Saturday, October 15, 2011

Hangittt: Gambar Najib Palsu: Video Seks Anwar Sahih!


Agaknya apa kaitan gambar palsu Perdana Menteri, Paus dan salib dengan video seks Anwar Ibrahim ya?  Satu gambar, satu video, tang mana berkaitan?  Ha, ini yang penulis nak cakap hari ini nih, dimana berkaitan kedua perkara yang tak nampak berkaitan itu.

Maaf katalah, penulis dah lama dalam politik, lama tak lamalah tapi lamalah juga.

Sepanjang masa itu penulis belajar satu tentang pembangkang, yang mereka akan guna semua kelemahan yang ada untuk memusnahkan reputasi kerajaan Barisan Nasional.  Kalau tidak ada, mereka akan cipta sendiri.  Itu sifat-sifat wajib ada dikalangan pembangkang di Malaysia dalam berhadapan dengan kekuatan BN dan UMNO.

Dalam konteks hari ini, pembangkang itu, Pakatanlah.

Petunjuknya mudah saja.  Kalau mereka dakwa ada video mengenai salah laku seks pemimpin Barisan Nasional tetapi mereka tidak mahu mendedahkannya kerana konon taknak main politik kotor, itu bermaksud mereka tidak ada video tersebut.

Kalau semua masih ingat, tidak lama selepas skandal videol seks Anwar tersebar, Chegubard dan Sam ketot masing-masing keluar kenyataan konon ada video tentang hubungan Khairy Jamaludin dengan isteri seorang pemimpin kanan kerajaan.  Taknak dedah kerana konon Pakatan hati mulia tidak mahu guna isu peribadi dalam pertarungan politik.

Soalnya benarkah video itu wujud?


Pada penulis. kalau video itu ada, nescaya tak cukup ruang dalam media mereka bercakap tentang perkara tersebut, bertahun-tahun kalau tak berkurun lamanya.  Alangkah yang tidak ada video pun mereka masih mampu bercakap tanpa ada sedikit malu pun kerana gagal mengemukakan bukti, ini pulak yang ada terakam.

Macam dalam kes Altantunya, Ziana Zain dan sebagainya, mana dia gambar, mana dia video, malah mana dia saksi?  Tidak ada, tapi percayalah, dari 10 penyokong Pakatan hari ini, 11 percaya semua fitnah yang dilemparkan itu.  Itu menunjukkan apa?  Itu menunjukkan bahawa penyokong Pakatan adalah lebih terdorong untuk mencipta, menyebar dan mempercayai fitnah.

Betul punya tolol!!!

Dalam komponen Pakatan, yang rajin buat gambar dan cerita fitnah ni hanyalah PAS dan PKR, DAP kurang sikit, dia lebih kepada berbelit macam peguam, eh silap, ular.  Kebetulan atau apa, memang ramai ular, silap lagi, peguam yang menganggotai DAP.

Jadi bila balaci Pakatan begitu terdesak mencipta dan mengedarkan gambar yang diatas, itu menunjukkan bahawa video seks Anwar itu memang cerita betul.  Untuk mengimbanginya atau mengurangkan kesan daripada pembongkaran video tersebut, perlu dicipta satu isu dan gambar bodoh tersebut menjadi pilihan.

Modus operandi sama pernah digunakan Tien Chua dalam kes Altantunya apabila dia mengedarkan gambar superimpose (level paling bawah) kononnya mendiang duduk bersama Perdana Menteri dalam satu majlis.  Hairannya, itupun ada juga balaci yang percaya, mengucap panjang penulis.

Kalau tak keji, apa lagi perkataan sesuai yang nak kita gambarkan tindakan pembangkang ni?  Cuba tuan puan cadangkan kepada penulis, ayat menunjuk perangai buruk mana yang tertinggal dalam perbendaharaan kata kita yang belum pernah disebutkan lagi untuk menggambarkan tindakan keji Pakatan Rakyat ini?

ihsan: mykmu :)

No comments: