Sunday, December 26, 2010

Indon Tersungkur di Bukit Jalil! Tahniah Malaysia...Tanah Tumpah Darahku!


Warisan Tamar
27 Disember 2010, Isnin


MALAYSIA BOLEH! Puluhan ribu penyokong Malaysia berpesta dan bergembira dengan kemenangan pada Final (Pertama) AFF Suzuki Cup 2010 malam tadi. Rabu nanti hanya 90 minit memisahkan kejayaan mutlak milik Malaysia. Malaysia tidak memerlukan pemain import kelahiran mana-mana negara untuk mencipta kejayaan.  Kita berbangga dengan anak jati Malaysia. Sekiranya tewas pun perlawanan malam tadi, rasanya kita masih mampu bersyukur bahawa bolasepak Malaysia masih mempunyai masa depan. Kita sudah puas mengkritik dan sebaiknya kita meraihkan kemenangan ini. Kemenangan ini milik semua warga Malaysia. 

Mungkin agak klise, bilamana semua menghamburkan pujian tatkala Malaysia menang khususnya dalam mana-mana perlawanan sukan paling popular iaitu bolasepak! Tapi apasalahnya...diharap FAM dan mereka yang mentadbir dan mengurus pasukan bolasepak negara akan terus meningkatkan kualiti dan mengembalikan kehebatan bolasepak kita. Acapkali kita kembali merudum dan suara mengkritik terpaksa dihamburkan hanya kerana pengurusan skuad bolasepak kita sebenarnya terlebih ghairah...Sedangkan kebajikan dan kemajuan mutu bolasepak negara tidak menjadi prioriti. Akan ramai mahu menonjolkan diri...seakan-akan tidak mahu ketinggalan menjadi tokoh apabila kejayaan dikecapi. 


Dulu YB Khairy J juga ghairah sehingga berjaya menjawat jawatan no.2 dalam FAM..meskipun ramai mengatakan ia kerana beliau menantu kepada Perdana Menteri ketika itu. Ghairah beliau ditunjukkan dengan idea MyTeam beliau...kini MyTeam entah kemana...dan YB Khairy juga sudah mengundurkan diri dengan alasan yang juga klise...Mudah-mudahan tiada lagi aktor seumpama beliau dalam mana-mana sukan di Malaysia. Kadangkala ramai terfikir apakah tujuan dan misi disebalik keinginan menjadi `tokoh' dalam organisasi pengurusan bolasepak negara? Tidak mengapa...kita lupakan kisah YB Khairy J...jangan lagi ada `tokoh' seumpamanya selepas ini. Pada pemilihan UMNO 2013, saya tidak terkejut jika YB Khairy J juga memberi jawapan klise untuk berundur dan tidak mempertahankan jawatan Ketua Pemuda UMNO. Itu rasanya lebih baik...malah ada yang mengharap beliau berundur lebih awal...tapi mana mungkin akan berlaku!

Kejayaan malam tadi dengan 3 gol tanpa balas...bukanlah bergantung kepada faktor nasib tetapi selayaknya mereka memenangi perlawanan itu berkat dedikasi dan disiplin mereka. Pasukan lain termasuk Indonesia, usahlah terlalu memandang rendah keupayaan rakyat dan negara Malaysia dalam melahirkan dan mewujudkan pasukan yang ampuh dan kuat. Jika suka memandang rendah keupayaan lawan, itulah akibatnya...

Tahniah...dan kita akan menumpukan perhatian kepada perlawana kedua di Jakarta, Indonesia. Malaysia pasti berjaya...percayalah!

No comments: