Thursday, September 23, 2010

UMNO Tidak Kuat?

Warisan Tamar
23 September 2010, Khamis


SIAPA kata UMNO kuat? Yang terlebih perasan cumalah Tengku Adnan dan Rezal Merican. Betul lah UMNO memang masih kuat dan mempunyai pengikut dan dipercayai oleh majoriti khususnya masyarakat Melayu/Islam. Justeru mengapa `tewas' banyak kerusi ketika PRU12 2008? Alahai sudah berkarat dibicarakan di sana sini...Pembangkang bukanlah kuat sangat seperti kata PM Najib, cuma yang lemah dan lembabnya adalah UMNO dan BN itu sendiri. Ramai mengatakan undi yang diperolehi pembangkang adalah undi protes rakyat Malaysia terhadap BN.

Persoalan saya sekarang, berubahkah perangai buruk segelintir atau mungkin sebahagian besar YB-YB dan pemimpin2 `besar' dalam UMNO samada di Bahagian mahupun Negeri juga di peringkat Persekutuan. Kata seorang kawan, perangai buruk masih ada, tapi sorok sana sorok sini...entahlah!!!

Saya yakin, `ramai' mereka yang merasakan diri mereka `pemimpin' dan kini mereka semakin perasan sekarang bahawa mereka adalah paling layak untuk dipilih sebagai calon UMNO/BN pada PRU13 akan datang.

Saya percaya masing-masing sudah mula `tayang body'...sudah sibuk dan menyibukkan diri di sana sini terutamanya dihadapan PM dan sesiapa saja yang dirasakan mampu mengangkat nama dan diri empunya diri untuk menjadi calon PRU13. Saya percaya apabila tirai 2011 dibuka nanti, sikap perasan dan suasana akan lebih hangat memandangkan PRU13 semakin hampir...

Yang sering mencuit hati, bilamana akan muncul beberapa insan yang akan menawarkan diri mahupun menguar-uarkan bahawa mereka mempunyai kekuatan dan kemampuan atau cakap mudah...mempunyai kabel besar untuk `mengangkat' nama seseorang ke hadapan YAB PM Najib...Jangan ingat tiada orang waras yang percaya...malah ada yang akan sanggup berhabisan wang ringgit asalkan empunya diri menjadi calon!

Malangnya, kalaulah PM Najib terlalu yakin bahawa Sabah adalah deposit tetap untuk BN kerana khalayak tahu betapa wujudnya sekurang-kurangnya dua puak dalam UMNO/BN yang mempunyai `kekuatan' masing-masing sedang `berperang' dalam diam...

Dalam teori Maslow, mereka ini bukan lagi mengejar wang ringgit atau asas keperluan hidup tetapi mengejar, mengekalkan dan mengukuhkan KUASA! Politik adalah Kekuasaan. `Orang Kaya' inginkan Kuasa...Kuasa juga adalah puncak keinginan seseorang yang sudah memiliki segala-galanya dalam hidup. Mereka sanggup bertindak dengan apa cara sekalipun waima melanggari perintah dan suruhan Allah s.w.t

Hakikatnya, benarkah UMNO masih kuat? Tepuk dahi tanya diri sendiri...

Saya kongsikan email dari seseorang yang disiarkan oleh blogger HousePK...yang lebih kurang sama dengan apa di dalam fikiran saya dan para pembaca.


Email dari Abu Garcia

Penolakan BN oleh sebahagian rakyat semasa PRU-12 bukan kerana rakyat malaysia menolak politik perkauman, tetapi kerana faktor protes. Cuma pihak PR mengambil kesempatan untuk mengada-adakan alasan demi kepentingan mereka.

Ada banyak perkara yang menyebabkan protes berlaku. Berdasarkan faktor persekitaran yang dekat dengan saya. Perkara-perkara berikut boleh dijadikan ikhtibar:

1. Pemimpin politik peringkat cawangan dan bahagian termasuklah para ADUN mempergunakan kedudukan mereka untuk memperkayakan diri dan tanpa segan silu mendabik dada bahawa mereka seolah-olah "manusia terpilih".

2. Mereka yang rapat dengan pucuk pimpinan membolot segala kekayaan menerusi projek-projek yang diperolehi atas nama parti sehingga menafikan hak-hak orang lain untuk bersama-sama mencari rezeki.

3. Mereka hidup bermewah-mewah dengan rumah besar, kereta besar dan menjadikan poligami hobi dan trofi.

4. Mereka mengutamakan rasuah untuk memperolehi projek yang dihajati dan kebiasaannya wang akan ditaburkan kepada pegawai-pegawai kerajaan yang rasuah untuk memperolehi projek dan kepada orang-orang politik yang rapat dengan Exco atau Menteri. Apabila projek berjaya dimiliki, mereka akan mengikat pemimpin-pemimpin ini dengan wang dengan tujuan memperolehi projek lain pula.

5. Mereka sentiasa memberikan alasan bahawa mereka memerlukan projek ini untuk matlamat politik. Kononnya, mereka sentisa menyumbang kepada parti, kepada pengundi, kepada pengikut mereka sedangkan rakyat nampak dengan jelas bahawa peratusan yang mereka "dermakan" adalah terlalu kecil untuk dibandingkan dengan keuntungan peribadi.

6. Mereka sentiasa beranggapan bahawa rakyat atau pengundi tidak pandai berfikir dan tidak memerlukan wang untuk hidup. Keutamaan mereka dalam berpolitik sudah jauh menyimpang dari matlamat asal manusia berpolitik. Mereka tidak bertindak sebagai wakil rakyat jelata selayak-layaknya.

Walau apapun, saya masih percayakan BN dan perubahan perlu dilakukan untuk membersihkan jiwa para pemimpin BN pada semua peringkat bagi memastikan rakyat@pengundi sudi menerima BN kembali.

BN perlu menyingkirkan pemimpin-pemimpin yang sombong, bongkak, lupa diri, tamak, berdengki dan rendah moral.

Apakata BN mulakan dengan kepimpinan di Pulau Pinang terutama sekali di Seberang Perai, diikuti dengan Kedah, Perak dan Selangor.

Bersedialah untuk menghadapi PRU-13...

No comments: