Thursday, May 14, 2009

APA BEZA POLITIK WANG DAN BELI UNDI

Warisan Tamar
14 Mei 2009, Khamis

POLITIK wang dan beli undi? Beza cuma perkataan sahaja. Maksudnya 2 x 5 serupa. Dalam akhbar mingguan arus perdana (10 Mei 2009) ada temubual dengan pemimpin kanan PAS (Datuk Muhammad Daud, Ketua Dewan Ulama PAS) dan antara yang disentuh adalah kisah nasib pemimpin ulamak dan profesional menjelang Muktamar Agung PAS. Namun yang paling menarik perhatian ialah kisah Ringgit Malaysia juga turut sama dibawa dalam pemilihan parti yang kononnya maksum daripada dosa dan apa jua kesalahan.


Ramai rakan blogger juga sudah mengulas isu ini. Saya sekadar tersenyum dan terfikir bahawa apabila kita menuding satu jari kepada orang lain, kita terlupa ada empat lagi jari menuding ke arah kita. Hari ini akhbar arus perdana juga memaparkan kenyataan seorang pemimpin PAS Kelantan yang meminta `bukti' bahawa gejala beli undi a.k.a politik wang sedang berlaku dalam PAS. Pemimpin kanan yang mengatakan bahawa gejala beli undi berlaku dalam PAS bukan calang-calang...dia dari Dewan Ulama PAS...cabang parti yang amat penting dalam PAS.


Persoalannya, adakah PAS akan bertindak `menyembunyikan' dan `menafikan' pekung politik wang dalam parti mereka? Saya berpendapat mereka akan menafikan sehabis-habisnya. Mereka memburukkan UMNO dalam soal ini tapi sekurang-kurangnya UMNO `lebih berani' untuk mendedahkannya dan bertindak.


WT: Jangan pula ada yang bagi duit pakai not bukan RM...macam Riyal ke, Rupiah ke...nanti perwakilan PAS susah pulak berbaris depan kaunter money changer...atau nanti akan ada kaunter tukaran matawang asing disediakan semasa Muktamar PAS agar kisah gejala beli undi itu boleh dihalalkan dan dianggap sedekah dari pemimpin bertanding kepada para perwakilan. Apa pula `fatwa' Nik Aziz selepas ini...??? Mungkin beliau ada idea untuk menghalalkan yang haram...

2 comments:

Senjaliza said...

Salam Tranformasi,
"Kalau rumah berdinding kaca jangan lempar batu ke dinding rumah orang lain". Sama dengan apa yg aNWaR.. bia mahkamah putuskan Nizar MB sah.. dia kata Alhamdulillah keputusan mahkamah memang dijunjung.Tapi bila mahkamah persekutuan terima appeal Zamry, AnWaR kata mana boleh, mesti pakai Mahkamah Rakyat!!!.. Tak sangka ada juga BIAWAK besar di Permatang Pauh YANG jadi PET Lim Kit night dan Kepala Singa.

SUARA RAKYAT said...

Dapat kuasa, apa juga cara digunakan. Soal dosa haram tak penting, yang penting dapat dulu kuasa. Jika kuasa sudah ada, wang akan datang bertimbun, maka kerja fardu ain, di diperbanyak, buat sedekah sana sani, umrah, naik haji. Bantu orang sana sini. Nawaitunya memang demikian. Di negara ini untuk dapat wang mudah mesti jadi pemimpin dahulu,jadi pemimpin atomatik kuasa terus ada.