Monday, October 10, 2011

Pengumuman Tarikh PRU13...


11 Oktober 2011, Selasa


BAHANG PRU13 semakin terasa. DS Najib sudah berulang kali berkata PRU13 akan diadakan dan tetap diadakan. Betul tak? Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) juga telah menyatakan bahawa pada 24 April 2013 Parlimen akan dibubar secara automatik dan PRU13 akan diadakan dalam tempoh 60 hari selepas itu. Tetapi DS Najib mempunyai `kuasa' untuk membubarkan Parlimen sebelum tarikh `tetap' tersebut. Bermakna dari sekarang lebih kurang dalam 18 bulan akan datang rakyat Malaysia akan mengundi untuk PRU13.

Soalnya, apakah relevannya pembangkang `bimbang' dan mahu tahu dari DS Najib bilakah tarikh pembubaran Parlimen akan dilakukan? Alasan bahawa tempoh berkempen akan menjadi terlalu singkat dan sebagai `keadilan' kepada semua yang bertanding agar lebih bersedia sekiranya tarikh pembubaran diumumkan lebih awal. Rasanya alasan itu tidak lagi relevan. Baik Barisan Nasional mahupun Pakatan Rakyat, rasanya bahang `kempen' sebenarnya sudah dirasakan dan sudah pun dijalankan. Jadi, persoalan bila tarikh PRU13 bukanlah satu perkara yang terlalu eksklusif dan `rahsia' untuk semua. 

Ramai ahli politik dan rakyat yang mengikuti perkembangan politik negara sudah mencatur dan menjadi ahli nujum dalam meneka tarikh paling sesuai atau tarikh paling `sinonim' dengan citarasa DS Najib. Namun, tiada yang mengatakan ia akan dibubarkan pada 24 April 2013. 

Ada yang mengatakan pada 11.11.2011 kerana DS Najib amat suka dengan angka 11. Kebetulan, ketika itu, jemaah haji sudah kembali ke tanahair dan musim cuti persekolahan. Ada juga yang meneka ia berlaku sekitar suku pertama tahun 2012 atau dalam bulan Mac 2012. Apasekalipun tekaan tarikh tersebut, itu tidak lagi penting sebenarnya. Ini kerana DS Najib secara terang-terangan sudah memalu gendang PRU13. Agak `bodoh' dan `naive' seseorang kalau apa yang sedang berlaku disekeliling ketika ini tetapi masih gagal meneka bahawa PRU13 sudah berada di peringkat pengumuman.

Jadi, bilakah tarikh pembubaran Parlimen tekaan anda?

1 comment:

Salam Persaudaraan said...

tarikh pilihanraya ke 13 tekaan saya adalah 03-03-2012