Tuesday, July 14, 2009

KISAH MANEK URAI: SIAPA BILANG....?

15 Julai 2009, Rabu


BARU sebentar tadi tiba di ibukota dari Manek Urai (MU). Keputusan sudah diketahui. PAS/Pakatan Rakyat mengekalkan kerusi MU dengan majoriti terlalu tipis iaitu dengan 65 undi. TS Muhyiddin bilang orang BN khususnya mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dengan PRK N41 MU agar tidak merasa terlalu kecewa. Rasanya orang BN terutamanya UMNO tidaklah terlalu kecewa dengan kekalahan ini. Banyak hikmah dan semangat perjuangan yang diperolehi dan digarapi. Mengapa harus ditangisi. Setiap kekalahan tidak semestinya pahit untuk ditelan. Yang pahit itu lazimnya amat baik sebagai ubat yang mujarab.


Semalam, beberapa jam sebelum tempoh berkempen tamat secara rasmi, bagi mereka yang berada di MU sudah pasti `mengesahkan' bahawa BN/UMNO akan tewas teruk dan ia akan menjadi gelora badai yang amat besar kepada UMNO dan bakal dianggap betapa `kuatnya' Pakatan Rakyat menjelang PRU13 kelak. Mana tidaknya melalui tinjauan suasana di MU, saya sendiri pun tersenyum dan geleng kepala dengan `ghairah' mereka yang bangga sebagai orang PAS. Dari anak kecil yang tidak tahu apa-apa pun soal politik hinggalah ke orang-orang yang sudah melepasi usia pencen, semuanya ada di tepi jalan dan di kawasan markas PAS. Kesian anak-anak kecil. Anak muda pula turut ghairah mengibar kain hijau cap bulatan putih dengan motorsikal ke hulu ke hilir. Ia seumpama pesta orang PAS di MU. Di beberapa lokasi `hangat' PAS, ada pelbagai gerai umpama pasar/bazar larut malam di Danau Kota Setapak. Itu juga cara mereka menarik perhatian dan menutupi ruang-ruang kelemahan mereka. Kerana dengan `mengumpul' orang-orang PAS sedemikian mereka sedar secara psikologinya, `tiada' lagi riwayat UMNO di MU dan untuk menunjukkan betapa kononnya mereka sangat kuat. Bandingkan pula dengan pusat operasi BN/UMNO. Nampak relaks dan sesekali geram juga sebab macam `tiada keseriusan' dalam menghadapi PRK N41 MU. Malah ada yang sibuk bercerita pasal MU yang akan menentang pasukan bolasepak negara hujung minggu ini.


Hari pengundian pula `keghairahan' orang PAS semakin menyerlah. Mereka mempunyai jentera dan bala tentera yang besar di MU. BN/UMNO? Siapa bilang BN/UMNO tiada kaki bro>..? Tidak perlu rasanya kita terlolong terlalak hingga tengah malam buta sambil mengibar bendera dan memasang rakaman video di skrin besar untuk `memeriahkan' suasana. Orang BN/UMNO masuk tidur dan berehat khususnya selepas jam 12 tghmalam dimana tempoh kempen selesai. Ikutlah peraturan dan undang-undang yang kita dukungi bersama.


Petangnya pula dalam kesibukan pihak SPR menguruskan hal pengiraan undi, pesta yang hangat sejak malam akhir berkempen terus dihidupkan oleh orang PAS. Orang bilang kalau kita perasan, kononnya kita hebat kita ramai kita bersatu blah..blah...tapi sebenarnya ramai pengguna jalanraya utama Kota Bahru-Gua Musang/KL naik menyampah dengan `acara' kibar kain hijau cap bulatan putih dan pekikan serta lolongan orang-orang PAS. Ia menyebabkan kesesakan jalan yang amat teruk. Saya dan rakan-rakan agak lucu melihat `perangai' seorang tua dengan kacamata hitam dan tanpa menanggalkan helmet motor, ligat mengedarkan poster/risalah kepada pemandu/penumpang kenderaan yang tersepit dicelah-celah kesesakan jalanraya yang sepatutnya boleh dielakkan atau diminimakan. Tidak mengapalah jika orang tua itu benar-benar fanatik PAS. Dia ada hak sebagai warganegara untuk memilih parti mana yang beliau suka. Tapi yang lucu dan menggelengkan kepala, bukan semua pemandu/penumpang kenderaan suka dan teruja dengan perangai orang tua ini. Masa itu pula sudah hampir jam 7 petang malam. Orang SPR pun sedang sibuk mengira undi. Sudah-sudahlah berkempen.


Yang jelas dan ingin saya kongsikan sedikit pengalaman semasa berada di MU, orang-orang PAS malah para pemimpin termasuk AnuWar Ibrahim pun amat yakin menang dengan majoriti sangat besar. Hakikatnya majoriti jatuh dari lebih 1300 kepada cuma 65 undi. Pastinya pelbagai analisis berat sebelah akan diumumkan oleh mereka. Saya juga tidak terkejut jika keluar 1001 macam alasan dan menyalahkan pihak BN/UMNO. Itu skrip biasa mereka. Kita nantikan saja.


Kepada BN/UMNO, ada peningkatan dan bibit perubahan serta transformasi yang ingin dan diiltizamkan oleh pemimpin UMNO dan BN. Cuma jangan cepat berpuas hati. Ada hikmah dan ada lagi kelemahan dan kekurangan yang perlu ditangani agar PRU13 kelak, segala kekurangan itu akan diperbaiki sepenuhnya.


Sementara menanti keputusan rasmi, sedang duduk-duduk minum di gerai yang tumbuh bak cendawan selepas waktu hujan di MU ada orang PAS di meja yang lain dengan nada suara tinggi atau sengaja mendengarkan suaranya kepada kami berkata/bilang `UMNO tabur duit malam tadi'.....Kami sengih dan mengawal diri supaya tidak ketawa besar. Mengapa bro? Sebabnya, siapa bilang PAS dan orang PAS tidak tabur duit?????...Saya pinjam ayat sahabat saya `pagi-pagi makan pengat, sendiri mau ingat'.


WT- PAS sudah maju dan `berduit'. Dulu orang bilang BN saja yang mampu buat billboard yang ada muka pemimpin dan calon yang besar dan dalam kuantiti yang banyak. Kini PAS, bukan lagi parti sengkek. Nik Aziz dan Abe Uji digantung di sana sini, memang PAS kontrol segalanya.


Kalau ada masa melalui jalan Gua Musang, berduyun-duyun lori mengangkut hasil masyul muka bumi. Kalau dulu orang kaya dari Sabah sinonim dikaitkan dengan kayu balak, kini saya rasa bukan lagi orang Sabah tapi orang Kelate!


Siapa bilang mereka tidak kejar projek? hehehe...Siapa bilang mereka tidak main duit?...Lu fikirlah sendiri...


Kita layan MU pada 18 Julai pulak...Cristiano Ronaldo sudah tiada bersama MU. Abe Uji bukan lagi pemborong ikan di Kuala Krai...dia sudah jadi YB! Selamat menjalankan tugas YB 65.

2 comments:

ustazSAID said...

Ini Bisaya Baru bos!
Salam, tkini dr http://ustazsaid.blogspot.com/2009/07/imam-sabah-sertai-dap.html

kelambuharimau said...

bila fatwa dan auta nik aziz gabungkan untuk politik PAS..jadilah huru hara..