Sunday, July 25, 2010

PERGINYA SEORANG PESAKIT KANSER

Warisan Tamar
25 Julai 2010, Ahad


TIDAK ramai mengenali beliau sebelum ini melainkan mereka yang mengikuti secara dekat perjalanan cerita penghidap kanser. Saya secara peribadi juga tidak mengenali beliau sebenarnya! Mengapa saya menulis dan berkongsi secebis kisah mengenai Allahyarhamah yang bernama Dalilah Tamrin?

Beliau telah kembali menemui Allah s.w.t pada 19 Julai 2010 yang lalu. Saya menerima email dari rakan dalam kumpulan bekas pelajar sekolah lama saya. Saya tidak mengenali malah tidak secara langsung mengikuti perkembangan beliau. Saya membaca tulisan melalui email berkenaan yang mengikut penulis disiarkan didalam akhbar Sinar Harian pada 21 Julai 2010. Apabila dibaca, sedikit sebanyak terasa kesedihan dan ketabahan beliau dan mereka yang rapat dengan beliau. Mungkin disebabkan saya tidak mengenali beliau maka terus terang saya tidaklah terlalu terasa dengan tulisan tersebut melainkan mengganggap positif disebalik tulisan berkenaan. Maknanya, saya mengambil banyak iktibar dari tulisan tersebut. Kekuatan, kesabaran, ketabahan dan keimanan perlu dimiliki waima dikala kita di dalam kesusahan.

Ditakdirkan, pada hari Sabtu yang lalu (24 Julai 2010) sementara menanti masuk waktu Zuhur dan waktu berita jam 1.30 di TV3 saya menonton rancangan Apa Kata Wanita di TV1…itupun sudah dipenghujung rancangan. Diakhir rancangan, pengacara mengimbau kembali berkenaan perjuangan menghadapi kanser oleh arwah Dalilah. Barulah saya memahami mengapa tulisan yang saya terima melalui email itu begitu berkesan dihati penulis dan rakan serta mereka yang mengikuti perjalanan perjuangan arwah. Dan baru lah saya `mengenali' insan yang bernama Dalilah Tamrin. Rupanya arwah adalah seorang yang cukup kuat menghadapi dugaan penyakit kanser.

Namun yang paling menyentuh hati saya apabila rakaman suasana saat-saat akhir sebelum pengebumian hinggalah ke tanah perkuburan. Saya tersentuh rupanya arwah Dalilah Tamrin adalah isteri kepada seorang sahabat saya…terasa kerdilnya diri saya apabila saya selama ini tidak mengambil tahu dan sekaligus mengambil iktibar kisah derita sahabat saya. Rupanya saya sudah `terputus' hubungan dengan sahabat saya agak lama sejak tahun 2007.

Sahabat saya yang merupakan suami arwah Dalilah adalah sahabat saya ketika saya bekerja di sebuah syarikat multinasional di Petaling Jaya beberapa tahun lalu. Beliau bukan rakan sepejabat saya tetapi kami sering berhubung rapat apabila syarikat dimana beliau bekerja merupakan syarikat pengangkutan utama untuk produk syarikat saya bekerja. Apabila saya berpindah ke tempat kerja yang baru di sebuah syarikat utiliti di Kuala Lumpur, beliau mengunjungi saya di pejabat baru. Saya cuba mengingati saat-saat itu. Barulah saya mengingati bahawa beliau ada berkongsi tentang penderitaan isteri beliau dalam menghadapi penyakit kanser. Namun, beliau cukup tabah sepertimana arwah isteri beliau. Cuma saya tidak mengambil pusing siapa isteri beliau. Apabila saya melihat wajah sahabat saya di kaca TV, saya lantas teringat kepada sahabat saya. Beliau memang seorang yang cukup positif dan dapat saya katakan merupakan seorang yang sangat baik hati. Saya kesal kerana saya `gagal’ menjadi sahabat yang baik kepada seorang sahabat yang cukup baik dan selalu mengingati saya.

Saya berharap saya akan dapat bertemu beliau dan mengambil iktibar bahawa hidup kita juga tidak selalunya cerah. Mengingati mati juga satu ibadah…Kepada Sdr Saiful sekeluarga, terimalah ucapan takziah saya sekeluarga. Semoga arwah Dalilah Tamrin ditempatkan disisi orang-orang beriman. AlFatihah...

#Dibawah ini, saya kongsikan tulisan email yang saya terima untuk bacaan semua. Semoga kita semua mengambil iktibar atas segala perkara baik dari tulisan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yang lemah dan tidak baik datang dari kelemahan diri saya sendiri!


*Dalam kenangan: Dalilah Tamrin (1967-2010)

Oleh - Elviza Michele Kamal *

Langit petang di Tanah Perkuburan Kampung Labuhan Dagang menangis lewat
Isnin lepas. Langit di hati saya juga masih kelabu dengan airmata. Jadi,
saya memohon kelonggaran dari pembaca budiman agar ruangan Kanvas Kata
minggu ini dikhususkan sebagai obituari sahabat saya, Dalilah Tamrin.

Dunia penulis laman web telah bertanggungjawab menemukan kami dalam
lingkungan keakraban manusia. Persahabatan kami tidak tua usianya, baru
empat tahun sejak pertama kali bertemu mata. Tetapi empat tahun itu getir.
Apa yang saya belajar dari Dalilah, boleh diibaratkan seluas laut, setinggi
gunung dan setala langit lepas. Tuhan pertama kali menduga Dalilah ketika
beliau berusia 37 tahun, di mana Dalilah telah didiagnosiskan mengidap
kanser payudara. Bahagian payudara yang tercemar dengan kuman jahat itu
segera dibedah dan dibuang jauh-jauh. Selesai pembedahan payudara, enam
kitaran chemoteraphy dan 24 sesi radiotherapy, Dalilah menarik nafas lega.

Tetapi rasa lega Dalilah cuma bertahan tiga tahun sehaja. Tahun 2008, sekali
lagi Tuhan menduga Dalilah. Kanser metastasis telah disahkan merebak ke
bahagian hati, tulang rusuk, tulang selangkang dan rahang beliau. Penularan
kanser di bahagian hati itu juga telah menempatkan Dalilah sebagai pesakit
kanser kronik, tahap keempat. Sekali lagi tubuh badan Dalilah menderita
didera rawatan chemotherapy, yang bukan sahaja membunuh sel-sel kanser,
tetapi juga setiap zarah sel-sel lain di badan. Tidak tertanggung mata
melihat penderitaan Dalilah. Namun, berbekalkan dorongan suami dan
anak-anak, Dalilah selesaikan juga enam kitaran DOCE chemotherapy dan lima
sesi radiotheraphy. Tidak juga mati kanser jahanam itu! Pada bulan Julai
2009, para doktor dan pakar onkologi bijaksana telah memberi jangkaan bahawa
Dalilah hanya ada 18 bulan untuk hidup. Ketika baru mengetahui diagnosis
yang menjengkelkan itu saya meradang, saya bertanya kepada Dalilah: Why do
doctors love to play God? Dalilah tergelak besar dan berkata: If would worse
it you let lawyers play God! Ah, Dalilah

Ketika arwah masih ada, saya sering mengusik beliau, saya bilang: “Awak ini
selebriti penyakit kanser!” Apa tidaknya? Sekiranya dijemput untuk
ditemubual di stesen televisyen atau berucap di hadapan pesakit-pesakit
kanser yang lain, mutiara kata dan teks ucapan akan Dalilah susun dan
rancang serapi mungkin. Elemen-elemen emosi diabaikan untuk memberi laluan
kepada semangat dan harapan kepada pesakit kanser yang lain. Setiap kali
Dalilah muncul di kaca televisyen, ibu saya adalah antara penonton merangkap
peminat setia beliau.

Dalilah bukan seperti pesakit kronik yang pernah saya temui. Tiada kanser di
dunia yang mampu memadamkan semangat perempuan kuat ini. Walaupun mengidap
kanser tahap keempat, Dalilah tetap berkeras untuk menjalankan tugas sebagai
isteri, ibu, penulis laman web dan buku, pejuang penyakit kanser, aktivis
kemasyarakatan dan macam-macam lagi. Bukan sedikit jasa dan peninggalan
arwah untuk dunia yang fana ini.

Sebelum Dalilah pergi, dia telah menghuraikan perjalanan beliau menentang
kanser dalam sebuah buku, Kanser Payudaraku, yang telah diterbitkan oleh
Tinta Publisher pada tahun 2009. Beberapa bulan sebelum sakaratul maut
datang menjemput, Dalilah sempat mengabadikan pesanan terakhir beliau dalam
lagu KembaliKu PadaMu Ilahi.

Saya teringat kata-kata Dalilah ketika saya menangis melihat dia terlantar
di katil hospital lewat setahun lepas: “Jangan menangis, Mish. Hidup ini
sementara sahaja. Aku tunggu kau di sana ya? Kalau aku mati, kau boleh tulis
pasal aku. Kau menulis sangat cantik, macam bidadari!” Sehingga sekarang,
masih ada batu besar yang terlekat di kerongkong saya.

Rakan Dalilah, Datin Paduka Marina Mahathir, pernah menyuarakan pendapat
bahawa setiap kali selepas menziarahi Dalilah, semua orang akan pulang
dengan hati riang. Aneh bukan? Lazimnya jika menziarah orang sakit, kita
akan rasa sedih, terharu. Tetapi Dalilah yang saya kenal, memang pantang
melihat walau sezarah kesedihan. Senyuman Dalillah lebar lagi murah. Ketawa
dan jenaka jadi sulaman walaupun sedang perit berperang dengan chemotherapy.

Semenjak Dalilah sakit, tidak sekali saya mendengar dia mengeluh. Genap
seminggu selepas Dalilah melakukan tawaf wida’ di Tanah Haram, roh Dalilah
diangkat pulang ke Rahmatullah, pada tanggal 19 Julai 2010. Sekiranya hari
ini Dalilah masih hidup, beliau akan menyambut hari jadinya yang ke-43,
tetapi Tuhan lebih mengasihi Dalilah. Saya mohon maaf sekiranya garapan ini
tidak secantik bidadari, sahabat, tetapi saya sudah mencuba sedaya kudrat.

Benar Dalilah sudah pergi, tetapi obor semangat beliau akan terus menyala
dalam setiap hati yang pernah beliau sentuhi. Harimau mati meninggalkan
belang, Dalilah mati meninggalkan semangat. Semoga roh Dalilah Tamrin
ditempatkan di kalangan para solihin. Tunggu saya di sana, Dalilah. Suatu
hari saya juga akan pulang.

Elviza Michele Kamal merasakan titipan minggu ini hambar sekali, langsung
tidak secantik bidadari.

5 comments:

anaklangkawi said...

Perginya seorg yg dihormati oleh masyarakat..
al-fatihah

WELLCOME said...

Salam. sy cuma nak share salah satu cara untuk merawat penyakit kanser. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi sy 0194657046...
KHASIAT CORDYCEPS
CORDYCEPS YANG DIKULTURKAN OLEH SYARIKAT AHB ADALAH JENIS PENGKULTURAN BERPATEN YANG BERMUTU TINGGI DIIKTIRAF DI PERINGKAT ANTARABANGSA DAN MEMPUNYAI 28 KALI GANDA KHASIATNYA DARIPADA CORDYCEPS YANG LIAR (SINENSIS). CORDYCEPS SANGAT MEMBANTU DALAM KESIHATAN KITA DAN ANTARA KEBAIKANNYA IALAH :
1.Penyelidik mendapati bahawa cordyceps mampu merendahkan tekanan darah yang terlalu tinggi,
2.Penyelidik mendapati bahawa cordyceps membantu mengurangkan secara berkesan astma, lelah, letih, kepenatan dan lain-lain penyakit berkaitan dengan system respirasi/pernafasan.
3.Penyelidik juga mendapati bahawa cordyceps mampu memperbaharui kemampuan tenaga seks lelaki.
4.Cordyceps juga membantu meningkatkan tahap tenaga. Malah, cordyceps mempunyai kemampuan untuk meningkatkan adreanaline yang mana dapat memulihkan tenaga yang lemah dengan cepat.
5.Penyelidik mendapati cordyceps adalah herba anti-aging/anti penuaan yang luar biasa.
6.Penyelidik mendapati cordyceps membantu meregulasikan/menyeimbangkan gula dalam darah. Herba ini amat membantu dalam melawan penyakit diabetes/kencing manis.
7.Cordyceps membantu dalam memperbaiki ingatan dan mampu meningkatkan mood malah menajamkan minda.
8.Cordyceps membantu menyerap lain-lain nutrin/zat/vitamin dengan lebih berkesan dan effectif.
9.Cordyceps juga pembina darah (blood builder) dan mencuci darah (build purifier) yang hebat.
10.Cordyceps membantu fungsi jantung, hati, pankreas dan buah pinggang.
11.Cordyceps membantu menguatkan sistem imuniti (sistem daya tahan badan daripada penyakit)
12.Cordyceps meningkatkan anti-oksidan dan anti-radang.
13.Cordyceps membantu sebagai anti-tumor atau anti-kanser
14.Cordyceps membantu membaiki fungsi sistem pencernaan.
15.Cordyceps membantu mengurangkan risiko pembentkan batu hampedu.
16.Cordyceps membantu mengurangkan risiko mendapat penyakit Parkinson
17.Cordyceps membantu mengurangkan masalah kolestrol yang tinggi.
Kesimpulan Penggunaan herba ini dikesan sejak China kuno dimana ia digunakan oleh Maharaja China. Ia digunakan untuk menguatkan dan membina semula badan terutama selepas keletihan atau setelah sakit yang lama yang selalunya dikaitkan dengan buah pinggnang yang lemah. Hasil yang hebat telah dilaporkan terutama yang berkaitan dengan penyakit buah pinggang terutama buah pinggang yang gagal. Mengikut kajian, cordyceps telah meningkatkan 17- hydroxycorticos-teroid dan 17-ketosteroid level (yang bertindak sebagai super-cortisone tanpa toxic. Mengikut perubatan China, masalah yang berkaitan dengan buah pinggang dapat dilihat melalui simtom kepenatan yang keterlaluan/chronic fatigue, sakit sendi dan belakang, berdenggung di telinga, pelbagai jenis masalah seksual seperti mati pucuk/impotance. Cordyceps mampu menyelesaikan masalah ini. Cordyceps ibarat team player kerana kesan yang membantu banyak bahagian di badan kita. Kajian seluruh dunia menunjukkan ia kesannya adalah luas untuk organ dalaman dan membantu membersihkan darah.
pm 0194657046...tq.

mohd zuhairi bin noordin said...

Slam...sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser.. harga cuma rm140 tetapi herba warisan ini terlalu berkesan dan saya jamin tuan tuan dan puan puan akan terkejut dengan rawatannya yang cepat dan selamat untuk sembuh...daun daun herba warisan termasuk juga daun rerama...merawat dan membaik pulih...jangan biar sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik di rawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia...herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi... sy cma bntu membantu...sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa...penawar nya telah ada...hubungi sy secepat munkin Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh...jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid...orang ada kanser...saya akan membantu merawat hingga sembuh NAMA SYARIKAT SAYA.....JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

mohd zuhairi bin noordin said...

Slam…sy ada menjual herba warisan yg mampu menyembuhkan kanser dan pelbagai jenis kanser..tahap 1 tahap 2 tahap 3 tahap 4.memusnahkan dan mematikan sel sel kanser sebanyak 0.6 cm dan 0.8 cm sebulan mgikut dose yang di gunakan..herba warisan ini terlalu berkesan…daun herba warisan…merawat dan membaik pulih…jangan tunggu sehinga terlewat..jangan biarkan hidup derita..selagi boleh rawat lebih baik merawat..hutan belantara kita tersembunyi sejuta 1 rahsia…herba ini amat amat mujarab..jangan biar derita membunuh kehidupan anda.ramai yang dah berjaya sembuh dengan produk sy call saya xpun msg xpun wasap sy 0174687570 mohd zuhairi…
sy cma bntu membantu…sy tidak sangup tngok org dpn mata sy sengsara xpun di ragut nyawa…penawar nya telah ada…hubungi sy secepat munkin
Orang yang tiada penyakit kanser andai nak amal kan herba saya ini pun boleh…jadikan amalan harian untuk menjaga badan dan membuang toksid…orang ada kanser…saya akan membantu merawat hingga sembuh
NAMA SYARIKAT SAYA…..JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

Unknown said...

Satu-satunya doktor tulen yang mengubati kanser adalah Dr Sagbo Diba. Semua jawatan lain di sini adalah palsu. Nombor saya adalah +1 (407)777-4956. Saya benjamin dari florida U S A, saya sembuh kanser Postrate dan virus herpes menggunakan ubat herba yang dihantar kepada saya oleh Dr sagbo diba. Saya menggunakan ubat herba itu selepas dia memasuki 30 hari. selepas selesai mengambil saya pergi untuk ujian, sangat gembira melihat hasilnya adalah negatif, kesakitan hilang dan herpes rash dissapear benar-benar, kini saya sihat dan hidup dengan baik. hubungi dr sagbo sekarang dan bebas daripada sebarang penyakit yang anda ada. Anda tidak akan menyesal anda bertemu dengannya. Hubungi dia atau WhatsApp +2347019642881.
Alamat e-mel adalah. drsagbo6088@gmail.com