Friday, December 31, 2010

Azam Tahun Baru 2011?

Warisan Tamar
31 Disember 2010, Jumaat

Pertama sekali, diucapkan selamat memasuki tahun baru 2011. Seperti biasa, kebanyakan orang berkobar-kobar untuk memulakan tahun baru. Semestinya ia sesuatu yang bagus. Itu pun jika keinginan itu benar-benar serius dan bukan sekadar bersandarkan kepada tahun BARU.

Apabila menjelang tahun baru pelbagai azam baru dipikirkan, disasarkan dan bermacam-macam!!! Namun begitu, daripada menekan diri untuk mencapai sesuatu dalam masa satu tahun, lebih baik menentukan deadline (tarikh/masa) untuk pencapaian yang dimahukan.

Hakikatnya, kita tidak perlu terlalu melihat kepada tahun baru untuk mencapai sesuatu. Sebaliknya kita perlu tentukan atau rancang ‘deadline’ untuk kita capai apa yang kita mahu. Tahun baru hanya set hari yang terhimpun dalam 12 bulan untuk kita lakukan sesuatu kerana ia merupakan rujukan keseluruhan manusia.

Salah satu kekurangan jika menjadikan tahun baru sebagai garis permulaan untuk perubahan adalah tahun baru hanya tahun sahaja. Hakikatnya ia adalah tarikh dan bilangan hari yang terus bergerak ke hadapan. Semalam dan yang lepas telah pergi selamanya, yang ada adalah sekarang dan akan datang.

Tidak kisahlah tarikh yang kita mulakan, sama ada 1/1/2011, atau pertengahan Januari tahun 2011, yang penting adalah bilakah target/deadline azam atau matlamat kita tersebut perlu dicapai.

Apabila kita menetapkan deadline, maka kita akan nampak berapa lama tempoh yang ada untuk kita berusaha. Kelebihan lain merancang deadline adalah kita akan lebih mudah merancang pengisian untuk mencapai matlamat tersebut.

Deadline tersasar?

Ia bukan satu masalah besar. Jika deadline matlamat kita tersasar, maka tambah tempoh atau tentukan semula deadline yang baru…itu pun kalau bos benarkan..ha…ha..

Tetapkan / Rancang Tindakan

Tidak guna menetapkan matlamat atau azam yang begitu bagus di atas kertas jika tiada perancangan tindakan (action planning). Tindakan perlu ditentukan dan ia perlulah tindakan yang betul dan ditetapkan pada masa yang sesuai.

Katakan deadline satu matlamat adalah pada 1/6/2011, maka anda perlu melakukan sesuatu dari tarikh permulaan sehingga ke tarikh akhir tersebut (deadline). Untuk memudahkan, pecahkan projek yang besar kepada tindakan-tindakan yang kecil sepanjang tempoh tersebut.

Sebab Untuk Bertindak = Momentum

Di dalam merancang matlamat, kita perlu jelas dua perkara iaitu APA (WHAT) dan juga MENGAPA (WHY). Apakah matlamat tersebut dan mengapa kita perlu capai matlamat tersebut. Apabila kita jelas terhadap matlamat yang ditetapkan dan mengapa ia perlu dicapai, maka momentum untuk bertindak akan wujud.

Jadi, jangan saja-saja meletakkan azam dan matlamat tanpa jelas mengapa dan untuk apa matlamat tersebut. Tanpa jelas mengapa, maka anda tidak ada sebab untuk bertindak dengan bersungguh-sungguh.

Kesimpulan:

1. Tahun baru hanyalah hari-hari biasa sahaja yang sama seperti tahun lepas di mana masa tetap 24 jam sehari dan 7 hari seminggu. Masa terbaik untuk bertindak dan berubah adalah SEKARANG (secepat mungkin). Tidak perlu tunggu tahun baru untuk berubah.

2. Daripada fokus kepada satu tahun penuh, lebih baik menumpu kepada deadline bagi setiap matlamat atau perkara yang ingin dicapai. Masa untuk mencapai sesuatu tidak semestinya pada tahun yang baru, malah mungkin deadlinenya adalah pada tahun seterusnya.

3. Pencapaian perlulah dimulakan dengan pencapaian yang kecil-kecil dahulu dan diikuti dengan pencapaian yang semakin besar. Ini adalah psikologi minda. Tetapi hakikatnya setiap pencapaian adalah satu proses. Untuk capai sesuatu yang besar, ia perlu dilakukan sedikit demi sedikit (berperingkat). Sekali lagi, utamakan proses selain daripada sentiasa teruja untuk mencapai matlamat. Jika proses betul, maka matlamat akan tercapai.

4. Projek yang besar boleh dipecah-pecahkan kepada tindakan atau ‘task’ yang kecil. Ini membuatkan kita lebih bermotivasi dan tidak cepat letih/bosan sebab kita perlu lakukan sedikit demi sedikit. Sebaliknya bukan terus menerus menyiapkan keseluruhan projek dalam satu masa.

5. Tukarkan fikiran “saya perlu siapkan projek ini” kepada fikiran “bila saya perlu siapkan projek ini (deadline)?” Fikiran “perlu siapkan projek ini” akan menyebabkan anda melihat projek sebagai satu perkara yang besar yang mungkin boleh melemahkan motivasi anda. Sebaliknya fikiran menetapkan deadline akan membolehkan anda merancang sebaik mungkin (perancangan secara berperingkat).

Namun secara mudah, anda perlu tetapkan PROSES yang perlu anda lakukan. Proses itu adalah berperingkat dari satu langkah kepada satu langkah sehinggalah kepada pencapaian yang besar dan hebat.

Selamat Tahun Baru & Semoga Maju Jaya!


Thursday, December 30, 2010

Harimau Malaya VS Harimau Borneo


Warisan Tamar
30 Disember 2010, Khamis

SELURUH negara masih lagi meraikan kemenangan skuad bolasepak negara menjulang Piala Suzuki AFF 2010. Indonesia benar-benar terluka! Ada peminat bolasepak bukan Malaysia berkata rakyat Malaysia menyambut kejuaraan ini bagaikan menjulang Piala Dunia! Kerajaan `menghadiahkan' cuti umum kepada rakyatnya. Kata saya, Apabila Malaysia menjulang Piala Dunia kelak...percayalah sambutan dan kemeriahannya pasti amat jauh lebih hebat dari sekarang. Rakyat Malaysia memang sangat hebat dalam meraikan sesuatu kemenangan dan juga amat hebat dalam mengkritik sesuatu kekurangan! Uniknya Malaysia...

Dalam pada kita bergembira sambil bercuti ekstra (walaupun ramai juga yang terpaksa bekerja!) ada pelbagai suara sumbang. Antaranya kewajaran cuti umum diberikan, sikap sesetengah warga Malaysia yang tidak habis-habis meludah tanahair sendiri dan sebagainya. Saya lebih tertarik kepada isu Harimau Malaysia lebih sesuai daripada gelaran Harimau Malaya. Ini disuarakan oleh YB Jahid Jahim, Pembantu Menteri Belia Sukan Negeri Sabah. Baca Disini! Saya secara peribadi menyokong bahawa usahlah digelar Harimau Malaya! Mengapa?

~ Kita kan menguar-uarkan 1Malaysia...Apakah kurang dan cacat celanya nama Malaysia?

~ Menyebut Malaya sebenarnya membawa kepada persepsi dan memori yang kurang menyenangkan kepada penduduk warganegara Malaysia di negeri Sabah & Sarawak. Apabila kita mengatakan kejayaan skuad bolasepak ini adalah kejayaan pasukan Harimau Malaya maka ia mungkin menyentuh sedikit perasaan penduduk di Malaysia Timur.

~Rakan dan saudara-saudara di Malaysia Barat usahlah mengganggap bahawa penduduk Sabah & Sarawak terlalu emosional dan terlalu sangat berkira! Pada saya tidak...Sebenarnya rakyat Sabah & Sarawak mungkin tanpa disedari oleh sebahagian besar penduduk di Malaysia Barat sudah `mengorbankan' sebahagian besar hasil bumi mereka untuk kesejahteraan seluruh negara. Pada ketika Semenanjung Malaysia belum mencapai kemakmuran seperti sekarang khususnya diawal kemerdekaan, kutipan hasil untuk membangunkan negara banyak diperolehi daripada hasil bumi Sabah & Sarawak. Kejayaan Malaysia sekarang pastinya disebabkan oleh faktor-faktor di Sabah & Sarawak.

Justeru, usahlah pula bilamana kita semakin maju dan mengecapi rangkaian lebuhraya hebat serta pelbagai infrastruktur jauh lebih baik daripada apa yang penduduk Sabah & Sarawak nikmati ketika ini maka kita terlalu pantas melabel rakyat Malaysia di Sabah & Sarawak terlalu demanding dan emosional. Dan soal sensitiviti dan pentingnya mengambil kira perasaan orang lain diketepikan!

Adakalanya saya terfikir perlukah kita mewujudkan dua pasukan bolasepak atau apa jua sukan negara iaitu pasukan Malaysia Barat dan pasukan Malaysia Timur? Mungkin partisipasinya lebih meluas dan semua pihak tidak perlu merasa kecil hati dan merasa dipinggirkan! Maka tidak akan timbul lagi sebarang `kesulitan' sekiranya sesiapa jua mahu menggunakan gelaran Harimau Malaya dan Harimau Borneo!

Sesekali sebelum kita melabuh tirai 2010 dan membuka lembaran Masihi yang baru, mencuit sedikit apasalahnya...

Malaysia! Tanah Tumpah Darahku....


Wednesday, December 29, 2010

Tahniah! Malaysia Juara Suzuki AFF Cup 2010



Warisan Tamar
29 Disember 2010, Rabu


MALAYSIA JUARA! Seluruh pelusuk Malaysia malah Indonesia menjadi saksi bahawa Malaysia adalah juara Piala Suzuki AFF 2010. Banyak pelajaran dan pengajaran boleh diambil kesan kemenangan ini...banyak sangat kesan motivasi yang boleh dijadikan atau diambil sebagai teladan baik untuk motivasi hidup, politik, sosial dan ekonomi.

Ternyata Indonesia yang terlalu gah dan bangga serta serba sedikit angkuh dengan kemenangan 5-1 di peringkat kumpulan, terpukul dan tersembam menyembah bumi! Malaysia terlalu ampuh...jika para pemain sudah kelihatan `malas-malasan' di 10-15 minit terakhir masih menguatkan benteng pasti Indonesia terus tercalar. Harimau tidak mahu `memakan atau membunuh' Garuda! Harimau cuma mahu agar Garuda belajar menghormati dan memandang tinggi keupayaan lawan. 

Tahniah! Saya memilih hampir kesemua pemain sebagai pemain terbaik. Dari penjaga gol ~ Fahmy hinggalah ke posisi serangan Norshahrul ~ Safee...mereka melabuhkan tirai 2010 dengan memori indah buat rakyat Malaysia! Terimakasih...

Secara peribadi saya bangga dengan pemain termuda dalam pasukan iaitu Fadhli Shas (jersi 27) yang baru berusia 19 tahun tetapi bermain dengan penuh disiplin dan saya percaya jika beliau kekal berdisiplin dan benar-benar mahu cari makan dalam bolasepak...beliau adalah harapan Malaysia untuk masa mendatang.

Tahniah Malaysia...

Tuesday, December 28, 2010

Nik Aziz Mati & Nik Aziz Hidup!


Warisan Tamar
28 Disember 2010, Selasa


GEMPAR! Memang gempar apabila dimaklumkan bahawa hamba Allah bernama Nik Aziz Nik Mat telah meninggal dunia. Menjadi gempar lagi bilamana hamba Allah yang lain iaitu Nik Aziz Nik Mat juga berkata beliau belum mati! Jadi siapa yang mati? Memang benar sebenar-benarnya Nik Aziz Nik Mat sudah meninggal dunia...sepertimana dilaporkan oleh akhbar. 

Kisah sebenarnya adalah seorang hamba Allah bernama Nik Aziz Nik Mat telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Cerita kemalangan ini ada disini. Ia sama sekali tidak berkaitan dengan Nik Aziz Nik Mat yang sedang sakit dan belum mati. Nik Aziz Nik Mat seorang hamba Allah yang menjadi Menteri Besar Kepala sudah perasan bahawa para blogger menulis berita kematiannya. Nik Aziz Nik Mat ini menuntut orang terlibat supaya meminta ampun dan maaf. [Ramai yang sudah diampunkan oleh beliau! termasuk Elizabeth Wong yang tertangkap gambarnya yang mengerikan itu] Kata Nik Aziz Nik Mat yang masih hidup ini, orang sudah memfitnahnya mati! Soalan: Kenapa takut mati ke?

Demikianlah kisah Nik Aziz Nik Mat antara hidup dan mati. Apabila rasa riak dan takbur, kita selalu ingat dunia ini kita seorang yang punya hatta nama kita pun kita ingat kita seorang di dunia ini! Maafkanlah pemikiran nyanyuk seperti ini...kesian pada orang tua! Orang tua begini lagi ditegur lagi buang tebiat...So, biarkanlah!

Teringat dengan keceluparan Azmin Ali bila berkata tentang Tun Mahathir yang dimasukkan di hospital semasa lawatan Tun Mahathir ke Australia...Katanya Tun Mahathir tersungkur di bumi Australia! Rasanya kalau Azmin berani mengata tentang Nik Aziz Nik Mat, sudah tentu Azmin Ali kena sumpahan Nik Aziz Nik Mat!

# Tahniah kepada TS Isa Samad atas lantikan sebagai Pengerusi FELDA yang baru!

Monday, December 27, 2010

AFF Suzuki Cup 2010 Final 1st Leg Malaysia vs Indonesia



26/12/2010 (Ahad)
Indon tersungkur di bumi Malaysia...
Kenangan Terindah!

Bravo! Malaysia Tanah Airku...

Sunday, December 26, 2010

Final (Kedua) Tidak Diadakan Di Jakarta? Padan Muka...



Warisan Tamar
27 Disember 2010, Isnin

PETANDA Piala Suzuki AFF 2010 menjadi hak milik mutlak Malaysia bilamana AFF memberikan amaran bahawa venue Final kedua tidak akan diadakan di Stadium Bung Karno, Jakarta. Ini kerana perangai buruk penyokong Indon itu sendiri...Tabiat suka berdemo asalkan mendapat upah dan tidak perlu tahu cerita sebenar membawa kepada perangai sebenar penyokong Indon. Walaupun saya yakin tidak semua rakyat Indon bertabiat buruk sedemikian tetapi perangai hodoh segelintir mereka inilah yang kerap menggugat hubungan harmoni antara Malaysia dan Indonesia. Ditambah dengan adu domba pengkhianat no.1 negara iaitu Anwar Ibrahim yang suka memburukkan tanahair sendiri. Tabiat buruk penyokong Indon ini saling tak tumpah dengan perangai hodoh Anwar Ibrahim...

# Rasanya Indonesia bolehlah offer jawatan Pengurus Pasukan Bolasepak Indonesia kepada Anwar Ibrahim...dia mempunyai kepakaran dalam soal adu domba dan sangat suka kepada kekacauan dan demonstrasi!

Indon Tersungkur di Bukit Jalil! Tahniah Malaysia...Tanah Tumpah Darahku!


Warisan Tamar
27 Disember 2010, Isnin


MALAYSIA BOLEH! Puluhan ribu penyokong Malaysia berpesta dan bergembira dengan kemenangan pada Final (Pertama) AFF Suzuki Cup 2010 malam tadi. Rabu nanti hanya 90 minit memisahkan kejayaan mutlak milik Malaysia. Malaysia tidak memerlukan pemain import kelahiran mana-mana negara untuk mencipta kejayaan.  Kita berbangga dengan anak jati Malaysia. Sekiranya tewas pun perlawanan malam tadi, rasanya kita masih mampu bersyukur bahawa bolasepak Malaysia masih mempunyai masa depan. Kita sudah puas mengkritik dan sebaiknya kita meraihkan kemenangan ini. Kemenangan ini milik semua warga Malaysia. 

Mungkin agak klise, bilamana semua menghamburkan pujian tatkala Malaysia menang khususnya dalam mana-mana perlawanan sukan paling popular iaitu bolasepak! Tapi apasalahnya...diharap FAM dan mereka yang mentadbir dan mengurus pasukan bolasepak negara akan terus meningkatkan kualiti dan mengembalikan kehebatan bolasepak kita. Acapkali kita kembali merudum dan suara mengkritik terpaksa dihamburkan hanya kerana pengurusan skuad bolasepak kita sebenarnya terlebih ghairah...Sedangkan kebajikan dan kemajuan mutu bolasepak negara tidak menjadi prioriti. Akan ramai mahu menonjolkan diri...seakan-akan tidak mahu ketinggalan menjadi tokoh apabila kejayaan dikecapi. 


Dulu YB Khairy J juga ghairah sehingga berjaya menjawat jawatan no.2 dalam FAM..meskipun ramai mengatakan ia kerana beliau menantu kepada Perdana Menteri ketika itu. Ghairah beliau ditunjukkan dengan idea MyTeam beliau...kini MyTeam entah kemana...dan YB Khairy juga sudah mengundurkan diri dengan alasan yang juga klise...Mudah-mudahan tiada lagi aktor seumpama beliau dalam mana-mana sukan di Malaysia. Kadangkala ramai terfikir apakah tujuan dan misi disebalik keinginan menjadi `tokoh' dalam organisasi pengurusan bolasepak negara? Tidak mengapa...kita lupakan kisah YB Khairy J...jangan lagi ada `tokoh' seumpamanya selepas ini. Pada pemilihan UMNO 2013, saya tidak terkejut jika YB Khairy J juga memberi jawapan klise untuk berundur dan tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Itu rasanya lebih baik...malah ada yang mengharap beliau berundur lebih awal...tapi mana mungkin akan berlaku!

Kejayaan malam tadi dengan 3 gol tanpa balas...bukanlah bergantung kepada faktor nasib tetapi selayaknya mereka memenangi perlawanan itu berkat dedikasi dan disiplin mereka. Pasukan lain termasuk Indonesia, usahlah terlalu memandang rendah keupayaan rakyat dan negara Malaysia dalam melahirkan dan mewujudkan pasukan yang ampuh dan kuat. Jika suka memandang rendah keupayaan lawan, itulah akibatnya...

Tahniah...dan kita akan menumpukan perhatian kepada perlawana kedua di Jakarta, Indonesia. Malaysia pasti berjaya...percayalah!

Saturday, December 25, 2010

Malaysia: Tanah Tumpah Darahku...Gegarkan Stadium Bukit Jalil!



Warisan Tamar
25 Disember 2010, Sabtu

SALAM Perjuangan kepada pasukan muda Malaysia. Bukanlah sesuatu yang mustahil untuk melihat bagaimana Indonesia tersembam di bumi Malaysia, tanah tumpah darahku...Bagaimanapun, kita bimbang wujud tekanan kepada pemain Malaysia...atau bahasa sukannya kadangkala dikatakan `off-form' dan akhirnya puluhan ribu penyokong Malaysia kecewa. Mudah-mudahan kita disajikan dengan pesta kemenangan! Indonesia tidaklah mustahil untuk menyembah bumi Malaysia...

Ayuh Malaysia...Ini kali lah kau Indon!

Tuesday, December 21, 2010

YB Pakatan Rakyat (PAS) Berzina Dalam Train?

Pemimpin PKR Sabah Keluar Parti


Warisan Tamar
21 Disember 2010, Selasa


Bekas Timbalan Pengerusi PKR Sabah, Awang Ahmad Sah Awang Sahari, hari ini mengumumkan keputusannya untuk keluar daripada parti itu yang didakwanya tidak mengamalkan demokrasi.

Awang Ahmad Sah, 51, berkata beliau sudah bosan dengan masalah dalaman parti itu yang tidak sepatutnya berlaku jika kepimpinan PKR mendengar keluhan rakyat.

"PKR bukannya satu platform yang baik untuk memperjuangkan hak penduduk Sabah," katanya.

Turut mengumumkan keputusan untuk keluar PKR ialah bekas ketua cabang Beaufort Lajim Yusof, 66.


Saturday, December 18, 2010

Tahniah! Malaysia Finalis Piala Suzuki AFF 2010


Warisan Tamar
18 Disember 2010, Sabtu


MALAYSIA melayakkan diri ke final Piala Suzuki AFF 2010.  Vietnam tersungkur dan tersembam di Hanoi. Ternyata bermain cantik dan menguasai permainan bukanlah jaminan kemenangan. Eloklah kita puji dan beri pujian kepada skuad muda Malaysia ini. Sudah acap kali kita melemparkan segala kekesalan dan kekecewaan kepada pasukan yang ditubuhkan untuk bermain bola bagi mewakili tanahair kita. Kita sudah acap kali juga mengimbau dan konon-kononnya merindui saat-saat indah ditahun 70an khususnya bilamana Malaysia merupakan antara gergasi Asia dalam sukan bolasepak. Dulu Korea Selatan lebih-kurang sahaja tahap dan taraf mutu bolasepak mereka dengan Malaysia. Tapi kini, mereka ada Park Ji Sung di Man Utd dan menjadi hero Asia di Man Utd! Malaysia? Kita masih dibuai mimpi...

Saya berbangga dengan cara bermain dan semangat anak-anak muda dalam pasukan Malaysia ini. Cuma saya bimbang kerana seringkali apabila kita mula mencipta angan-angan dan mula `meriakkan diri' dengan satu dua kemenangan ~ sudahnya kita kembali menghantukkan kepala kita ke dinding konkrit kerana skuad Malaysia kembali kepada penyakit lama...apalagi kalau tewas kepada pasukan kerdil misalnya Timor Leste. Selepas dikritik selumat-lumatnya, apabila skuad Malaysia bermain menentang mana-mana pasukan...waima diberikan tiket percuma sekalipun...rakyat Malaysia seakan-akan meludah dan memperlekeh keupayaan anak muda dalam skuad muda Malaysia. Demikianlah malangnya menjadi pemain dan bermain bolasepak di Malaysia! 

Itu belum lagi kita bicara tentang Liga Malaysia...gaji, KWSP dan sebagainya yang tidak berbayar! Bermain bolasepak di Malaysia bukan platform cari makan yang boleh menjamin anak bini pemain selamat daripada kebuluran. Jadi pemain Malaysia...setakat glamer dan dapat cuit-cuit aktress, itu memang biasa berlaku! 

Apa sekalipun, tiket final pertama di Bukit Jalil nanti pasti laku selaku-lakunya. Kata orang acara `besar' penutup 2010. Maka ramailah rakyat Malaysia berduyun-duyun memenuhi Stadium Bukit Jalil meskipun ada diantaranya sebelum ini seakan-akan mahu meludah dan merasa loya dengan negara Malaysia itu sendiri. Mereka yang menuduh Malaysia bukan bumi yang bertuah dan memberi tuah kepada mereka juga akan datang ke Stadium. Tidak mengapalah! Bukan ada orang yang tahu :(

Selamat Berjuang ~ Malaysia!

Thursday, December 16, 2010

APCO: Kisah Benar dan Sebenarnya!


Warisan Tamar
16 November 2010, Khamis


APCO `terkenal' di Malaysia khususnya apabila kelompok pemimpin dan wakil rakyat Pembangkang di Parlimen melemparkan segala macam tuduhan bahawa APCO adalah entiti Israel dan telah meresapi ke dalam kelambu Polis Diraja Malaysia dan lebih teruk Kerajaan Persekutuan dituduh bahawa telah menggunakan entiti Israel iaitu APCO dalam mempromosikan slogan 1Malaysia yang kononnya bersamaan dengan slogan 1Israel. 

Anwar dengan diiringi 3 Ahli Parlimen yang totok menyokong dan mendukung punggung Anwar telah dilayangkan kad merah oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Kononnya mempertahankan Anwar `pemimpin anugerah tuhan' yang bercakap benar tentang bahayanya APCO yang telah menyusup masuk ke Malaysia. APCO adalah agenda Israel!!! Anwar kelihatan terlalu hebat dan mulia dalam soal mempertahankan maruah negara. Walaupun naluri dan nafsu meliwat beliau tidak pernah padam, beliau kononnya amat prihatin dengan gerakan Israel yang memasuki pentadbiran negara. Anwar Peliwat nampak seperti `pemimpin anugerah tuhan' yang sangat hebat di muka bumi Malaysia!

Bagi yang masih mempercayai kelentong Anwar Ibrahim, elok rasanya membaca maklumat berkaitan APCO yang dijelaskan oleh YB Zulkifli Nordin di dalam Pembohongan APCO. Jika masih mempercayai Anwar, rasanya elok juga kalian mempercayai betapa Anwar punya skil dan gaya hebat dalam aktiviti liwat beliau! 

Liwat Tetap Liwat!

Wednesday, December 15, 2010

Pluralisme Seorang Raja Liwat


Warisan Tamar
15 Disember 2010


PLURALISME mungkin dianggap perkara enteng mahupun biasa-biasa di kalangan mereka yang mungkin prihatin terhadap nasib untung rugi agama, bangsa dan negara tetapi tidak memahami apa itu fahaman pluralisme. Saya tidaklah mahu menghuraikan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan fahaman pluralisme. Barangkali kita boleh berkongsi `kefahaman' apakah dia pluralisme. Dengan kefahaman itu apabila kita kaitkan dengan `pemimpin anugerah tuhan' yang juga `bukti teknikal aktiviti liwatnya' ada di tangan negara asing maka kita akan lebih memahami dan mengerti betapa bahayanya manusia peliwat yang masih terhegeh-hegeh mahu menjadi Perdana Menteri walaupun perlu menggadai dan menjual agama, bangsa dan negara!

Kita benar-benar meletakkan nasib agama, bangsa dan negara di tangan kuasa negara asing jika kita memilih seseorang manusia yang mana aktiviti liwatnya diketahui secara teknikal (ia boleh jadi dalam bentuk rakaman suara, still picture dan moving picture). Anwar Ibrahim dikaitkan dengan jelas mempunyai kaitan rapat dan menyokong fahaman pluralisme. Beberapa ilmuan dalam wacana Membanteras Gerakan Pluralisme Agama dan Pemurtadan Ummah di Masjid Wilayah  pada 14 Nov 2010 menyuarakan kebimbangan dan menekankan betapa bahayanya kepercayaan terhadap fahaman pluralisme yang disokong oleh Anwar Ibrahim.

Pluralisme ditafsir dalam berbagai sudut termasuk pluralisme agama. Secara umumnya, pluralisme agama dirujuk kepada liberalisasi dari pelbagai ruang lingkup sesuatu agama. Dalam konteks Malaysia, sudah ramai pihak yang semakin galak menyebarkan fahaman seumpama ini sambil dibantu oleh segelintir pemimpin berbangsa Melayu dan beragama Islam untuk `meringankan dan melonggarkan' sudut fahaman umat Islam. Secara politiknya, kuasa diperlukan untuk `memporak porandakan' apa yang dimiliki oleh Islam di negara ini. Namun orang bukan Islam secara dominannya tidak akan berkeupayaan untuk `meruntuhkan' institusi dan ukhuwah umat Islam itu dalam masa yang singkat. Maka, jalan paling pintas adalah mempergunakan orang Islam itu sendiri. Bukanlah mustahil jika seseorang yang mempunyai `rahsia besar' yang digenggam kukuh oleh bukan Islam akan dipergunakan untuk meruntuhkan umat Islam itu sendiri.

Kadang-kadang saya terfikir, sampai bilakah mereka yang `taksub' dengan Raja Liwat ini akan terus mempercayai bahawa Raja Liwat bukanlah Peliwat yang sebenarnya? Kadang-kadang saya rasa selain daripada kuasa Allah s.w.t, mereka mungkin hanya akan berubah apabila mereka sendiri dijadikan mangsa oleh Raja Liwat...Walaupun hakikatnya, ramai juga pemimpin mahupun rakan rapat Raja Liwat yang akhirnya meninggalkan Raja Liwat tanpa diragut `dara' mereka. 

Apapun, Jangan Pandang Belakang! Awasi Belakang Anda!

Monday, December 13, 2010

Anwar Ibrahim Peliwat: Wikileaks Dibayar RM2 Juta?


Warisan Tamar
13 Disember 2010, Isnin


WIKILEAKS menjadi sangat popular sejak `keupayaannya' untuk mendedahkan banyak maklumat yang dianggap sulit. Hatta dari kisah benar penjara Guantanamao, Rumah Putih di USA sehinggalah kepada kisah liwat. Malaysia sudah `disentuh' oleh Wikileaks ~ Anwar Ibrahim menjadi `ikon' pertama Malaysia yang disensasikan oleh Wikileaks. Pendedahan kisah liwat Anwar dengan kaitan maklumat berangkai dari Pulau Temasik hingga ke Australia sudah amat pasti menggoncang darjah `kemaluan' Anwar Ibrahim. Singapura dan Australia yang selama ini dijadikan lubuk `markas' Anwar Ibrahim untuk menjadi hero hak asasi dan demokrasi kononnya...Namun kini, negara ini sudah menjadi `musuh' kepada Orang Kena Tuduh bagi kes liwat terhadap Saiful Bukhari. 

Maka, juak-juak OKT kes liwat ini tanpa mengambil masa lama terus menepis dakwaan Wikileaks. Azmin Ali misalnya terus menyalahkan `konspirasi' Special Branch seperti mana OKT kes liwat juga menuding jari sambil memperlekehkan SB PDRM sebagai dalang penyampai maklumat kepada Singapura. Yang jelas, OKT kes liwat ini sudah tidak memiliki `pahlawan-pahlawan' yang sanggup berdemo dan membiarkan air pancut FRU membasahi tubuh mereka demi mempertahankan OKT kes liwat tersohor di Malaysia.

Bayangkan jika Wikileaks mendedahkan tentang wujudnya konspirasi didalam kes liwat OKT. Pastinya cerita demikian akan dijajah di pentas ceramah dan di mana jua tanpa membuang masa biar sesaat. Namun, Wikileaks lebih suka mendedahkan kisah liwat seorang yang dianggap oleh isteri beliau sebagai `satu anugerah tuhan'...

Kisah RM2 Juta sering diungkap oleh OKT kes liwat tersohor Malaysia, misalnya bila ada saja wakil rakyat mereka yang `berpaling tadah'. Mereka dituduh dibayar dan dibeli oleh pihak pemerintah. Lalu, apakah Wikileaks juga sudah dibeli untuk mengada-adakan cerita bahawa adanya maklumat perisikan berkaitan aktiviti liwat Anwar?


Anwar Ibrahim bukanlah seorang pemimpin yang harus diagung-agungkan...kita terlalu bersabar menantikan kesudahan perbicaraan kes liwat beliau. Pendedahan Wikileaks yang `dipanjangkan' oleh media tempatan untuk makluman rakyat Malaysia benar-benar memberi `kemaluan' kepada Anwar dan barisan peguambela Anwar ada berita baik disebalik `kemaluan' Anwar akibat Wikileaks ~ pendedahan liwat dianggap subjudis terhadap perjalanan mahkamah dan ini dianggap satu peluang untuk mencipta alasan lantas kes perbicaraan liwat Anwar vs Saiful akan terus tertangguh! Anwar mahu kes perbicaraan liwat beliau terus tertangguh, ditangguh dan sengaja tangguh...mungkin dengan harapan agar rakyat Malaysia perlahan-lahan melupai terus kisah perbicaraan liwat beliau! Kerana untuk mengajak rakyat `mengamuk' seperti dulu, Anwar tahu ia tidak `sehebat' sokongan lampau...Anwar akan terus mencipta retorik dan sedaya upaya memaparkan dirinya seperti dulu ~ mangsa konspirasi!

Apapun, Anwar Ibrahim harus bertobat! seperti kata Tuan Guru Kapal Sink...

Wednesday, December 8, 2010

Ingin Dipilih Menjadi Calon BN Pada PRU13?

[Maaf! Gambar dan cerita tidak berkaitan secara langsung melainkan pembaca sendiri ingin menafsirkan persamaan yang ada antara gambar dan cerita! Nota: Gambar adalah memaparkan seorang yang dikhabarkan `gila' dengan angka dan bulan ~ 16 September]


Maka bersuaralah Ketua Pemuda Barisan Nasional (BN) YB Khairy J kepada para pemudanya~ bahawa jika ingin dipilih, terpilih atau memilih untuk dicalonkan sebagai calon kepada parti BN, mereka yang perasan, perasaan dan mula memasang angan-angan hendaklah `mengampu atau membodek' YB Khairy J ~ Kata YB Khairy J lagi jika sekadar mengampu Khairy Jamaludin, belum cukup untuk seseorang yang perasan, perasaan dan berangan untuk terpilih, dipilih dan memilih untuk menjadi calon BN pada PRU13 kelak.

Udang Disebalik Mee Maggi : Bodek dan ampu lah YB Khairy J ~ Tapi harus juga ada usaha-usaha lain, jangan terlalu berharap dengan YB Khairy J...

Selamat Membodek Para Pemuda BN Yang Perasan, Perasaan dan Berangan Mahu Jadi Calon!


PULAU PINANG 7 Dis. - Calon Pergerakan Pemuda UMNO untuk pilihan raya umum akan datang perlu terdiri dalam kalangan mereka yang diterima rakyat serta mempunyai kemahiran, bukan individu yang hanya tahu mengampu.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin memberitahu, calon berpotensi yang sedang dikenal pasti juga tidak semestinya memegang jawatan tinggi atau perlu mengikut hierarki tetapi yang mampu 'mencuit' hati rakyat. 

"Pemuda kini sedang mengenal pasti calon yang kita boleh ketengahkan dan orang itu bukan hanya tahu mengampu Khairy Jamaluddin sahaja. Kita sedang cari mereka betul-betul bekerja dan mempunyai keperibadian yang boleh diterima rakyat.

"Antara sifatnya merendah diri, senang bergaul dengan semua lapisan masyarakat dan ada intelek selain tahu mengaplikasi laman-laman sosial seperti Facebook kerana itu antara cara untuk raih sokongan orang muda," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1432Hه

Semoga kita terus dirahmati dan diberkati Allah s.w.t. 
Warisan Tamar sukacita mengucapkan 
Selamat Tahun Baru 1432H....