Saturday, October 13, 2012

Ucapan perbahasan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad ke atas Belanjawan 2013



Ucapan perbahasan Ahli Parlimen Sipitang, Datuk Sapawi Ahmad ke atas Belanjawan 2013

Terima kasih Tan Sri Yang Dipertua

1. Mengawali ucapan, izinkan saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah subhanallahu wataala, dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Tuan Yang Dipertua, kerana memberi ruang kepada saya untuk sama-sama mengambil bahagian, dalam perbahasan ke atas Belanjawan 2013 bertemakan "Memakmur Negara, Mensejahtera Rakyat: Sebuah Janji Ditepati" yang dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, selaku Menteri Kewangan, di Dewan Yang Mulia ini pada hari Jumaat lepas, bersamaan 28 September 2013.

2. Salam 1Malaysia mukadimah ucapan, setinggi penghargaan kepada kerajaan, atas pembentangan satu belanjawan, yang merintis haluan perjalanan masa hadapan, untuk sebuah kerajaan Barisan, yang pastinya terus menjadi pilihan. Tahniah kepada YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, atas pembentangan belanjawan ini, bajet terakhir menjelang kita masuk gelanggang pilihan raya.

3. Mengikuti pembentangan Belanjawan tempoh hari, dan kemudian menganalisanya secara mendalam, saya temukan satu kesimpulan. Ia merupakan suatu belanjawan yang dipersembahkan atas nama `rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan' ke arah perjalanan 1Malaysia yang seimbang, menyeluruh adil lagi sejahtera sifatnya.

4. Belanjawan 2013 memancarkan harapan, menerangi seluruh horizon kehidupan di bawah lembayung kepimpinan YAB Perdana Menteri kita, membawa bersama jalur pelangi kemakmuran, berpaksi transformasi menerusi empat tonggak yang dipasak, iaitu GTP, ETP, NKEA dan RMK-10.

5. Saya yakin lagi optimis, tiada siapa lagi berasa kecewa dan berdukacita dengan Bajet ini, melainkan mereka-mereka yang dangkal kewarasan, jumud fikiran atau keliru tafsiran. Kenapa tidak, semuanya terangkum rapi di sini, sebuah gagasan besar menganjakkan perubahan untuk seluruh rakyat Malaysia, baik di kota besar metropolitan dan bandaraya satelit mencakar langit, mahu pun di kampung dan desa terpencil, hutan belantara yang tebal berkabus, atau di laut samudera terbentang luas.
 
Orang kecil, orang besar
Jangan pakai seluar longgar
Bajet BN gagasan besar
Jangan lagi diputar-putar
 
Kalau pakai seluar longgar
Ambil tali ikat dililit
Pembangkang kini bertambah gusar
Cuba untuk memutarbelit

 
6. Nyata terang, menerusi bajet ini, sekali lagi diperhebatkan sebuah lonjakan paradigma untuk mencapai status negara maju berpendapatan tinggi. Wawasan 2020 matlamat negara, perkapita 15,000 Dolar Amerika sasaran kita, empat tonggak landasan dibina -- saya yakin ia mampu terlaksana, atas gandingan pimpinan bijaksana, mengemudi pemerintahan negara.

7. Tujuh tahun lagi masa berbaki, sebelum sampai ke garisan matlamat, saya percaya kita mampu memenuhi keperluan sejagat, mengisi keinginan 27 juta rakyat yang menyandarkan harapan tinggi-tinggi, setinggi Gunung Kinabalu, kerana kita sudah membuktikan `Janji Ditepati' selama 55 tahun merdeka dan 49 tahun pembentukan negara bangsa Malaysia.

8. Lonjakan perkasa lagi perdana, yang dibina menerusi Bajet 2013 ini, umpama penawar bisa patukan si tedung, kerana ia membina tamadun bangsa 1Malaysia yang sejahtera, dengan satu tekad dan satu semangat, yang kental lagi jitu dan padu.

9. Belanjawan ini adalah pantulan kesungguhan YAB Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan untuk melakukan perubahan kepada kerajaan, kepada ekonomi negara, kepada bangsa 1Malaysia, tanpa mengira latar belakang topografi dan geopolitik.

10. Benarlah barangkali sebagaimana diungkapkan oleh ND Lala dalam lagunya "PM Kita Untuk Semua" yang antara lain berkata:

PM kita untuk semua
Untuk semua rakyat Malaysia
PM kita untuk semua
Tak kira kaum tak kira budaya

PM kita untuk semua
Untuk semua rakyat Malaysia
PM kita untuk semua
Dahulukan rakyat 1Malaysia
SABAH MAJU JAYA

Tuan Yang Dipertua
11. Membelek-belek helai demi helai, membaca ayat demi ayat belanjawan ini, dari awal hingga ke penghujung, saya rasa kagum lagi teruja, dengan angka-angka pertumbuhan, jangkauan pendapatan dan unjuran pelaburan yang mampu dan berjaya kita rekodkan.

12. Lebih mengembirakan bagi kami dari Sabah, perkhabaran gembira dibawa bersama belanjawan ini -- paling utama penyeimbangan kadar harga barangan pengguna yang bakal menyaksikan kadarnya lebih murah berbanding waktu ini. Penyeragaman kadar harga itu, yang turut menjangkau ke Sarawak dan WP Labuan bakal menghapuskan jurang harga yang begitu memeritkan selama ini.

13. Juga disebutkan mengenai pembangunan kawasan jelapang padi di Kota Belud, untuk menggandakan kadar pengeluaran beras, bagi menampung keperluan. Saya percaya lagi optimis, usaha ini dapat melonjakkan ekonomi masyarakat tani, yang bermandi peluh membanting tulang memugar tanah untuk sebuah kehidupan.

14. Terkhusus bagi Sipitang, terimakasih banyak-banyak kepada YAB Perdana Menteri kerana kawasan yang saya wakili ini, akan diperkasa-hebatkan sebagai hab minyak dan gas, yang pastinya jua membawa bersama limpahan kesejahteraan untuk rakyat jelata. Saya akan perincikan perkara ini selepas ini.

15. Semua tumpuan dan perhatian yang diberikan untuk Sabah menerusi belanjawan ini, adalah simbol komitmen Kerajaan Persekutuan di bawah naungan kepimpinan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak untuk melihat Negeri Sabah melangkah lebih pantas dan cepat, mengejar rentak pembangunan yang telah dikecapi di tanah Semenanjung.
16. Justeru, mewakili rakan-rakan Ahli Yang Berhormat dari Sabah, saya merakamkan penghargaan kepada YAB Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, atas keprihatinan berterusan, terhadap negeri kami Di Bawah Bayu. Biarpun letaknya jauh di seberang Laut China Selatan, terpisah beribu kilometer dari Putrajaya, namun Sabah tetap dekat di hati YAB Perdana Menteri, lalu kami pun merasa diri tidak lagi berada di pinggiran waktu. Nyata jarak bukanlah penghalang, dan keterpisahan bukan lagi alasan. Jauh di mata, tapi dekat di hati. Itulah lambang pimpinan sejati.

17. Nescaya, perhatian dan peruntukan yang disalur itu `melonjakgandakasa' (bermaksud melonjak, mengganda dan memperkasa) dan memperindahkan lagi jalur kemakmuran di negeri kami yang segar-subur, justeru saya tidak berapa bersetuju jika dikatakan oleh agas-agas politik bahawa negeri kami masih mundur dan kemajuan masih kabur. Kerana jajaran pembangunannya sudah menapak, seawal Umno bertapak lagi, pada tahun 1991.

18. Dari segi pentadbiran kewangan dan pengurusan ekonomi, Sabah mencapai tahap cukup cemerlang. Saya bukan cakap temberang, tapi Laporan Ketua Audit Negara cukup jelas dan terang.

19. Sepanjang 12 tahun berturut-turut, tanpa waktu berselang, Sabah mencatat rekod terbaik dari segi prestasi dan pengurusan kewangannya. Terbaru pada 25 September 2012 yang lepas, iaitu tiga hari sebelum pembentangan Bajet ini, Sabah menerima pengiktirafan daripada Ketua Audit Negara bagi tahun ke-12 berturut-turut, menerusi Majlis Penyampaian Anugerah Pengurusan Kewangan Cemerlang Indeks Akauntabiliti Jabatan Audit Negara 2011 yang diadakan di Kota Kinabalu.

20. Semuanya berlaku di bawah rimbunan kepimpinan YAB Datuk Seri Panglima Musa Hj Aman selaku Ketua Menteri dan Menteri Kewangan Negeri.

21. Rekod ini membuktikan peningkatan kepekaan jabatan dan agensi kerajaan negeri terhadap tuntutan dasar tadbir urus kewangan. Dan lebih penting dan utama lagi, kejayaan pengurusan cemerlang ini sekaligus menolak tanggapan negatif dan pesimistik serta tuduhan liar tidak berasas, yang mengata, mempersoal dan mempertikaikan kecekapan kerajaan negeri.
CADANGAN

Tuan Yang Dipertua
22. Seiring harapan Bajet ini, saya juga ingin mengetengahkan beberapa perkara untuk diberi perhatian dan pertimbangan kerajaan, khususnya yang membabitkan kepentingan rakyat, demi kelangsungan perjuangan kita mendahulukan rakyat dan mengutamakan pencapaian.

23. Pertama, mewakili warga Parlimen  Sipitang, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada YAB Perdana Menteri kerana, menerusi Bajet 2013, telah merealisasikan impian kami untuk melihat cadangan menjadikan Sipitang sebagai hab minyak dan gas, akhirnya menjadi kenyataan.

24. Sesungguhnya, projek tersebut yang akan dilaksana dalam lingkungan Taman Perindustrian Sipitang, bakal melonjakkan pembangunan Sipitang, yang kini sudah pun menempatkan projek SAMUR di kawasan sama, sekali gus menjadi pemangkin pembangunan Sipitang/Kimanis sebagai koridor industri minyak dan gas negeri Sabah.

25.  Pelaksanaan projek tersebut bermakna merancakkan lagi pembangunan untuk Sipitang dan kawasan sekitarnya, menerusi lonjakan ekonomi baru -- aktiviti kecil dan besar, runcit dan borong.

26. Untuk memenuhi keperluan sebagai hab minyak dan gas, Sipitang kini memerlukan penubuhan kolej berasaskan teknikal dalam bidang berkaitan bagi memberi latihan kemahiran, khususnya kepada belia tempatan, untuk mengisi keperluan dan permintaan peluang pekerjaan di masa depan. Oleh yang demikian, Sipitang berharap agar pihak yang berkaitan dapat menimbang permintaan ini secara serius.

27. Seiring dengan kepesatan pembangunan yang bakal mewarnai kawasan kami, maka saya sekali lagi ingin menyarankan di Dewan Yang Mulia ini, agar dapat kiranya disegerakan pelaksanaan projek menaik taraf lebuh raya Sipitang-Kota Kinabalu menjadi lebuh raya empat lorong, demi menjamin kesejahteraan pengguna, pelabur, peniaga dan pekerja. Sememangnya, ketika ini telah dimulakan kerja-kerja pelaksanaan melebarkan sesetengah bahagian lebuh raya itu, untuk dijadikan kawasan memotong, tetapi ia masih tidak memadai bagi menampung keperluan dan peningkatan trafik dalam jangka panjang.


28. Kedua, saya ingin mengambil peluang di ruangan ini, untuk merayu kepada kerajaan agar dapat menimbang untuk menubuhkan pembinaan sebuah Kolej Komuniti -- sebagai strategi jangka panjang membangunkan bidang pendidikan, iaitu aspek yang diberi penekanan dalam Bajet 2013 ini, yang menyaksikan sejumlah RM38.7 bilion dikhususkan bagi sektor pendidikan.

29. Kita menyokong usaha agresif kerajaan menerusi Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), justeru kita mengharapkan agar sebahagian daripada bajet ini disediakan khusus bagi meningkatkan prasarana pendidikan di Sabah, dan juga Sarawak, demi merapatkan jurang antara ketiga-tiga wilayah - Sabah, Sarawak dan Semenanjung.

30. Sambil itu, kita berharap pelan pembangunan ini, yang merupakan agenda besar Kementerian  Pelajaran, harus disokong oleh kementerian dan agensi lain yang berkaitan, termasuk dalam usaha ke arah meningkatkan kualiti guru. Kita berpendirian pentingnya guru berkualiti sebagai jaminan kejayaan transformasi, misalnya meningkatkan guru Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik -- yang merupakan subjek teras yang tidak boleh dipinggirkan.

31. Demikian juga halnya dengan guru-guru JQAF -- ia mesti juga diberi perhatian untuk diangkat darjat dan martabatnya, ke arah memperkasa bidang pendidikan secara menyeluruh.

32. Bagi maksud yang sama, kita juga mencadangkan supaya diwujudkan `Makmal Berpusat' -- yang berperanan sebagai pusat pembelajaran Bahasa Inggeris untuk sekolah-sekolah yang berselerak di kawasan luar bandar, demi untuk menentukan pelajar dari kawasan luar bandar, bagi menjamin penyampaian pengajaran Bahasa Inggeris secara lebih berkesan. Penguasaan Bahasa Inggeris juga penting dalam rangka kita `mengangkasakan' kemajuan tamadun bangsa kita.

33. Ketiga, saya mengalu-alukan langkah proaktif kerajaan dalam menyediakan kemudahan perumahan untuk rakyat. Menerusi bajet ini, sejumlah RM1.9 bilion disediakan bagi membina 123,000 unit rumah tahun depan. Tidak syak lagi, ia adalah satu usaha murni yang dilaksanakan oleh sebuah kerajaan yang berjiwa rakyat.
34. Saya ucapkan tahniah kepada kerajaan atas inisiatif menyediakan perumahan untuk rakyat berpendapatan sederhana, mensasarkan rumah berharga antara RM100,000 hingga RM400,000 seunit. Ini menunjukkan betapa prihatin kerajaan kepada golongan ini. Komitmen kerajaan, merealisasikan impian rakyat. Kita juga berharap agar kerajaan menimbang untuk mengadakan program menerusi Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) di Negeri Sabah.
BIDAS PEMBANGKANG

Tuan Yang Dipertua
35. Apa yang dihuraikan dalam Bajet ini adalah cukup realistik sifatnya, dan murni pula niatnya. Saya bersetuju denan YAB Perdana Menteri bahawa: "Sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, kita tetap menceritakan kebenaran biarpun kelat. Kita tidak pernah mendodoikan rakyat dengan dongengan, lipur lara sebaliknya sentiasa menawarkan penyelesaian serta kepimpinan bitara terhadap segala permasalahan masyarakat."

36. Begitu pun, kita sedih lagi terkilan mendengar suara-suara sinis kritikan dan hentaman yang dilemparkan oleh pihak pembangkang. Pembangkang ini menuduh BN macam-macam, itulah...inilah...gimiklah. Mereka kata gimik, walhal mereka sebenarnya panik.

37. Soal royalti minyak untuk Sabah cuba diputarbelit, pembangkang konon menjanjikan sehingga 20 peratus, tetapi mereka tidak sedar, atau barangkali terlena dalam buai mimpi mereka, bahawa apa yang disumbangkan oleh Kerajaan Pusat untuk Sabah selama ini jauh lebih besar daripada apa apa yang mereka cuba umpankan itu. Mengikut perkiraan `simple matematik' (dengan izin), 20 peratus mungkin amaunnya sekitar RM4 bilion tapi sumbangan yang sudah diberi Kerajaan Pusat sehingga kini melebihi RM11 bilion -- inilah cara pembangkang mengelirukan rakyat, mengumpan dengan angka-angka yang sudah dipusing-pusing.

38. Suka saya menegaskan di sini betapa Kerajaan Persekutuan, yang didokongi oleh BN sentiasa bersikap telus, dan tidak hipokrit seperti sesetengah negeri yang dikuasai pembangkang dalam membentangkan bajet mereka `supaya kelihatan cantik dan menawan' biarpun dalam lingkaran kepayahan bergelut kemelut dalaman.

39. Kita menghidangkan sesuatu yang praktikal, tidak menjanjikan bulan, bintang dan cakerawala seperti yang ditegaskan oleh YAB Perdana Menteri. Kerana kita sentiasa berpijak di bumi nyata biarpun di mana langit dijunjung.

40. Tidak seperti pembangkang, ke hulu dan hilir menjaja janji itu dan ini, jika ditakdirkan mereka berkuasa. Tetapi janji itu tidakpun tertunaikan, tidak pun terlaksana di negeri-negeri yang mereka berkuasa. Inilah yang menimbulkan rasa kekecewaan ramai rakyat, sebagaimana yang sering kita dengar akhir-akhir ini.

41. Mendengar keluh-kesah dan kekecewaan mereka itu, saya teringat sebuah lagu Kadazandusun yang pernah popular suatu ketika dulu bertajuk "Janji Toh Tarang Bulan" atau lebih kurang bermaksud `Janji Sewaktu Terang Bulan Purnama" nyanyian Jaidi Ariffin, yang mengungkapkan tentang kekecewaan yang begitu menyedihkan apabila satu ikatan janji yang dilafazkan telah tidak ditunaikan.

Saya terjemahkan sedikit korus dalam lagu tersebut:

Tapi kini segalanya tiada sudah
Hanya tinggal seperti mimpi
Sakit hati ini kerana dikecewakan
Kau hanya menipu saja
Saya teringatkan janji kita
Janji sewaktu terang bulan purnama
Sewaktu kita bersama
Tapi kini segala-galanya telah tiada

 
PENUTUP

Tuan Yang Dipertua
42. Saya memuji kelantangan dan ketelusan yang dipaparkan oleh YAB Perdana Menteri dalam Belanjawan ini, kerana beliau telah membentuk corak dan mencipta acuan Malaysia, mengangkasakan negara di persada dunia, untuk bersaing di pentas terbuka, kerana kita tidak boleh ketinggalan pada ketika dunia yang dipelopori negara kaya yang sudah tepu ekonominya menuntut keterbukaan, menuntut liberalisasi, mencanangkan globalisasi, dengan laungan pasaran terbuka atau "free market" dengan izin.

43. Kepada rakyat 1Malaysia, marilah kita bersama mendokong kepemimpinan YAB Perdana Menteri, sebagai nahkoda dinamis kita yang sentiasa bingkas, bergerak tangkas dan pantas, mengemudi pelayaran, mengharungi cabaran, apatah lagi dalam mendepani cabaran di gelanggang pilihan raya tidak berapa lama lagi.

44. Rentak dan irama kita mesti senada bersama pimpinan, kita perlu berani dan lantang bersuara. Dalam mengharungi perjuangan ini, kita patut kuat gegar bersuara dan tidak lagi boleh bersifat defensif, tapi sebaliknya kita mesti lebih offensif, kerana kita tidak mahu harapan rakyat memudar terlepas dan terhakis.

Sekian, saya mohon menyokong.

Friday, October 5, 2012


Benarkah Facebook telah mencipta ramai jutawan? 
Benarkah Facebook tidak memberi apa-apa manfaat?
Benarkah Login Facebook anda, boleh dapat duit?


atau




Selamat Berjaya...

# Selagi kita hanya melihat, kita akan hanya melihat selama-lamanya. Sesuatu hanya menjadi realiti setelah kita mulakan langkah pertama...JOIN BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK ANDA DISINI!


Friday, August 31, 2012

Salam Merdeka 55 Tahun! [Video Meruntun Jiwa]

Saturday, July 21, 2012

Mudahnya Menjadi Ustaz/Ustazah Dalam PAS!

Salam Ramadhan...




Selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua rakan blogger dan pengunjung Warisan Tamar. Mohon ampun dan maaf zahir batin atas segala kekhilafan yang mungkin disengajakan atau tidak disengajakan. Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah, yang lemahnya datang atas diri kita sendiri...

Salam Ramadhan...

Tuesday, July 10, 2012

Panassss: Iklan Buat Duit II....Sangat Panasss!




Benarkah Facebook telah mencipta ramai jutawan? 
Benarkah Facebook tidak memberi apa-apa manfaat?
Benarkah Login Facebook anda, boleh dapat duit?


atau




Selamat Berjaya...

# Selagi kita hanya melihat, kita akan hanya melihat selama-lamanya. Sesuatu hanya menjadi realiti setelah kita mulakan langkah pertama...JOIN BUAT DUIT DENGAN FACEBOOK ANDA DISINI!


Monday, July 9, 2012

Panasss: Iklan Buat Duit...:)


Seorang teman berkata: kadangkala sesuatu yang kita anggap mustahil, boleh menjadi realiti hanya dengan kita mengambil langkah pertama. Mungkin ada benarnya. Selagi kita tidak mencuba dan berani untuk berjaya, mana mungkin kita akan memperolehi kejayaan.

Ayuh cuba KLIK DISINI...

atau

Jom cuba KLIK DISINI...


Tuah ayam nampak di kaki, tuan anda hanya Allah yang tahu...
Tanpa mencuba manakan kita akan tahu kejayaan kita...

Selamat Berjaya....

Saturday, June 30, 2012

Siapa Sulaiman Al-Rajhi?





Jutawan Arab Saudi yang berjaya mengubah hidup beliau daripada seorang rakyat miskin hingga berjaya mengumpul kekayaan, Sulaiman Al-Rajhi, merupakan seorang dermawan yang terkenal di dunia.

Beliau adalah pengasas Bank Al-Rajhi, bank Islam terbesar di dunia, dan salah satu daripada syarikat terbesar di Arab Saudi.

Sehingga 2011, kekayaan beliau telah dianggarkan oleh majalah Forbes, bernilai sebanyak AS$ 7.7 bilion sekali gus disenaraikan sebagai orang ke-120 yang terkaya di dunia.

Yayasan Saar milik beliau adalah sebuah organisasi amal yang terkenal di negara tersebut.

Keluarga Al-Rajhi dianggap sebagai salah satu daripada keluarga kaya yang BUKAN daripada keluarga diraja, dan mereka adalah antara dermawan terkemuka di dunia.

Walaupun Al-Rajhi adalah seorang jutawan, tetapi beliau memilih untuk menjadi ‘miskin’ sehinggakan beliau tidak mempunyai sebarang wang dan juga saham yang dimiliki beliau sebelum ini.

Keadaan tersebut terjadi apabila beliau memindahkan kesemua aset yang dimiliki kepada anak-anak beliau dan mendermakan aset-aset yang selebihnya.
Bagi menghargai jasa beliau terhadap dunia Islam, termasuk mengasaskan bank Islam terbesar dunia dan juga segala usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan, Al-Rajhi telah dipilih untuk menerima Anugerah Antarabangsa Raja Faisal atas jasa beliau kepada Islam.

Dalam satu wawancara yang dibuat oleh Muhammad Al-Harbi dari Al-Eqtisadiah Business Daily, Al-Rajhi menceritakan tentang bagaimana beliau mampu meyakinkan ketua-ketua bank di dunia, termasuk Bank of England, hampir 30 tahun lalu, bahawa bayaran ‘faedah’ adalah sesuatu yang haram bagi kedua-dua agama iaitu Islam dan Kristian, dan bank secara Islam adalah penyelesaian yang terbaik bagi menaikkan taraf ekonomi dunia.

Kisah Al-Rajhi berkisarkan tentang bagaimana seseorang itu meraih kekayaan dari bawah.

Beliau terpaksa melalui kesusahan ketika beliau kecil sebelum menjadi kaya, dan kemudiannya meninggalkan segala harta yang ada setelah mengecapi kejayaan.

Al-Rajhi masih lagi aktif dalam bekerja walaupun usia beliau telah mencecah lebih daripada 80 tahun.

Beliau memulakan tugas harian sejurus selepas solat Subuh dan terus bekerja hingga selepas solat Isyak.

Beliau kini sedang memberikan tumpuan terhadap Yayasan SAAR, dengan berulang-alik di negara-negara Arab bagi menguruskan segala hal-hal yang berkaitan dengan yayasan tersebut.

Beliau sering membawa diari kecil untuk mencatatkan aktiviti harian beliau dan sentiasa memastikan tidak akan terlepas dari satu aktiviti pun.

Al-Rajhi juga merupakan seorang yang amat berjaya dalam apa jua bidang yang beliau ceburi.

Selain daripada mengusahakan bank Islam terbesar dunia, beliau juga telah mengasaskan ladang binatang ternakan yang terbesar di Timur Tengah.

Daripada segi perladangan, beliau telah menjalankan banyak eksperimen ternakan secara organik di negara-negara Arab, termasuk perladangan udang Al-Laith. Beliau juga turut mengasaskan perniagaan hartanah dan juga beberapa lagi pelaburan.

Temubual:

Sheikh Suleiman, adakah anda kini telah menjadi miskin semula?

Ya. Kini apa yang saya miliki hanyalah pakaian-pakaian saya. Saya telah membahagikan harta saya kepada anak-anak dan juga mendermakan selebihnya untuk menjalankan projek-projek amal. Ini bukanlah sesuatu yang aneh bagi saya. Kedudukan kewangan saya kini telah menjadi kosong sebanyak dua kali dalam hidup saya. Jadi, saya amat faham akan keadaan ini. Namun, kini perasaan itu dipenuhi dengan kegembiraan dan juga ketenangan. Sememangnya saya yang memilih untuk menjadi miskin.

Mengapa berbuat begitu?

Segala kekayaan dimiliki oleh Allah s.w.t, kita hanyalah ditugaskan untuk menjaga kekayaan tersebut. Ada beberapa sebab mengapa saya memilih untuk memilih jalan ini. Antara sebab-sebab utamanya adalah saya perlu menjaga sahabat-sahabat Islam dan juga anak-anak saya. Ia adalah antara perkara yang paling penting dalam hidup. Saya juga tidak suka untuk membuang masa di mahkamah hanya kerana ada antara mereka yang tidak bersetuju dengan jumlah harta yang diwariskan kepada mereka. Terdapat banyak contoh di mana anak-anak mula berpecah hanya kerana harta yang kemudiannya menghancurkan syarikat. Negara ini telah banyak kehilangan syarikat-syarikat besar kerana perbalahan harta yang boleh diselesaikan jika kita mencari jalan penyelesaian yang lebih berkesan. Selain daripada itu, setiap umat Islam perlu bersedekah sebagai bekalan pahala di akhirat kelak, Jadi, saya lebih suka jika anak-anak saya mencari kekayaan sendiri daripada bergantung dengan saya.

Adakah Sheikh mempunyai banyak masa terluang setelah membahagikan kesemua harta?

Seperti yang telah saya maklumkan tadi, saya masih lagi bekerja keras untuk mendapatkan lebih derma. Saya telah bekerjasama dengan pelbagai agensi bagi menjayakan projek ini. Secara kebiasaanya, umat Islam sering membahagikan satu per tiga ataupun suku daripada kekayaan mereka untuk bersedekah yang hanya akan diberikan setelah mereka meninggal dunia. Namun, bagi saya, saya mahu mula bersedekah ketika saya masih hidup. Jadi, saya telah membawa anak-anak saya ke Mekah pada hujung bulan Ramadhan dan memberitahu mereka idea saya. Mereka bersetuju terhadap idea tersebut. Saya telah meminta bantuan daripada agensi-agensi yang berkaitan untuk membahagikan kesemua harta saya termasuk saham dan juga hartanah kepada anak-anak dan juga untuk didermakan. Kesemua anak-anak saya berpuas hati terhadap inisiatif saya dan mereka kini sedang menguruskan segala harta yang saya berikan kepada mereka.

Berapa banyak harta yang dibahagikan kepada anak-anak dan juga untuk didermakan?

Beliau tergelak tanpa memberi sebarang jawapan.

Apakah perasaan Sheikh terhadap kesemua projek yang sedang dijalankan?

Saya ingin menegaskan bahawa terdapat beberapa faktor yang saya ambil sebelum melakukan sebarang pelaburan. Eksperimen yang saya lakukan terhadap pertukaran wang adalah salah satu daripada sebab mengapa saya mengasaskan bank. Ketiadaan bank Islam juga menjadi antara sebab mengapa saya mula mengasaskan Bank Al-Rajhi, yang kini merupakan bank Islam terbesar di dunia. Saya mulakan eksperimen saya dengan membuka pejabat di Britain dimana kami mula memperkenalkan sistem perbankan Islam ke peringkat yang lebih besar. Eksperimen tersebut kemudiannya mula berkembang dan ia mula mendapat sokongan daripada ulama-ulama Saudi pada ketika itu. Saya masih ingat lagi bagaimana permohonan saya untuk mendapatkan lesen untuk membuka bank tidak diterima pada mulanya. Ini adalah kerana pihak British tidak memahami apa-apa pun tentang sistem perbankan Islam. Saya kemudiannya pergi ke London dan berjumpa dengan Pengurus Bank of England dan dua daripada pegawai kanan beliau. Saya memberitahu mereka bahawa penggunaan faedah adalah haram bagi Islam dan juga Kristian dan kebanyakan daripada mereka sanggup menyimpan wang mereka di dalam kotak di rumah daripada menyimpan di dalam bank. Saya cuba untuk meyakinkan mereka bahawa (jika mereka mula membuka bank Islam) ini mampu menaikkan taraf ekonomi dunia. Mereka akhirnya bersetuju untuk mula membuka bank-bank Islam. Saya kemudiannya mula mengembara ke serata dunia di bahagian Timur dan Barat, dan berjumpa dengan ketua-ketua bank negara di beberapa buah negara dan memberitahu mereka bagaimana ciri-ciri yang terdapat dalam dunia ekonomi Islam. Kami mula bekerja dan mencapai kejayaan di negara-negara Arab dan melaksanakan perbankan Islam di London, saya kemudiannya berjumpa dengan Mufti Besar Sheikh Abdul Aziz bin Baz dan Sheikh Abdullah bin Humaid, dan memberitahu mereka tentang rancangan saya bahawa : ‘Kita mampu, dengan izin Allah, memajukan perbankan Islam. Mereka memuji saya atas inisiatif yang saya jalankan. Dari situlah kami mula mengusahakan Bank Al-Rajhi seperti mana yang anda dapat lihat hari ini. Bagi projek Ladang Ternakan Al-Watania pula, saya mula mendapat inspirasi untuk menjalankan projek tersebut apabila melawat ladang ternakan di luar negara. Saya dapati bahawa cara mereka menyembelih adalah salah. Saya kemudiannya mengambil keputusan untuk melabur dalam bidang ternakan atas nama Islam dan negara. Saya tetap menjalankan projek tersebut walaupun membuat pelaburan dalam industri ternakan adalah sesuatu yang agak berisiko pada masa tersebut. Kini, Al-Watania telah menjadi salah satu daripada projek mega di Saudi. Syarikat tersebut mendapat 40 peratus daripada saham di negara-negara Arab, dan ayam-ayam Al-Watania diberikan makanan yang cukup dan disembelih dengan cara yang halal menurut undang-undang syariah.

Walaupun dengan semua kekayaan yang dimiliki, mengapa syeikh tidak mempunyai satu pun kapal terbang sendiri?

Saya ada banyak kapal terbang, tetapi kesemuanya dimiliki oleh syarikat-syarikat penerbangan tertentu. Saya memilikinya setiap kali saya membayar tiket penerbangan untuk ke satu-satu destinasi (gurauan). Saya sering terbang dengan kadar kelas ekonomi kerana Allah tidak memberikan kita harta untuk ditunjuk-tunjuk.

Bagaimana pula dengan hobi syeikh?

Saya tidak mempunyai sebarang hobi yang khusus. Bagaimanapun, saya suka mengembara di padang pasir. Saya tidak pernah mengambil pakej percutian di negara-negara lain selain dari Saudi.

Ketepatan masa Al-Rajhi

Wawancara ini telah menunjukkan bagaimana disiplin Al-Rajhi dalam menepati masa. “Pada awal karier saya dalam industri, saya mempunyai beberapa perjumpaan dengan beberapa syarikat besar di Eropah. Saya masih ingat lagi kisah dimana saya terlambat selama beberapa minit dalam satu perjumpaan dengan salah seorang pegawai besar sebuah syarikat. Walaupun hanya beberapa minit, beliau tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Selepas kejadian tersebut, setelah projek kami mula berkembang, pegawai yang sama pula lambat untuk berjumpa dengan saya, jadi, saya pula yang tidak mahu meneruskan perjumpaan tersebut. Saya sering membawa kertas untuk menulis segala perjumpaan dan urusan dan sentiasa memastikan agar saya sering menepati masa walau apa pun.”

Al-Rajhi berkata lagi: Saya amat menepati segala perkara yang diterapkan dalam Islam sepanjang hidup saya. Saya pernah mendapat undangan daripada kerajaan Arab untuk menghadiri satu persidangan yang berkaitan dengan pelaburan. Kemudiannya, dalam persidangan yang sama, saya dijemput untuk mengambil bahagian dalam majlis makan malam mereka, saya dapati bahawa antara aktiviti yang dijalankan ketika majlis tersebut adalah bertentangan dengan ajaran Islam. Saya kemudiannya keluar dari majlis makan malam tersebut. Kemudian, Abdul Aziz Al-Ghorair dari UAE turut serta bersama saya. Tidak lama selepas itu, menteri yang bertanggungjawab terhadap persidangan tersebut datang kepada kami dan kami mula menerangkan kepada beliau bahawa aktiviti yang dijalankan di majlis tersebut adalah bertentangan dengan budaya Islam. Beliau kemudiannya berkata bahawa aktiviti-aktiviti di majlis tersebut akan dibatalkan. Apabila mereka membatalkan aktiviti tersebut, kami kembali menyertai majlis tersebut.

Penyelesaian Masalah

Al-Rajhi berkata: Pada satu masa, salah satu daripada kilang yang diuruskan oleh anak saya habis dijilat api. Apabila dia datang untuk memaklumkan perkara tersebut kepada saya, saya memberitahu: Sebut Alhamdulillah. Saya meminta anak saya supaya tidak membuat sebarang laporan tentang kerugian yang dialami bagi meminta pampasan daripada pihak berkuasa. Sebaliknya, pampasan yang diberikan oleh Allah adalah lebih penting bagi kita. Assam Al-Hodaithy, Pengurus Kewangan bagi syarikat Ternakan Al-Watania berkata: “Apabila kilang tersebut terbakar, kami telah membuat keputusan untuk tidak menyakiti hati Al-Rajhi dengan memberitahu beliau tentang apa yang terjadi. Kami kemudiannya berjumpa dengan beliau keesokan harinya dan memberitahu akan perkara yang terjadi, beliau mengarahkan kami untuk berpindah ke tempat lain dan membersihkan segala kerosakan sehingga semuanya dibaiki.” Perkara yang sama terjadi di satu lagi projek Al-Watania di Mesir. Syarikat tersebut kerugian kira-kira SR10 juta Pound Mesir. Apabila pegawai projek tersebut menghubungi Al-Rajhi untuk memberitahu perkara tersebut, beliau terkejut apabila Al-Rajhi menjawab dengan menyebut: “Alhamdulillah.”


Monday, June 25, 2012

Panasss: Kabinet Baru Selepas PRU13!

Aku bimbang kalau...kalaulah betul-betul menjadi senarai kabinet ini, alamat lingkuplah Malaysia! Malaysia silap haribulan jadi negara sahabat Zionis dan mungkin akan `masuk' Singapore...sendiri mahu ingatlah!!!


Senarai lengkap adalah seperti berikut :

Prime Minister: Anwar Ibrahim (PKR, Permatang Pauh MP)

(Sejarah Malaysia: Peliwat menjadi PM!)

1. Deputy Prime Ministers:

a.
Lim Kit Siang (DAP, Ipoh Timur MP)
b.
Abdul Hadi Awang (PAS, Marang MP)
c.
One seat for either a Sabahan or a Sarawakian who will be looking after East Malaysian affairs. (There are names of candidates but this columnist was instructed not to reveal it.)

2. Finance Ministry:

a.
Tony Pua (DAP, Petaling Jaya Utara MP)
b.
Rafizi Ramli (PKR, currently not a MP, will contest in the coming polls)
c.
Nizar Jamaluddin (PAS, Bukit Gantang MP)

3. Education Ministry:

a.
Dzulkefly Ahmad (PAS, Kuala Selangor MP)
b.
S Kulasegaran (DAP, Ipoh Barat MP)
c.
Chong Eng (DAP, Bukit Mertajam MP)

4. Home Ministry:

a.
Azmin Ali (PKR, Gombak MP)
b
. Mahfuz Omar (PAS, Pokok Sena MP)
c.
M Manogaran (DAP, Teluk Intan MP)
(Knowledge and expertise can also be gained by consulting PAS member Fauzi Shaari, retired from CID, Bukit Aman.)

5. Defence Ministry:

a.
Dr Hatta Ramli (PAS, Kuala Krai MP)
b.
Liew Chin Tong (DAP, Bukit Bendera MP)
c.
Tian Chua (PKR, Batu MP)
(Knowledge and technical know-how can be gained from PAS member First Admiral (retired) Mohamad Imran Abd Hamid.)

6. Law Ministry:

a.
Karpal Singh (DAP, Bukit Gelugor MP)
b.
Gobind Singh (DAP, Puchong MP)
c.
William Leong (PKR, Selayang MP)
d.
R Sivarasa (PKR, Subang MP)
e.
Hanipa Maidin (PAS, non-MP who acts for PAS on many legal matters)

7. Health Ministry:

a.
Dr Lee Boon Chye (PKR, Gopeng MP)
b.
Dr Tan Seng Giaw (DAP, Kepong MP)
c.
Dr Siti Mariah Mahmood (PAS, Kota Raja MP)
d.
Dr Michael Jeyakumar (PSM, Sg. Siput MP)

8. Transport Ministry:

a.
Khalid Samad (PAS, Shah Alam MP)
b.
Tan Kok Wai (DAP, Cheras MP)
c.
Baru Bian (state assemblyman for Ba’Kelalan)
Baru Bian can look into improving transport into the interiors of Sarawak.

9. International Trade and Industry Ministry:

a.
Khalid Ibrahim (PKR, state Assemblyman for Ijok, Selangor Menteri Besar)
b.
Teresa Kok (DAP, Seputeh MP)
c.
Husam Musa (PAS, state assemblyman for Salor)

10. Agriculture Ministry:

a.
Salahuddin Ayub (PAS, Kubang Kerian MP but this time will be leaving Kelantan to contest in Johor)
b.
Ng Suee Lim (DAP, state assemblyman for Sekinchan, he champions the padi farmers)
(For Felda matters, Mazlan Aliman of PAS is at the forefront in fighting for the rights of the settlers and highlighting Felda issues.)

11. Foreign Ministry:

a.
Kamarudin Jaffar (PAS, Tumpat MP)
b.
Lim Guan Eng (DAP, state assemblyman for Ayer Puteh, Penang Chief Minister)
c.
Elizabeth Wong (PKR, state assemblyman for Bukit Lanjan)

12. Federal Territories and Urban Wellbeing Ministry:

a.
Lim Lip Eng (DAP, Segambut MP)
b.
Nurul Izzah Anwar (PKR, Lembah Pantai MP)

13. Environment Ministry:

a.
Fuziah Salleh (PKR, Kuantan MP)
b.
Che Rosli Che Mat (PAS, Hulu Langat MP)
c.
Nga Kor Ming (DAP, Taiping MP)

14. Women Ministry:

a.
Zuraida Kamaruddin (PKR, Ampang MP)
b.
Fong Po Kuan (DAP, Batu Gajah MP)
c.
Siti Zailah Mohd Yusof (PAS, Rantau Panjang MP)
Currently, Prime Minister Najib Tun Razak is in charge of this ministry. Is there no capable woman in BN who can take over this post from Sharizat Abdul Jalil who stepped down on April 8?

15. Race Relations and Inter-Faith Dialogue Ministry:

a.
Nik Aziz Nik Mat (PAS, state assemblyman for Chempaka, Kelantan menteri besar)
b.
Mujahid Yusof Rawa (PAS, Parit Buntar MP)
c.
Mohd Nur Manuty, (PKR, at the moment not an MP)
d.
Ngeh Koo Ham (DAP, Beruas MP)
e.
V Sivakumar (DAP, state assemblyman for Tronoh)

The Ministry for Race Relations and Inter-Faith Dialogue will be a place for discussions on thorny issues so that solutions can be sought without acrimony.
(klik di sini untuk sumber).

Rumusan :

22 Menteri/Timbalan Menteri Melayu
17 Menteri/Timbalan Menteri Cina
8   Menteri/Timbalan Menteri India

Rumusan Pecahan Parti

PKR : 13 Jawatan
PAS : 15 Jawatan
DAP : 18 Jawatan : So yang berkuasa sebenar DAP!


 

Thursday, June 7, 2012

IKATAN: Parti Syok Sendiri Oleh Kadir Sheikh Fadzir!

 Menjelang PRU13, banyak cara untuk seseorang menarik perhatian kata sesetengah orang `cara untuk minta dibeli'. Pemimpin yang semakin lapuk dan jatuh nilai harganya akan melakukan apa saja untuk menarik sekuat perhatian daripada pihak berkepentingan. Dari segi, politik, mereka mahu menarik perhatian parti pemerintah dan parti pembangkang yang sudah established. Demikianlah yang berlaku!




Penubuhan parti baru adalah salah satu cara untuk menarik perhatian. Sejauhmana keberkesanan `methodologi' ini, WT yakin majoriti tahu jawapannya! Timbul persoalan demi persoalan...

Apakah parti tersebut cuma hidup setakat PRU13? Maknanya akan mati dan terus berkubur selepas PRU13. Itu hampir-hampir pasti. Silap haribulan pengasas parti itu yang lebih awal `berkubur'!

Pada WT, penubuhan parti baru menjelang PRU13 memang lawak di tengah malam! Mungkin juga pengasas parti dan majlis tertinggi parti itu kemaruk mahu bertanding pada PRU13...Tapi jadi calon BEBAS bukankah lebih mudah dan murah?

Atau pengasas parti kemaruk mahu menjadi Presiden parti? Hahahaha....sekurang-kurangnya boleh bermimpi dan berangan lebih hebat daripada Mat Jenin...Mimpi dan angan-angan apa? Bolehlah pengasas parti mimpi dan berangan `kalaulah parti aku menang besar, pastilah aku jadi Menteri Perdana!'

Atau kalau menang satu kerusi pun, parti masih boleh buat duit! Kerusi boleh jual kepada pembida yang terbaik....Tapiiii....kalau ada yang mahukan kerusi itu! Kecualilah kerusi itu jadi pemutus untuk mana-mana blok parti memerintah. Kalau begitu, pasti mahal dan tinggi harganya! Pasti ongkos modal tubuhkan parti dapat pulangan yang tinggi dan lumayan.

Apapun sebenarnya, parti dan pengasasnya memang buang karan dan menghabis beras! Apa boleh buat....nak sangat syok sendiri...ikut suka hati lah!


Kepada Kadir Sheikh Fadzir dan parti IKATAN beliau...Selamat Gulung Tikar...selepas PRU13! 
&
Bolehlah mula buka `open tender' kalau-kalau ada orang rasa `terancam' dengan sokongan kuat rakyat Malaysia terhadap parti IKATAN!


Woiii Kadir, tak payah membohonglah....bukan nak merendahkan kemampuan dan kredibiliti Menteri pencen macam Kadir....tapi kalau iya pun masih ada nafsu dalam politik, agak-agakkkk le orang tua woiiii.....


# Apa agaknya perasaan adik beradik orang `bengong' macam Kadir IKATAN ni? Bangga kot.....:(


# Anwar `The Liwat Man' agak-agak happy tak? Silap haribulan, mangkuk Anwar ni pun dah banyak kali `kencing' Kadir...tu pasal Kadir buat parti syok sendiri beliau! Sekurang-kurangnya Kadir sama level dengan Wan Azizah, Hj Hadi, Karpal Singh dan sudah tentu sama level dengan DS Najib!....Sebagai Presiden parti!!!


Saturday, June 2, 2012

Bukti: "Kejatuhan PAS di Semua Peringkat"

TERLAJAK perahu boleh sorong tarik balik, terlajak bahasa seluruh badan binasa. Bodohsss punya Nizar! Lebih baik kurangkan bercakap kalau lebih banyak memfitnah dan bercakap bohong, kalian saksikan sendiri betapa bangangnya bekas Menteri Besar ini! 

Jangan hairan jika pengikut Pakatan akan membela bahawa ketelanjuran dan keceluparan Nizar mengatakan bahawa ini petanda kejatuhan PAS di semua peringkat adalah angkara UMNO/BN!!! Hahahaha....jawapan lawak spontan itu sudah melekat dalam halkum dan kerongkong penjilat Pakatan terutama Azmin "The Toilet Man" dan Zuraidah " Mak Lampir"...

Apapun, memang benar seperti kata Nizar bahawa inilah tanda kejatuhan PAS semua peringkat dihadapan lebih 'sejuta' ahli PAS, PKR & DAP semasa himpunan hijau di Kedah! Malah sebenarnya petanda kejatuhan Pakatan R#g#l secara keselutuhannya! Bukan UMNO/BN yang kata tapi Nizar `Gila Meroyan' yang kata dihadapan jutaan ahli Pakatan....

Wahai Nizar! Lu memang power lah kasi kangkang PAS depan ahli sendiri! Ahli PAS sambut dengan takbirrrrrr......petanda kejatuhan PAS semua peringkat!


Friday, May 18, 2012

Tiada Istilah Terlewat!


Selamat Hari Ibu kepada ibu yang tercinta! Terimakasih segalanya...




Sunday, May 13, 2012

Panass...Menjelang PRU13: Parlimen Dibubarkan & Dilema Calon Boleh Menang

Sangat hampir! Itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan betapa hampirnya tarikh pembubaran Parlimen dan DUN sekaligus berlakunya Pilihanraya Umum ke13 dalam sejarah negara. Ramai kata termasuk pemimpin BN dan pembangkang, PRU13 adalah PRU paling getir dalam sejarah. Benar atau sebaliknya, kita lihat kesudahannya!

Majoriti menjangka PRU13 akan berlangsung dalam bulan Jun 2012. Jika mengambilkira cuti sekolah yang bermula dari 26 Mei hingga 10 Jun 2012, dimana pada tempoh itu diandaikan adalah masa mengundi yang paling sesuai. 

Bermakna jika pada 14 Mei 2012 Isnin, DS Najib membubarkan Parlimen maka cadangan tarikh pengundian semasa cuti persekolahan akan datang ini akan terlaksana. 27hb Mei boleh diambil sebagai tarikh penamaan calon dan dengan memberi maksimum 14 hari tempoh berkempen, 10hb Jun adalah hari pengundian. Jika sepanjang minggu hadapan tiada pembubaran Parlimen dilakukan, bermakna jangkaan tadi tidak lagi relevan. 

Namun, samada DS Najib bergantung kepada senario cuti persekolahan untuk mengadakan pilihanraya bukan sesuatu yang pasti. Pilihanraya atau pengundian pada hujung minggu atau hari Ahad masih boleh dilaksanakan. Sekolah boleh saja diberi cuti peristiwa atau berganti bagi memberi laluan kepada pilihanraya. 

Ada yang mengatakan bahawa jika bukan sekarang, selepas bulan Jun yakni bulan Julai dan Ogos adalah bulan kurang sesuai disebabkan suasana bulan Ramadan dan menyusul musim haji. Mungkinkah pada bulan September yakni sebelum musim haji dan mengambil suasana Hari Raya Aidilfitri maka disulami dengan suasana pilihanraya? Ada yang mengatakan itu juga bukan idea yang baik...

Jika ingin menafsir bahawa pilihanraya akan diadakan pada hujung tahun atau tahun depan, itu juga dilihat amat jauh tersasar. Justeru, umum sudah meneka bahawa masa yang paling sesuai untuk mengadakan pilihanraya adalah sekarang! 

Perhimpunan raksasa UMNO sempena ulangtahun ke 66 minggu ini di Stadium Nsional Bukit Jalil dengan dihadiri lebih 100 ribu ahli UMNO dari seluruh negara adalah indikator kemuncak kepada ilham DS Najib untuk membubarkan Parlimen iaitu selepas `walkabout dan road tour' beliau dan TS Muhyiddin ke seluruh negara. Perhimpunan bersejarah itu adalah petunjuk yang jelas bahawa DS Najib sudah bersedia untuk membubarkan Parlimen. 


 Sudah banyak yang dilakukan oleh DS Najib dan Barisan Nasional. Walaupun sedikit dicacatkan dengan isu `lembu kondo' tetapi sebenarnya puak pembangkang lebih terhiris dengan pelbagai macam isu. Bersih 3.0 pada mulanya diharapkan akan membawa mood antikerajaan dikalangan rakyat ternyata mengundang padah. Kali ini diperingkat nasional, strategi pembangkang tidak menjadi. 

Pembangkang secara jelas berada dikedudukan yang kurang selesa dalam menangani pilihanraya umum ke 13 ini. Sudah pasti kali ini mereka harus bertanding dengan membawa wibawa mereka untuk memimpin negeri dan negara. Mereka telah diuji memerintah dibeberapa negeri. PRU13 adalah medan rakyat menghantar mesej samada mereka berjaya atau sebaliknya. Mereka juga terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam idea dan transformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan BN. Kali ini pembangkang bakal terkangkang dan akan masuk longkang!



Calon Boleh Menang (Winnable Candidate)
Sesiapa saja yang dipilih menjadi calon BN pada PRU13 akan dikatakan sebagai calon boleh menang sepertimana yang acapkali dinyatakan oleh DS Najib. Soalnya, sejauhmanakah tepat pemilihan tersebut dan sejauhmanakah penerimaan ahli-ahli BN (UMNO dan semua komponennya) dan penerimaan pengundi? Rasanya DS Najib juga mengakui bahawa beliau tidak akan dapat memuaskan hati semua pihak. Percayalah siapa jua yang terpilih nanti pasti akan dipertikai identiti dan kredibiliti calon tersebut dari segi aspek calon boleh menang.

Jika pertikaian seumpama itu berlaku, percayalah...BN mungkin akan menerima nasib yang sama dengan PRU12. Bukan kerana pembangkang bagus atau lebih baik tetapi kerana pemimpin dan ahli-ahli BN sendiri tidak mahukan kemenangan. Mungkin juga DS Najib ada penawarnya? Banyak kes terutama semasa PRU12 yang lalu dan kes UMNO di Kelantan. Meskipun pembangkang mempamer prestasi hampeh! tetapi BN/UMNO terus gagal kerana kerenah pemimpin dan ahli-ahlinya sendiri. Itu cabaran sebenar dalam menghadapi PRU13 kali ini. Masihkah ada sindrom selesa dikalangan pemimpin dan ahli BN?

WT teringat sejurus selepas kemerosotan BN pada PRU12 yang lalu, WT mengatakan kepada beberapa orang pemimpin UMNO bahawa terdapat mentaliti dengan menjawat jawatan sebagai Ketua Bahagian, Pemuda, Wanita, Puteri dan apa jua jawatan dalam hirarki politik maka mereka beranggapan mereka lah paling layak menjadi calon. Itulah puncanya rakyat `marah'. Golongan ini marah dan tidak menerima hakikat jika mereka tidak terpilih. Jatuh imej, airmuka dan segala-galanya pada hemat mereka jika yang dipilih menjadi calon adalah AJK mereka atau ahli biasa parti mereka malah jika profesional di luar yang bukan ahli parti mereka. Pemimpin-pemimpin berkenaan tidak bersetuju langsung dan masih menganggap bahawa jawatan dalam politik adalah tanda aras / benchmark untuk dipilih menjadi calon. WT geleng kepala! Padanlah UMNO dan BN kecundang PRU12 itu.

Soalnya, berapa ramai dikalangan mereka yang berjawatan ini redha jika mereka tidak dipilih menjadi calon boleh menang pada PRU13 nanti? Bagaimana dengan mereka yang melobi siang dan malam sejak beberapa bulan kebelakangan ini? Percayalah, kalaupun tidak semua mereka ini membawa onar kepada calon BN kelak tetap akan ada yang terpekik terlolong mempertikai samada secara senyap mahupun terbuka pemilihan calon boleh menang berkenaan. Jika tersilap langkah, golongan inilah juga yang akan membawa rebah kepada BN kelak. Adakah DS Najib sedar perkara ini? WT amat yakin ini semua sudah diambilkira secara mendalam oleh DS Najib. Skuad pengintai pasukan jawatankuasa disiplin parti tidak memberi kegerunan kepada mereka yang tidak berpuashati ini.

Jika kali ini, ramai calon yang bukan memegang jawatan besar dalam parti diangkat menjadi calon boleh menang oleh DS Najib maka mungkin akan terbukalah sedikit mentaliti selama ini bahawa untuk menjadi calon pilihanraya `wajib' menduduki hirarki parti terlebih dahulu. Ia juga baik dari segi menghapuskan politik wang dalam parti. Ini kerana pasti akan kurang perebutan dalam parti setelah mereka menerima realiti bahawa calon boleh menang dalam pilihanraya tidak semestinya mempunyai jawatan atau dalam hirarki parti. 

Yang pasti, adakah memilih calon boleh menang akan menjadi dilema kepada DS Najib? Memilih calon boleh menang dikalangan mereka yang tidak mempunyai hirarki dalam parti haruslah dianggap salah satu usaha murni dalam arus transformasi politik dalam BN/UMNO. Sewajarnya mereka yang tidak boleh menerima transformasi politik hendaklah berundur dan memberi ruang seluas-luasnya kepada orang lain. Kepada yang terlalu lama duduk ditampuk kerusi wakil rakyat,berundur sepertimana beberapa wakil rakyat yang cukup gentleman mengumumkan untuk berundur pada PRU13 kelak. Berundur bukan bermakna wakil rakyat tersebut tidak lagi menjadi calon boleh menang tetapi dari segi sumbangan dan pemikiran untuk membangunkan masyarakat dipimpinnya sudah menemui titik tepu dan titik noktah. Lagi sekali, ramai mana wakil rakyat sedia ada yang ukur baju dibadan sendiri? Malang juga kadangkala ada wakil rakyat yang syok sendiri.

Semoga kita dapat melihat arus transformasi politik yang positif pada PRU13 kelak. DS Najib harus yakin dan percaya dengan apa jua tindakan politik dengan nawaitu yang mulia beliau pasti akan memperoleh kejayaan untuk agama, bangsa dan negara. InsyaAllah!