Sunday, July 25, 2010

PERGINYA SEORANG PESAKIT KANSER

Warisan Tamar
25 Julai 2010, Ahad


TIDAK ramai mengenali beliau sebelum ini melainkan mereka yang mengikuti secara dekat perjalanan cerita penghidap kanser. Saya secara peribadi juga tidak mengenali beliau sebenarnya! Mengapa saya menulis dan berkongsi secebis kisah mengenai Allahyarhamah yang bernama Dalilah Tamrin?

Beliau telah kembali menemui Allah s.w.t pada 19 Julai 2010 yang lalu. Saya menerima email dari rakan dalam kumpulan bekas pelajar sekolah lama saya. Saya tidak mengenali malah tidak secara langsung mengikuti perkembangan beliau. Saya membaca tulisan melalui email berkenaan yang mengikut penulis disiarkan didalam akhbar Sinar Harian pada 21 Julai 2010. Apabila dibaca, sedikit sebanyak terasa kesedihan dan ketabahan beliau dan mereka yang rapat dengan beliau. Mungkin disebabkan saya tidak mengenali beliau maka terus terang saya tidaklah terlalu terasa dengan tulisan tersebut melainkan mengganggap positif disebalik tulisan berkenaan. Maknanya, saya mengambil banyak iktibar dari tulisan tersebut. Kekuatan, kesabaran, ketabahan dan keimanan perlu dimiliki waima dikala kita di dalam kesusahan.

Ditakdirkan, pada hari Sabtu yang lalu (24 Julai 2010) sementara menanti masuk waktu Zuhur dan waktu berita jam 1.30 di TV3 saya menonton rancangan Apa Kata Wanita di TV1…itupun sudah dipenghujung rancangan. Diakhir rancangan, pengacara mengimbau kembali berkenaan perjuangan menghadapi kanser oleh arwah Dalilah. Barulah saya memahami mengapa tulisan yang saya terima melalui email itu begitu berkesan dihati penulis dan rakan serta mereka yang mengikuti perjalanan perjuangan arwah. Dan baru lah saya `mengenali' insan yang bernama Dalilah Tamrin. Rupanya arwah adalah seorang yang cukup kuat menghadapi dugaan penyakit kanser.

Namun yang paling menyentuh hati saya apabila rakaman suasana saat-saat akhir sebelum pengebumian hinggalah ke tanah perkuburan. Saya tersentuh rupanya arwah Dalilah Tamrin adalah isteri kepada seorang sahabat saya…terasa kerdilnya diri saya apabila saya selama ini tidak mengambil tahu dan sekaligus mengambil iktibar kisah derita sahabat saya. Rupanya saya sudah `terputus' hubungan dengan sahabat saya agak lama sejak tahun 2007.

Sahabat saya yang merupakan suami arwah Dalilah adalah sahabat saya ketika saya bekerja di sebuah syarikat multinasional di Petaling Jaya beberapa tahun lalu. Beliau bukan rakan sepejabat saya tetapi kami sering berhubung rapat apabila syarikat dimana beliau bekerja merupakan syarikat pengangkutan utama untuk produk syarikat saya bekerja. Apabila saya berpindah ke tempat kerja yang baru di sebuah syarikat utiliti di Kuala Lumpur, beliau mengunjungi saya di pejabat baru. Saya cuba mengingati saat-saat itu. Barulah saya mengingati bahawa beliau ada berkongsi tentang penderitaan isteri beliau dalam menghadapi penyakit kanser. Namun, beliau cukup tabah sepertimana arwah isteri beliau. Cuma saya tidak mengambil pusing siapa isteri beliau. Apabila saya melihat wajah sahabat saya di kaca TV, saya lantas teringat kepada sahabat saya. Beliau memang seorang yang cukup positif dan dapat saya katakan merupakan seorang yang sangat baik hati. Saya kesal kerana saya `gagal’ menjadi sahabat yang baik kepada seorang sahabat yang cukup baik dan selalu mengingati saya.

Saya berharap saya akan dapat bertemu beliau dan mengambil iktibar bahawa hidup kita juga tidak selalunya cerah. Mengingati mati juga satu ibadah…Kepada Sdr Saiful sekeluarga, terimalah ucapan takziah saya sekeluarga. Semoga arwah Dalilah Tamrin ditempatkan disisi orang-orang beriman. AlFatihah...

#Dibawah ini, saya kongsikan tulisan email yang saya terima untuk bacaan semua. Semoga kita semua mengambil iktibar atas segala perkara baik dari tulisan ini. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, yang lemah dan tidak baik datang dari kelemahan diri saya sendiri!


*Dalam kenangan: Dalilah Tamrin (1967-2010)

Oleh - Elviza Michele Kamal *

Langit petang di Tanah Perkuburan Kampung Labuhan Dagang menangis lewat
Isnin lepas. Langit di hati saya juga masih kelabu dengan airmata. Jadi,
saya memohon kelonggaran dari pembaca budiman agar ruangan Kanvas Kata
minggu ini dikhususkan sebagai obituari sahabat saya, Dalilah Tamrin.

Dunia penulis laman web telah bertanggungjawab menemukan kami dalam
lingkungan keakraban manusia. Persahabatan kami tidak tua usianya, baru
empat tahun sejak pertama kali bertemu mata. Tetapi empat tahun itu getir.
Apa yang saya belajar dari Dalilah, boleh diibaratkan seluas laut, setinggi
gunung dan setala langit lepas. Tuhan pertama kali menduga Dalilah ketika
beliau berusia 37 tahun, di mana Dalilah telah didiagnosiskan mengidap
kanser payudara. Bahagian payudara yang tercemar dengan kuman jahat itu
segera dibedah dan dibuang jauh-jauh. Selesai pembedahan payudara, enam
kitaran chemoteraphy dan 24 sesi radiotherapy, Dalilah menarik nafas lega.

Tetapi rasa lega Dalilah cuma bertahan tiga tahun sehaja. Tahun 2008, sekali
lagi Tuhan menduga Dalilah. Kanser metastasis telah disahkan merebak ke
bahagian hati, tulang rusuk, tulang selangkang dan rahang beliau. Penularan
kanser di bahagian hati itu juga telah menempatkan Dalilah sebagai pesakit
kanser kronik, tahap keempat. Sekali lagi tubuh badan Dalilah menderita
didera rawatan chemotherapy, yang bukan sahaja membunuh sel-sel kanser,
tetapi juga setiap zarah sel-sel lain di badan. Tidak tertanggung mata
melihat penderitaan Dalilah. Namun, berbekalkan dorongan suami dan
anak-anak, Dalilah selesaikan juga enam kitaran DOCE chemotherapy dan lima
sesi radiotheraphy. Tidak juga mati kanser jahanam itu! Pada bulan Julai
2009, para doktor dan pakar onkologi bijaksana telah memberi jangkaan bahawa
Dalilah hanya ada 18 bulan untuk hidup. Ketika baru mengetahui diagnosis
yang menjengkelkan itu saya meradang, saya bertanya kepada Dalilah: Why do
doctors love to play God? Dalilah tergelak besar dan berkata: If would worse
it you let lawyers play God! Ah, Dalilah

Ketika arwah masih ada, saya sering mengusik beliau, saya bilang: “Awak ini
selebriti penyakit kanser!” Apa tidaknya? Sekiranya dijemput untuk
ditemubual di stesen televisyen atau berucap di hadapan pesakit-pesakit
kanser yang lain, mutiara kata dan teks ucapan akan Dalilah susun dan
rancang serapi mungkin. Elemen-elemen emosi diabaikan untuk memberi laluan
kepada semangat dan harapan kepada pesakit kanser yang lain. Setiap kali
Dalilah muncul di kaca televisyen, ibu saya adalah antara penonton merangkap
peminat setia beliau.

Dalilah bukan seperti pesakit kronik yang pernah saya temui. Tiada kanser di
dunia yang mampu memadamkan semangat perempuan kuat ini. Walaupun mengidap
kanser tahap keempat, Dalilah tetap berkeras untuk menjalankan tugas sebagai
isteri, ibu, penulis laman web dan buku, pejuang penyakit kanser, aktivis
kemasyarakatan dan macam-macam lagi. Bukan sedikit jasa dan peninggalan
arwah untuk dunia yang fana ini.

Sebelum Dalilah pergi, dia telah menghuraikan perjalanan beliau menentang
kanser dalam sebuah buku, Kanser Payudaraku, yang telah diterbitkan oleh
Tinta Publisher pada tahun 2009. Beberapa bulan sebelum sakaratul maut
datang menjemput, Dalilah sempat mengabadikan pesanan terakhir beliau dalam
lagu KembaliKu PadaMu Ilahi.

Saya teringat kata-kata Dalilah ketika saya menangis melihat dia terlantar
di katil hospital lewat setahun lepas: “Jangan menangis, Mish. Hidup ini
sementara sahaja. Aku tunggu kau di sana ya? Kalau aku mati, kau boleh tulis
pasal aku. Kau menulis sangat cantik, macam bidadari!” Sehingga sekarang,
masih ada batu besar yang terlekat di kerongkong saya.

Rakan Dalilah, Datin Paduka Marina Mahathir, pernah menyuarakan pendapat
bahawa setiap kali selepas menziarahi Dalilah, semua orang akan pulang
dengan hati riang. Aneh bukan? Lazimnya jika menziarah orang sakit, kita
akan rasa sedih, terharu. Tetapi Dalilah yang saya kenal, memang pantang
melihat walau sezarah kesedihan. Senyuman Dalillah lebar lagi murah. Ketawa
dan jenaka jadi sulaman walaupun sedang perit berperang dengan chemotherapy.

Semenjak Dalilah sakit, tidak sekali saya mendengar dia mengeluh. Genap
seminggu selepas Dalilah melakukan tawaf wida’ di Tanah Haram, roh Dalilah
diangkat pulang ke Rahmatullah, pada tanggal 19 Julai 2010. Sekiranya hari
ini Dalilah masih hidup, beliau akan menyambut hari jadinya yang ke-43,
tetapi Tuhan lebih mengasihi Dalilah. Saya mohon maaf sekiranya garapan ini
tidak secantik bidadari, sahabat, tetapi saya sudah mencuba sedaya kudrat.

Benar Dalilah sudah pergi, tetapi obor semangat beliau akan terus menyala
dalam setiap hati yang pernah beliau sentuhi. Harimau mati meninggalkan
belang, Dalilah mati meninggalkan semangat. Semoga roh Dalilah Tamrin
ditempatkan di kalangan para solihin. Tunggu saya di sana, Dalilah. Suatu
hari saya juga akan pulang.

Elviza Michele Kamal merasakan titipan minggu ini hambar sekali, langsung
tidak secantik bidadari.

Words By Dalilah Tamrin @ Raden Galoh.wmv

Sunday, July 4, 2010

Siapa Primadona dalam UMNO?

Warisan Tamar
5 Julai 2010, Isnin



Nota: Dia mungkin seorang `pemain' yang gelecek sendiri, score sendiri, makan sendiri, syok sendiri, perasan hebat, perasan popular, ...dia juga mungkin sahabat kepada manusia `dua alam'...dia harus dinyahkan dari UMNO...atau dia akan `rosakkan' UMNO dari dalam?

PRESIDEN UMNO Datuk Seri Najib Tun Razak pada Ahad menegur anggota dan pemimpin-pemimpin UMNO supaya tidak bersikap sebagai primadona, yang akhirnya dilihat akan hanya merosakkan parti itu.
 
Perdana Menteri yang membuat analogi kejayaan pasukan bola sepak yang sedang bertanding di Piala Dunia ketika ini berkata hanya pasukan yang mempunyai semangat berpasukan yang tinggi sahaja akan berjaya berbanding pasukan yang mempunyai ramai "primadona".
 
"Dalam Piala Dunia, pasukan favourite pun kalah. Adakah pasukan favourite UMNO dan Barisan Nasional boleh berjaya dalam pilihan raya umum ke-13 nanti?.

"Kalau pasukan kita banyak "primadona", dia kira nak sumbat gol sendiri, alih-alih dia tersungkur, kita bina semangat berpasukan, individu yang ada kebolehan akan lebih berjaya jika ada semangat berpasukan," katanya ketika berucap pada majlis perasmian mesyuarat UMNO bahagian Pekan di Pekan.

Beliau yang juga Ketua UMNO Bahagian Pekan berkata semua aanggota dan pemimpin UMNO perlu kembali kepada asas perjuangan dengan meletakkan kepentingan parti melebihi daripada kepentingan-kepentingan lain.

Najib berkata dalam sistem politik berparlimen, kedudukan parti politik sentiasa saja akan mengalami pasang surut dan boleh merudum jika tidak melakukan perkara-perkara yang disenangi rakyat.
 
Perdana Menteri berkata usaha menguruskan kejayaan parti yang telah berjasa kepada bangsa, agama dan negara itu sebenarnya lebih payah berbanding untuk meraih kejayaan.

Bercakap kepada pemberita selepas itu, Najib berkata kiasan itu lebih berbentuk nasihat dan bukanlah bererti UMNO kini berada dalam keadaan lemah.
 
"Ia lebih berbentuk nasihat, apa yang saya sarankan ini sebagai nasihat, nasihat saya sebagai Presiden, untuk diri saya juga.
 
"Kita mesti sentiasa mengingatkan bukan bererti keadaan terlalu buruk sangat, tapi saya ingin yang terbaik untuk UMNO, kita menghadapi pelbagai cabaran, supaya dari proses ini kita jadi parti dan pemimpin yang disanjung rakyat," katanya.
 
Najib berkata analogi kejayaan pasukan bola sepak yang bertanding di Piala Dunia itu adalah supaya semua anggota dan pemimpin UMNO lebih bersikap mementingkan parti atau pasukan daripada lebih bersikap individulistik.
 
"Maknanya sebagai sepasukan, kita tengok pasukan dalam Piala Dunia, lebih berjaya dari pasukan yang utamakan individu," katanya.



Friday, July 2, 2010

Soccer OR Football? Your Choice...

Warisan Tamar
2 July 2010, Friday


Note: Tonite match will be very exciting...Brazil vs Holland. Finally, the best `men' wins!

NO matter how much the United States continues to emerge as a competitive World Cup nation, there is little doubt that the international perception of American soccer will always be doused with suspicion.

The roots of calling the beautiful game "soccer" started in a surprising place.

Why? Because Americans don’t even call the sport by its proper name, of course. They don’t call it “football.” They call it “soccer.”

In the USA, football is that game that dominates winter Sundays and features Lycra, helmets and men so large they should come with their own zip code.

Elsewhere, football is football. The round-ball sport, the beautiful game, with its biggest prize to be handed out here on July 11.

Soccer? Pah, a silly American term created by a nation that has its own national obsession.

No country has been snootier toward the USA’s use of the term “soccer” than England. Before the Group C opener between the two sides in Rustenburg, the Sun newspaper even ran a spoof front page urging Fabio Capello’s side to win the “soccerball world series.”

But let’s take a halftime break here.

Coupled with their team’s humiliating exit from the World Cup it might be another rude awakening to the Brits that soccer isn’t an American term, it is actually an English one. And it isn’t some modern fad that shows disrespect to the world’s most popular sport, it dates back to the earliest days of the game’s professional history.

Indeed, until the last few decades, even Englishmen would routinely refer to their favorite pastime as soccer, just as often as they would say football.

Clive Toye, an Englishman who moved to the U.S. and became known as the father of modern American soccer, bringing Brazilian legend Pele to play for the New York Cosmos, takes up the story.

“Soccer is a synonym for football,” said Toye, who helped launch the North American Soccer League in the late 1960s. “And it has been used as such for more years than I can count. When I was a kid in England and grabbed a ball to go out and play … I would just as easily have said: ‘Let’s have a game of soccer’ as I would use the word ‘football’ instead. And I didn’t start it.”

To trace the origin of “soccer” we must go all the way back to 1863, and a meeting of gentlemen at a London pub, who congregated with the purpose of standardizing the rules of “football,” which was in its infant years as an organized sport but was growing rapidly in popularity.

Those assembled became the founding members of the Football Association (which still oversees the game in England to this day). And they decided to call their code Association Football, to differentiate it from Rugby Football.

A quirk of British culture is the permanent need to familiarize names by shortening them. “My friend Brian Johnston was Johnners,” said Toye. “They took the third, fourth and fifth letters of Association and called it SOCcer. So there you are.”

So forget that English condescension and carry on calling it soccer, safe in the knowledge that you’re more in tune with the roots of the sport than those mocking Brits.