Ucapan
perbahasan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad ke atas Belanjawan 2013
Terima kasih Tan Sri Yang Dipertua
1. Mengawali ucapan, izinkan saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah subhanallahu wataala, dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Dipertua, kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian, dalam perbahasan ke atas Belanjawan 2013 bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Menteri Kewangan, di Dewan Yang Mulia ini pada hari Jumaat lepas, bersamaan 28 September 2013.
2. Salam 1Malaysia mukadimah ucapan, setinggi penghargaan kepada kerajaan, atas pembentangan satu belanjawan, yang merintis haluan perjalanan masa hadapan, untuk sebuah kerajaan Barisan, yang pastinya terus menjadi pilihan. Tahniah kepada YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, atas pembentangan belanjawan ini, bajet terakhir menjelang kita masuk gelanggang pilihan raya.
3. Mengikuti pembentangan Belanjawan tempoh hari, dan kemudian menganalisanya secara mendalam, saya temukan satu kesimpulan. Ia merupakan suatu belanjawan yang dipersembahkan atas nama `rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' ke arah perjalanan 1Malaysia yang seimbang, menyeluruh adil lagi sejahtera sifatnya.
4. Belanjawan 2013 memancarkan harapan, menerangi seluruh horizon kehidupan di bawah lembayung kepimpinan YAB Perdana Menteri kita, membawa bersama jalur pelangi kemakmuran, berpaksi transformasi menerusi empat tonggak yang dipasak, iaitu GTP, ETP, NKEA dan RMK-10.
5. Saya yakin lagi optimis, tiada siapa lagi berasa kecewa dan berdukacita dengan Bajet ini, melainkan mereka-mereka yang dangkal kewarasan, jumud fikiran atau keliru tafsiran. Kenapa tidak, semuanya terangkum rapi di sini, sebuah gagasan besar menganjakkan perubahan untuk seluruh rakyat Malaysia, baik di kota besar metropolitan dan bandaraya satelit mencakar langit, mahu pun di kampung dan desa terpencil, hutan belantara yang tebal berkabus, atau di laut samudera terbentang luas.
Orang kecil, orang besar
Jangan pakai seluar longgar
Bajet BN gagasan besar
Jangan lagi diputar-putar
Kalau pakai seluar longgar
Ambil tali ikat dililit
Pembangkang kini bertambah gusar
Cuba untuk memutarbelit
6. Nyata terang, menerusi bajet ini, sekali lagi diperhebatkan sebuah lonjakan paradigma untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Wawasan 2020 matlamat negara, perkapita 15,000 Dolar Amerika sasaran kita, empat tonggak landasan dibina -- saya yakin ia mampu terlaksana, atas gandingan pimpinan bijaksana, mengemudi pemerintahan negara.
7. Tujuh tahun lagi masa berbaki, sebelum sampai ke garisan matlamat, saya percaya kita mampu memenuhi keperluan sejagat, mengisi keinginan 27 juta rakyat yang menyandarkan harapan tinggi-tinggi, setinggi Gunung Kinabalu, kerana kita sudah membuktikan `Janji Ditepati' selama 55 tahun merdeka dan 49 tahun pembentukan negara bangsa Malaysia.
8. Lonjakan perkasa lagi perdana, yang dibina menerusi Bajet 2013 ini, umpama penawar bisa patukan si tedung, kerana ia membina tamadun bangsa 1Malaysia yang sejahtera, dengan satu tekad dan satu semangat, yang kental lagi jitu dan padu.
9. Belanjawan ini adalah pantulan kesungguhan YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk melakukan perubahan kepada kerajaan, kepada ekonomi negara, kepada bangsa 1Malaysia, tanpa mengira latar belakang topografi dan geopolitik.
10. Benarlah barangkali sebagaimana diungkapkan oleh ND Lala dalam lagunya "PM Kita Untuk Semua" yang antara lain berkata:
PM kita untuk semua
Untuk semua rakyat Malaysia
PM kita untuk semua
Tak kira kaum tak kira budaya
PM kita untuk semua
Untuk semua rakyat Malaysia
PM kita untuk semua
Dahulukan rakyat 1Malaysia

SABAH
MAJU JAYA
Tuan Yang Dipertua
11. Membelek-belek helai demi helai, membaca ayat demi ayat belanjawan ini, dari awal hingga ke penghujung, saya rasa kagum lagi teruja, dengan angka-angka pertumbuhan, jangkauan pendapatan dan unjuran pelaburan yang mampu dan berjaya kita rekodkan.
12. Lebih mengembirakan bagi kami dari Sabah, perkhabaran gembira dibawa bersama belanjawan ini -- paling utama penyeimbangan kadar harga barangan pengguna yang bakal menyaksikan kadarnya lebih murah berbanding waktu ini. Penyeragaman kadar harga itu, yang turut menjangkau ke Sarawak dan WP Labuan bakal menghapuskan jurang harga yang begitu memeritkan selama ini.
13. Juga disebutkan mengenai pembangunan kawasan jelapang padi di Kota Belud, untuk menggandakan kadar pengeluaran beras, bagi menampung keperluan. Saya percaya lagi optimis, usaha ini dapat melonjakkan ekonomi masyarakat tani, yang bermandi peluh membanting tulang memugar tanah untuk sebuah kehidupan.
14. Terkhusus bagi Sipitang, terimakasih banyak-banyak kepada YAB Perdana Menteri kerana kawasan yang saya wakili ini, akan diperkasa-hebatkan sebagai hab minyak dan gas, yang pastinya jua membawa bersama limpahan kesejahteraan untuk rakyat jelata. Saya akan perincikan perkara ini selepas ini.
15. Semua tumpuan dan perhatian yang diberikan untuk Sabah menerusi belanjawan ini, adalah simbol komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah naungan kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat Negeri Sabah melangkah lebih pantas dan cepat, mengejar rentak pembangunan yang telah dikecapi di tanah Semenanjung.
16. Justeru, mewakili rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari
Sabah, saya merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri selaku Menteri
Kewangan, atas keprihatinan berterusan, terhadap negeri kami Di Bawah Bayu.
Biarpun letaknya jauh di seberang Laut China Selatan, terpisah beribu kilometer
dari Putrajaya, namun Sabah tetap dekat di hati YAB Perdana Menteri, lalu kami
pun merasa diri tidak lagi berada di pinggiran waktu. Nyata jarak bukanlah
penghalang, dan keterpisahan bukan lagi alasan. Jauh di mata, tapi dekat di
hati. Itulah lambang pimpinan sejati.
17. Nescaya, perhatian dan peruntukan yang disalur itu `melonjakgandakasa' (bermaksud melonjak, mengganda dan memperkasa) dan memperindahkan lagi jalur kemakmuran di negeri kami yang segar-subur, justeru saya tidak berapa bersetuju jika dikatakan oleh agas-agas politik bahawa negeri kami masih mundur dan kemajuan masih kabur. Kerana jajaran pembangunannya sudah menapak, seawal Umno bertapak lagi, pada tahun 1991.
18. Dari segi pentadbiran kewangan dan pengurusan ekonomi, Sabah mencapai tahap cukup cemerlang. Saya bukan cakap temberang, tapi Laporan Ketua Audit Negara cukup jelas dan terang.
19. Sepanjang 12 tahun berturut-turut, tanpa waktu berselang, Sabah mencatat rekod terbaik dari segi prestasi dan pengurusan kewangannya. Terbaru pada 25 September 2012 yang lepas, iaitu tiga hari sebelum pembentangan Bajet ini, Sabah menerima pengiktirafan daripada Ketua Audit Negara bagi tahun ke-12 berturut-turut, menerusi Majlis Penyampaian Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara 2011 yang diadakan di Kota Kinabalu.
20. Semuanya berlaku di bawah rimbunan kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman selaku Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Negeri.
21. Rekod ini membuktikan peningkatan kepekaan jabatan dan agensi kerajaan negeri terhadap tuntutan dasar tadbir urus kewangan. Dan lebih penting dan utama lagi, kejayaan pengurusan cemerlang ini sekaligus menolak tanggapan negatif dan pesimistik serta tuduhan liar tidak berasas, yang mengata, mempersoal dan mempertikaikan kecekapan kerajaan negeri.

CADANGAN
Tuan Yang Dipertua
22. Seiring harapan Bajet ini, saya juga ingin mengetengahkan beberapa perkara untuk diberi perhatian dan pertimbangan kerajaan, khususnya yang membabitkan kepentingan rakyat, demi kelangsungan perjuangan kita mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.
23. Pertama, mewakili warga Parlimen Sipitang, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana, menerusi Bajet 2013, telah merealisasikan impian kami untuk melihat cadangan menjadikan Sipitang sebagai hab minyak dan gas, akhirnya menjadi kenyataan.
24. Sesungguhnya, projek tersebut yang akan dilaksana dalam lingkungan Taman Perindustrian Sipitang, bakal melonjakkan pembangunan Sipitang, yang kini sudah pun menempatkan projek SAMUR di kawasan sama, sekali gus menjadi pemangkin pembangunan Sipitang/Kimanis sebagai koridor industri minyak dan gas negeri Sabah.
25. Pelaksanaan projek tersebut bermakna merancakkan lagi pembangunan untuk Sipitang dan kawasan sekitarnya, menerusi lonjakan ekonomi baru -- aktiviti kecil dan besar, runcit dan borong.
26. Untuk memenuhi keperluan sebagai hab minyak dan gas, Sipitang kini memerlukan penubuhan kolej berasaskan teknikal dalam bidang berkaitan bagi memberi latihan kemahiran, khususnya kepada belia tempatan, untuk mengisi keperluan dan permintaan peluang pekerjaan di masa depan. Oleh yang demikian, Sipitang berharap agar pihak yang berkaitan dapat menimbang permintaan ini secara serius.
27. Seiring dengan kepesatan pembangunan yang bakal mewarnai kawasan kami, maka saya sekali lagi ingin menyarankan di Dewan Yang Mulia ini, agar dapat kiranya disegerakan pelaksanaan projek menaik taraf lebuh raya Sipitang-Kota Kinabalu menjadi lebuh raya empat lorong, demi menjamin kesejahteraan pengguna, pelabur, peniaga dan pekerja. Sememangnya, ketika ini telah dimulakan kerja-kerja pelaksanaan melebarkan sesetengah bahagian lebuh raya itu, untuk dijadikan kawasan memotong, tetapi ia masih tidak memadai bagi menampung keperluan dan peningkatan trafik dalam jangka panjang.
28. Kedua, saya ingin mengambil peluang di ruangan ini,
untuk merayu kepada kerajaan agar dapat menimbang untuk menubuhkan pembinaan
sebuah Kolej Komuniti -- sebagai strategi jangka panjang membangunkan bidang
pendidikan, iaitu aspek yang diberi penekanan dalam Bajet 2013 ini, yang
menyaksikan sejumlah RM38.7 bilion dikhususkan bagi sektor pendidikan.
29. Kita menyokong usaha agresif kerajaan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), justeru kita mengharapkan agar sebahagian daripada bajet ini disediakan khusus bagi meningkatkan prasarana pendidikan di Sabah, dan juga Sarawak, demi merapatkan jurang antara ketiga-tiga wilayah - Sabah, Sarawak dan Semenanjung.
30. Sambil itu, kita berharap pelan pembangunan ini, yang merupakan agenda besar Kementerian Pelajaran, harus disokong oleh kementerian dan agensi lain yang berkaitan, termasuk dalam usaha ke arah meningkatkan kualiti guru. Kita berpendirian pentingnya guru berkualiti sebagai jaminan kejayaan transformasi, misalnya meningkatkan guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik -- yang merupakan subjek teras yang tidak boleh dipinggirkan.
31. Demikian juga halnya dengan guru-guru JQAF -- ia mesti juga diberi perhatian untuk diangkat darjat dan martabatnya, ke arah memperkasa bidang pendidikan secara menyeluruh.
32. Bagi maksud yang sama, kita juga mencadangkan supaya diwujudkan `Makmal Berpusat' -- yang berperanan sebagai pusat pembelajaran Bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah yang berselerak di kawasan luar bandar, demi untuk menentukan pelajar dari kawasan luar bandar, bagi menjamin penyampaian pengajaran Bahasa Inggeris secara lebih berkesan. Penguasaan Bahasa Inggeris juga penting dalam rangka kita `mengangkasakan' kemajuan tamadun bangsa kita.
33. Ketiga, saya mengalu-alukan langkah proaktif kerajaan dalam menyediakan kemudahan perumahan untuk rakyat. Menerusi bajet ini, sejumlah RM1.9 bilion disediakan bagi membina 123,000 unit rumah tahun depan. Tidak syak lagi, ia adalah satu usaha murni yang dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat.

34. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas inisiatif
menyediakan perumahan untuk rakyat berpendapatan sederhana, mensasarkan rumah
berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit. Ini menunjukkan betapa
prihatin kerajaan kepada golongan ini. Komitmen kerajaan, merealisasikan impian
rakyat. Kita juga berharap agar kerajaan menimbang untuk mengadakan program
menerusi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Negeri Sabah.
BIDAS PEMBANGKANG
Tuan Yang Dipertua
35. Apa yang dihuraikan dalam Bajet ini adalah cukup realistik sifatnya, dan murni pula niatnya. Saya bersetuju denan YAB Perdana Menteri bahawa: "Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tetap menceritakan kebenaran biarpun kelat. Kita tidak pernah mendodoikan rakyat dengan dongengan, lipur lara sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan bitara terhadap segala permasalahan masyarakat."
36. Begitu pun, kita sedih lagi terkilan mendengar suara-suara sinis kritikan dan hentaman yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Pembangkang ini menuduh BN macam-macam, itulah...inilah...gimiklah. Mereka kata gimik, walhal mereka sebenarnya panik.
37. Soal royalti minyak untuk Sabah cuba diputarbelit, pembangkang konon menjanjikan sehingga 20 peratus, tetapi mereka tidak sedar, atau barangkali terlena dalam buai mimpi mereka, bahawa apa yang disumbangkan oleh Kerajaan Pusat untuk Sabah selama ini jauh lebih besar daripada apa apa yang mereka cuba umpankan itu. Mengikut perkiraan `simple matematik' (dengan izin), 20 peratus mungkin amaunnya sekitar RM4 bilion tapi sumbangan yang sudah diberi Kerajaan Pusat sehingga kini melebihi RM11 bilion -- inilah cara pembangkang mengelirukan rakyat, mengumpan dengan angka-angka yang sudah dipusing-pusing.
38. Suka saya menegaskan di sini betapa Kerajaan Persekutuan, yang didokongi oleh BN sentiasa bersikap telus, dan tidak hipokrit seperti sesetengah negeri yang dikuasai pembangkang dalam membentangkan bajet mereka `supaya kelihatan cantik dan menawan' biarpun dalam lingkaran kepayahan bergelut kemelut dalaman.
39. Kita menghidangkan sesuatu yang
praktikal, tidak menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala seperti yang
ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri. Kerana kita sentiasa berpijak di bumi
nyata biarpun di mana langit dijunjung.
40. Tidak seperti pembangkang, ke hulu dan hilir menjaja janji itu dan ini, jika ditakdirkan mereka berkuasa. Tetapi janji itu tidakpun tertunaikan, tidak pun terlaksana di negeri-negeri yang mereka berkuasa. Inilah yang menimbulkan rasa kekecewaan ramai rakyat, sebagaimana yang sering kita dengar akhir-akhir ini.
41. Mendengar keluh-kesah dan kekecewaan mereka itu, saya teringat sebuah lagu Kadazandusun yang pernah popular suatu ketika dulu bertajuk "Janji Toh Tarang Bulan" atau lebih kurang bermaksud `Janji Sewaktu Terang Bulan Purnama" nyanyian Jaidi Ariffin, yang mengungkapkan tentang kekecewaan yang begitu menyedihkan apabila satu ikatan janji yang dilafazkan telah tidak ditunaikan.
Saya terjemahkan sedikit korus dalam lagu tersebut:
Tapi kini segalanya tiada sudah
Hanya tinggal seperti mimpi
Sakit hati ini kerana dikecewakan
Kau hanya menipu saja
Saya teringatkan janji kita
Janji sewaktu terang bulan purnama
Sewaktu kita bersama
Tapi kini segala-galanya telah tiada

PENUTUP
Tuan Yang Dipertua
42. Saya memuji kelantangan dan ketelusan yang dipaparkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan ini, kerana beliau telah membentuk corak dan mencipta acuan Malaysia, mengangkasakan negara di persada dunia, untuk bersaing di pentas terbuka, kerana kita tidak boleh ketinggalan pada ketika dunia yang dipelopori negara kaya yang sudah tepu ekonominya menuntut keterbukaan, menuntut liberalisasi, mencanangkan globalisasi, dengan laungan pasaran terbuka atau "free market" dengan izin.
43. Kepada rakyat 1Malaysia, marilah
kita bersama mendokong kepemimpinan YAB Perdana Menteri, sebagai nahkoda
dinamis kita yang sentiasa bingkas, bergerak tangkas dan pantas, mengemudi
pelayaran, mengharungi cabaran, apatah lagi dalam mendepani cabaran di
gelanggang pilihan raya tidak berapa lama lagi.
44. Rentak dan irama kita mesti senada bersama pimpinan, kita perlu berani dan lantang bersuara. Dalam mengharungi perjuangan ini, kita patut kuat gegar bersuara dan tidak lagi boleh bersifat defensif, tapi sebaliknya kita mesti lebih offensif, kerana kita tidak mahu harapan rakyat memudar terlepas dan terhakis.
Sekian, saya mohon menyokong.

No comments:
Post a Comment