Friday, May 31, 2013

Pemilihan UMNO 2013: Pasti Hangat & Muka Baru






Pemilihan UMNO 2013 yang ditangguhkan pada tahun lepas disebabkan PRU13 pasti menjanjikan debaran hebat sehebat PRU13. Dengan format dan kaedah pemilihan yang baru dimana melibatkan lebih ramai pemilih iaitu ahli UMNO. Yang paling penting adalah pemimpin yang akan dipilih nanti adalah teraju kepimpinan UMNO dan BN bagi menghadapi PRU14 akan datang. Cabaran PRU14 amat pasti berbeza dan pasti lebih hebat dan ganas berbanding PRU13!


Amat penting transformasi politik dalam UMNO direalisasikan oleh ahli UMNO bagi berhadapan dengan cabaran yang sangat mencabar. Pemimpin dinosaur yakni yang sudah terlalu lama sepatutnya bermuhasabah diri. Berundurlah secara terhormat! Jangan ingat UMNO dan BN hanya anda yang boleh menerajuinya. UMNO dan BN tidak akan mati tanpa anda. Jika ahli UMNO tidak berfikiran lebih maju maka barisan kepimpinan UMNO tidak akan berubah dan pasti akan lebih terkulai pada PRU14. 

Jangan beranggapan UMNO sudah terlalu kuat walaupun menang 88 kerusi Parlimen pada PRU13. Hakikatnya di Selangor umpamanya UMNO semakin terpinggir. Di Kelantan juga menerima nasib serupa. Di Sabah yang menjadi deposit tetap UMNO dan BN sudah mula goyah dengan mengambilkira majoriti sebenar beberapa YB UMNO/BN yang menurun. Bagaimana kita perlu menangani dan meraih undi orang muda yang pasti bertambah pada PRU14 akan datang?

Ayuh ahli UMNO! Kita lakukan perubahan bersama DS Najib.


KUALA LUMPUR 31 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pemilihan parti bagi semua peringkat iaitu daripada cawangan hingga Majlis Tertinggi (MT) akan dijalankan pada tahun ini.

Presiden UMNO berkata, untuk proses pemilihan kali ini, format baru akan digunakan iaitu berdasarkan beberapa pembaharuan yang telah dibuat dalam Perlembagaan parti antaranya pemilihan jawatan MT hingga Presiden dilakukan oleh hampir 150,000 perwakilan di 191 bahagian.

Sambil mengakui sistem baru itu mencabar dan begitu kompleks beliau berkata, pemilihan pemimpin-pemimpin UMNO kali ini melibatkan jumlah perwakilan yang amat besar berbanding sistem pemilihan sebelum ini.

"Jumlah perwakilan yang hampir 150,000 orang itu tidak termasuk jumlah perwakilan yang akan memilih pemimpin-pemimpin di peringkat sayap yang terdiri daripada Pemuda, Wanita dan Puteri.

"Setiap sayap mempunyai 100,000 perwakilan yang akan memilih pemimpin-pemimpin mereka. Saya akui jumlah ini cukup besar walaupun tidak sebesar pengundi yang diuruskan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Bagi memudahkan perjalanan proses pemilihan, Najib berkata, pihak pengurusan UMNO yang diketuai oleh bekas Menteri Besar Perak, Tan Sri Tajol Rosli; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja UMNO, Datuk Abd. Rauf Yusoh akan turun ke negeri-negeri untuk memberikan penerangan tentang proses pemilihan baru itu.

Beliau berkata, antara perkara utama yang akan disentuh oleh pihak berkenaan ialah mengenai kefahaman perwakilan serta logistik.

"Oleh itu kita akan menunggu maklum balas dari mereka sebelum pemilihan di peringkat cawangan dapat dijalankan sepenuhnya" ujarnya.

Atas sebab itu juga beliau menjangkakan pemilihan di peringkat cawangan hanya dapat dimulakan pada 15 Julai sehingga 31 Ogos.

Bagaimanapun ujarnya, tarikh untuk pemilihan bagi peringkat bahagian dan MT masih belum ditetapkan lagi.

Menjawab satu soalan beliau berkata, pemilihan jawatan MT hingga Presiden oleh hampir 150,000 perwakilan itu akan dibuat serentak pada satu tempoh ditetapkan.

"Cara mana pemilihan kita akan tentukan sama ada dengan cara mengangkat tangan, guna kertas undi, guna dakwat kekal atau sebagainya," ujarnya.

Ditanya sama ada beliau bersedia untuk dicabar bagi jawatan Presiden, Najib berkata, UMNO merupakan sebuah parti terbuka dan sebuah parti yang benar-benar demokratik.

"UMNO tidak seperti parti-parti yang lain," katanya sinis.

Tuesday, May 21, 2013

YB Sabah Harus Ingat Perihal `Menang Tipis'



TAHNIAH rakyat Sabah kerana 10 daripada pimpinan politik dari negeri ini terpilih menganggotai Kabinet Pusat. Terima kasih kerana kesetiaan dan sokongan tidak berbelah bahagi anda kepada Barisan Nasional (BN) membolehkan pemimpin bertuah ini membawa ‘suara dan keluhan’ terus kepada pendengaran Perdana Menteri.

Ingati balik apa matlamat menjadi wakil rakyat, sudah semestinya untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada ‘majikan’, iaitu rakyat yang memberikan mandat.

Jangka hayat mereka tidak lama, hanya sekadar satu penggal atau lebih tepat lagi antara empat dan lima tahun sahaja. Selepas itu, nasib dan masa hadapan mereka terserah sepenuhnya kepada rakyat. Jika pemimpin itu amanah, maka akan diangkat kembali oleh rakyat tetapi jika berlaku khianat pasti akan dilaknat oleh rakyat.

Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) telah berakhir dan seperti semua sedia maklum bahawa BN Sabah berjaya mengulangi tradisinya memerintah negeri ini dengan majoriti dua pertiga, sekali gus sekali lagi mengesahkan status eksklusifnya sebagai negeri simpanan tetap BN.

BN Sabah memenangi 22 daripada 25 kerusi Parlimen dan 48 daripada 60 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Dalam memperkatakan mengenai kemenangan besar BN itu, barangkali ramai yang terlupa dengan jumlah undi popular yang diperoleh BN dan pembangkang di negeri ini, perbezaan antara kedua-duanya agak tipis sebenarnya.

Diakui perkiraan undi popular tidak boleh dijadikan bukti kemenangan mutlak bagi sebuah negara yang mengguna pakai sistem pilihan raya Komanwel tetapi perlu diingat sekiranya ia terus dikesampingkan, tidak mustahil dalam PRU-14 nanti kerajaan yang memerintah bukan lagi BN!.

Satu bedah siasat menyeluruh perlu dibuat bagi mengenal pasti punca sebenar, jangan mengandaikan semuanya kerana terpengaruh dengan dakyah dan tipu muslihat pembangkang semata-mata, tidak mustahil juga ia berlaku kerana undi protes rakyat terhadap BN sendiri.

Mengimbas kembali keputusan PRU-13 lalu di Sabah, bagi 60 Dewan Undangan Negeri (DUN), jumlah pengundi yang memilih BN ialah seramai 427,257 orang berbanding yang memilih pembangkang seramai 416,742, perbezaan hanya 10,515 undi.

Sementara bagi 25 Parlimen, undi yang diperoleh BN ialah sebanyak 421,792 berbanding pembangkang hanya 365,833 undi dengan perbezaan sebanyak 55,959 undi.

Perlu dingat, daripada 25 Parlimen dan 60 DUN itu, hanya dua kawasan sahaja yang ditandingi satu lawan satu antara BN dan pembangkang iaitu di Parlimen Sandakan dan DUN Tanjung Batu, baki kawasan lain keadaan sebaliknya berlaku yang menyaksikan beberapa kawasan menghadapi pertembungan sengit hingga tujuh penjuru.

Cuba bayangkan sekiranya dalam PRU-14 nanti, pembangkang sudah ‘insaf’ dan memilih untuk betul-betul berpakat iaitu setiap kerusi ditandingi satu lawan satu, apa yang akan berlaku kepada BN sekiranya mereka langsung tidak mengambil langkah proaktif dalam tempoh empat dan lima tahun ini untuk menarik kembali sokongan rakyat yang beralih arah kepada pembangkang itu.

Secara realitinya, banyak pihak hanya ingin mengetahui perkhabaran yang enak-enak sahaja tetapi tidak salah sekiranya ditekadkan dalam pemikiran mengenai perkara negatif kerana ia bukan memudaratkan tetapi sebaliknya boleh menyiapkan diri untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang bakal terjadi.

Malah secara positifnya akan memantapkan lagi persediaan bagi mengelak sebarang kebarangkalian berlakunya keputusan negatif itu. Akhirnya siapa yang akan untung?.

Kembali semula secara khusus kepada para YB Sabah termasuk yang menjadi Menteri Pusat. Kini bukannya masa untuk bersenang-lenang - kerja dan terus bekerja untuk rakyat (memetik ingatan yang selalu ditekankan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman).

Sila belek kembali fail-fail dan janji-janji lama yang belum tertunai, surat-surat aduan yang dihantar oleh rakyat, adakah semuanya sudah dilunaskan. Hasil pemerhatian dan pelbagai permasalahan yang disuarakan kepada orang-orang surat khabar termasuk juga melalui laman sosial, sebenarnya masih banyak yang perlu ‘dikerjakan’ oleh para YB.

Ingat kembali janji-janji yang diucapkan sepanjang kempen PRU-13 lalu, jangan hanya janji tinggal janji. Perlu diingat, bukan sahaja rakyat memantau tetapi malaikat pun turut mencatatnya, tanpa tertinggal walau sebesar zarah sekalipun.

Mungkin alasan terlupa boleh diterima, kerana perkataan ‘manusia’ itu sendiri berasal daripada kata akar, nasiya - yang bermaksud lupa dalam bahasa Arab. Namun setelah diberi peringatan, maka tidak lagi boleh digunakan alasan retorik ini.

Percayalah, jawatan, kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan oleh rakyat itu tidak akan terhenti setakat di atas muka bumi ini sahaja tetapi sebaliknya ia tetap akan dipersoal dan diperhitungkan di akhirat kelak. 

Semuanya akan mengharungi hari pembalasan itu, tiada pengecualian termasuk penulis dan manusia lain yang memegang status ‘Hamba Allah’.

Dipetik dari Utusan Online

Tuesday, May 7, 2013

PRU13 Dedahkan Muslihat Orang Cina




Segala debaran PRU13 seolah-olah telah berakhir. Hakikatnya tidak. 


Sebelum PRU13 debaran politik amat tidak menentu. Setelah pengumuman keputusan PRU13 sehingga awal pagi 6 Mei 2013, ternyata debaran politik pasca PRU13 bakal berterusan. 


Dengan kemenangan boleh dikatakan tipis BN iaitu 133 kerusi Parlimen manakala Pakatan Rakyat dengan 89 kerusi, persekitaran politik Malaysia akan terus diwarnai dengan aksi-aksi politik dari kedua-dua belah pihak.


Kesimpulan awal blog ini berdasarkan keputusan PRU13 semasa adalah; 

Komuniti Cina Malaysia telah menghantar mesej melalui pola undi mereka bahawa mereka `tidak’ bersama BN dalam merealisasikan transformasi yang dilaung-laungkan oleh Najib. 
DAP menang dengan bergaya. Apakah Malaysia Malaysian mereka sudah menjadi sebati dikalangan orang Cina?

MCA dan Gerakan bolehlah dikatakan `sudah’ dikuburkan pada PRU13. Orang Cina nampaknya sangat benci dengan MCA dan Gerakan.

MIC juga semakin tidak relevan kepada komuniti India Malaysia. Walaupun telah memenangi beberapa kerusi, itupun pastinya dengan bantuan undi orang Melayu. Undi masyarakat India di lain-lain tempat tidak membantu calon BN.

MCA, Gerakan dan MIC tidak menyumbang langsung kepada kejayaan BN. Meskipun pelbagai bantuan telah dicurahkan kepada mereka oleh kerajaan pimpinan Najib.

UMNO menang 109 dari 120 kerusi ditandingi. Nampak berjaya tetapi tidak memuaskan.

BN adalah UMNO yang dikuasai oleh komuniti Melayu. Pakatan Rakyat adalah DAP yang dikuasai komuniti Cina. Mungkinkah perpecahan dan jurang antara orang Melayu dan orang Cina sedang berlaku?

Orang muda atau dari saluran 3 dan saluran 4 peti undi telah menunjukkan kecenderungan kepada anti establishment atau lebih tepat tidak bersama BN. BN harus mempunyai strategi ampuh menangani perkara ini. BN hanya ada lebih kurang 5 tahun untuk menyelesaikan dilemma ini.

BN harus melihat semula mekanisme terbaik untuk mereka memenangi hati orang muda. Bukan sekadar mengula-gulakan mereka dengan aktiviti pesta-pestaan dan hiburan.

Pakatan Rakyat menunjukkan peningkatan ketara walaupun tewas di Kedah tetapi sudah bertapak malah menafikan 2/3 majoriti di negeri-negeri dikuasai BN.

PRU14 akan datang jika prestasi Pakatan Rakyat berkekalan, pasti akan berlaku perubahan pemerintahan kerajaan Persekutuan andai BN tidak melakukan overhaul terhadap organisasi dan kepimpinan mereka.

Kemenangan BN di Kedah penawar kepada prestasi hambar BN. BN semakin longgar disemua negeri kecuali Kedah dan Sarawak.

Misalnya di Sabah, Pakatan Pakyat termasuk parti STAR sudah mempunyai 12 kerusi DUN dan pasti akan menambahkan panas sesi DUN selepas ini. Peningkatan undi popular pembangkang juga harus diambil berat oleh BN. Janganlah asyik menyalahkan orang lain.

Johor, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan juga sudah mula ditembusi oleh Pakatan Rakyat. Manakala Penang, Selangor dan Kelantan semakin kukuh dengan cengkaman Pakatan Rakyat.

Perak dan Terengganu pula tidak stabil dan pada bila-bila masa boleh berlaku kejutan jika BN tidak berubah secara total.

Pemilihan calon BN masih menjadi persoalan. Kebergantungan kepada beberapa agensi kerajaan dan `kuasa’ pemimpin tertentu dalam menentukan senarai calon jika diteruskan pada PRU14 pasti akan mengundang bala kepada BN.

BN harus membenarkan kemasukan dan penglibatan lebih ramai muka baru dan golongan professional dalam organisasi mereka. Masalahnya adalah `orang lama’ tidak membenarkan ia berlaku. Orang lama ini seolah-olah mempunyai mempunyai kuasa ugutan seperti menyertai Pakatan Rakyat jika mereka `diabaikan’. BN harus berani bergerak tanpa mereka dan berani `mengorbankan’ mereka. Jika tidak, merekalah yang akan mengorbankan BN dari dalam.

Kejayaan Pakatan Rakyat di Selangor memperlihatkan kepincangan dan kegagalan BN. BN Selangor perlu dirombak sepenuhnya. Muka lama dalam kepimpinan BN termasuk UMNO hendaklah digugurkan. BN harus lebih berani!

BN harus juga berani membiarkan `orang muda’ dan professional memimpin teraju parti terutamanya di peringkat negeri.

Barisan kabinet Najib, tidak semestinya terikat dengan pemimpin BN sedia ada. Golongan muda dan professional hendaklah diketengahkan. Usaha Najib sebelum ini nampaknya tidak begitu Berjaya dalam menangani orang muda.

Perlantikan senator kuota BN kepada pemimpin lama BN sebagai platform atau janji kedudukan akibat kekalahan atau tidak terpilihnya mereka sebagai calon tempohari hendaklah dihentikan. Biarkan orang muda dan professional pro BN mengisi kekosongan tersebut.

BN harus berani melakukan transformasi total politik. Ini adalah untuk survival politik BN itu sendiri. Jika tidak, BN harus menyediakan lubang kubur mereka sendiri pada PRU14 akan datang. Ini penting dalam menghadapi PRU14 akan datang kerana jumlah undi orang muda akan melebihi jumlah undi orang `lama’.

BN harus berhati-hati. Jika PRU12 Anwar Ibrahim boleh merancang `membeli’ Ahli Parlimen BN untuk Pakatan Rakyat memerintah. Maka, sindrom 16 September pasti boleh berulang!

BN Sabah dan Sarawak hendaklah diberikan kedudukan sebaik mungkin dalam kabinet Najib. Bagi mengelak peristiwa 16 September berulang. Bukankah meletihkan untuk berkejar-kejaran ke Taiwan?

Jangan sampai yang dikendong berciciran, yang dikejar tidak diperolehi. Maka, perlukah tuntutan-tuntutan kaum Cina dan India dipenuhi setiap kali mereka mengugut? Bagaimana jika orang Melayu/Bumiputera juga mengugut? Najib harus lebih bijaksana! Inilah cabaran terbesar Najib. Hanya kesungguhan dan keberanian Najib akan merealisasikannya.



Keputusan PRU13 harus diterima dengan lapang dada oleh semua pihak. Berpolitik sepanjang masa akan menjejaskan usaha menuju negara maju berpendapatan tinggi dan mencapai Wawasan 2020. 

Hakikatnya, BN masih perlu berubah dan meneruskan perubahan. Pakatan Rakyat harus melupakan budaya demonstrasi tanpa henti dan sebarang usaha membeli Ahli Parlimen BN. Biarkan demokrasi melalui pilihanraya dihormati. 

Kini yang penting bukan lagi individu atau parti masing-masing tetapi negara Malaysia tercinta.

Friday, April 19, 2013

Update PRU13: Calon Bebas Lebih Ramai & Lebih Berwibawa!



Nota: WT percaya fenomena calon Bebas akan mewarnai PRU13 ini. Jangan perlekeh dan memandang rendah keupayaan mampu menang calon Bebas. Dalam situasi bilamana calon BN dan calon Pakatan Rakyat kedua-duanya boleh dikategorikan hampehhhh, sekiranya personaliti calon Bebas berkenaan lebih baik dari calon lain maka tidak mustahil kemenangan bukan untuk BN dan bukan juga untuk Pakatan Rakyat. 

Adakah calon Bebas akan mewujudkan `third force' yang kukuh pada PRU13? Yang pasti ada dikalangan calon Bebas aalah winnable candidate sebenar, pilihan rakyat dan undi rakyat kerana calon berkenaan bukan kerana mana-mana parti. Kelebihan calon Bebas berkualiti juga adalah undi atas pagar dan undi protes terutamanya dari ahli BN dan ahli Pakatan Rakyat! 

PRU13 benar-benar akan mengejutkan!


Penamaan calon Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) hari ini dijangka menyaksikan beberapa kejutan, termasuk pertembungan sesama ahli parti kerana tidak puas hati dengan pencalonan yang ditetapkan oleh kepemimpinan parti atau kecewa selepas tidak dicalonkan.

PRU-13 juga diramalkan akan menjadi pilihan raya umum paling ramai calon Bebas bertanding, selain pertandingan tiga penjuru atau lebih terutama di Sabah dan Sarawak kerana kegagalan pembangkang berkompromi untuk membentuk pertandingan satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN).
Sarawak dijangka menyaksikan paling ramai calon bertanding di sebanyak 31 kerusi Parlimen, terutama calon Bebas.

Pertarungan tiga penjuru atau lebih dijangka berlaku di sekurang-kurangnya enam kerusi, iaitu Parlimen Mas Gading, Sri Aman, Lubok Antu, Sarikei, Julau dan Selangau.

Sehingga jam 8 malam tadi, 284 borang pencalonan sudah dikeluarkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) setakat semalam, sedangkan jumlah kerusi ditandingi hanya 31.

Sabah buat kejutan

Sabah juga bakal menyaksikan banyak pertandingan lebih tiga penjuru kerana kegagalan pembangkang bergabung untuk menentang BN, termasuk bekas Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Lajim Ukin dan bekas Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wildfred Bumburing yang keluar BN dan bertanding atas tiket PKR.

Parti Maju Sabah (SAPP), USNO, Parti Reformasi Negeri (STAR) cawangan Sabah, turut meletakkan calon dan akan bersaing dengan PKR, DAP dan PAS untuk menentang BN. Selain itu, seperti kelaziman di Sabah, ramai calon Bebas akan muncul di pusat penamaan calon akibat tidak puas hati kerana tidak dipilih bertanding.

Pertandingan tiga penjuru juga dijangka berlaku di sekurang-kurangnya empat kerusi di Kelantan apabila calon Bebas diramal bertanding menentang BN dan pembangkang.

Penyandang Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali yang mengharapkan BN memilihnya sebagai calon mesra BN, dikatakan mahu bertanding calon Bebas jika namanya tidak disenaraikan pagi ini.

DUN Guchil dijangka menyaksikan pertandingan empat penjuru antara BN, PKR dan dua calon Bebas, manakala Nenggiri dan Selinsing berlaku tiga penjuru kerana tidak berpuas hati dengan parti masing-masing meletakkan calon.

Di Terengganu juga dijangka berlaku pertembungan sesama calon PKR dengan PAS dan BN dengan calon yang tidak berpuas hati dengan pencalonan parti. Antaranya di Parlimen Dungun, DUN Bukit Besri dan DUN Rantau Abang.

Pulau Pinang pula dijangka menyaksikan 10 pertandingan tiga penjuru, manakala satu empat penjuru. Antara punca kerana Parti Cinta Malaysia (PCM) mengemukakan lima calon dan kehadiran lima calon Bebas serta satu tiga penjuru berikutan pertembungan PKR dan PAS.

Empat penjuru pula membabitkan kerusi Parlimen Batu Kawan dengan BN diwakili N Gobalakrishnan, DAP diwakili P Kasthuriraani, calon Bebas yang juga bekas Penyelaras BN Batu Kawan, A Mohan dan PCM diwakili Naib Presidennya, Huan Cheng Guan.

Empat lagi kerusi Parlimen menyaksikan perlawanan tiga penjuru. Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahya mewakili BN beri saingan kepada Datuk Seri Abdul Rahman Maidin (PAS) dan bekas Timbalan Menteri Pertanian dan Pembangunan Asas Tani, Datuk Seri Mohd Shariff Omar yang mahu bertanding Bebas.

Sebanyak enam DUN pula diramal menyaksikan perlawanan tiga penjuru dengan DUN Sungai Acheh mencatatkan pertembungan menarik antara BN, PAS dan PKR dengan calon masing-masing ialah Datuk Mahmud Zakaria, Yusni Md Piah dan Badrul Hisham Shaharin.

Ahli DAP tanding Bebas

Ramai ahli dan pemimpin negeri yang tidak berpuas hati dengan DAP akan bertanding calon Bebas, terutama di Negeri Sembilan. Antaranya Parlimen Seremban, DUN Temiang, Bukit Kepayang, Senawang dan Port Dickson, mana-kala bekas ahli PKR, Shahrudin Abdul Hamid bertanding Bebas menentang PAS dan BN.

Kedah juga bakal menyaksikan pertarungan menarik kerana Parti Kesejahteraan Insan Tanah Air (KITA) akan meletakkan ramai calon. Parti Bersatu Sasa Malaysia (Bersama) meletakkan Jawahar Raja Abdul Wahid di Parlimen Alor Star dan DUN Bakar Bata.

KITA bertanding di DUN Pedu, Sungai Tiang, Gurun, Bukit Selambau, Bakar Arang, Sidam, Kuala Ketil, Merbau Pulas dan Lunas serta Parlimen Pendang dan Sungai Petani. Bekas pengerusi KITA Kedah, Zamil Ibrahim dijangka bertanding di Sidam.

Tuesday, April 16, 2013

Update PRU13: Pasukan Transformasi Sabah Tempang?





DS Najib mengumumkan calon BN sebagai Pasukan Transformasi. Ini merujuk kepada perkiraan bahawa lebih kurang 49% calon baru untuk DUN dan 33% calon baru untuk Parlimen.

Kedengaran suara-suara tentang `kekurangan' penglibatan calon Pemuda UMNO dalam Pasukan Transformasi ini. Ini menjadi lebih jelas dan ketara sekiranya kita melihat senarai calon BN di Sabah dibawah. UMNO Sabah merasa selesa dengan mencalonkan hampir 90% penyandang DUN walaupun umum mengetahui beberapa calon dan penyandang DUN telah mempamerkan prestasi yang amat daif sebelum ini. Tetapi masih dicalon dan dianggap calon yang akan membawa TRANSFORMASI!

Sesak dan menyesakkan...tapi kita lihat saja kesudahannya! Mungkinkah arus transformasi politik belum sampai ke Sabah?

Nota:
Hanya seorang calon dari Pemuda UMNO iaitu Ketua Pemuda UMNO Kimanis bertanding di N23 Bongawan - Mohamad Alamin. Selebihnya adalah calon recycle dan ada yang dikategorikan sebagai calon cari kaya!

Adalah dibimbangi rakyat Sabah ingin `mengajar' BN Sabah apa erti transformasi politik? Malah ada yang mula berkata transformasi DS Najib hanya di Semenanjung dan negeri-negeri yang BN telah kalah pada PRU13 yang lalu. Adakah transformasi atau perubahan dari segi line up calon hanya akan berubah jika sesebuah negeri tidak lagi dibawah pemerintahan BN? 

Usah salahkan rakyat dan pengundi jika kalah...usah juga menuding jari mencari kambing hitam. Hakikatnya, BN Sabah menggali kubur sendiri...salah memilih calon!


PARLIMEN

P167 Kudat- Datuk Abdul Rahim Bakri (penyandang)

P168 Kota Marudu - Datuk Dr. Maximus Ongkili (penyandang)

P169 Kota Belud - Datuk Abd. Rahman Dahlan (penyandang)

P170 Tuaran - Madius Tangau (penampilan semula)

P171 Sepanggar - Datuk Jumat Idris (baharu)

P172 Kota Kinabalu - Chin Tek Ming

P173 Putatan - Dr. Marcus Mojigoh (penyandang)

P174 Penampang - Tan Sri Bernard Giluk Dompok (penyandang)

P175 Papar - Rosnah Abdul Rashid Shirlin (penyandang)

P176 Kimanis - Datuk Anifah Aman (penyandang)

P177 Beaufort - Datuk Azizah Mohd. Dun (pertukaran kawasan)

P179 Ranau - Ewon Ebin (pertukaran kawasan)

P178 Sipiting - Datuk Sapawi Amat Wassali@Ahmad (penyandang)

P180 Keningau - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)

P181 Tenom - belum diumumkan (kuota UMNO)

P182 Pensiangan - belum diumumkan (kuota PBRS)

P183 Beluran - Datuk Ronald Kiandee (penyandang)

P184 Libaran - Datuk Juslie Ajirol (penyandang)

P185 Batu Sapi - Linda Tsen Thau Lin (penyandang)

P186 Sandakan - belum diumum (kuota LDP)

P187 Kinabatangan - Datuk Bung Moktar Radin (penyandang)

P188 Silam - Datuk Datu Nasrun Datu Mansor (pertukaran kawasan)

P189 Semporna - Datuk Mohd. Shafie Apdal (penyandang)

P190 Tawau - Datuk Mary Yap Kain Ching (baharu)

P191 Kalabakan - Datuk Abdul Ghapur Salleh (penyandang)

DEWAN UNDANGAN NEGERI:

N1 Banggi - Abdul Mijul Unaini (penyandang)

N2 Tanjong Kapor - belum diumum (kuota LDP)

N3 Pitas - Bolkiah Ismail (penyandang)

N4 Matunggong - Sarapin Magana (penyandang)

N5 Tandek - Lasiah Baranting@Anita (penyandang)

N6 Tempasuk - Musbah Jamli (penyandang)

N7 Kadamaian - Herbert Timbon Lagadan (penyandang)

N8 Usukan - Datuk Seri Salleh Said (penampilan semula)

N9 Tamparuli - Datuk Jahid@Noordin Jahim (penyandang)

N10 Sulaman - Datuk Hajiji Noor (penyandang)

N11 Kiulu - Datuk Lovis Rampas (penyandang)

N12 Karambunai - Jainab Ahmad (penyandang)

N13 Inanam - Goh Chin Lok@Johny Goh (penyandang)

N14 Likas - belum diumum (kuota LDP)

N15 Api-api - Datuk Dr. Yee Moh Chai (penyandang)

N16 Luyang - Agnes Sim (baharu)

N17 Tanjong Aru - Edward Yong Oui Fah (penyandang)

N18 Petagas - Datuk Yahya Hussin (penyandang)

N19 Kapayan - Datuk Edward Khoo Keok Hai (penyandang)

N20 Moyog - Philip Benedict Lasimbang (penampilan semula)

N21 Kawang - Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (penyandang)

N22 Pantai Manis - Datuk Abdul Rahim Ismail (penyandang)

N23 Bongawan - Mohamad Alamin (baharu)

N24 Membakut - Mohd. Arifin Mohd. Arif (penyandang)

N25 Klias - Isnin Aliasnih (baharu)

N26 Kuala Penyu - Limus Jury (baharu)

N27 Lumadan - Kamarlin Ombi (penyandang)

N28 Sindumin - Ahmad Bujang (penyandang)

N29 Kundasang - Dr. Joachim Gunsalam (penyandang)

N30 Karanaan - Datuk Masidi Manjun (penyandang)

N31 Paginatan - Siringan Gubat (pertukaran kawasan)

N32 Tambunan - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)

N33 Bingkor - Kennedy Jie John@Kenn (baharu)

N34 Liawan - Datuk Sairin Karno (penyandang)

N35 Melalap - Datuk Radin Malleh (penyandang)

N36 Kemabong - Datuk Rubin Balang (penyandang)

N37 Sook - belum diumumkan (kuota PBRS)

N38 Nabawan - Datuk Bobbey Ah Fang Suan (penyandang)

N39 Sugut - Datuk James Ratib (baharu)

N40 Labuk - Datuk Micheal Asang (penyandang)

N41 Gum-gum - Datuk Zakaria Mohd. Edris (penyandang)

N42 Sungai SIbuga - Datuk Seri Musa Aman (penyandang)

N43 Sekong - Datuk Shamsuddin Yahya (penyandang)

N44 Karamunting - belum diumum (kuota LDP)

N45 Elopura - Au Kam Wah (penyandang)

N46 Tanjong Papat - Datuk Raymond Tan Shu Kiah (penyandang)

N47 Kuamut - Masiung Banah (penyandang)

N48 Sukau - Saddi Abdul Rahman (penyandang)

N49 Tungku - Datuk Mohd. Suhaili Said (penyandang)

N50 Lahad Datu - Datuk Mohd. Yusof Apdal (baharu)

N51 Kunak - Nilwan Kaban (penyandang)

N52 Sulabayan - Datuk Jaujan Sambakong (baharu)

N53 Senallang - Datuk Nasir Tun Sakaran (penyandang)

N54 Bugaya - Datuk Ramlee Marahaban (penyandang)

N55 Balung - Datuk Syed Abas Syed Ali (penyandang)

N56 Apas - Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (penyandang)

N57 Sri Tanjong - Fung Len Fui (baharu)

N58 Merotai - Datuk Pang Yuk Ming (penyandang)

N59 Tanjung Batu - Datuk Hamisah Samat (penyandang)

N60 Sebatik - Abd Muis Picho (penyandang)

Monday, April 15, 2013

Update PRU13: Several Ministers dropped, about 50% new faces for State and 33% for Parliamentary seats



KUALA LUMPUR, April 15 — 
Several ministers including Datuk Seri Rais Yatim, Datuk Seri Dr Ng Yen Yen and Tan Sri Nor Mohamed Yakcop have been dropped from the list of Barisan Nasional candidates for GE13.

BN will field new faces for 49 per cent of the 505 state seats being contested and up to one-third of the 222 parliamentary seats in the May 5 general election.

Umno Youth leader Khairy Jamaluddin wrote on his Facebook page that there will b 33% new faces for Parliamentary seats and 49% for State seats.

Prime Minister and BN chairman Datuk Seri Najib Tun Razak this morning met the State Barisan chairmen and handed letters of credentials  of the candidates to them.

Later, Najib announced that the coalition would be fielding 33 per cent new faces for the Parliamentary constituencies while for the State Assembly seats 49 per cent would be new faces.

He said this was to meet the wishes and hopes of the voters who wanted to see that the BN and Umno was prepared to make the change.

He said the balance between new and experienced candidates was most important because the BN did not want to merely highlight the changes but as a party, the coalition should have people who could administer and deliver the aspirations of the people.

“If everyone of those in the government are new faces without any experience, this will hinder the BN government’s ability to fulfill the wishes and needs of the rakyat,” he told reporters after handing out the documents of Nomination and BN Pledge to the presidents of the BN component parties and state BN chairmen, here.

Najib pointed out that 91 per cent of the BN candidates for the Parliamentary seats had minimum academic qualification of a diploma.

He said that 31 per cent of the BN candidates for Parliamentary seats comprised professionals including academicians, doctors, lawyers as well as ulamas.

“In addition, there are also candidates comprising popular individuals at the grassroots level, the focus is on their capability to become grassroots leaders,” he said.

Disclosing that the candidates list was also balanced with the participation of women and youths, Najib said that most of the new faces were being fielded in the opposition-led states.

Describing the candidates line-up as the “Transformation Team for BN”, Najib was confident that it was the strongest team and could fulfill the ‘Aku Janji BN’ or the ‘BN Pledge’ and drive the government transformation plan.

“I hope the evaluation on the line-up would be looked at from the whole context, that is, not only those who are contesting but their capability in the context of forming a solid and strong government that could fulfill the needs and aspirations of the people in future.

“We cannot just look at this general election but should look at the subsequent developments, because we must have a line-up that can implement all the BN pledges,” he said, referring to the BN election manifesto launched recently that consisted of 17 issues for the prosperity of the people.

Najib said the ability to fulfill the BN Pledge was among the principles adopted in deciding the final list of candidates.

Taking the opportunity to record his appreciation to the former BN elected representatives, Najib, who is also the Prime Minister, said those not selected should not look at it as a denial of their services and contributions all this time.

“It does not mean that those who are not selected have failed, or have problems or disputes, but under the circumstances where the community and voters demand for change, some of the members have to make way to enable the changes to be carried out,” he said.

He hoped that they would continue to give their support and contribution to the party during and after the general election.

Asked whether he was worried about the disappointment that might be felt by those not picked to stand in the election, Najib said: “I am more worried about the disappointment of the rakyat.”

Asked about the possibility that the candidates list would be amended, Najib said : “This is the final list. I don’t anticipate the need to change.

“…I hope such a situation does not arise. Legally and technically it can still be changed, but we are hoping that this is the final list,” he added.

Thursday, April 11, 2013

Panas PRU13: Mengapalah Korang Bodoh Sangat...




WT sebenarnya tidaklah teruja sangat mahu bercerita tentang pendedahan terkini berkaitan `aktiviti' berunsur seksual (macam aktiviti haram jadah jer..!) pemimpin parti pembangkang yang sekian lama menyalahgunakan nama Islam khususnya dalam mengkafirkan umat Islam yang lain.

Cuma terpaksa dan merasakan perlu untuk berbicara sedikit tentang aktiviti tidak bermoral pemimpin politik pembangkang. Para pencacai PKR,PAS malah DAP pasti menafikan sekeras-kerasnya bahawa itu ini bukan video atau rakaman aktiviti pemimpin mereka. Iyelah sapa nak mengaku kan! 


Anwar biar sampai mati takkan mengaku dia meliwat atau mengongkek ChinaDoll...tidak akan mungkin berlaku pengakuan. Anwar pandai berdolak dalih dan berpura-pura. Beliau berani dan yakin bahawa tidak perlu mengaku biar apa jenis sekalipun bukti ditampilkan....kalau bukti CCTV pencacai kata super imposed, besi dan macam-macam lagi alasan...kalau bukti DNA...kata DNA tipu...Anwar makin galak meliwat dan mengongkek selagi `rakyat' Malaysia yang menjadi pencacai beliau berterusan mempercayai bahawa Anwar bukan peliwat dan bukan kaki zina! Anwar tak akan berhenti sampai bila-bila....

Anwar takkan bimbang...kerana jika adapun pencacai yang berpaling tadah dan menerima kebenaran, mereka boleh saja digelar dan dituduh macam-macam seperti agen UMNO, dibayar dan sebagainya...akan sentiasa ada `rakyat' Malaysia yang menjadi mangsa untuk diperbodohkan. Anwar percaya selagi belum kiamat, akan ada manusia mempercayai dolak dalih dan tipu daya beliau. Waima sekalipun Wan Azizah, isteri beliau berpaling tadah....Anwar mampu memperbodohkan para pencacai beliau untuk mempercayai bahawa itu adalah konspirasi, penipuan, pembohongan.....atau tidak mustahil beliau akan kata...Wan Azizah sudah disihir supaya bercakap kononnya memfitnah beliau! 


Selain Anwar dan beberapa pemimpin PKR khususnya yang sudah terpalit dengan aktiviti tidak bermoral seperti Min Aiskrim, Badrul Khalwat dan Eli Bukit Telanjang. PAS juga tidak ketinggalan untuk mencipta nama sebagai parti yang ada pemimpin yang gemar dengan aktiviti seks bebas mereka....seperti aksi dalam keretapi dan menyetubuhi isteri dalam haid! Inikah pemimpin yang kita percayai untuk memimpin kita?


Kini didedahkan pula aksi pemimpin kanan PAS! Seperti biasa...UMNO/BN juga yang salah....orang lain buat maksiat...dapat sedap dunia...orang lain kena tanggung! Pencacai pembangkang juga seperti biasa...mana boleh percaya beb! Bagi mereka pemimpin mereka seumpama maksum dari dosa dan salah silap...Mereka sengaja buat bodoh dan buat lupa...bahawa pemimpin mereka pun manusia biasa sama macam rakyat Malaysia yang lain! 


Kesian pemimpin pembangkang...sebab mudah sangat memperbodohkan penyokong mereka bahawa liwat, seks dan aktiviti tidak bermoral lain yang mereka lakukan adalah palsu! Tapi paling kesian...mengapalah pemimpin pembangkang ini terlalu bodoh dan bangang? Kalau nak mengongkek pun...ambillah langkah-langkah keselamatan....memang otak pemimpin pembangkang bingai dan bodoh tahap gaban! Dahlah bodoh sombong pulak tu....Takkan tak ambil pengajaran berapa banyak pemimpin mereka sudah dirakam aksi tidak bermoral mereka! 


Kerana bodoh dan bingainya otak mereka ini...hinggakan aksi atas perut perempuan dan balun belakang mereka semudah itu dapat dirakam! Bayangkan kalau-kalau ada banyak rakaman aksi yang lebih panas mereka di luar negara atau yang dirakam oleh musuh negara! Bayangkan jika mereka menjadi pemerintah negara...rakaman aksi-aksi tersebut dijadikan bahan untuk `jual beli' maruah dan hak rakyat negara Malaysia...

Para pencacai pembangkang...fikirlah! Kalau tak kisah sangat pun dibodohkan oleh pemimpin kalian...cubalah bawa berfikir! Kalau tak percaya dengan sistem kehakiman dunia dan mahkamah...Cuba bawa pemimpin terlibat bersumpah menjunjung Al Quran...kalau malu nak buat secara terbuka, buatlah secara tertutup. Kalau pemimpin yang dikatakan meliwat dan main seks bebas benar-benar jujur dan tidak berdosa....percayalah menjunjung dan mengucap serta melafaz ayat-ayat suci Al Quran bukan masalah besar untuk mereka berbuat demikian. 

WT kesian sangat dengan para penyokong setia pemimpin pembangkang. Senang sangat diperbodohkan. Asal pandai putar belit macam Anwar atau pakai serban dan baca ayat-ayat suci Al Quran...maka apa saja perbuatan maksiat pemimpin mereka akan ditolak mentah-mentah. Kenapalah korang bodoh sangat...atau mungkin korang memang bodoh bingai!

Pemimpin pembangkang yang bodoh sangat sampai asyik kena kantoi dirakam aksi berahi mereka....carilah gajet untuk check bilik hotel sebelum buat projek...Janganlah bengap sangat! Nak projek tak tahu nak cover line.....

Mengapalah korang ni bodoh sangat....Nik Aziz dah letih bagi pengampunan dah! Dia pun bukannya maksum pun! Dia pun makin hari makin merapu makin nyanyuk...kesian orang tua ni...usia dah lanjut begini terpaksa cover line orang lain! 

Kenapalah korang bodoh sangat....




Sunday, April 7, 2013

Update PRU13: Dilemma Winnable Candidate





DS Najib sudah mengumumkan pembubaran Parlimen dan Akujanji/Manifesto BN untuk PRU13. Kini tumpuan adalah kepada SPR dalam menentukan tarikh penamaan calon dan mengundi!

Bagi parti bertanding, proses memutuskan calon masih berjalan. DS Najib sudah mengumumkan senarai calon akan diumumkan lebih awal selepas tarikh penamaan calon dimaklumkan oleh SPR.

Kini ramai yang berdebar-debar samada terpilih atau tidak sebagai calon. Hinggakan kadangkala mereka lupa bahawa rakyat atau pengundi terutamanya pengundi atas pagar secara dasarnya masih lagi belum 100% membuat keputusan, parti atau calon mana yang bakal mereka undi kelak. Apalah maknanya jika terpilih dan menang tetapi tidak memerintah?

Soal calon berkait dengan winnable candidate yang dinyatakan oleh DS Najib. Ramai telah mempertontonkan dan mengiklankan diri bahawa mereka layak dipilih dan dikategorikan sebagai winnable candidate DS Najib! Kadangkala sesak nafas pun ada, lawak maharaja pun ada juga apabila melihat aksi terlampau segelintir insan dalam mempromosikan diri sebagai winnable candidate...macam-macam ada! Ada dikalangan mereka yang selama ini menyorokkan diri...melarikan diri dari rakyat dan menipu sana sini kepada rakyat...sejak dua menjak ini, tidak lekang pantang ada acara...tidak kira dijemput atau tidak...kononnya atas nama perjuangan, maka muka mereka pun terpampang dimana-mana jua majlis! Dan yang penting muka mereka mesti dirakam dan `lapor diri' dengan pemimpin tertentu.

WT ingin berpandangan sikap buruk seumpama ini memang masih ada di dalam UMNO dan BN. Dan WT yakin UMNO/BN akan tewas kepada lawan jika sikap buruk ini tidak berubah. 

Sejauh mana mereka yang tidak dicalonkan kelak akan menerima dengan hati terbuka dan berbesar hati keputusan tersebut

Bukan mudah untuk mereka menerima hakikat demikian. Segelintir mereka pula telah membelanjakan wang untuk `mengaktifkan' diri supaya diri mereka dikesan oleh radar para pemimpin atasan terutamanya DS Najib. Belum masuk lagi kos konsultansi oleh beberapa juruperunding dan pasukan pelobi!

1) Berapa ramai YB sedia ada yang menawarkan diri tidak mahu dicalonkan semula?
2) Berapa ramai YB sedia ada yang bersedia digugurkan dan menyokong calon dipilih?
3) Berapa ramai pula yang aktif dan agresif melobi menjadi calon winnable candidate?
4) Sejauhmana pula kebolehpercayaan pasukan perisik DS Najib dalam membuat penilaian winnable candidate?
5) Bolehkah semua pihak menerima calon dipilih DS Najib bukan mereka yang melobi, bukan YB, bukan bekas YB tapi calon yang benar-benar `fresh dari ladang'?

DS Najib dilemma! Dilemma dalam menentukan winnable candidate. WT berpandangan keputusan harus dibuat. Soal salah silap keputusan, hanya masa menentukan...

Tetapi memilih YB-YB sedia ada yang sudah terlalu lama (lebih dua penggal), YB-YB yang menang dengan majoriti tipis serta mereka yang telah kecundang atau memilih mereka yang memang memiliki reputasi kotor dan buruk dimata rakyat sebagai winnable candidate pastinya adalah satu keputusan paling silap DS Najib!

Jika DS Najib menelan buta-buta segala info yang disalurkan oleh agensi seperti PDRM, KEMAS, MARA, BTN dsbnya....Untuk makluman, maklumat mereka sudah bercampur aduk antara kebenaran dengan yang batil! Laporan boleh dibuat dan dipinda jika dihulurkan dengan `faedah-faedah' menarik! 

DS Najib akan membaca laporan paling menarik dan meyakinkan berkenaan seseorang jika terlalu mempercayai sumber info dari agensi-agensi kerajaan! Bukan tidak boleh dipercayai langsung...tetapi usah mempercayai 100%.

DS Najib berhadapan dengan dilemma winnable candidate.....terdapat ramai pemimpin `lama' BN termasuk UMNO yang masih tidak menerima realiti bahawa mereka harus berundur! 

Saturday, April 6, 2013

Update PRU13: (Manifesto) Akujanji BN Kepada Rakyat 2013





# Pembangkang Pakatan Rakyat: Manifesto bukan Janji! Manifesto Untuk Menipu Rakyat

# Akujanji BN : Klik  MANIFESTO UNTUK RAKYAT

Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini melancarkan Manifesto Barisan Nasional (BN) bertemakan "Menepati Janji Membawa Harapan" yang merupakan satu dokumen serius dan sebuah aku janji untuk rakyat jika diberi mandat pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
 
Menurut Perdana Menteri, atas sebab itulah maka membuat keputusan melancarkan manifesto tersebut dalam satu majlis besar-besaran dan disiarkan secara langsung melalui televisyen.



"Aku janji ini serius. Jadi kita bentang dan buat secara siaran langsung supaya rakyat seluruh negara boleh menghayati isi kandungan manifesto. Supaya semua rakyat tahu. Kita sudah sampai di mana gendang perang sudah dipalu," katanya ketika berucap pada Perhimpunan Janji 1Malaysia dan Pelancaran Manifesto BN, di Stadium Putra Bukit Jalil malam ini.

Tuesday, April 2, 2013

Update Terpanasss PRU13: Parlimen Bubar Seawal Esok (03/04/13)




Kuala Lumpur: Parlimen dijangka dibubarkan seawal esok selepas mesyuarat Kabinet di Putrajaya bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) diadakan. 

Ini berikutan pengedaran surat daripada Jabatan Perdana Menteri meminta semua Ahli Jemaah Menteri hadir pada mesyuarat itu lengkap berpakaian lounge suit berwarna gelap dan bertali leher berwarna merah untuk sesi bergambar.

`jika Parlimen dibubar esok, SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi” Datuk Wan Ahmad Wan Omar, Timbalan Pengerusi SPR'

Mengikut amalan sebelum ini, Ahli Jemaah Menteri akan bergambar bersama Perdana Menteri dan timbalannya pada mesyuarat terakhir Kabinet sebelum pengumuman pembubaran Parlimen selepas mesyuarat.

Difahamkan sesi bergambar diadakan sebelum mesyuarat Kabinet esok dan Datuk Seri Najib Razak mengadakan sidang media bagi mengumumkan pembubaran Parlimen selepas itu.

Mengikut kelaziman, Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong sebelum mesyuarat Kabinet bagi memohon perkenan pembubaran Parlimen.

Beberapa Menteri yang dihubungi mengesahkan menerima surat itu dan tidak menolak kemungkinan Najib mengumumkan pembubaran Parlimen selepas mesyuarat Kabinet esok seperti kelaziman sebelum ini.
 
Tempoh 60 hari adakan PRU-13

“Saya sudah menerima surat dan mungkin ini adalah mesyuarat Kabinet terakhir penggal ini kerana mengikut tradisi Perdana Menteri sebelum ini, Parlimen dibubarkan selepas itu,” kata seorang Menteri kepada BH semalam.

Jika Parlimen dibubarkan esok, ia genap empat tahun Najib menerajui negara selepas dilantik menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 2009.

Tempoh satu penggal atau lima tahun Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12) akan berakhir pada 30 April ini dan Parlimen akan terbubar secara sendiri jika tidak dibubarkan sebelum tarikh itu.

Selepas itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai tempoh 60 hari sehingga selewat-lewatnya bulan Jun untuk mengadakan PRU-13 bagi membentuk kerajaan baru.

Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan menjadi negeri pertama terbubar secara automatik pada Khamis lalu dan kini ditadbir kerajaan sementara yang diterajui Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata jika Parlimen dibubarkan esok SPR akan mengadakan mesyuarat khas secepat mungkin untuk menetapkan beberapa perkara dasar seperti daftar pemilih, watikah kepada pegawai SPR, tarikh penamaan calon tarikh mengundi. 
 

Saturday, March 30, 2013

Update PRU13: Shahrizat Nak Bertanding di Lembah Pantai?





#Baguslah Datuk Seri Shahrizat! Kalau terhegeh-hegeh juga nak bertanding memang nak cari nahaslah. Pemimpin BN harus mempunyai sikap besar seumpama ini. Berundur dan sedar diri! Pemimpin UMNO/BN yang lain yang juga `expired' bila pula nak umum tak nak bertanding?

Masalahnya pemimpin dinasour yang enggan berundur sendiri inilah yang memeningkan DS Najib. Dah expired tapi tak sedar diri....

Contohilah Ketua Wanita UMNO ini...

Bekas ahli Parlimen Lembah Pantai Datuk Seri Shahrizat Abd Jalil berkata, beliau akan memberi sokongan penuh kepada Ketua Umno bahagian Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin agar memenangi kawasan itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).
Berdasarkan pretasi ahli Parlimen sekarang, Nurul Izzah Anwar, Shahrizat berkata, pengundi Lembah Pantai kini bijak untuk membuat pilihan.

shahrizat 300313 01“Tanyalah pengundi-pengundi tentang prestasi pemimpin di sana. Gah sahaja semasa berkempen. Kata nak buat itu ini, lepas itu… habis.

“Insya-Allah saya sokong penuh Datuk Raja Nong Chik sebagai calon dan akan berhabis-habisan. Saya pernah ada tiga penggal, saya akan turun membantu.

“Saya percaya, pengundi Lembah Pantai dah fikir, ahli Parlimen mereka tak buat apa-apa untuk bela nasib mereka. Insya-Allah pengundi Lembah Pantai akan beri mandat pada Datuk Raja Nong Chik,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Majlis Yayasan Kebajikan Negara (YKN) bersama penduduk PDRM Desa Tasik di ibu negara hari ini.

Selain itu, ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada PRU 13 kali ini, Shahrizat berkata: “Tak ada. saya tak bertanding. Tapi saya akan bersama jentera Wanita di seluruh negara,” katanya.

Update PRU13: Senarai Kerusi Pilihanraya Sabah!





SABAH seperti dinyatakan oleh kepimpinan BN adalah deposit tetap untuk menyumbang kerusi kepada BN. Seperti dibuktikan pada PRU12 yang lalu, 25 kerusi Parlimen BN hanya tewas di P172 Kota Kinabalu dan 60 kerusi DUN hanya tewas di N57 Sri Tanjong iaitu kepada DAP.

Adakah keputusan itu mampu diulangi? Jika dulu pembangkang tidak begitu mengambil berat kepentingan kerusi-kerusi pilihanraya di Sabah dan Sarawak. Namun sejak PRU12 pembangkang mencatat keputusan baik di Semenanjung, maka tumpuan menambah kerusi dihalakan ke Sabah dan Sarawak pada PRU13.

Ada cakap-cakap politik di Sabah, bahawa kemungkinan pembangkang mencuri beberapa kerusi Parlimen dan DUN daripada BN akan berlaku. Soalnya, BN harus meneliti dan memilih calon yang tepat. Jangan ambil sikap tangkap muat dan mengamalkan sikap kronisme serta nepotisme! Jangan memandang ringan cakap-cakap politik orang ramai.

YB expired dan tidak berkesan (walaupun sejak akhir2 ini bertungkus lumus menonjolkan keaktifan diri sebagai YB - sebelum itu 'dormant' dan `missing in action'), mereka ini tidak seharusnya dipilih semula. Jika tidak, BN akan mengundang bala lebih besar daripada pencerobohan pengganas Sulu!






BN

DAP

PKR

Bebas

Bersekutu
Parlimen 24
(25)
1
(5)
0
(19)
0
(18)
0
(2)



BN

Pas

DAP

PKR

Bebas

Bersekutu
DUN 59
(60)
0
(2)
1
(10)
0
(54)
0
(52)
0
(15)



Error: E:\utusan\html\menarik_pilihanraya2008.htm is missing