Warisan Tamar
23 September 2010, Khamis
2323hrs
USNO merupakan sebuah parti tempatan di Sabah yang begitu dekat dan sinonim dengan `perjuangan' masyarakat Bumiputera Islam Sabah. Namun ia telah dibubarkan oleh pengasasnya Allahyarham Tun Mustapha bagi memberi ruang kemasukan UMNO ke Sabah. USNO dikhabarkan akan dihidupkan semula di Sabah dan usaha giat dilakukan oleh beberapa pemimpin veteran. USNO sudah pastinya menggamit kenangan suka duka ramai para pejuang mahupun anggota politik veteran khususnya di Sabah. Adakah ini satu pilihan kepada Bumiputera Islam di Sabah? Saya percaya bahawa USNO masih mempunyai `magis' dan sentuhan `sentimental' di hati kebanyakan rakyat Sabah!
Saya berpendapat, UMNO masih kuat dan tersusun organisasinya di Sabah. Bagaimanapun, isu tanah dan pembangunan yang terlalu jauh ketinggalan di Sabah adalah satu permasalahan yang bakal mengundang resah dan `kanser' kepada kerajaan BN yang diterajui UMNO.
Justeru, selagi isu domestik seperti isu tanah dapat `diurus' dengan baik oleh kerajaan BN...hayat UMNO masih ada. Jika tidak, Bumiputera Islam di Sabah akan merasakan mereka memerlukan sebuah parti alternatif kepada UMNO. Jika USNO berjaya dihidupkan semula seterusnya diketuai atau diterajui oleh anak tempatan Sabah yang mempunyai wibawa dan keupayaan serta karisma menarik, saya berpendapat UMNO Sabah harus memberi pertimbangan serius `kelahiran semula' USNO!
No comments:
Post a Comment