Warisan Tamar
23 Ramadan 1431H / 2 September 2010 Khamis
ADA yang gembira dengan persaraan TS Musa sebagai Ketua Polis Negara pada 12 September ini setelah 41 tahun bersama PDRM. Bagaimanapun, usah nafikan mereka yang bersedih akan `kehilangan' TS Musa dalam dunia kepolisan di Malaysia. Ada yang mengatakan beliau tegas dan amanah semasa bertugas...sebaliknya ada juga yang mengatakan beliau tidak sebaik disangkakan.
Pada saya, kita berbalik kepada soal penilaian yang subjektif di antara kita semua. Cuma lagi, saya juga suka untuk ingat mengingatkan bahawa dalam kita membicarakan dan menilai `kelemahan/keburukan' seseorang...janganlah lupa bahawa masih ada jasa dan kebaikan yang dilakukan oleh seseorang. Kita juga kerap kali `menangisi, merindui...' ketiadaan seseorang apabila mereka sudah `tiada lagi' dalam perkhidmatan mahupun dalam dunia yang fana ini...
Kita mengharapkan magis daripada `orang baru' untuk melakukan keajaiban...semudah menggosok pelita sakti Aladin! Kita mula membandingkan antara `yang lama dan yang baru' khususnya apabila `harapan' dan `magis' yang kita harapkan akan berlaku...tidak berlaku sebenarnya!
Lalu, siapalah kita sebenarnya untuk menafikan jasa,kebaikan dan keikhlasan hati seseorang dalam melaksanakan amanah? Selamat Bersara Tan Sri Musa...
ps- Tabik Hormat Untuk Tan Sri Musa Hassan...Selamat Menduduki Kerusi KPN Untuk Tan Sri Ismail Omar!!!
Rekod Perkhidmatan YDH Tan Sri Musa Bin Tan Sri Dato' Hj. Hassan
1969 -Insp. Pelatih (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru)1970 -Insp. Siasatan Khas (IPD Melaka Tengah, Kontinjen Melaka) / Inspektor Percubaan
1973 -Pegawai Pendakwa (IPD Alor Gajah, Kontinjen Malaka) / Inspektor
1975 -PT Rekod / Perangkaan CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / Inspektor
1981 -PPP Bah. 'A' CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
1985 -PPP Pakar Bantuan Teknik CAD (Cawangan Anti Dadah, JSJ Bukit Aman) / ASP
1986 -Pensyarah Undang-Undang (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / ASP
1988 -Timbalan Ketua Sekolah Perundangan (Maktab PDRM, Kuala Kubu Baru) / DSP
1991 -TPP Latihan B1 (Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / DSP
1992 -PP Latihan (Peperiksaan)(Cawangan Latihan, Jabatan Pengurusan Bukit Aman) / SP
1995 -Penolong Pengarah Pendakwaan/Undang-Undang)(JSJ Bukit Aman) / ACP & SAC II
2000 -Timbalan Pengarah II (JSJ Bukit Aman) / SAC I
2001 -Timbalan Pengarah I (JSJ Bukit Aman) / DCP
2003 -Ketua Polis Johor / DCP
2004 -Pengarah JSJ (JSJ Bukit Aman) / CP
2005 -Timbalan Ketua Polis Negara / DIGP
2006 -Ketua Polis Negara / IGP
12 September 2010 / 3 Syawal 1431H ~ Bersara
No comments:
Post a Comment