Warisan Tamar
31 Januari 2010, Ahad
KEPIMPINAN baru Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) telah pun dipilih. Lewat malam tadi keputusan pemenang bagi calon-calon yang bertanding telah juga diketahui. Saya dikhabarkan ramai juga muka-muka baru dalam barisan kepimpinan PBBS kali ini. Dalam masa yang sama saya juga maklum bahawa ramai penyandang jawatan di sesi sebelum ini tidak menawarkan diri bertanding. Atas alasan memberi laluan kepada muka baru...dan mungkin juga ada masalah peribadi yang sukar kita persoalkan.
Hari ini mungkin juga para pemenang ada sesi teh tarik bersama penyokong atau masih berselimut di atas katil (almaklumlah hari Ahad!) sebagai meraikan kejayaan diri memenangi jawatan di dalam PBBS. Mesyuarat agung dan pemilihan PBBS mungkin tidak sehebat pemilihan parti mahupun persidangan sesebuah parti siasah seperti UMNO, PAS dll. Namun ia amat penting bagi suku kaum Bisaya iaitu satu etnik Bumiputera Islam di Sabah. Seorang calon tempohari berkata demokrasi dalam PBBS lebih subur daripada dalam UMNO. Mungkin kerana dalam PBBS beliau dapat bertanding dan sebaliknya di dalam UMNO. Tidak kisahlah...Yang penting bagi saya, jangan kita menyamakan atau membandingkan pemilihan kepimpinan persatuan etnik dengan sebuah parti siasah/politik. Kita kena realistik, sesebuah parti siasah tidak mempunyai keahlian terhad untuk satu-satu suku kaum/etnik. Demikian pula, sesebuah persatuan etnik seperti PBBS tidak terhad hanya kepada etnik Bisaya dari sesebuah parti siasah sahaja. Bagi saya `konsep' dan apa yang membezakan antara kedua-duanya hendaklah difahami. Jika tidak, anda akan mengurus parti siasah anda mengikut acuan etnik anda dan sebaliknya juga mengurus persatuan etnik bagaikan sebuah parti politik!
Saya secara peribadi berbangga dengan muka-muka baru yang dipilih di dalam saf kepimpinan PBBS 2010-2012. Walaupun saya kurang mengenali mereka secara individu namun saya percaya perwakilan kali ini sudah membuat keputusan. Apa yang perlu dilakukan selepas ini ialah TINDAKAN. Dengan kehadiran muka baru di dalam PBBS, hendaknya biarlah nafas baru ini mampu membawa transformasi di dalam PBBS. Jangan mengurus PBBS mengikut acuan politik. Ia seharusnya berlandaskan keinsafan dan keinginan serta keyakinan untuk melakukan sesuatu untuk kepentingan suku kaum Bisaya itu sendiri. Tidak kira ideologi politik, kedudukan pendidikan, ekonomi dan sebagainya. Benar, Presiden @ Janang Gayuh adalah Timbalan Menteri dan orang kuat politik UMNO...namun itu bukan alasan untuk PBBS tidak membantu orang Bisaya yang menyokong dan menyertai PBS,SAPP,UPKO waima PKR sekalipun. Saya tidak mengatakan PBBS selama ini `mengabaikan' ahli dan orang Bisaya yang berpandangan berbeza dengan ideologi politik Janang Gayuh mahupun kepimpinan PBBS. Saya berharap PBBS tidak dilabel sebagai sebuah persatuan yang terlalu condong kepada sesebuah parti politik.
Beberapa rakan dan saudara sebangsa melalui ruang bincang RabasBook, juga ada meluahkan pelbagai perkara untuk direnungi , diperhalusi dan diambil tindakan oleh PBBS. Dalam masa yang sama hanya beberapa kerat sahaja kepimpinan PBBS yang memiliki medium perhubungan maya seperti RabasBook (Facebook) atau mempunyai blog sendiri sebagai platform menyatakan isi hati. Seorang saudara yang juga blogger dan dikhabarkan menang Ahli Majlis Tertinggi PBBS semalam, Ustaz Said mengatakan beliau akan membawa isu ini jika menang. Bagi saya, isu ini kecil dan jangan sampai ada yang mempunyai laman blog atau Facebook hanya kerana kikuman (malu) dan mengalap daguang (mengambil hati) Janang Gayuh. Saya juga berharap pelbagai pandangan dan cadangan samada melalui alam maya (blog, facebook dll) mahupun diluahkan semasa mesyuarat agung malah diperkatakan di kedai `kupi' haruslah diambil berat oleh PBBS. Saya juga secara peribadi kadangkala sedikit kecewa dengan sikap dan cara seseorang yang terlalu sukar menerima kritikan, cepat hilang sabar dan sering mengganggap diri sendiri lebih baik dan hebat daripada orang lain. Jika kita mengkritik dan menegur, kita dikatakan hanya tahu bercakap tapi tidak pandai melaksanakan. Memang mengkritik atau `mengumplin' memang mudah tapi jika ada kebenarannya, PBBS harus menerima realiti itu. Tidak payah lah bagi alasan, kalau pandai sangat cakap...sendiri buatlah! Anda sudah dipilih dan dilantik, maka sewajarnya anda melakukan sesuatu dan mengusahakan tindakan. Jangan menyalahkan ahli mahupun orang Bisaya yang bersuara. Jangan bersilat tidak tentu pasal!!!
Saya berharap kepimpinan PBBS selepas ini akan memikirkan dan melakukan sesuatu yang lebih akademik dan bersifat diskusi dalam pelbagai aspek agama, sosial, ekonomi, pendidikan dan ukhuwah/perpaduan. Pasal politik biar kita cari forum lain. Samada melalui ruang maya mahupun penganjuran bengkel mahupun seminar mungkin lebih bermanfaat. Saya bimbang PBBS dicop persatuan yang terlalu `kepesta-pestaan'. Tidak salah mengadakannya, malah di dalam pesta-pestaan itu pun saya maklum ada pengisian ilmu dan sebagainya. Tapi bila tajuk `Pesta' itu lebih dominan maka pengisian yang lain dianggap program tempelan. Saya berharap pendidikan dikalangan anak-anak orang Bisaya diberi perhatian. Tanpa pendidikan yang baik, bagaimana mungkin kita dapat mengeluarkan mereka daripada kelompok kemiskinan. Realitinya; masih ramai orang Bisaya dalam kelompok kemiskinan! Kemudian berilah perhatian bagaimana ekonomi orang Bisaya dapat dipertingkatkan. Bukan ekonomi ahli AMT/MT PBBS sahaja difikirkan! Pada saya, jika kita berjaya memakmurkan ekonomi orang Bisaya maka sekurang-kurangnya seorang usahawan/kontraktor/ahli perniagaan berbangsa Bisaya itu sudah mampu membantu diri dan keluarganya seterusnya keluarga terdekat dan akhirnya komunitinya. Mungkinkah satu hari nanti kita / orang Bisaya berbangga mempunyai sekian ramai hartawan dan dermawan seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary dll.
Rasanya jika berbicara tentang orang Bisaya dan PBBS persatuan yang `bertanggungjawab' menaungi dan memayungi kepentingan orang Bisaya dalam pelbagai aspek, saya yakin kita mempunyai 1001 macam perkara untuk dibincangkan, diperhalusi dan untuk diambil tindakan seberapa segera. Saya berdoa agar kepimpinan baru PBBS ini diberikan kekuatan oleh Ilahi agar mendepani arus transformasi dan menjunjung serta menongkah segala cabaran dalam misi suci untuk memartabatkan masyarakat Bisaya. Akhir kalam, mungkin juga tagline `Basatu Tokou Tumidong' perlu digagahkan atau diperbaharui...?
8 comments:
Tahniah kepada kaum Bisaya kerana sudah begitu jauh membangun. Saya secara peribadi kagum dengan iltizam mereka untuk maju dan berdaya saing. Kewujudan PBBS sendiri bahawa suku Bisaya sudah begitu membangun secara sistematik.
Muzaffar//
dariluarkawasan.blogspot.com
Mungkin 33 tahun bagi seseorang pastinya sudah tamat pengajian di Universiti (peringkat Ijazah atau sedang meneruskan diperingkat Master ) sudah berkerjaya(Pegawai Pendidik),berkeluarga dan mungkin juga mempunyai 2 orang atau lebih cahaya mata. Mungkin serumah dan dan sebuah kereta.
Persoalannya apakahkejayaan dan keterampilan PBBBS seusia 33 tahun ini.
PBBBS bangun dan berdirilah di hadapan cermin, lihat dirimu layakkah keterampilan mu seiring usia 33 tahun sejak kau dilahirkan.
Assalamualaikum W.R.T
Ini adalah pembetulan bg komen pd 09 Feb 2010 kerana ada sedikit kesilapan p'gunaan ayat & p'kataan,, sekian harap maklum..
Wahai saudaraku yg prihatin, bangun & buka mata mu,, kaum bisaya telah maju dr smua aspek & sudut cuma yg tinggal adalah tugas kita utk mnambah baik apa yg perlu utk kaum kita,, selaku warga bisaya kita semua adalah b'tanggung jawab dan jangan hnya meletakkan tanggung jawab pada bahu Presiden & Barisan Kepimpinan PBBS.
Wahai saudaraku yg prihatin, jgn btanya pd PBBS, apa yg telah PBBS lakukan utk kaum kita TETAPI btanyalah pd diri saudaraku,, apa yg telah saudaraku lakukan utk PBBS sepanjang usia saudaraku sekarang DEMI Agama,, Bangsa,, & Negara,,
PBBS lambang kekuatan WARGA BISAYA,, MiSaPoL ToKoU ToMiDoNg,,
السلام عليكم, secara peribadi sya amat tidak bersetuju 'suggest' utk kita tidak bertanya apa sumbangan PBBS pada kaum Bisaya.
1 Key Performance Indicator(KPI) terhadap sumbangan PBBS dan kepimpinan terhadap kaum Bisaya wajib menjadi agenda pertama dan utama yang harus dilaksanakan oleh Janang Gayuh dan MT PBBS bagi sesi 2010-2013 seterusnya diumumkan kepada semua ahli maupun bukan ahli PBBS.
Jangan sesekali kita mendabik dada dan bersikap hipokrit dengan kejayaan kaum Bisaya yang kononnya maju dalam semua aspek. Ibarat 'Pak Kaduk Menang Sorak Kampung Tergadai'.
MISI dan VISI terhadap PBBS terhadap suku Bisaya harus lebih telus, sistematik dan diterjemahkan dengan tindakan. Renungkan dan berikan jawapannya?
Di manakah kedudukan kaum Bisaya khususnya di Beaufort, di Sabah, maupun di Malaysia.
Seusia 33 tahun ini berapakah jumlah sebenar ahli serta cawangan PBBS dan berapa peratus dari jumlah keseluruhan kaum Bisaya menjadi ahli? Jangan sampai ahli dan cawangan hanya wujud bila ada Mesyuarat Agung.
Semak, berapa ramai pelajar yang mendapat bantuan kewangan pengajian oleh PBBS dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini.
Berapa ramai pemimpin pelapis,bDoktor, Enginer, Usahawan, golongan profesional di kalangan kaum Bisaya atas usaha PBBS.
Kewujudan satu entiti seperti "Koperasi" yang boleh membantu memajukan ekonomi dan taraf hidup kaum Bisaya sepatutnya telah lama diwujudkan.
APA 'action' PBBS terhadap gejala sosial dikalangan remaja Bisaya kita yang semakin meruncing. Apa respon PBBS dan kepimpinan ketika anak bangsa kita kehilangan nyawa disebabkan gejala ini.
Apakah Kebudayaan dan adat resam yang sungguh unik kaum Bisaya ini sudah cukup dipromo dan dikenali oleh bangsa lain setanding etnik-etnik lain di Malaysia.
Sya amat bangga dengan bangsa Bisaya suatu ketika dulu adalah 1 bangsa yang sengat hebat, punya tokoh seperti "Sultan Brunei, Awang Alak Batatar" dan Pahlawan yang gagah berani, namun teramat sedih apabila memikirkan nasib Kaum Bisaya di masa hadapan jika kita direkrut menjadi 'YesMen'
tanpa bertanya itu dan ini.
Kaum Bisaya harus diyakinkan oleh PBBS bahawa hanya PBBS satu-satu entiti yang layak memayungi dan diberi harapan menjaga Bangsa BISAYA kini dan selamanya....
Atau sedia menerima akibat ditolak dan disisihkan oleh kaum sendiri dengan kewujudan satu entiti yang lebih relevan dan berkredibiliti..
AKO PUN OLUN BISAYA/
Wa’alaikumsalam,,
Secara umumnya,, saudara ini mrupakan org yg b’pengetahuan luas & m’ambil berat akan untung nasib warga bisaya,, namun pengetahuan & kelebihan yg ada pd saudara tidak d gunakan serta d kongsikan pd warga bisaya sendiri dan Kepimpinan PBBS. Alangkah eloknya jika saudara ini antara penyumbang bg memajukan warga bisaya khususnya, khasnya kpd Kepimpinan PBBS,,
Sekiranya saudara benar2x m’punyai k’ikhlasan utk memikirkan untung nasib warga bisaya, saudara m’punyai kelebihan & pengetahuan, dgn ikhlas & suka citanya warga bisaya m’jemput saudara utk menyertai golongan yg mahu melihat kemajuan & kejayaan warga bisaya & “gah” nya martabat PBBS di mata masyarakat majmuk,,
Gunakanlah saluran yg betul, apa2x pun p’masalahan yg telah & akan timbul dlm kelompok warga bisaya dgn mengatakan bahawa kitalah yg lebih baik sedangkan dlm hal ini seharusnya, bak kata pepatah “di cubit paha kanan, paha kiri terasa” tetapi janganlah kita smpi m’jadi seperti “saling menunding jari sesama sendiri, sedangkan 4 jari masih m’nunding kearah diri sendiri”
PBBS lambang kekuatan WARGA BISAYA,, MiSaPoL ToKoU ToMiDoNg,,
“aDai ToKoU MaJaDi wArGa BiSaYa TiKaM-TiKaMaN”
الحمد لل, blogger JiSsThE'5, tentang keikhlasan tu saya berserah kpdNYA ( العليم) Memiliki sifat Mengetahui (Memiliki Ilmu). Kebenarannya Sya tidak menyembunyikan identiti saya seperti "JiSsThE'5" bersembunyi di sebalik nickname yg langsung tidak menggambarkan keikhlasan dan keBisayaan...
Ttg menyumbang kpd Bisaya, إن شاء الله berkongsi pendapat di blog Warisan Tamar adalah langkah pertama dan disusuli langkah seterusnya.
Muak dgn sikap "JiSsThE'5" yg naif menasihatkan sya menggunakan saluran betul dalam mengutarakan pendapat. Eroninya "JiSsThE'5" menggunakan platform yg sama dalam mengutarakan pujian maupun pendapat, kepercayaannya seolah-olah memperkecilkan usaha yang dimulakan oleh Warisan Tamar yg cuba berkongsi pendapatnya ttg isu Bisaya.
Baca, baca dan baca dan fahami maksud komen itu jangan melulu sahaja....
Sya menulis komen di ruangan ini adalah respon kpda post Warisan Tamar "PERSATUAN BISAYA BERSATU SABAH: PERJUANGAN SUDAH SELESAI??? . Apa pun komen sya utarakan boleh ditolak atau diterima oleh pembaca Warisan Tamar Blog seadanya.
Wassalam..
Jiss The5/Sdr Banyamin,
Tkasih atas komen dan pendpt. Kalau bercakap soal ikhlas atau sumbangan, apakah keikhlasan itu atau sumbangan kpd bangsa itu hanya diiktiraf jika kita bersama disisi YB Presiden Janang Gayuh kesana kemari? Jgn pandang sumbangan dan keikhlasan org hanya dari sudut sumbangan tenaga dan wang ringgit. Sumbangan dan keikhlasan boleh diterjemah dlm byk cara dan kaedah. Bagi saya menulis tentang bangsa sendiri juga satu sumbangan. Cuma lagi kalau ada pencacai atau pengampu, mereka akan merasa kurang senang apabila sesuatu tulisan itu `menggugat' mereka. Atau memecah tembelang mereka. Sekurang-kurang kita tidak hipokrit.
Soal bertopeng dgn nama samaran, saya `no hal'...ramai juga yg menyumbang utk bangsanya dgn bermacam topeng muka malah bermuka-muka. So, selagi selesa menggunakan samaran...gunakanlah. Tapi ingat! dunia ICT juga berkeupayaan mengesan identiti sebenar anda.
Kalau kiranya sesuatu perkara itu benar maka apa salahnya kita berkongsi solusi. Saya juga manusia biasa...biasa melakukan silap dan salah.
Salam Transformasi!
PBBS: Perjuangan Sudah Selesai??? Part II...coming soon!
Post a Comment