Wednesday, May 30, 2012

Versi Penuh : Debat Isu Pemansuhan PTPTN - KJ vs Rafizi 22/5/2012


Friday, May 18, 2012

Tiada Istilah Terlewat!


Selamat Hari Ibu kepada ibu yang tercinta! Terimakasih segalanya...




Tuesday, May 15, 2012

Panasss..: Video Lengkap Kejayaan Bershit 3.0

Bagi mereka yang tidak sempat menonton atau menyertai perhimpunan aman Bershit 3.0 tempohari. Bershit 3.0 telah berjaya dengan segala macam misi dan visi mereka dalam Bershit 3.0!

Saksikan dan hakimi mereka sewajarnya!


Sunday, May 13, 2012

Panass...Menjelang PRU13: Parlimen Dibubarkan & Dilema Calon Boleh Menang

Sangat hampir! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan betapa hampirnya tarikh pembubaran Parlimen dan DUN sekaligus berlakunya Pilihanraya Umum ke13 dalam sejarah negara. Ramai kata termasuk pemimpin BN dan pembangkang, PRU13 adalah PRU paling getir dalam sejarah. Benar atau sebaliknya, kita lihat kesudahannya!

Majoriti menjangka PRU13 akan berlangsung dalam bulan Jun 2012. Jika mengambilkira cuti sekolah yang bermula dari 26 Mei hingga 10 Jun 2012, dimana pada tempoh itu diandaikan adalah masa mengundi yang paling sesuai. 

Bermakna jika pada 14 Mei 2012 Isnin, DS Najib membubarkan Parlimen maka cadangan tarikh pengundian semasa cuti persekolahan akan datang ini akan terlaksana. 27hb Mei boleh diambil sebagai tarikh penamaan calon dan dengan memberi maksimum 14 hari tempoh berkempen, 10hb Jun adalah hari pengundian. Jika sepanjang minggu hadapan tiada pembubaran Parlimen dilakukan, bermakna jangkaan tadi tidak lagi relevan. 

Namun, samada DS Najib bergantung kepada senario cuti persekolahan untuk mengadakan pilihanraya bukan sesuatu yang pasti. Pilihanraya atau pengundian pada hujung minggu atau hari Ahad masih boleh dilaksanakan. Sekolah boleh saja diberi cuti peristiwa atau berganti bagi memberi laluan kepada pilihanraya. 

Ada yang mengatakan bahawa jika bukan sekarang, selepas bulan Jun yakni bulan Julai dan Ogos adalah bulan kurang sesuai disebabkan suasana bulan Ramadan dan menyusul musim haji. Mungkinkah pada bulan September yakni sebelum musim haji dan mengambil suasana Hari Raya Aidilfitri maka disulami dengan suasana pilihanraya? Ada yang mengatakan itu juga bukan idea yang baik...

Jika ingin menafsir bahawa pilihanraya akan diadakan pada hujung tahun atau tahun depan, itu juga dilihat amat jauh tersasar. Justeru, umum sudah meneka bahawa masa yang paling sesuai untuk mengadakan pilihanraya adalah sekarang! 

Perhimpunan raksasa UMNO sempena ulangtahun ke 66 minggu ini di Stadium Nsional Bukit Jalil dengan dihadiri lebih 100 ribu ahli UMNO dari seluruh negara adalah indikator kemuncak kepada ilham DS Najib untuk membubarkan Parlimen iaitu selepas `walkabout dan road tour' beliau dan TS Muhyiddin ke seluruh negara. Perhimpunan bersejarah itu adalah petunjuk yang jelas bahawa DS Najib sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. 


 Sudah banyak yang dilakukan oleh DS Najib dan Barisan Nasional. Walaupun sedikit dicacatkan dengan isu `lembu kondo' tetapi sebenarnya puak pembangkang lebih terhiris dengan pelbagai macam isu. Bersih 3.0 pada mulanya diharapkan akan membawa mood antikerajaan dikalangan rakyat ternyata mengundang padah. Kali ini diperingkat nasional, strategi pembangkang tidak menjadi. 

Pembangkang secara jelas berada dikedudukan yang kurang selesa dalam menangani pilihanraya umum ke 13 ini. Sudah pasti kali ini mereka harus bertanding dengan membawa wibawa mereka untuk memimpin negeri dan negara. Mereka telah diuji memerintah dibeberapa negeri. PRU13 adalah medan rakyat menghantar mesej samada mereka berjaya atau sebaliknya. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam idea dan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan BN. Kali ini pembangkang bakal terkangkang dan akan masuk longkang!



Calon Boleh Menang (Winnable Candidate)
Sesiapa saja yang dipilih menjadi calon BN pada PRU13 akan dikatakan sebagai calon boleh menang sepertimana yang acapkali dinyatakan oleh DS Najib. Soalnya, sejauhmanakah tepat pemilihan tersebut dan sejauhmanakah penerimaan ahli-ahli BN (UMNO dan semua komponennya) dan penerimaan pengundi? Rasanya DS Najib juga mengakui bahawa beliau tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Percayalah siapa jua yang terpilih nanti pasti akan dipertikai identiti dan kredibiliti calon tersebut dari segi aspek calon boleh menang.

Jika pertikaian seumpama itu berlaku, percayalah...BN mungkin akan menerima nasib yang sama dengan PRU12. Bukan kerana pembangkang bagus atau lebih baik tetapi kerana pemimpin dan ahli-ahli BN sendiri tidak mahukan kemenangan. Mungkin juga DS Najib ada penawarnya? Banyak kes terutama semasa PRU12 yang lalu dan kes UMNO di Kelantan. Meskipun pembangkang mempamer prestasi hampeh! tetapi BN/UMNO terus gagal kerana kerenah pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri. Itu cabaran sebenar dalam menghadapi PRU13 kali ini. Masihkah ada sindrom selesa dikalangan pemimpin dan ahli BN?

WT teringat sejurus selepas kemerosotan BN pada PRU12 yang lalu, WT mengatakan kepada beberapa orang pemimpin UMNO bahawa terdapat mentaliti dengan menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri dan apa jua jawatan dalam hirarki politik maka mereka beranggapan mereka lah paling layak menjadi calon. Itulah puncanya rakyat `marah'. Golongan ini marah dan tidak menerima hakikat jika mereka tidak terpilih. Jatuh imej, airmuka dan segala-galanya pada hemat mereka jika yang dipilih menjadi calon adalah AJK mereka atau ahli biasa parti mereka malah jika profesional di luar yang bukan ahli parti mereka. Pemimpin-pemimpin berkenaan tidak bersetuju langsung dan masih menganggap bahawa jawatan dalam politik adalah tanda aras / benchmark untuk dipilih menjadi calon. WT geleng kepala! Padanlah UMNO dan BN kecundang PRU12 itu.

Soalnya, berapa ramai dikalangan mereka yang berjawatan ini redha jika mereka tidak dipilih menjadi calon boleh menang pada PRU13 nanti? Bagaimana dengan mereka yang melobi siang dan malam sejak beberapa bulan kebelakangan ini? Percayalah, kalaupun tidak semua mereka ini membawa onar kepada calon BN kelak tetap akan ada yang terpekik terlolong mempertikai samada secara senyap mahupun terbuka pemilihan calon boleh menang berkenaan. Jika tersilap langkah, golongan inilah juga yang akan membawa rebah kepada BN kelak. Adakah DS Najib sedar perkara ini? WT amat yakin ini semua sudah diambilkira secara mendalam oleh DS Najib. Skuad pengintai pasukan jawatankuasa disiplin parti tidak memberi kegerunan kepada mereka yang tidak berpuashati ini.

Jika kali ini, ramai calon yang bukan memegang jawatan besar dalam parti diangkat menjadi calon boleh menang oleh DS Najib maka mungkin akan terbukalah sedikit mentaliti selama ini bahawa untuk menjadi calon pilihanraya `wajib' menduduki hirarki parti terlebih dahulu. Ia juga baik dari segi menghapuskan politik wang dalam parti. Ini kerana pasti akan kurang perebutan dalam parti setelah mereka menerima realiti bahawa calon boleh menang dalam pilihanraya tidak semestinya mempunyai jawatan atau dalam hirarki parti. 

Yang pasti, adakah memilih calon boleh menang akan menjadi dilema kepada DS Najib? Memilih calon boleh menang dikalangan mereka yang tidak mempunyai hirarki dalam parti haruslah dianggap salah satu usaha murni dalam arus transformasi politik dalam BN/UMNO. Sewajarnya mereka yang tidak boleh menerima transformasi politik hendaklah berundur dan memberi ruang seluas-luasnya kepada orang lain. Kepada yang terlalu lama duduk ditampuk kerusi wakil rakyat,berundur sepertimana beberapa wakil rakyat yang cukup gentleman mengumumkan untuk berundur pada PRU13 kelak. Berundur bukan bermakna wakil rakyat tersebut tidak lagi menjadi calon boleh menang tetapi dari segi sumbangan dan pemikiran untuk membangunkan masyarakat dipimpinnya sudah menemui titik tepu dan titik noktah. Lagi sekali, ramai mana wakil rakyat sedia ada yang ukur baju dibadan sendiri? Malang juga kadangkala ada wakil rakyat yang syok sendiri.

Semoga kita dapat melihat arus transformasi politik yang positif pada PRU13 kelak. DS Najib harus yakin dan percaya dengan apa jua tindakan politik dengan nawaitu yang mulia beliau pasti akan memperoleh kejayaan untuk agama, bangsa dan negara. InsyaAllah!



Saturday, May 12, 2012

Calon Barisan Nasional PRU13 Sudah Ada! Bolehlah Berangan Kalau Tak Malu...



Barisan Nasional (BN) mengenal pasti lebih 1,000 nama calon bagi mengisi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) di seluruh negara pada pilihan raya umum akan datang.

Setiausaha Agung BN, Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata senarai tersebut akan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang juga Pengerusi BN dan Presiden UMNO dalam masa terdekat untuk dikemaskini dan disenarai pendek. 
 
"Untuk calon UMNO dan BN, kita akan buat saringan tertentu sebelum diserahkan kepada presiden parti dan untuk makluman perhubungan negeri. 
 
"Yang penting, calon yang dipilih adalah mereka yang dikehendaki oleh rakyat dan bukannya parti," katanya ketika ditemui pemberita selepas melawat Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional sempena ulang tahun ke-66 Umno di sini hari ini.

Tengku Adnan yang juga Setiausaha Agung UMNO, berkata senarai nama itu diperoleh daripada badan perhubungan negeri membabitkan 191 bahagian UMNO dan 222 Parlimen.

Beliau berkata, pihaknya akan meneliti laporan senarai nama yang dikaji oleh "sumber parti" dan agensi dilantik untuk senarai akhir.

"Bukan semestinya senarai yang diserahkan bahagian atau negeri akan menjadi calon kelak. Kita juga ada tengok sumber lain. Untuk makluman, bahagian ada bagi tiga nama, ada yang bagi kurang, ada yang langsung tidak bagi dan serah kepada pucuk pimpinan untuk pemilihan nama," katanya.

Ketika ditanya mengenai identiti calon yang dikenal pasti itu, Tengku Adnan berkata gabungan muka baru dan lama menjadi pilihan khasnya pemimpin yang mempunyai kebijaksanaan dan boleh memimpin rakyat dan memajukan negara.

Beliau turut ditanya mengenai desas-desus kononnya Najib menemui Yang di-Pertuan Agong bagi mendapatkan perkenan pembubaran Parlimen.

"Ada yang cakap (pembubaran) esok, lusa. Itu semua spekulasi. Apa yang saya tahu PM ada kenduri kahwin di Johor Baharu dan akan menghadiri 'graduation' anaknya. Tapi apa-apa pun, kita sudah bersedia sepenuhnya bila semboyan ditiupkan," katanya.

Terdahulu, beliau meluangkan masa dan beramah mesra dengan pempamer dan peserta pameran dan berharap lebih ramai anak muda akan datang ke karnival ini untuk mengetahui peluang pekerjaan selain mendekati dan mengenali UMNO serta sayap parti mereka.

Adnan turut gembira dengan sambutan yang diterima pada sambutan ulang tahun kali ini apabila hampir 20,000 orang mengunjungi karnival kerjaya selain hampir 100,000 orang memeriahkan segenap lapisan stadium pada majlis perasmian semalam.
 

Friday, May 11, 2012

Panasss: Manchester United Minta Bantuan `Malaysia'


EPL sudah hampir ke penghujung. Dalam tempoh kurang 48 jam akan datang, juara EPL musim 2011/2012 akan diketahui samada Manchester United ataupun Manchester City! Di atas kertas, peluang kejuaraan amat cerah di tangan Man City. Bagaimanapun, bola itu bulat! 

Antara keduanya, mereka berkongsi mata. Jika salah satu pasukan seri atau kalah, maka pasukan  satu lagi yang menang atau seri akan menjulang kejuaraan. Jika kedua-dua pasukan menang atau seri atau kalah, nampaknya sahlah Man City menjadi juara dengan kelebihan jaringan. Melainkan Man United menjaringkan lebih 8 gol manakala Man City tidak menjaringkan sebarang gol.

Manchester United `telah' memohon secara tidak rasmi kepada pasukan `Malaysia' untuk membantu dan mencipta keaiban kepada Man City. Manchester United akan berusaha mencapai kemenangan manakala pasukan `Malaysia' diharap menumbangkan Man City di Etihad Stadium. Mampukah `Malaysia' menewaskan Man City?

Menjelang tengahmalam hari Ahad (13 Mei 2012) kita akan tahu kesudahannya!
?
?
?
?
?
?
# Pasukan`Malaysia' adalah Queens Park Rangers


Thursday, May 10, 2012

Panassss: Khalid Gagap MB Selangor Berpaling Tadah...Menyokong Barisan Nasional!


 [Khalid Gagap gembira sakan bersama DS Najib!]

Oppss...memang mengejutkan! Selepas Tunku Aziz, Naib Presiden DAP yang `celupar' berkata tentang BERSHIT 3.0 menerima hukuman tidak disambung sebagai Ahli Dewan Negara....Maka, kali ini giliran Khalid Gagap, MB Selangor bakal menunggu hukuman akibat `keceluparan' mulut beliau yang menyokong calon Bariisan Nasional. Ini bukan disebabkan kegagapan beliau atau angkara perbuatan UMNO dan BN...Tapi ini memang keluar dari mulut Menteri Besar Selangor sekarang! Memang lidah lembut berkata-kata, dan biaDAP serta hamPAS!

# Azmin 'Tanggang Moden' a.k.a Azmin `Aiskrim' pasti sangat gembira dengan pendedahan berani ini...

Saksikan rakaman kegagapan Khalid Gagap, MB Selangor yang tercinta! Pegi mampus Parti Kencing Rakyat (PKR)...





Monday, May 7, 2012

BERSHIT 3.0: Video Terbaekkk...Kronologi Keganasan Perusuh!



Lihat aksi biadab dan suara maki hamun para peserta Bershit 3.0! Inikah dinamakan perhimpunan aman? Inikah yang dikatakan hak asasi manusia? Inikah pilihan untuk memerintah negara?

Fikir dan renungkan dengan rasional...

Sunday, May 6, 2012

Bukti Pemimpin Pakatan Rakyat Kaki Kencing!




 Bila kita kata pemimpinPakatan Rakyat ini kaki kencing, kaki auta, kaki putar alam...mereka kata ini fitnah dan konspirasi BN & UMNO! Bila didedahkan aksi melampau mereka, mereka tak nak mengaku...(standardlah...takkan nak ngaku plak!). Tapi kali ni ada sesiapa nak nafi tak bahawa pemimpin Pakatan Rakyat memang dah kantoi PENIPU! Tak faham kalau pencacai Pakatan Rakyat masih tak faham-faham bahawa pemimpin merekalah yang paling penipu dan pemfitnah. 



Saifuddin Nasution, terang-terang memfitnah Timbalan SPR dengan tuduhan bahawa beliau adalah ahli UMNO! Fuiii...taik kucing betul Setiausaha Agung PKR ni....Lengkaplah pakej PKR dengan pemimping bebal dan dungu....Ketua Umum, kaki liwat dan kaki kongkek. Presiden, kena penyakit bisu dan tolol. Timbalan Presiden, dah jadi si Tanggang dan skandal ais krim! Sekarang S/U Agung plak buat taik...eloklah!

Dah kantoi menipu fakta pun masih tak nak mengaku. Serupa dengan AnuWar dan AssMin! Walaupun dah kantoi, Saifuddin Jerawat masih juga mempertahankan pembohongan beliau bahawa Timbalan Pengerusi SPR adalah ahli UMNO...dasar penipu rakyat! Nak baca kat SINI...

Cuba korang tengok muka Wan Ahmad Wan Omar yang kat atas ni dengan Wan Ahmad Wan Omar yang kat bawah ni! Saifuddin Nasution ni dah buta warna aper! Agak-agaklah kalau nak membohong pun...

 

Wan Ahmad Wan Omar, ahli Umno cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas, yang menjadi perhatian ekoran pendedahan isu keahlian Umno oleh Setiausaha Agung PKR baru-baru ini, sebenarnya bukan Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)!

Dan oleh itu, dia melahirkan simpati dengan Datuk Wan Ahmad Wan Omar. Menurut Wan Ahmad, dia perlu menjelaskan hal sebenar setelah nombor kad pengenalannya 490101-03-5179 disebut Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai milik Timbalan Pengerusi SPR.

Saifuddin mengaitkan nombor kad pengenalan lelaki itu sebagai dakwaan bahawa Datuk Wan Ahmad ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor, Pasir Mas.

"Sebenarnya, ahli Umno Cawangan Kubang Bunggor adalah saya, dan nombor kad pengenalan itu milik saya,” kata Wan Ahmad, peniaga kedai makan yang ditemui Sinar Harian, semalam. Wan Ahmad berkata, meskipun kenyataan Saifuddin tidaklah menjejaskan dirinya, namun dia berasa simpati kepada Datuk Wan Ahmad yang dituduh ahli Umno hanya sebab nama sama dengannya.

"Apa lagi sehingga dia (Datuk Wan Ahmad) digesa letak jawatan,” katanya.

Thursday, May 3, 2012

BERSIH 3.0: Manusia Tidak Bersyukur...




Memang biasa bila kita sedih atau marah atau bila kita melalui sesuatu kesusahan atau rasa tidak dihargai, kita seringkali lupa erti SYUKUR! Kita lupa untuk BERSYUKUR!

Tapi kita tidak sedar ada orang yang melalui keperitan hidup yang mungkin kita sendiri tidak sanggup melaluinya. Sama-sama kita mensyukuri apa yang kita ada/peroleh sekarang dan berusaha melakukan yang lebih baik pada masa hadapan. Bacalah tulisan dibawah yang saya perolehi melalui email...Mungkin agak panjang tetapi berbaloi untuk dihayati.....kita akan bersyukur jika kita menghargai apa yang kita ada, tidak kira siapa pun kita! 

Janganlah jadi seperti peserta BERSIH 3.0.....Seorang kawan kata, cuba hantar para peserta BERSIH 3.0 ke tempat yang sangat daif di dunia ini....mungkin untuk tinggal sehari pun tidak sanggup. Maka, BERSYUKURLAH dengan negara kita MALAYSIA....

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Assalamualaikum,

Saya ada terbaca kisah ini di salah satu blog sahabat saya. Mengalir air mata saya. Saya rasa ia satu perkongsian yang amat baik oleh Pn Jamilah yang melalui pengalaman terindah dalam hidup beliau.

Kepada kita yang masih mempunyai ibu bapa, juga kita sebagai ibu bapa kepada anak2 kita..berbuat baik lah kepada kedua ibu bapa kita sebagai suruhan Nabi SAW dan Nas Al Quran;

Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya), dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun; (dengan yang demikian) bersyukurlah kepadaKu dan kepada kedua ibubapamu; dan (ingatlah), kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan). (Luqman:14)

Maksudnya: Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya; dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan Daku (dalam ibadatmu) dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya, maka janganlah engkau taat kepada mereka. Kepada Akulah tempat kembali kamu semuanya, kemudian Aku akan menerangkan kepada kamu segala yang kamu telah kerjakan. (al-Ankabut:8)

Daripada Abdullah bin Amr bin al-Ash, Baginda bersabda: Keredhaan Allah bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa, dan kemurkaan Allah tergantung pada kemurkaan kedua ibubapa (Hadits riwayat at-Tirmidzi)
=================================================================================================================

KISAHNYA BERMULA DI SINI

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang.

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terakhir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang ‘buncit’.

Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mandikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskan air buat kali terakhir pada tubuh kecil abang.

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. “Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terakhir,” begitulah kata mak pada abah. Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga, biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang.

“Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!” Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. Mak bisikkan: “Abang tunggu mak di syurga ya!”

Akhirnya, wajah abang ‘ditutup’. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang.

Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: “Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?” Itulah soalan mereka.

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu?

Petang itu, mak duduk di satu sudut di ruang tamu rumah. Mak terfikir tentang soalan mereka itu. Mak tak tahu nak jawab macam mana. Kemudian, mak nampak sebuah diari di atas para di sudut ruang tamu. Lantas mak capai diari kecil itu. Di dalamnya tercatat peristiwa yang berlaku sepanjang 4 tahun 2 bulan mak membesarkan abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya.

Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir.

Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari.

Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis? Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman abang sudah rosak, sudah ‘reput’. Tak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, “Nak kek lori sampah!”

Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah. Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur, tapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti.

Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.

7 Mac 2011- Keadaan abang makin kritikal. Perut abang semakin besar. Abang tak mampu nak bergerak, lebih banyak terbaring dan asyik sesak nafas. Mak tak tahan lihat keadaan abang. Mak bawa abang ke IJN, rumah ‘kedua’ abang sepanjang tempoh hayat abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi.

Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan. Mak redha. Dalam hati mak juga sudah berkata, masa abang tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, “Macam mana dengan abang?“ Mak jawab: “InsyaAllah, abang akan sihat!” Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu abang sudah tiada harapan lagi.

Mereka pun sama, masing-masing bertarung dengan ujian apabila anak yang dikasihi ditimpa penyakit. Jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri telan.

13 Mac 2011- Hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan di saat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan abang.

Di rumah, setiap hari mak akan tanya: “Abang nak apa hari ni?” Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab: “Mak, abang nak naik kereta bomba!” Mak termenung dengar permintaan abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya, “Pergi mana?” Mak jawab: “Balai bomba!”

Sampai di situ, mak minta izin pegawai bomba. Mak kata, abang teringin nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju abang ke paras dada. Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu: “Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk ‘pergi’! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!”

Bila lihat perut abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Dia dukung abang, letakkan ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembiru sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Abang tak perasan, mak palingkan muka lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi: “Abang nak apa?” Abang jawab: “Abang nak naik lori sampah!” Mak dukung abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.“Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?” Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju abang dan beritahu perkara sama. Berubah mimik wajah mereka.

Segera mereka angkat abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sanggup lihat abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Abang kalau nak tengok gajah, mak bawa abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa. Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung abang.

Abang kata nak tengok burung, mak bawa ke taman burung. Abang kata nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja abang nak pergi, semuanya mak tunaikan!

Setiap hari juga mak tanya abang nak makan apa. Macam-macam abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung, rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu abang pinta pada pukul 3.00 pagi!

Apa saja yang teringin oleh tekak abang, semua mak cari walaupun abang sekadar menjamahnya sesudu dua. Apa saja abang pinta, kami tunaikan. Mak tahu, mak faham, masa abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Nak bercakap pun terlalu lemah, apatah lagi untuk bergerak. Mata kuyu, hanya terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan abang. Mak ajak abah bawa abang ke hospital.“Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!” Itu kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama kakak yang sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan kakak pulang. “Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!” Itu kata-kata mak pada cikgu dan kakak diizinkan pulang pada hari ini. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang datang melawat. Mak memang rajin bercerita dengan Dr. Adura. Kebetulan mak ceritakan yang mak terkilan tak dapat tunaikan permintaan abang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat abang. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu datang tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura membawa kek lori yang abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura tulis di dalam blognya kisah abang dan ramai yang mahu menyediakan kek yang abang pinta.

Sekali lagi, para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk abang. Tapi abang kurang ceria, wajah abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tapi abang sekadar lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah abang, bacaanya meningkat naik. Tapi hati mak dapat rasakan abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan abang di dalam bilik.

Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah abang, mak peluk dan usap rambut abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil. Dalam tangis itu, mak katakan pada abang: “Mak tahu abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu abang nak pergi. “Jangan tahan-tahan abang. Pergilah. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa saja hajat yang abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan abang dalam hidup mak walaupun seketika!”

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Dan mak berjanji tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia ini.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa abang dah dekat sangat. Mak lihat abang dah kritikal. Wajah abang sudah tampak biru, lebam! Dada berombak, tercungap-cungap menarik nafas. Abang dah tak mampu bercakap lagi sejak malam tadi. Makan minum pun tak mahu.

Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak sampai. Mak suruh kak long bacakan Yaasin di sebelah abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, abang makin lesu. Lantas mak ajak abang keluar berjalan-jalan.

“Abang, nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!” Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi abang hanya minum seteguk. Kemudian, abang lentukkan kepala pada bahu mak. “Abang, tu tengok kat luar tu? Nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?” Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu.

Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap. “Abang ngantuk!” Itu kata abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. “Bang, jom naik. Abang nak ‘tidur’! Mak terus ajak abah dan kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.” Mak tahu, masa abang sudah hampir tiba! Sampai di wad, mak baringkan abang atas katil. Dan abang terus merintih dalam nada yang lemah: “Makkk..sakit perut..!” Dan abang terus memanggil: “Makkkkk!”. Suara abang perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi abang.

“Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan abang pergi. Mak halalkan segala makan minum abang. Mak halalkan air susu mak untuk abang. Pergilah abang. Mak izinkan abang pergi!” Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata abang yang semakin kuyu. Saat abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup abang selagi abang masih bernafas. Mereka kucup pipi abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

“Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu abang dengar kamu menangis! Jangan seksa abang dengan tangisan kamu!”

Mak marah mereka buat begitu pada abang. Mak tak mahu abang lihat kami menangisi pemergian abang. Mak tahu, abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput abang.

Mak tak mahu tambahkan lagi kesedihan abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

“Pergilah abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah..!“ Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas…

Pukul 3.50 petang, akhirnya abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillah… Mak kucup dahi abang. Mak bisikkan di telinga abang: “Tenanglah abang di sana. Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak abang. Abang… tunggu mak di sana ya! Di syurga!”

Abang, sekarang mak dah dapat jawapanyya. Mengapa mak tidak menangis?

Pertama, abang telah ditakdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti.

Kedua, apa saja keinginan abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak.

Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk abang.

Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi abang dan menggembirakan abang setiap saat dan waktu.

Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti abang. Mak jadi ‘kaya’ dengan kehadiran abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan.

Mak telah beri segalan-galanya melebihi 100% untuk abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tak perlu menangis lagi. Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa abang tapi… mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar.

Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya gagal, malah abang pernah disahkan ‘mati’ apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Semoga kisah ini memberi pengajaran kepada kita. Lakukan yang terbaik.

1) Balaslah segala jasa kedua ibu bapa kita selagi mereka masih ada. Jika mereka sudah tiada, doakan kepada mereka setiap kali selepas solat. Minta diampunkan segala dosa mereka.

2) Jagalah anak anak kita sebaiknya. Lakukan yang terbaik untuk mereka di dunia dan di akhirat.

Wassalam 
# TAHNIAH! Jika anda tidak menitiskan air mata...samada disebabkan anda tidak membaca sepenuhnya atau tidak membacanya atau anda memang keras hati dan kepala batu...hehehe! Semoga memperoleh sesuatu yang baik dari cerita itu.... 

BERSIH 3.0: Bermulanya Penamat Riwayat AnuWar Al-Juburi


BERSIH 3.0 (lebih dikenali sebagai BERSHIT 3.0) memang haru biru. Kita boleh mendapatkan 1001 macam cerita berkaitan BERSHIT 3.0 dimana-mana blog mahupun Youtube. Tulis saja BERSIH 3.0, maka akan terpampanglah apa saja kekotoran BERSHIT 3.0.

Bagi yang pro BERSHIT 3.0 dan puak pembangkang, sepertimana Anwar Ibrahim hatta Ambiga sekalipun...mereka berusaha sehabis baik untuk menyalahkan pihak Polis. Senario dan sindrom penafian ini bukanlah asing bagi mereka termasuklah ulamak tersohor PAS seperti Mat Sabu Khalwat dan Nik Aziz. Pada mereka tiada yang benar melainkan mereka sahaja yang benar-benar benar! Mereka tidak ambil pot pun apa yang terjadi kepada anggota Polis atau orang ramai yang menerima kesan negatif angkara perhimpunan aman mereka!

WT ingin merakamkan rasa sedih dan simpati kepada anggota Polis dan media yang tercedera semasa menjalankan tugas. WT langsung tidak bersimpati kepada `mangsa' sepak terajang Polis dikalangan peserta BERSHIT 3.0 ini. Kalau nak sangat Anwar jadi PM, mati pun PAS boleh declare `syahid'...jadi, apalah sangat kena `debik' dengan pihak Polis. Usah bicara soal perjuangan, kalau takut kena liwat Anwar Ibrahim...hahahahaha!

Bagi WT, penyokong BERSHIT 3.0 memang ramai pada 28 April 2012. Itu sangkaan dan menjadi dorongan semangat kepada pengikut BERSHIT 3.0. Anwar kata kebangkitan rakyat...auta lagi! Dia kata 300 ribu orang hadir. Mesin kira orang mereka memang sangat moden untuk membuat perkiraan tersebut. Biarkanlah nak kata berapa jumlah yang hadir....tetapi hakikatnya, majoriti dan jutaan rakyat Malaysia sebenarnya menentang agenda BERSHIT 3.0, kalau penentang BERSHIT 3.0 pun melakukan perkara sama yakni berhimpun secara aman kemudian merusuh tak tentu hala....percayalah puak penentang agenda BERSIH 3.0 jauh lebih ramai daripada sekelumit penyokong BERSHIT 3.0. Maka, pengikut BERSHIT 3.0 tak payah nak temberang bahawa majoriti rakyat Malaysia menyokong BERSHIT 3.0.

Asalnya WT ingin berkongsi pandangan bahawa BERSHIT 3.0 adalah satu acara dimana impaknya akan `menghapuskan' politik Anwar Ibrahim. WT rasa Anwar sedar perkara ini. Tapi tidak mungkin beliau akan mengakuinya...(mungkin sindrom peliwat memang sedemikian...suka auta orang!). Anwar dan balaci-balaci inginkan publisiti dan reaksi yang lebih meluas selepas `keganasan' BERSHIT 3.0. Ia kononnya mengambil `semangat' kebangkitan rakyat di Timur Tengah. Sepertimana semua tahu, Anwar dan balacinya mahukan publisiti ke serata dunia. Lagi baik kalau ramai peserta BERSHIT 3.0 yang mati katak, maka lagi sedap beliau balun kerajaan Malaysia kaw-kaw! Sebab itu, tawaran berhimpun secara aman di dalam stadium dan lokasi yang diberikan oleh kerajaan ditolak dengan pelbagai alasan. Sifir strategi Anwar dan balacinya mudah difahami...budak tadika PASTI tutup mata pun boleh jawap!

WT beranggapan Anwar Liwat sebenarnya sudah tersilap perkiraan. Ingat lagi demonstrasi jalanan tahun 1998/99? Kebanyakan mahasiswa sewel yang `tidur dijalanan' untuk menghapus PTPTN mungkin masih berhingus pada zaman itu. Apa yang berlaku semasa BERSHIT 3.0 lebih kurang berlaku semasa 1998/99. Rosakkan harta awam, cederakan pihak Polis, spin cerita dan sebagainya. Kesan daripada demo 1998/99 adalah kekalahan teruk parti Anwar Al-Juburi. Mengapa? sebab majoriti rakyat menolak keganasan. Sebab kereta polis yang mereka rosakkan, harta awam yang dirosakkan adalah duit rakyat. Ohhhh...nak kaitkan dengan lembu kondo pulak! :) Lembu kondo kita tunggu proses kehakiman yang sedang berjalan. 

Justeru itu, BERSHIT 3.0 sebenarnya adalah permulaan kepada tamatnya riwayat politik Anwar Liwat! Demikian juga episod panjang Azmin Ali yang kini dihangatkan dengan pendedahan aksi seks beliau....Jika BN menang besar pada PRU13 kelak, bukan sebab rakyat sepenuhnya suka BN atau menerima beberapa kerosakan dalam kerajaan BN seperti isu lembu kondo tetapi juga disebabkan pembangkang sedia ada jauh tak boleh pakai daripada yang diharapkan. 

`Keganasan' BERSHIT 3.0 adalah permulaan kepada kejatuhan Anwar Al-Juburi!

Tulisan oleh Lim Chee Wei dalam Stop The Lies adalah sepertimana apa yang WT fikirkan benar akan berlaku...BERSHIT 3.0 is the beginning of the end of Anwar Ibrahim’s political career!


Chaos and the Beginning of the End for Anwar


An obituary is something that is not easy to write. One never knows what to say as consoling those that have lost a loved one is nearly always an exercise in futility. The violence and chaos that rained down on thousands of bused-in opposition members led by PKR deputy president Azmin Ali yesterday was the final nail in the coffin of the political life his mentor, Anwar Ibrahim.

I am not a fortune-teller but the writing is clearly on the wall. This is the beginning of the end of the political career of Anwar Ibrahim which has spanned more than 40 years.

Full democracy in Malaysia is dependent on the setting up of a sustainable and viable two-party system. People who saw Anwar lose control and sending his storm troopers in to destroy everything in their way are beginning to believe that for democracy to face the Barisan Nasional, Anwar has got to go.

The sheer desperation and willingness to cause the BN political damage at any costs, even causing damage and injury, shows that Anwar knows this general election is his last chance. It is the final salvo of one of the most divisive figures in Malaysia’s political history. Anwar will be 65 this year and waiting for the 14th election will see him just a shade under 70.

It is sad to see an otherwise intelligent man blind to the fact that he will never be prime minister. The destructiveness he unleashed on Kuala Lumpur this weekend is the final act of desperation of a man hoping in vain that he has still got one final act to play. What he does not realise is that his audience has left and moved on to something, or someone, that far more closely resembles an ideal leadership with which they want to spend time and watch.

Slippery slope

Bersih co-chairman S Ambiga herself conceded that the police acted after the political segments of the rally intimidated and attacked the police. In her own attempt to salvage what has become an irreparable situation of chaos and violence, she naively asks the government to think about why some people would act so extremely.

The men who smashed the cars were not motivated by a desire for electoral reform. Rather, they acted because Anwar allegedly incited them to do it. Anwar knew that if they rained chaos on the streets, the police would be forced to act. Only then would his friends in the foreign media be able to dedicate many minutes of coverage to chaos in yet another Muslim majority country.

Ambiga has to take some of the responsibility despite her attempts to ask the crowd to disperse before the trouble started. She herself repeatedly asked PAS and PKR to shore up her numbers in the event that ordinary non-partisan Malaysians did not show up. It is as clear as day that Bersih has been entirely taken over by the opposition. This could have been avoided if Ambiga never started on that slippery slope of sharing the Bersih stage with Anwar in particular.

I am a Chinese and the first trait of my people is pragmatism, which is why we felt that there needed to be a much stronger opposition in 2008 given the wanton corruption and abuses of the BN then. But Pakatan would do well not to take my pragmatism for granted. Chaos and desperation are not pragmatic. For the first time since 2008, Anwar does not seem like a pragmatic choice for Prime minister.

Democratic progress is not about upturning cars on the streets and vigilante rowdies running riot in our cities. Democratic progress is the setting up of a true two-party system. Pakatan needs a real leader who believes in the ideals of democracy and has never practiced otherwise. With this, I hereby write the beginning of the end of Anwar Ibrahim’s political career on April 28, 2012.

Wednesday, May 2, 2012

Andakah Calon BN Pada PRU13?


ADAKAH nama anda disenaraikan oleh parti di peringkat bahagian sebagai calon bagi Pilihan Raya Umum (PRU) Ke-13? Jika ada baguslah. Tidak ada pun tidak apa kerana senarai itu bukanlah sesuatu yang muktamad. Perubahan boleh berlaku pada saat-saat akhir. 

Apa yang lebih penting sekarang ialah bekerja untuk kemenangan. Inilah yang sedang dilakukan oleh parti politik menjelang PRU yang semakin hampir. Masing-masing mahu memikat pengundi. Mereka sudah menyediakan senarai calon walaupun ada yang masih berbalah mengenai pembahagian kerusi. Di sesetengah kawasan, sedang berlaku ‘perang’ bendera parti. Suasana ini agak berbeza. Dulu yang paling awal pasang bendera atau bendera sentiasa berkibar adalah Pas tidak kira masa sama ada musim pilihan raya atau sebaliknya. Tetapi hari ini bendera BN pun sudah berkibaran. Keadaan ini boleh dilihat di beberapa kawasan di Selangor. Di celah-celah banting Khalid Ibrahim tersenyum mengucapkan terima kasih kepada rakyat Selangor kerana memberi kepercayaan kepada PKR memerintah negeri itu, bendera biru berlambangkan dacing sudah banyak kelihatan. Tidak pasti selama mana bendera ini akan bertahan kerana mungkin mereka yang berkuasa akan menunjukkan belang menurunkannya.

Apa pun, kali ini bajet bendera BN sudah turun ke bawah lebih awal.

Berkaitan dengan calon UMNO, ibu pejabat parti itu sudah menerima semua senarai nama calon yang berpotensi. Senarai nama itu diterima dari bahagian-bahagian parti secara berperingkat sehingga tarikh akhir penyerahan pada 2 April lalu. Kaedah yang digunakan ialah setiap bahagian menubuhkan Jawatankuasa Khas bagi menamakan calon-calon yang difikirkan layak atau calon boleh menang.

Bagi setiap kerusi sama ada bagi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN), tiga nama akan disenaraikan. Itulah kebiasaannya. Kalau hantar ramai pun susah juga. Tetapi ada juga yang khabarnya ‘tidak tahu’ buat pilihan kerana serba salah, bimbang ada yang berkecil hati jika tidak disenaraikan. Maka semua ahli jawatankuasa UMNO bahagian itu disenaraikan, bermula dari Pengerusi Tetap sehinggalah Pemeriksa Kira-Kira. Bertambah pening pemimpin nak buat pilihan. 

Bagi yang sudah tahu namanya dicalonkan, eloklah tonjolkan diri bertemu rakyat di kawasan. Mana tahu jika akhirnya terpilih, lebih mudah meneruskan kerja. Tetapi bagaimana pula jika tidak terpilih? Ini akan menjadi masalah lebih-lebih lagi bagi yang bercita-cita tinggi untuk menjadi wakil rakyat. Silap haribulan boleh jadi ‘sasau’ atau keluar parti atau melancong menjelang PRU. Inilah penyakit yang ditakuti parti.

Maka bagi yang disenaraikan sebagai calon, teruskan kerja seperti biasa. Terpilih atau tidak bukan isu utama. Apa yang penting calon pilihan itu boleh menang.

Seorang sahabat memberitahu, beliau tidak bercita-cita untuk menjadi calon walaupun ada yang melihatnya sebagai berpotensi. Baginya dia lebih suka membantu ‘di belakang tabir’ dengan menyusun program untuk parti. Malangnya, mereka yang berpotensi menjadi calon termasuk yang mencalonkan diri sendiri pula gelisah. Mereka tidak senang duduk dengan program yang diatur oleh sahabat ini. Bimbang melalui program yang diatur itu menjadikan dirinya lebih popular maka dia diminta duduk ‘diam-diam’. Dia diberi pilihan sama ada tangguh atau batalkan program yang diatur itu. Nampaknya ramai juga yang takut bayang-bayang. Inilah suasana politik dalam parti yang sukar dibendung. Depan cakap lain, belakang buat lain. Sikap seperti ini boleh menjejaskan keupayaan parti apabila tiba hari penentuan. Bagi ahli-ahli UMNO, mereka sepatutnya bekerja sebagai satu pasukan supaya tidak menjejaskan peluang membantu kemenangan Barisan Nasional (BN). Ini kerana BN sudah berada di landasan yang betul untuk menghadapi PRU kali ini. Bagaimanapun masih ada cabaran yang perlu dihadapi. Ketika BN sedang membina semula keyakinan rakyat terhadapnya, musuh BN iaitu pakatan 3P - DAP, Pas, PKR pula semakin ghairah mencari jalan untuk meruntuhkan keyakinan rakyat itu.

Satu persatu isu dibangkitkan bagi menimbulkan keresahan atau kemarahan rakyat. Sekali pandang isu-isu ini bukanlah tidak ada jalan penyelesaiannya tetapi ‘permainan’ pembangkang ini nampak lebih hebat. Kerajaan BN boleh menerangkan isu-isu berkaitan Felda, pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dan macam-macam lagi, tetapi kadangkala orang yang mendengar lebih yakin dan percaya kepada persepsi berbanding kebenaran. Begitulah mereka begitu mudah mempengaruhi pemikiran rakyat.

Satu lagi kehebatan pakatan 3P yang tidak boleh ditandingi BN atau mana-mana NGO ialah keupayaannya menggerakkan demonstrasi jalanan atau protes bagi ‘mencabar’ BN dalam pelbagai isu. Mungkin BN juga perlu lebih agresif tetapi adalah lebih berbahaya jika BN pun mengambil tindakan yang sama menyebabkan satu pertembungan yang tidak sihat dalam dunia politik negara ini.

Mungkin atas faktor itulah, BN lebih ‘berdisiplin’ atau berhemah untuk menyatakan sesuatu supaya tidak terjadi gajah berjuang sama gajah, pelanduk mati di tengah-tengah.

Satu lagi kelebihan 3P ialah sering menyalahkan kerajaan BN atau parti politik BN apabila sesuatu itu tidak dapat dilaksanakan dengan baik. Mereka juga lebih gemar membisu seribu bahasa dan memekakkan telinga terhadap pelbagai desakan yang dibuat.

Di pihak BN, mereka bertindak untuk mempertahankan kuasa yang ada sambil memastikan negara akan terus dalam keadaan stabil dan mampu menjaga kepentingan rakyat untuk jangka masa panjang. Manakala di satu pihak lagi, mereka inginkan kuasa. Dan dalam usaha mendapatkan kuasa, mereka bersedia melakukan apa sahaja. Dalam keadaan terdesak selepas diasak, mereka sanggup ‘membakar kelambu kerana marahkan nyamuk’. Bagi mereka genggam bara api biar sampai jadi arang atau alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Bagaimanapun lebih malang lagi, ada pula yang bersedia menang sorak kampung tergadai.

Inilah cabaran yang perlu dihadapi BN.

Pastinya BN tidak mampu menjanjikan sesuatu yang luar biasa kepada rakyat kerana ia tidak mampu dilaksanakan tetapi bagi yang belum mendapat kuasa, mereka pasti menjanjikan ‘bulan dan bintang’ walaupun hakikatnya ia bagaikan janji ‘saudagar air liur’.

#WT: Selamat menjadi calon! 

Tuesday, May 1, 2012

BERSHIT 3.0: Debat AmPIGa vs KJ!


Sebelum terjadinya `keganasan' BERSHIT 3.0 ~ Saksikan debat antara Ampiga dengan KJ! Taklah hebat sangat loyar Ampiga ni! Putar alam dan auta macam AnuWar AlJuburi...Anyway, bravo KJ!