Thursday, October 9, 2008

MENITI ARUS TRANSFORMASI !!!

Warisan Tamar
09 Oktober 2008, Khamis

SAYA ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada cawangan-cawangan Pemuda UMNO Bahagian Sipitang yang telah mencalonkan saya untuk bertanding dalam perebutan AJK Pemuda UMNO Bahagian Sipitang (Sabah) yang dijangka diadakan pada 25 Oktober 2008 nanti. Saya menerima pencalonan tersebut dengan penuh rasa rendah diri dan berharap akan diberikan peluang untuk memberikan khidmat kepada parti. Seandainya saya diberi peluang dan tanggungjawab tersebut, sudah pasti saya akan bekerjasama dengan barisan kepimpinan Pemuda UMNO yang akan dipilih oleh para perwakilan kelak.

Bagi saya, sekiranya menang ia adalah satu cabaran untuk meneruskan agenda perjuangan pimpinan Pemuda UMNO Bahagian Sipitang yang lalu serta sama-sama memperkasakan lagi Pemuda UMNO sedia ada. Jika ditakdirkan kalah dalam pertandingan ini saya terima dengan hati terbuka dan ia merupakan satu pengalaman berharga untuk saya dalam meniti arus kehidupan seterusnya.

Dalam hal pemilihan seumpama ini saya sudah bersedia untuk menerima apa jua keputusan yang bakal diterima. Saya amat menghormati kebijaksanaan para perwakilan dalam menunaikan tanggungjawab memilih barisan kepimpinan yang efektif dan effisien untuk Pemuda UMNO Bahagian Sipitang.

Dikesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan tahniah kepada calon Ketua Pemuda UMNO Bahagian Sipitang iaitu Sdr Hj Hafiz Datuk Musa yang telah menang tanpa bertanding. Manakala bagi jawatan Naib Ketua Pemuda, diharap para perwakilan akan memilih secara bijaksana dan matang iaitu antara Sdr Matbali Musah atau Sdr Duahim sebagai regu kepada Sdr Hj Hafiz. Calon yang berpengalaman dalam pengurusan parti dan hiruk pikuk Pemuda sudah tentu amat sesuai untuk menjadi orang no.2 dalam Pemuda UMNO Bahagian Sipitang. Tepuk dada tanya minda!

Akhir kalam, terima kasih sekali lagi. Saya amat menghargai sokongan kalian!

Salam Transformasi untuk semua…

1 comment:

hjkadir said...

Salam. Selamat Hari Raya. moga saudara dapat bekerja dengan aman dan bersemangat dibawah kepimpinan "bngali" sekiranya saudara menang. Kasian bah kamu di Sipitang ni tiada calon yg bolah memimpin kamu terpaksa import drp Bangladis. ha..ha..ha..