17 Julai 2011, Ahad
Kematian seorang peserta perhimpunan haram BerSHIT 2.0 baru-baru ini dimanipulasi sepenuhnya
oleh mereka yang mengganggap diri mereka suci dan bersih dari calitan dosa. Walaupun umum tahu mereka juga berpolitik. Mempergunakan imej dan platform agama sebagai alat politik mereka sudah menjadi sinonim.
Mereka tidak merasa bersalah mahupun berdosa sekalipun mempolitikkan kematian Sdr Baharuddin yang juga peserta perhimpunan haram tersebut. Arwah juga pernah bekerja dibawah agensi Kementerian Kewangan Malaysia sehingga pencen. Kematian arwah di`superimposekan' dengan `kematian' seorang insan lain yang dikhabarkan memang seorang `pelakon' terkenal didalam melakunkan apa jua watak dalam filem versi Pakatan Rakyat!
Mengapa suka membawa mereka yang telah kembali menemui Ilahi sebagai alat politik? Kononnya sebagai satu perjuangan untuk memastikan kematiannya tidak sia-sia. Sudah...sudahlah...Yang berlakon mati konon pihak Polis berlaku kejam ke atas mereka! Mungkin masih ada rakyat percaya, tapi yakinlah semakin ramai rakyat yang muak dan jelek dengan lakonan `over-acting' seperti ini...Carilah idea dan `lakonan' lain....
Pernahkah kita semua terfikir bagaimana anggota Polis juga mendapat kecederaan disebabkan `keganasan' perusuh perhimpunan haram itu? Saya sendiri melihat bagaimana seorang anggota Polis yang mengiringi perusuh untuk dibawa ke lori `Black Maria' menyiku ke dada anggota Polis tersebut sehingga menyebabkan anggota Polis tersebut terduduk kesakitan. Seorang peguam yang menjadi balaci Majlis Peguam hanya memerhati buat muka sadin.....Semua orang kononnya mahukan Polis tidak bertindak zalim dan ganas terhadap perusuh, tapi apakah nasib anggota Polis yang dizalimi dan diganasi oleh perusuh? Itu belum mengambil kira kesan ekonomi, sosial dan keselamatan yang dihasilkan oleh perusuh perhimpunan haram!
Terkini! YB Ahli Parlimen Titiwangsa disahkan telah kembali kerahmahtullah. Sebelum itu, ada juga yang sudah menghantar info kematian arwah lebih awal dari masa sebenar arwah meninggalkan dunia! Yang menyebarkannya bukan orang lain tapi orang-orang parti arwah dan rakan pakatan parti arwah juga....Demikianlah pantasnya dunia maklumat sekarang! Hinggakan kematian kita boleh disampaikan lebih pantas dari detik kematian kita...Tidaklah menghairankan sekiranya kematian arwah YB Dr Lo'Lo juga dipolitikkan sepenuhnya dan sekiranya poster, banner, bunting dan ceramah diadakan di merata tempat dan kematian mereka yang telah kembali menemui Ilahi akan terus dijaja ke sana ke mari....
Alfatihah untuk kedua-dua arwah Sdr Baharuddin dan YB Dr Lo'Lo....Semoga roh mereka ditempatkan disisi golongan yang beriman...Aminn.
[Perbezaan politik dan ideologi tidak mengendurkan tali persaudaraan sesama Islam!]
No comments:
Post a Comment