Friday, August 12, 2011

Panasss: Bukti Polis (PDRM) Gagal, Tidak Cekap & Lembik!


13 Ramadan 1432H / 13 Ogos 2011 Sabtu

SUDAH lebih sebulan berlalu selepas 9 Julai bilamana perhimpunan BERSHIT 2.0 diadakan dengan jayanya. Kini rasanya suara-suara berkaitan BERSHIT 2.0 sudah kurang kedengaran. Sebabnya kini lebih panas membicarakan tentang isu JAIS dalam menangani usaha pemurtadan oleh segelintir pihak dan `disokong' pemimpin tertentu khususnya dari segi mempertikaikan tindakan JAIS tetapi tidak atau kurang mempersoalkan perbuatan gereja berkaitan. Pada awal seminggu dua selepas BERSHIT 2.0, suara-suara sumbang, lari dari pitching dan sebagainya berkumandang termasuklah dari pemimpin yang amat perasan bahawa mereka adalah pemimpin yang bersih dan suci. Penipuan mereka digagalkan dengan tersusun oleh pihak berkuasa termasuk kemalangan Mat Sabun dan leher terkehel Nuar Berahi. Semuanya mahu menggambarkan bahawa kerajaan Malaysia kejam dan zalim terhadap rakyatnya. Demikian juga kononnya mahu menunjukkan bahawa Polis Diraja Malaysia ganas dan tidak beretika semasa melakukan tangkapan. Itulah tujuan sebenar mereka...Dan sebenarnya tuduhan mereka memang `benar' dan tepat sekali'...Bukti video dibawah menjelaskan betapa `ganasnya' PDRM menangani perusuh BERSHIT 2.0!


Opps maaflah sebab video diatas menunjukkan apa yang berlaku di Tottenham, London. Nampaknya memang Polis UK ni bertamadun, berhemah dan lemah lembut. Merompak, membunuh, membakar malah mencederakan warga Malaysia adalah bukti keterbukaan untuk mana-mana pihak di UK untuk berdemo (seperti biasa semua mendakwa berdemo dan memprotes secara aman damai tapi jika tidak dikawal maka hebatlah suasana seperti di London). Selepas ini WT rasa BERSHIT 3.0 harus diadakan di kota London kerana Polis UK lebih berhemah dan lemah lembut menangani perhimpunan aman dan protes. Mamat kat bawah ni pun bukan setakat boleh baling batu kat Polis tapi kat London dia boleh bakar bangunan malah nak merompak pun boleh! Mamat kat bawah ni wajib hadir perhimpunan BERSHIT 3.0 di London pada 16 Sept 2011! (Jika ada dan peliwat tu masih hidup!)


Pro pembangkang atau pemimpin kangkang Pakatan Rakyat pasti menafikan dan membandingkan bahawa perhimpunan BERSHIT 2.0 adalah secara aman damai dan cuma protes terhadap SPR. Itu auta mereka, orang kampung bolehlah korang tipu, sebenarnya adalah perhimpunan untuk kebencian kepada kerajaan dan `provokasi' terhadap PDRM supaya berlaku ganas terhadap mereka seperti Raja Lawak Mat Suhardi dibawah:


Untuk pembaca yang tidak melihat suasana sebenar perhimpunan BERSHIT 2.0, sepertimana kita semua yang sedang berpuasa semasa sekumpulan manusia memprotes terhadap Polis UK kerana menembak seorang remaja kulit hitam di London. Semuanya konon-kononnya bermula dengan aman. Maka Polis UK pun atas dasar UK sudah jauh lebih maju dari Malaysia, perhimpunan aman damai adalah dibenarkan sesuai dengan tahap ketamadunan dan pendemokrasian. Apa AmPIGa, Mat Sabun, Nuar Liwat dan perusuh BERSHIT 2.0 akan lakukan jika apa yang berlaku di London berlaku di Kuala Lumpur pada 9 Julai 2011 lalu? Mereka frust sebab mereka gagal dalam BERSHIT 2.0. Mereka amat berjaya jika apa yang berlaku di London berlaku semasa BERSHIT 2.0 yang lalu.

Tetapi disebabkan `ketidakcekapan' PDRM maka tiada kedai-kedai dibakar, dirompak, dibunuh semasa BERSHIT 2.0 yang lalu. Cuma ada seorang ahli perhimpunan BERSHIT 2.0 yang meninggal dunia akibat serangan jantung dan seorang lagi berlakon mati dua kali! Selain itu Mat Sabun accident motor sebab lari dari PDRM dan Nuar Liwat lari dari PDRM lalu terhantuk cermin hotel! Maka ternyata PDRM tidak cekap, lembik dan gagal berbanding Polis UK yang lebih bertamadun dan hebat dalam mengurus perhimpunan secara aman damai serta lebih demokrasi daripada PDRM!

Polis Malaysia siap bagi makan buffet kepada perusuh BERSHIT 2.0. Tak dapat dan tak perlulah mereka merompak makanan kat kedai makan. Polis UK yang lebih maju dan hebat ada bagi makan?



2 comments:

LADO TOKOU said...

Syabas Polis Malaysia kerana anda tidak berhemah, keras dan ganas maka tidak berlaku rusuhan, pembakaran, rompakan dan sebagainya sewaktu perhimpunan Bersih dulu. Lihat di Britian kerana Polis berhemah, tidak keras dan tidak ganas maka berlakulah rusuhan, pembakaran, rompakan, pemukulan dan sebagainya. Akhirnya Polis Britian nak meniru polis Malaysia kerana bila terhantuk baru tengadah. PM British David Cammeron umumkan akan mempertimbangkan penggunaan cota dan meriam air untuk menangani tunjuk perasaan. He he he he Raja Demokrasi seperti Britian pun terpaksa menggunakan apa yang digunakan oleh pihak polis di Malaysia bila dah kena...

Dot said...

maza kata polis malaysia kena belajar dari polis britain mcm mana nak uruskan demo. sekarang dah jadi mcm kumbang kucar taik, maza nak putar mcm mana?

polis britain yg kena belajar dari polis malaysia mcm mana nak kekang demo dari menjadi huru-hara tak terkawal!

'mencegah adalah lebih baik dari mengubati'!

'cegah sebelum parah'!

apa2pun, kata2 orang tua memang betul sbb kita tak mahu 'krn nila setitik rosak susu sebelanga'!
nak membantu pendemo (orang jahat) masa dia tercedera dlm rusuhanpun nanti jadi 'mcm melepas anjing tersepit'.. kita pulak diterkamnya kata nak pukul! last2 tetap dipersalahkan konon taknak tolong walhal orang dah tahu klentong mati 2 kali tu! apala punya kerja pencacai pgayr.

ada plak orang2 yg memang suka tengok keadaan jd huru hara supaya depa boleh ambil kesempatan, masa tu la nak rompak ka, nak rogol ka. nak menyamar jd penguatkuasaka...

aku harap bila ada sj bunyi2 nak berdemo lepas ni, kita jgn mintak polis berkawal.. biar rotweiller, harimau & singa saja yg kawal! ada brani?