Saturday, November 5, 2011

`Korban' Azmin Ali [Salam Aidil Adha]

`Selamat Menyambut Hari Raya Eidul Adha - Pengorbanan & Perjuangan, Teras Kemenangan Hakiki. Ikhlas drpd YB Azmin Ali & Seluruh Kepimpinan KEADILAN GOMBAK' [016-3179601]

Demikian SMS ucapan yang WT terima daripada YB Azmin. Bangga? Mestilah bangga beb! Timbalan Presiden PKR tuu...bakal Timbalan Perdana Menteri dan tidak mustahil bakal Perdana Menteri Malaysia [sebab Anwar akan dibiarkan duduk jadi banduan kes liwat]. 

Sebagai saudara seagama, saya terima ucapan demikian dengan rendah hati. Sama seperti ucapan dari kawan-kawan lain atau pemimpin lain. Terimakasih YB Azmin!

Tetapi yang menjadi persoalan adalah....

1) Apakah komen pemimpin Pakatan Rakyat terutamanya DAPig yang sebelum ini mempersoalkan kewajaran DS Najib menghantar SMS kepada majoriti rakyat Malaysia mengucapkan Selamat Hari Raya! Yang mana WT percaya SMS ucapan itu juga sampai dikotak `INBOX' mereka. 
2) Bagaimana nombor handphone rakyat seperti WT diperolehi oleh YB Azmin? [hehehe...SMS blast memang main serkup semua!] Sedangkan dulu mereka mempersoalkan bahawa DS Najib juga `menyalahgunakan' nombor handphone rakyat dan juga `menuduh' bahawa hak privasi mereka yang disimpan oleh DIGI, Celcom , Maxis & TM akan sewenang-wenangnya digunakan oleh pihak kerajaan!
3) Dulu apabila DS Najib `tembak' SMS kat handphone rakyat, mereka tanya juga siapa tanggung kos SMS tersebut? Duit rakyat? Duit tokay? Atau Duit poket sendiri? Jadi, nak tanya juga pada YB Azmin atau kuncu-kuncu yang menguruskan `SMS Blast' berapa kos dan pakai duit elaun YB Azmin ke? atau Anwar Ibrahim yang sponsor??? hehehe

Moral cerita: Seperti diketahui umum, menjadi dosa samada kecil atau besar, kering atau basah sekiranya pemimpin Barisan Nasional yang melakukannya. Tetapi menjadi halal dan pahala besar andai pemimpin Pakatan Rakyat yang melakukannya! Hatta, sekecil hama sekalipun perbuatan dan tindakan tersebut. Benar kata YB Dato Zul Nordin, Pakatan Rakyat hidup dengan isu...pemimpin mereka wajib menimbulkan isu samada secara aman mahupun huru hara! Tanpa isu untuk disensasikan, dicanang [tidak kira benar atau fitnah] maka Pakatan Rakyat akan menjadi lesu! 

YB Azmin, WT bertanya bukan kerana marah dengan SMS YB tapi sebab dulu korang juga yang suka persoal itu dan ini waima apa yang DS Najib itu lakukan adalah nilai yang baik. Jadi sebagai rakyat, WT juga ingin bertanya...! 

Sekali lagi YB Azmin, terimakasih je lah atas kesudian menghantar SMS...eloklah tu sebab YB pun dengar ceritanya dah lama tak ada kat Parlimen Gombak! Kira SMS sebagai pengganti diri le...lantak ko lah Azmin! 

Salam Aidil Adha untuk semua pembaca dan rakan bloggers! Hayati erti korban dan pengorbanan...

1 comment:

Unknown said...

Salam Aidil Adha..Mohon dilink blog hamba disini..Blog Warisan Tamar telah dilink diblog hamba..
Terima Kasih..
http://klboyzwangsa.blogspot.com/