Warisan Tamar
31 Mac 2009, Selasa
SETIAUSAHA Agung UMNO bulan lepas telah menyatakan bahawa jentera parti telah diagihkan mengikut negeri bagi maksud kempen semasa PRK di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Tidak termasuk di Bukit Lenjan…Saya difahamkan bahawa UMNO Perlis, Pulau Pinang, Kedah dan Wilayah akan ditugaskan berkempen di DUN Bukit Selambau. Manakala yang lainnya di Parlimen Bukit Gantang.
Salah satu faktor untuk menang dalam sesuatu pertandingan adalah bagaimana strategi kempen dilaksanakan. Bayangkan UMNO Negeri akan `menjaga’ secara khusus cawangan-cawangan yang telah diagihkan. Secara luaran, kelihatan jentera kempen UMNO itu amat produktif pergerakannya. Namun berdasarkan keputusan PRK yang lalu, ada suara-suara mengatakan strategi kempen yang dicanangkan hanyalah retorik dan atas kertas saja nampak cantik. Tapi hakikatnya bila hadir ke bilik-bilik gerakan, sunyi dan sepi. Kopi dan biskut bertin-tin habis, hasilnya tin kosong dan hampas kopi! Kemudian dikatakan juga bahawa UMNO Negeri yang `ditugaskan’ untuk berkempen sudah `tersalah’ lokasi kempen…Mengapa berlaku? Sebab mereka sibuk membeli belah di Pasar Payang (semasa kempen PRK Kuala Terengganu). Bimbang jentera kempen dari UMNO Negeri untuk DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang, akan lebih banyak berlegar-legar dan tawar menawar di Bukit Kayu Hitam!!! Almaklumlah…orang kata lepas Persidangan UMNO, poket banyak yang penuh. Fikir-fikirkanlah.
Saya teringat semasa musim kempen PRU12, selepas solat Jumaat di Bangsar dan jemaah berpusu-pusu untuk ke gerai-gerai makan dan ada yang menuju ke kenderaan masing-masing. Tiba-tiba jemaah `dihiburkan’ dengan sekelompok kecil penyokong sebuah parti bertanding dalam Parlimen Lembah Pantai. Suami kepada calon berkenaan bersama penyokong tegar mereka mula berkempen sambil para jemaah solat Jumaat lalu lalang di hadapan mereka. Saya kata dalam hati ini pun satu medium kempen yang mungkin akan jadi amalan dalam pilihanraya akan datang. Yang menariknya, si suami memperkenalkan dirinya adalah suami kepada calon berkenaan dan merayu (menggunakan loud healer) kepada jemaah yang mengundi di Parlimen Lembah Pantai supaya memberikan undi kepada isteri beliau…Akhirnya, keputusan menunjukkan isterinya menang. Adakah medium kempen tersebut juga telah memainkan peranan yang membawa kemenangan isteri beliau? Yang pasti mereka menggunakan setiap ruang dan peluang untuk berkempen dan saya menganggap mereka berpegang kepada prinsip bahawa mereka belum menang dan apa jua usaha walaupun mendapat sindiran orang ramai hendaklah dilakukan tidak kira di mana jua berada! Malangnya calon BN/UMNO pada saya berpegang kepada prinsip `tak apa…kita mesyuarat dulu, lepas itu kita bergerak rumah ke rumah’. Kalau kempen hanya pada waktu senja dan malam, berapa rumah agaknya jentera kempen BN/UMNO dapat lawati? Itupun belum tentu mengundi BN/UMNO.

Semoga angin perubahan dalam kepimpinan UMNO akan menimbulkan `minat' dikalangan pengundi dan sekaligus membuktikan bahawa pihak lawan khususnya mereka yang berada di dalam Pakatan Rapuh - bahawa tiada sesiapa yang mampu melawan ketentuan Ilahi.
Salam Transformasi....