parti, kepada pengundi, kepada pengikut mereka sedangkan rakyat nampak dengan jelas bahawa peratusan yang mereka "dermakan" adalah terlalu kecil untuk dibandingkan dengan keuntungan peribadi.

6. Mereka sentiasa beranggapan bahawa rakyat atau pengundi tidak pandai berfikir dan tidak memerlukan wang untuk hidup. Keutamaan mereka dalam berpolitik sudah jauh menyimpang dari matlamat asal manusia berpolitik. Mereka tidak bertindak sebagai wakil rakyat jelata selayak-layaknya.

Walau apapun, saya masih percayakan BN dan perubahan perlu dilakukan untuk membersihkan jiwa para pemimpin BN pada semua peringkat bagi memastikan rakyat@pengundi sudi menerima BN kembali.

BN perlu menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang sombong, bongkak, lupa diri, tamak, berdengki dan rendah moral.

Apakata BN mulakan dengan kepimpinan di Pulau Pinang terutama sekali di Seberang Perai, diikuti dengan Kedah, Perak dan Selangor.

Bersedialah untuk menghadapi PRU-13...

Wednesday, September 15, 2010

PANAS!!! 16 Sept - Proses Ambil Alih Kerajaan Masih Ikut Jadual ~ Anwar Ibrahim

16 Sept 2010, Khamis

  

MAAF lah kengkawan...Untuk makluman,Anwar Berahim dan rombongan beliau sedang dalam perjalanan untuk angkat sesumpah jawatan ~ kat mana angkat sesumpah? Lu pikirlah sendiri...Lintas langsung upacara angkat sesumpah boleh diikuti dengan rapat melalui `pintu belakang' media Malaysiakinimampos.com ~

( Nota: Geng-geng pegang banner Anwar Auta ni sekarang dah sampai kat Putrajaya dan sedang melakukan pusingan mengelilingi bulatan Putrajaya...hari ni 16 Sept pun cuti umum, jadi tak timbul masalah traffic. Mamat-mamat lambai tangan tu sejak malam tadi tak tidur sebab happy sangat hari ini akan berarak ke Putrajaya!!! HAHAHAHA...Lantak korang lah bro, suruh tonggeng awak tonggeng...kan dah kena!!! )

Woiii...agak-gak la kalau nak auta rakyat Malaysia woiii...Peliwat nak jadi Perdana Menteri Malaysia....apa barangggggg!!!!!

Selamat Hari Malaysia (47th) :16 September 2010



16 September 2010
Khamis
(Pembentukan Malaysia ke 47 tahun)

SEMPENA sambutan Hari Malaysia buat julung-julung kalinya diadakan, suka kiranya saya mengajak para pembaca `flashback' semula kerakusan manusia bernama Anwar Ibrahim dengan angan-angan dan retorik 16 September beliau...Seperti kata peguam beliau sendiri, Mr Karpal Singh ~ ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT!

Bertaubat dari segi apa? Rasanya dari semua segi dan aspek termasuk aktiviti-aktiviti gelap `pintu belakang'....Pesan saya, kita jangan suka main belakang dan jangan pandang belakang!



Hari Malaysia 16 Sept 2010: Anwar Ibrahim Harus Bertaubat!!!



ANWAR IBRAHIM HARUS BERTAUBAT...!!!

Tuesday, September 7, 2010

ISA: Tindakan Diperlukan Bukan Setakat Amaran!

Warisan Tamar
29 Ramadhan 1431H / 8 September 2010


SAYA setuju benar tindakan mengISAkan individu-individu yang mencetuskan segala macam polemik, masalah yang membawa petaka kepada perpaduan kaum, keharmonian agama dan kemakmuran ekonomi Malaysia diambil tanpa ragu dan segan silu. Bantahan? Akan ada bantahan...itu sudah pasti! Persetankan mereka...apakah mereka akan bertanggungjawab jika impak dari permasalahan yang ditangani secara keterlaluan `lemah lembutnya' dan `bersopan' akan menghancurkan apa yang kita miliki di negara Malaysia yang tercinta.

Bagi mereka yang suka membandingkan bahawa negara luar lebih baik, lebih demokratik, lebih `penyayang' dan sebagainya berbanding negara kita Malaysia...saya harap, mereka ini tidak perlu dipaksa tetapi `sukarela' lah untuk `melucutkan' kewarganegaraan Malaysia mereka sendiri! Kepada mereka juga, kalau bercakap menghentam `rumah' sendiri...agak-agaklah woii..!!!

Jika kita dituntut agar lebih banyak bersabar terutamanya di bulan al Mubarak ini, apalah kiranya jika kesabaran juga ada batasnya! Nyahkan mereka....

Kepada Datuk Hishamuddin,
Salam Aidilfitri...Jangan buat-buat pekak telinga! Orang dah ramai bersuara...Saya tidak suka mendengar Menteri saya digelar Menteri Amaran!!! Wake up babe....


Artikel asal tulisan Sdr Zaini Hassan:-

SEBENARNYA apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri Najib kelmarin mengenai “jangan persoal Perlembagaan” adalah satu pendirian tegas yang amat kita tunggu-tunggukan. Malah kita mahu beliau mengeluarkan kata-kata yang lebih tegas lagi.
 
Buat permulaan, itu pun sudah memadai. Sebenarnya itulah yang rakyat mahu dengar dari mulut PM. Benar kata beliau “rakyat perlu mengelak daripada bertindak atau mengeluarkan tutur kata yang boleh mengguris perasaan kaum lain… jika perkara-perkara itu dijiwai, ia mampu meredakan ‘suhu panas’ yang melanda negara sejak akhir-akhir ini.”
 
Sebenarnya sejak akhir-akhir ini rakyat begitu bimbang dengan suasana di negara ini. Unsur-unsur perkauman semakin menegang sehinggakan rakyat kebingungan ke mana akhir kesudahannya. Secara politik, itulah yang mahu dilihat oleh pihak yang satu lagi.

Lagi berpecah masyarakat lagi suka mereka. Ia adalah political mileage bagi mereka. Lagi berpecah lagi bagus. Lagi celaru, maka mereka beranggapan undi akan datang kepada mereka. Mungkin betul strategi mereka itu. Rakyat mungkin akan hilang keyakinan kepada kerajaan jika kecelaruan dan kegelisahan ini terus berlaku tanpa berjaya dikawal.
 
Namun bagi rakyat yang ramai ini mereka mahu melihat perkara itu tidak berlaku. Api panas itu harus dipadamkan segera. Semua pihak harus tegas. PM harus tegas, dan pihak-pihak berkuasa harus tegas.

KDN lagilah harus tegas. Ramai juga yang bercakap mengenai KDN sekarang ini. Orang sudah rindukan satu tindakan tegas bagi menyejukkan keadaan. Ini negara kita, kita sayangkan negara ini, maka oleh itu apa peduli orang luar cakap mengenai hal ehwal keselamatan negara ini.

Gunakan ISA. Kami semua rakyat Malaysia yang banyak ini, bukan yang sedikit itu mahukan kerajaan menggunakan undang-undang tersebut ke atas pihak yang terus-menerus mahu memanaskan dan mengancam suasana negara ini.

Ikut trend semasa, orang yang cuba merosakkan keharmonian ini tidak peduli langsung dengan Akta Hasutan. Repot-repot polis yang dibuat di bawah akta itu juga tidak lagi berkesan. Ia hanya akan menambah beban kerja polis untuk membuka kertas siasatan demi kertas siasatan. Kita bimbang di masa siasatan demi siasatan dijalankan, nasi sudah menjadi bubur.
 
Selama ini kita hidup aman dan damai di negara ini. Itulah yang kita semua mahukan. Hanya orang yang mempunyai niat yang tidak baik dan tidak mahu ISA menganggu gugat mereka sahaja yang akan menentang ISA dan mahu ia dihapuskan. Jangan jadikan segelintir penunjuk perasaan (tidak sampai 10 orang) di London tempoh hari yang mahu ISA dihapuskan, sebagai petunjuk untuk kerajaan berlembut dalam soal itu. Semua orang tahu tunjuk perasaan itu didalangi oleh pihak pembangkang negara ini.
 
Melihatkan suasana mutahir ini, maka ISA harus diteruskan. Ia hanya boleh dihapuskan sekiranya negara ini benar-benar aman, damai, tenteram dan harmoni. Selagi itu belum dicapai, ISA perlu dikekalkan.

Selagi Perlembagaan negara yang menjadi tunjang kepada kenegaraan ini terus dipermainkan, selagi isu-isu perkauman yang boleh memporak-perandakan masyarakat terus diperkotak-katikkan, selagi soal agama dipertikaikan, selagi soal raja-raja Melayu diperkecil-kecilkan, ISA masih diperlukan.

Kita mahu merayakan perayaan kita dalam suasana aman, damai. Kita mahu supaya semua kaum dapat kunjung-mengunjungi di antara satu sama lain dalam semangat sentosa. Oleh itu, jangan ada mana-mana pihak cuba mengganggunya.
 
Kita juga mahu ISA dikenakan, jika benar, ada pihak dalam negara yang mengupah kumpulan penunjuk perasaan di Jakarta untuk mengapi-apikan hubungan dua hala Malaysia-Indonesia. Jika benar dakwaan itu, KDN jangan hanya berpeluk tubuh.

Rakyat memberi mandat kepada kerajaan ini untuk menjaga keharmonian kami semua. Setelah 53 tahun memerintah negara tercinta ini, tanpa sekali pun diterajui pihak lain, kerajaan BN telah berjaya membawa negara ini ke mercu jayanya. Itu semua adalah hakikat.

Pandanglah ke kiri dan ke kanan. Malaysia sebenarnya adalah antara negara tercemerlang di rantau ini, di kalangan negara-negara Arab dan negara Islam dan di Afrika, waima Selatan Amerika dan antara sesetengah Eropah sekalipun. Kita bangga menjadi rakyat negara ini.
 
Oleh itu mandat tersebut harus dijagai sebaik-baiknya. Kepercayaan itu harus dijadikan amanah.

Persoalannya, apakah kejayaan negara ini selama ini berlaku adalah kerana ISA dihapuskan? Singapura yang maju itupun masih ada ISA, begitu juga di Thailand.
 
KDN jangan bimbang. Menterinya jangan bimbang. Kami semua rakyat negara ini, di belakang anda.

Wednesday, September 1, 2010

Selamat Bersara ~ Tan Sri Musa Hassan

Warisan Tamar
23 Ramadan 1431H / 2 September 2010 Khamis


ADA yang gembira dengan persaraan TS Musa sebagai Ketua Polis Negara pada 12 September ini setelah 41 tahun bersama PDRM. Bagaimanapun, usah nafikan mereka yang bersedih akan `kehilangan' TS Musa dalam dunia kepolisan di Malaysia. Ada yang mengatakan beliau tegas dan amanah semasa bertugas...sebaliknya ada juga yang mengatakan beliau tidak sebaik disangkakan.

Pada saya, kita berbalik kepada soal penilaian yang subjektif di antara kita semua. Cuma lagi, saya juga suka untuk ingat mengingatkan bahawa dalam kita membicarakan dan menilai `kelemahan/keburukan' seseorang...janganlah lupa bahawa masih ada jasa dan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang. Kita juga kerap kali `menangisi, merindui...' ketiadaan seseorang apabila mereka sudah `tiada lagi' dalam perkhidmatan mahupun dalam dunia yang fana ini...

Kita mengharapkan magis daripada `orang baru' untuk melakukan keajaiban...semudah menggosok pelita sakti Aladin! Kita mula membandingkan antara `yang lama dan yang baru' khususnya apabila `harapan' dan `magis' yang kita harapkan akan berlaku...tidak berlaku sebenarnya!

Lalu, siapalah kita sebenarnya untuk menafikan jasa,kebaikan dan keikhlasan hati seseorang dalam  melaksanakan amanah? Selamat Bersara Tan Sri Musa...

ps- Tabik Hormat Untuk Tan Sri Musa Hassan...Selamat Menduduki Kerusi KPN Untuk Tan Sri Ismail Omar!!!


Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Dato' Hj. Hassan
1969 -Insp. Pelatih (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru)


1970 -Insp. Siasatan Khas (IPD Melaka Tengah, Kontinjen Melaka) / Inspektor Percubaan


1973 -Pegawai Pendakwa (IPD Alor Gajah, Kontinjen Malaka) / Inspektor


1975 -PT Rekod / Perangkaan CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / Inspektor


1981 -PPP Bah. 'A' CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP


1985 -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP


1986 -Pensyarah Undang-Undang (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / ASP


1988 -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / DSP


1991 -TPP Latihan B1 (Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / DSP


1992 -PP Latihan (Peperiksaan)(Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / SP


1995 -Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-Undang)(JSJ Bukit Aman) / ACP & SAC II


2000 -Timbalan Pengarah II (JSJ Bukit Aman) / SAC I


2001 -Timbalan Pengarah I (JSJ Bukit Aman) / DCP


2003 -Ketua Polis Johor / DCP


2004 -Pengarah JSJ (JSJ Bukit Aman) / CP


2005 -Timbalan Ketua Polis Negara / DIGP


2006 -Ketua Polis Negara / IGP

12 September 2010 / 3 Syawal 1431H ~ Bersara