Warisan Tamar
19 Mac 2011, Sabtu
RAMAI menduga hari ini Ketua Menteri Sarawak, Taib Mahmud akan mengumumkan pembubaran DUN Sarawak. Pada saya bukanlah satu kejutan. Semua sudah menduga dan yang pasti sebelum Julai 2011 pasti akan ada pembubaran DUN Sarawak. Cuma lagi untuk menambah unsur-unsur saspen dan keseronokan cerita kedai kopi maka macam-macam andaian dan teori malah ramalan diadakan. Saya percaya hari ini DUN Sarawak akan dibubarkan. Kalau pun tidak dibubarkan, tiada siapa yang akan rugi melainkan mereka yang melibatkan dan menceburkan diri didalam perjudian dan pertaruhan...maka hari ini pasti akan ada yang menang dan kecundang.
Sebelum ini ramai juga meramalkan bahawa DS Najib akan mengadakan PRU13 bersama-sama dengan DUN Sarawak. Meskipun ada juga yang meramalkan sebaliknya. Memang seronok kerja ramal meramal. Ia menambah lagi kemeriahan dan kepanasan suhu politik. Justeru, ada juga yang meramalkan bahawa Parlimen dan DUN Sarawak akan dibubarkan serentak pada hari ini. Hah! Nonsense.....tetapi di dalam politik mana ada yang mustahil! seorang Timbalan Perdana Menteri pun boleh dipecat dan sedang kecut perut menantikan hari Isnin ini [ kalau kena arah serah DNA, apa pula lakonan dan perangai makhluk seekor ini nanti?]
Percaya atau tidak? Parlimen dan DUN Sarawak dibubarkan serentak hari ini...Saya pun kurang yakin. Ini kerana DS Najib sendiri saya rasa belum sepenuh yakin bahawa BN benar-benar bersedia. Pada saya, mungkin UMNO berada dikedudukan yang lebih baik berbanding PRU12 yang lalu tetapi parti komponen terutamanya MCA & GERAKAN, saya rasa tidak ada apa yang akan dibanggakan! Maka, DUN Sarawak akan kekal mengadakan pilihanraya secara berasingan. Saya yakin BN Sarawak akan memenangi dan memgang tampuk pemerintahan Sarawak semula. Jika ada rakan-rakan di Sarawak tidak bersetuju. Saya terima. Justifikasi saya ~ mungkin benar pengundi muda/baru agak `meluat dan jijik' dengan KM Sarawak yang tidak menunjukkan tanda-tanda akan berundur. Tidak ada perakuan yang kukuh menyatakan bila beliau mengundurkan diri. Tetapi hakikatnya, jumlah dan arus yang menyonsang arah ini belum sampai ke tahap optimum pun. Sekiranya kepimpinan kerajaan negeri tidak mengambil iktibar dan `mendengar' suara rakyat ~ akan tiba masanya, rakyat bangkit membuktikannya!
Apapun di dalam kemeriahan menanti dan ingin mendengar pengumuman pembubaran DUN dan/atau Parlimen, sudah tentu individu yang sudah memasang niat untuk menjadi calon dan jika menang menjadi wakil rakyat akan menjadi keluh kesah. Degupan jantung semakin laju. Mereka secara gentle akan berkata tidak berkecil hati jika tidak terpilih. Hakikatnya, hati sudah hancur luluh kerana perlu menanti satu penggal lagi baru berpeluang dipilih atau terpilih menjadi calon. Melainkan jika ada wakil rakyat yang umur tidak panjang maka peluang datang lebih awal. Ketika ini juga `ejen-ejen' samada rasmi atau tidak sibuk berkeliaran menawarkan perkhidmatan melobi ataupun sedang mengemaskini info dan status pencalonan `pelanggan' mereka! Keadaan ini bukan hanya berlaku di Sarawak tetapi juga di seluruh Malaysia. Bukan sahaja di dalam BN tetapi juga amat pasti berlaku di kem Fuckatan Rakyat. Susah-susah sangat bertandinglah sebagai calon bebas...!
Siapa kata pilihanraya membazirkan wang dan tenaga? Ramai yang mengaut laba dan rezeki kerana pilihanraya...Lagi lambat pilihanraya, lagi banyak wang masyukkkk...makin kuat berdebar jantung mereka-mereka yang mahu menjadi YB!
Yang pasti DUN Sarawak pasti akan dibubarkan jua walaupun bukan pada hari ini!
No comments:
Post a Comment