Wednesday, December 29, 2010

Tahniah! Malaysia Juara Suzuki AFF Cup 2010



Warisan Tamar
29 Disember 2010, Rabu


MALAYSIA JUARA! Seluruh pelusuk Malaysia malah Indonesia menjadi saksi bahawa Malaysia adalah juara Piala Suzuki AFF 2010. Banyak pelajaran dan pengajaran boleh diambil kesan kemenangan ini...banyak sangat kesan motivasi yang boleh dijadikan atau diambil sebagai teladan baik untuk motivasi hidup, politik, sosial dan ekonomi.

Ternyata Indonesia yang terlalu gah dan bangga serta serba sedikit angkuh dengan kemenangan 5-1 di peringkat kumpulan, terpukul dan tersembam menyembah bumi! Malaysia terlalu ampuh...jika para pemain sudah kelihatan `malas-malasan' di 10-15 minit terakhir masih menguatkan benteng pasti Indonesia terus tercalar. Harimau tidak mahu `memakan atau membunuh' Garuda! Harimau cuma mahu agar Garuda belajar menghormati dan memandang tinggi keupayaan lawan. 

Tahniah! Saya memilih hampir kesemua pemain sebagai pemain terbaik. Dari penjaga gol ~ Fahmy hinggalah ke posisi serangan Norshahrul ~ Safee...mereka melabuhkan tirai 2010 dengan memori indah buat rakyat Malaysia! Terimakasih...

Secara peribadi saya bangga dengan pemain termuda dalam pasukan iaitu Fadhli Shas (jersi 27) yang baru berusia 19 tahun tetapi bermain dengan penuh disiplin dan saya percaya jika beliau kekal berdisiplin dan benar-benar mahu cari makan dalam bolasepak...beliau adalah harapan Malaysia untuk masa mendatang.

Tahniah Malaysia...

No comments: