Saturday, August 6, 2011

Hassan Ali: Minta Maaf Atau Dipecat?


07 Ramadan 1432H / 07 Ogos 2011, Ahad

YB Dr Hassan Ali sudah seperti dianggap `liabiliti' kepada parti politik yang mendakwa parti mereka memperjuangkan Islam lebih dari sesiapapun di muka bumi ini. Fitnah pemimpin mereka tidak lagi dianggap dosa. Pemimpin mereka dianggap tidak berdosa atau bersalah langsung jika membuat fitnah, mencaci, rasuah malah melakukan aktiviti seksual terlarang sekalipun. Tetapi jika pemimpin mereka cuba atau melakukan tindakan yang menyebabkan rakan politik mereka yang kafir harbi terusik hati atau tidak senang hati maka pemimpin itu boleh jatuh `berdosa' dan dianggap `liabiliti'  kepada sebuah parti Islam kononnya! 

Didakwa hari ini Dr Hassan Ali akan `dibicarakan' kerana `ketelanjuran' membiarkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) melaksanakan tugas-tugas yang diamanahkan untuk menjaga kesucian agama Islam. Tindakan terhadap gereja atau kafir harbi tidak disenangi oleh beberapa pemimpin Islam dalam Pakatan Rakyat. 

Bukanlah mengejutkan jika Dr Hassan Ali diberi kata dua oleh PAS Pusat : Minta Maaf atau Dipecat! Terpulang kepada Dr Hassan Ali. Kalau berdasarkan apa yang Dr Hassan Ali `tonjolkan' sejak peristiwa `buka puasa di gereja' Dr Hassan Ali akan memilih agamanya yakni agama Islam lebih daripada parti dan `ularmak' dalam parti PAS beliau. Jika Dr Hassan Ali memilih dipecat, beliau akan dihormati oleh umat Islam di Malaysia walaupun umat Islam di dalam PAS mungkin tidak semua akan `menghormati' tindakan beliau yang tidak mahu menyatakan maaf kepada gereja yang mempunyai agenda tersembunyi terhadap umat Islam yang lemah. 

Sebenarnya kita umat Islam yang terperangkap dengan `game' ini. Terperangkap kerana tidak pasti atau dilemma samada mahu bertegas dengan Perlembagaan yang jelas menyatakan tentang kedudukan agama Islam atau mahu menjaga `kantung' politik masing-masing! 

Apapun, game sekarang adalah ditangan Dr Hassan Ali. Jika Dr Hassan Ali memilih untuk meminta maaf maka `game over' untuk JAIS dan umat Islam! Sebaliknya jika Dr Hassan Ali memilih untuk bertegas dengan pendirian akidah Islam tanpa mengambil kira untung rugi politik maka umat Islam masih menguasai `game' dalam apajua isu berkaitan Islam. 

# Sekiranya benar dakwaan mereka yakni umat Islam yang mendakwa `terpaksa' menerima bantuan material dari puak kafir harbi maka apakah yang ada di benak hati pemimpin-pemimpin Islam yang diamanahkan untuk menguruskan wang zakat atau peruntukan untuk umat Islam? Adakah kita terlepas pandang atau memang sengaja buat-buat tak pandang? Dana zakat memang perlu diagihkan berdasarkan kaedah dan syarat tertentu tetapi apa pula `hak' mereka yang memerlukan bantuan? Kita masih kolot dan menyulitkan keadaan walaupun 1001 macam kemudahan dan dana disediakan. Kita juga seringkali leka dan alpa kerana kita rasa kita selamat sebagai umat Islam di negara tanahair kita sendiri. Kita lupa bahawa kita juga boleh menjadi `pelarian' di bumi sendiri jika tidak tahu dan pandai menjaga apa yang kita miliki selama ini!

1 comment:

Hamdan said...

Salam.

Tindakan Dato Dr. Hassan mengutamakan kepentingan Islam telah berlaku.

Tahniah dan syabas.

Dato sebagai seorang Islam telah menyempurnakan tuntutan Islam.

Islam is away of life,Dato. Dan Dato telah tunaikan apa yang diharapkan.

Fahaman politik boleh berubah ikut keadaan dan keperluan.

Tidak bagi Islam.

Semoga perjuangan Dato demi Islam dapat dilihat dan dirasa oleh orang-orang Islam.