Friday, August 31, 2012
Monday, July 23, 2012
Saturday, July 21, 2012
Salam Ramadhan...
Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan blogger dan pengunjung Warisan Tamar. Mohon ampun dan maaf zahir batin atas segala kekhilafan yang mungkin disengajakan atau tidak disengajakan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang lemahnya datang atas diri kita sendiri...
Salam Ramadhan...
Friday, July 13, 2012
Tuesday, July 10, 2012
Panassss: Iklan Buat Duit II....Sangat Panasss!
Benarkah Facebook telah mencipta ramai jutawan?
Benarkah Facebook tidak memberi apa-apa manfaat?
Benarkah Login Facebook anda, boleh dapat duit?
atau
Selamat Berjaya...
# Selagi kita hanya melihat, kita akan hanya melihat selama-lamanya. Sesuatu hanya menjadi realiti setelah kita mulakan langkah pertama...JOIN BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK ANDA DISINI!
Monday, July 9, 2012
Panasss: Iklan Buat Duit...:)
Seorang teman berkata: kadangkala sesuatu yang kita anggap mustahil, boleh menjadi realiti hanya dengan kita mengambil langkah pertama. Mungkin ada benarnya. Selagi kita tidak mencuba dan berani untuk berjaya, mana mungkin kita akan memperolehi kejayaan.
Ayuh cuba KLIK DISINI...
atau
Jom cuba KLIK DISINI...
Tuah ayam nampak di kaki, tuan anda hanya Allah yang tahu...
Tanpa mencuba manakan kita akan tahu kejayaan kita...
Selamat Berjaya....
Thursday, July 5, 2012
Saturday, June 30, 2012
Siapa Sulaiman Al-Rajhi?
Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau
daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman
Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.
Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di
dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.
Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh
majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan
sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.
Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang
terkenal di negara tersebut.
Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada
keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara
dermawan terkemuka di dunia.
Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau
memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang
dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.
Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua
aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang
selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk
mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan
untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah
Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.
Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari
Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau
mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30
tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua
agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang
terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.
Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu
meraih kekayaan dari bawah.
Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil
sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada
setelah mengecapi kejayaan.
Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau
telah mencecah lebih daripada 80 tahun.
Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh
dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.
Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR,
dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang
berkaitan dengan yayasan tersebut.
Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti
harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti
pun.
Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa
jua bidang yang beliau ceburi.
Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia,
beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur
Tengah.
Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak
eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan
udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga
beberapa lagi pelaburan.
Temubual:
Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin
semula?
Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya.
Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan
selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh
bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali
dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan
itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang
memilih untuk menjadi miskin.
Mengapa berbuat begitu?
Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah
ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya
memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu
menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara
yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di
mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah
harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak
mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat.
Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan
harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih
berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai
bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya
mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.
Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah
membahagikan kesemua harta?
Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi
bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan
pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam
sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk
bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun,
bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah
membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu
mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta
bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta
saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan.
Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini
sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.
Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan
juga untuk didermakan?
Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.
Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang
dijalankan?
Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang
saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan
terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya
mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya
mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di
dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana
kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar.
Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan
daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana
permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada
mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang
sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan
Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya
memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga
Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam
kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan
mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf
ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam.
Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat,
dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan
memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam.
Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan
perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh
Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka
tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan
perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari
situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat
hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat
inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di
luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya
kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama
Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat
pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa
tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di
Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara
Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih
dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.
Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh
tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?
Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki
oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya
membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering
terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta
untuk ditunjuk-tunjuk.
Bagaimana pula dengan hobi syeikh?
Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus.
Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil
pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.
Ketepatan masa Al-Rajhi
Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi
dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai
beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat
lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan
dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa
minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian
tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat
untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan
perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan
dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa
pun.”
Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara
yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan
daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan
pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk
mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara
aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan
ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut.
Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama
selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang
kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang
dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau
kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan
dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali
menyertai majlis tersebut.
Penyelesaian Masalah
Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang
yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk
memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut
Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan
tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa.
Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita.
Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata:
“Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak
menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi.
Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan
perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain
dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama
terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian
kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi
Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi
menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.”
Monday, June 25, 2012
Panasss: Kabinet Baru Selepas PRU13!
Aku bimbang kalau...kalaulah betul-betul menjadi senarai kabinet ini, alamat lingkuplah Malaysia! Malaysia silap haribulan jadi negara sahabat Zionis dan mungkin akan `masuk' Singapore...sendiri mahu ingatlah!!!
Senarai lengkap adalah seperti berikut :
Prime Minister: Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)
Prime Minister: Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)
(Sejarah Malaysia: Peliwat menjadi PM!)
1. Deputy Prime Ministers:
a. Lim Kit Siang (DAP, Ipoh Timur MP)
b. Abdul Hadi Awang (PAS, Marang MP)
c. One seat for either a Sabahan or a Sarawakian who will be looking after East Malaysian affairs. (There are names of candidates but this columnist was instructed not to reveal it.)
2. Finance Ministry:
a. Tony Pua (DAP, Petaling Jaya Utara MP)
b. Rafizi Ramli (PKR, currently not a MP, will contest in the coming polls)
c. Nizar Jamaluddin (PAS, Bukit Gantang MP)
3. Education Ministry:
a. Dzulkefly Ahmad (PAS, Kuala Selangor MP)
b. S Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat MP)
c. Chong Eng (DAP, Bukit Mertajam MP)
4. Home Ministry:
a. Azmin Ali (PKR, Gombak MP)
b . Mahfuz Omar (PAS, Pokok Sena MP)
c. M Manogaran (DAP, Teluk Intan MP)
(Knowledge and expertise can also be gained by consulting PAS member Fauzi Shaari, retired from CID, Bukit Aman.)
5. Defence Ministry:
a. Dr Hatta Ramli (PAS, Kuala Krai MP)
b. Liew Chin Tong (DAP, Bukit Bendera MP)
c. Tian Chua (PKR, Batu MP)
(Knowledge and technical know-how can be gained from PAS member First Admiral (retired) Mohamad Imran Abd Hamid.)
6. Law Ministry:
a. Karpal Singh (DAP, Bukit Gelugor MP)
b. Gobind Singh (DAP, Puchong MP)
c. William Leong (PKR, Selayang MP)
d. R Sivarasa (PKR, Subang MP)
e. Hanipa Maidin (PAS, non-MP who acts for PAS on many legal matters)
7. Health Ministry:
a. Dr Lee Boon Chye (PKR, Gopeng MP)
b. Dr Tan Seng Giaw (DAP, Kepong MP)
c. Dr Siti Mariah Mahmood (PAS, Kota Raja MP)
d. Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sg. Siput MP)
8. Transport Ministry:
a. Khalid Samad (PAS, Shah Alam MP)
b. Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
c. Baru Bian (state assemblyman for Ba’Kelalan)
Baru Bian can look into improving transport into the interiors of Sarawak.
9. International Trade and Industry Ministry:
a. Khalid Ibrahim (PKR, state Assemblyman for Ijok, Selangor Menteri Besar)
b. Teresa Kok (DAP, Seputeh MP)
c. Husam Musa (PAS, state assemblyman for Salor)
10. Agriculture Ministry:
a. Salahuddin Ayub (PAS, Kubang Kerian MP but this time will be leaving Kelantan to contest in Johor)
b. Ng Suee Lim (DAP, state assemblyman for Sekinchan, he champions the padi farmers)
(For Felda matters, Mazlan Aliman of PAS is at the forefront in fighting for the rights of the settlers and highlighting Felda issues.)
11. Foreign Ministry:
a. Kamarudin Jaffar (PAS, Tumpat MP)
b. Lim Guan Eng (DAP, state assemblyman for Ayer Puteh, Penang Chief Minister)
c. Elizabeth Wong (PKR, state assemblyman for Bukit Lanjan)
12. Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry:
a. Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
b. Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai MP)
13. Environment Ministry:
a. Fuziah Salleh (PKR, Kuantan MP)
b. Che Rosli Che Mat (PAS, Hulu Langat MP)
c. Nga Kor Ming (DAP, Taiping MP)
14. Women Ministry:
a. Zuraida Kamaruddin (PKR, Ampang MP)
b. Fong Po Kuan (DAP, Batu Gajah MP)
c. Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, Rantau Panjang MP)
Currently, Prime Minister Najib Tun Razak is in charge of this ministry. Is there no capable woman in BN who can take over this post from Sharizat Abdul Jalil who stepped down on April 8?
15. Race Relations and Inter-Faith Dialogue Ministry:
a. Nik Aziz Nik Mat (PAS, state assemblyman for Chempaka, Kelantan menteri besar)
b. Mujahid Yusof Rawa (PAS, Parit Buntar MP)
c. Mohd Nur Manuty, (PKR, at the moment not an MP)
d. Ngeh Koo Ham (DAP, Beruas MP)
e. V Sivakumar (DAP, state assemblyman for Tronoh)
The Ministry for Race Relations and Inter-Faith Dialogue will be a place for discussions on thorny issues so that solutions can be sought without acrimony. (klik di sini untuk sumber).
Rumusan :
22 Menteri/Timbalan Menteri Melayu
17 Menteri/Timbalan Menteri Cina
8 Menteri/Timbalan Menteri India
Rumusan Pecahan Parti
PKR : 13 Jawatan
PAS : 15 Jawatan
DAP : 18 Jawatan : So yang berkuasa sebenar DAP!
Subscribe to:
Posts (Atom)







