Sunday, September 28, 2008

SALAM AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

Warisan Tamar
29 September 2008 / 29 Ramadan 1429
Isnin
SAYA sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilifitri kepada semua sahabat/rakan dan teman khususnya pembaca dan pelawat blog ini. Tidak lupa juga kepada semua sanak saudara yang berada di kampong khasnya di Kg Gadong, Beaufort Sabah.

Kemaafan juga dipohon kepada semua kiranya saya sekeluarga telah dan pernah melakukan sebarang kesilapan/kesalahan samada secara langsung ataupun tidak langsung. Begitu juga jika ada mana-mana tulisan atau komen yang ditulis di dalam blog ini telah mengguris atau menyentuh hati mana-mana pihak juga dipohon ampun dan maaf. Segala makan minum sekiranya ada, pinta dihalalkan.

Kepada yang memandu balik ke kampong, ingatlah orang yang tersayang, Jangan tekan minyak kuat sangat! Jaga kesihatan. Amalkan sikap bersederhana di bulan Syawal kelak.

Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah s.w.t dan yang tidak baik itu datangnya dari kelemahan saya sendiri sebagainya hamba-Nya.

Akhir kalam, Salam Aidilfitri Maaf Zahir Dan Batin.

TERKINI! SIAPA LAWAN SIAPA?

Warisan Tamar
28 September 2008 / Ahad



ANGIN bertiup agak kencang. Sepertimana telahan ramai pihak khususnya penganalisis politik samada secara pro atau sembang kedai kopi, Presiden UMNO dan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Badawi dijangka akan membuat keputusan tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan akan datang iaitu menjelang mesyuarat dan pemilihan peringkat Bahagian bermula 9 Oktober nanti. Penangguhan Mesyuarat Agung UMNO yang dijadualkan pada Disember 2008 ke Mac 2009 adalah sebahagian daripada skrip yang sudah diolah dan dipersetujui oleh Majlis Tertinggi UMNO.

Berita hangat adalah pertarungan jawatan tertinggi dalam UMNO. Siapa calonnya dan apakah jawatan ditandingi? Khabarnya jawatan Presiden UMNO sudah tentu Datuk Seri Najib vs Tengku Razaleigh Hamzah. Singgah di gegendang telinga saya, bahawa jawatan Timbalan Presiden akan ditandingi oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin vs Tan Sri Muhd Taib. Naib Presiden tidak payah ceritalah…ada senarai panjang untuk dicongak dan dipilih. Kalau saya diberi pilihan – susunan 3 orang Naib Presiden UMNO perlu menggambarkan suara wakil dari penjuru negeri yang berbeza. Sudah tentu saya berharap ada wakil Naib Presiden dari Sabah, Johor/Melaka/Negeri Sembilan dan satu lagi dari Tengah atau Utara Semenanjung. Hmmmm….sekadar telahan suka-suka saya! Masa masih panjang untuk menuju ke bulan Mac 2009. Malah mesyuarat peringkat Bahagian juga hanya bermula pada 9 Oktober 2008.

Sayap-sayap parti seperti Pemuda, Wanita dan Puteri juga bakal menyaksikan pertandingan. Ada yang berkata pertandingan akan membawa musibah perpecahan dalam parti dan ada juga berkata inilah demokrasi dan ia akan mengukuhkan lagi parti. Saya berpendapat sebarang usaha menghalang pertandingan daripada berlaku adalah usaha yang tidak bijak dan mampu `membunuh’ demokrasi dan keutuhan parti. Saya rasa seseorang yang kalah dalam bertanding boleh menerima kekalahan dalam gelanggang tapi bukan kalah sebelum masuk gelanggang. Benar soal kelayakan bertanding juga adalah satu isu penting tapi sebenarnya jika mahu menghidupkan demokrasi maka isu kecil-kecilan atau tempelan janganlah dibesar-besarkan. Politik itu indah seninya tapi bila timbul ketidakpuasan hati maka semua orang lembut lidah berkata politik itu kotor! Politik tidak kotor tapi yang kotor adalah pemain politik itu sendiri…betul ka? Lu fikirlah sendiri…

Apapun, saya berharap siapa juga pemimpin yang dipilih oleh bakal perwakilan, jadilah pemimpin UMNO yang mampu memulih dan memperkasa parti khususnya pada PRU13 kelak. Sudah tentu ia bukan mudah malah ada yang memandang sinis usaha kearah itu. Orang kata kalau mahu seribu usaha kalau tidak mahu berilah seribu dalih. Lagi sekali…lu fikirlah sendiri!

SALAM TRANSFORMASI!!!

Thursday, September 25, 2008

UMNO YANG SEMAKIN HANGAT

Warisan Tamar
26 September 2008, Jumaat

HARI ini Majlis Tertinggi UMNO mengadakan mesyuarat khas. Keputusan telah dicapai. Umum sudah tahu bahawa mesyuarat peringkat Bahagian akan diteruskan seperti dijadualkan iaitu dari 9 Oktober 2008 hingga 9 November 2008. Bagaimanapun mesyuarat dan pemilihan peringkat Tertinggi UMNO ditunda dari Disember 2008 kepada Mac 2009.

Presiden UMNO pula turut `mengubah' beberapa perkara penting dalam diari politik beliau. Beliau menanti sehingga menjelang 09 Oktober 2008 (tarikh mula mesyuarat peringkat Bahagian UMNO) untuk menyatakan pendirian beliau samada untuk kekal bertanding jawatan Presiden atau sebaliknya.

Matematiknya cukup mudah. Jika Datuk Seri Abdullah Badawi mengambil keputusan tidak bertanding maka jawapan sahihnya ialah UMNO bakal mempunyai Presiden yang baru sekaligus Perdana Menteri yang baru...opps! maaf bukan Anwar Ibrahim...dia cuma PM olok-olok kerajaan langit! Maka yang jelas Datuk Seri Najib akan diangkat menaiki takhta Presiden. Tapi jangan lupa Tengku Razaleigh tidak pernah berkata untuk mengundur diri....Adakah akan ada lagi kejutan-kejutan dalam UMNO?

Yang pasti peralihan kuasa antara Pak Lah dan Datuk Seri Najib telah `ditamatkan' kerana Pak Lah sendiri mengakui bahawa penangguhan AGM UMNO pada bulan Mac 2009 adalah kerana untuk mempercepatkan transisi kuasa. Maka, tidak perlulah tunggu sehingga 9 Oktober!

Persoalannya, adakah dengan `hilangnya' Abdullah Ahmad Badawi dalam diari politik UMNO dan negara maka banyak masalah akan dapat diselesaikan? Pada saya, ramai pemimpin UMNO malah ahlinya di akar umbi merasakan Pak Lah sudah menjadi satu liabiliti dan agak `lemah-lembut' dalam solusi banyak hal parti dan pentadbiran kerajaan. Mungkin dengan tiadanya `liabiliti' maka lebih lancarlah segala urusan...hmmm! kita tengoklah nanti.

WT- Peralihan kuasa wajar disegerakan untuk menyejukkan suhu kehangatan UMNO ketika ini kerana tugas `memulih dan memperkasa' UMNO bukan satu tugas mudah dan boleh diselesaikan `over-night'. Yang penting semua ahli UMNO harus bersatu padu dan dengan kukuhnya perpaduan barulah agenda pengukuhan parti dapat dilaksanakan dengan baik sekaligus meraih kemenangan bergaya pada PRU13 kelak.

Wednesday, September 24, 2008

SUKARKAH UNTUK BERSYUKUR?


Oleh Warisan Tamar

KHAMIS 25 September 2008, harga runcit minyak bagi petrol dan diesel sepertimana diputuskan oleh kabinet telah diturunkan sebanyak 10 sen setiap liter iaitu dari RM2.55 seliter untuk petrol kepada RM2.45 seliter. Manakala diesel dikurangkan daripada RM2.50 seliter kepada RM2.40 seliter berkuatkuasa pada jam 0001hrs hari ini.

Rasional kerajaan adalah selepas meneliti perkembangan harga minyak global dimana berlaku penurunan harga minyak global hingga ke paras bawah USD100 setong. Ia juga disifatkan sebagai `hadiah’ kerajaan kepada rakyat sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba. Namun demikian, ada sekurang-kurangnya dua reaksi daripada rakyat amnya.

Reaksi 1 – Positif dalam menerima keputusan pihak kerajaan. Penurunan harga ini walaupun nampak kecil besar maknanya kepada mereka.

Reaksi 2 – Negatif dalam menerima keputusan kerajaan iaitu beranggapan penurunan ini amat kecil dan tidak memadai dengan faktor penurunan harga minyak global. Mereka merasakan penurunan ini tidak memberi kesan yang wajar terhadap pola perbelanjaan atau penggunaan minyak.

Pada saya senario ini adalah normal dalam sesebuah kehidupan dimana sudah tentu dalam apa jua perkara lazimnya akan ada sekurang-kurangnya dua pihak yang mempunyai persepsi dan reaksi yang berbeza. Saya optimis bahawa pihak kerajaan telah meneliti pelbagai penjuru aspek sebelum membuat keputusan sedemikian rupa.

Janganlah juga kita cepat lupa bahawa kerajaan juga sudah pun memberi malah membayar rebat kepada majoriti pemilik kenderaan sebelum ini. Justeru, eloklah kita berfikir dengan waras dan adil dalam menghakimi sesuatu keputusan. Pendek kata, apa salahnya kita bersyukur dengan nikmat yang kita kecapi sebelum dan ketika ini. Dengan bersyukur kepada tuhan dan mendoakan yang baik-baik berlaku dalam negara, saya percaya kita akan menjadi warganegara dan umat yang lebih waras dan bijaksana. Sama-sama kita berdoa dibulan yang mulia ini supaya lebih banyak perkara baik akan dikurniakan kepada kita dan negara amnya dengan izin-Nya.

WT- Sama-sama kita mencari malam Lailatul kadar...insyaAllah!

Tuesday, September 23, 2008

JAPLIN SOKONG KHAIRY

Utusan Malaysia
23 September 2008, Selasa

KOTA BELUD: Pemuda Umno Sabah hari ini menyatakan sokongan terbukanya kepada Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin untuk bertanding jawatan ketua pergerakan itu dalam pemilihan parti, Disember ini.

Ketua Pemuda Umno Sabah, Datuk Japlin Akim, berkata Khairy sudah membuktikan ketokohannya sebagai pemimpin yang dapat memenuhi aspirasi pergerakan itu.

“Bagi saya dan rakan-rakan Pemuda di Sabah, sokongan tidak berbelah bagi kepada Khairy ini adalah kerana kami tahu komitmen beliau terhadap perjuangan Umno, dan pada masa yang sama beliau adalah seorang insan yang boleh dipimpin iaitu suka menerima pandangan rakan dan orang lain,” katanya di sini hari ini.

Japlin, yang juga Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Negeri, berkata Khairy juga dikenali sebagai pemimpin yang berilmu, berani serta lantang menyuarakan hak-hak Pemuda.

“Beliau mesra dengan golongan muda di Sabah, dan kami berpendapat tidak ada masalah bagi mereka untuk mengemukakan permasalahan dan tuntutan Pemuda di peringkat cawangan,” katanya.

WT- Adakah pengumuman sebegini menggambarkan sokongan yang sama dan total daripada seluruh Pemuda UMNO Sabah? Atau adakah ia juga akan diterjemahkan dalam bentuk undi kepada yang disokong? Atau semata-mata mainan psikologi umpama canangan kerajan baru oleh Anwar Ibrahim yang akhirnya habuk pun tarak? Atau sekadar mahu mengampu...? Terpulanglah kepada pemuda UMNO yang akan bersidang dan memilih ketua mereka Oktober nanti. Mungkin lebih manis agaknya kalau dikatakan begini `Pemuda UMNO Kota Belud sokong Khairy'...nampak lebih realistik! Kalau Datuk yang mau sokong cakap secara peribadi sajalah...jangan salahgunakan platform Pemuda UMNO Sabah! Jangan marah...kalau marah kena jual...Salam Transformasi Datuk...

Wednesday, September 17, 2008

PERSAHABATAN/SETIAKAWAN & PERPADUAN - KJ UNTUK KETUA PEMUDA UMNO

Bernama Online
Sept 17, 2008 Wednesday

KHAIRY Jamaludin, Member of Parliment for Rembau today offered himself to contest for the post of Umno Youth chief. He told reporters at the Rembau Community Service Centre that he had received feedbacks from the grassroots and found out that there were requests for him to vie for the top seat in the movement.

"In short, after I went down and discussed heart-to-heart with the grassroots, I hope they will nominate me as the head of Umno Youth," he said. He said that to take over the Umno Youth leadership would not be an easy task because the new chief should have the capability to continue what Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein had done as the head of the movement in bringing the members back together after the 1998 break-up.

Khairy said he was aware that his opponents -- former Selangor Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo, Jerlun Member of Parliament Datuk Mukhriz Tun Mahathir and Perlis Umno deputy liaison chairman Datuk Zahidi Zainul Abidin -- were calibre and experienced candidates. "They are more senior and older than me but actually, I see Umno Youth can make a good pick among these credible and experienced candidates and this will strengthen the movement," he said.

When asked what changes he would bring, Khairy said: "The question of changes has become a cliche in Umno Youth. Many are harping on it but to me it is an empty rethoric if there are no plans. "If elected, he said, he would bring three main agenda based on the spirit of brotherliness or "Friendship and Unity".

First, he said, he wanted the connection between Umno Youth at the branch and division levels to be strengthened.

Secondly, he also wanted to forge a closer relationship with the youth wing of other Barisan Nasional (BN) components.

Thirdly, he wanted to spread the influence among youth groups so that Umno Youth was not seen as an exclusive body.

Khairy said he was confident of receiving support from within the movement and also those of other BN components.

WT- Sidang akhbar itu juga dihadiri oleh oleh 5 Ketua Pemuda Negeri iaitu dari Wilayah Persekutuan, Sabah, Perlis, Perak dan Negeri Sembilan. Beberapa EXCO Pemuda UMNO turut hadir di majlis tersebut. Pertandingan Ketua Pemuda yang semakin hangat adalah petanda demokrasi dalam UMNO masih subur walaupun terdapat lompong-lompong kebocoran yang agak menyedihkan. Selamat bertanding KJ!

Tuesday, September 16, 2008

DATUK SERI NAJIB TUN RAZAK - MENTERI KEWANGAN 1

17 September 2008
Rabu

TERKINI...Perdana Menteri mengumumkan pada hari ini perlantikan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Menteri Kewangan 1 yang baru bagi menggantikan beliau. Ini dilihat sebagai salah satu langkah dalam pelan transisi kuasa yang dijadualkan akan dimuktamadkan pada Jun 2010.


Sementara itu, Perdana Menteri akan memegang portfolio sebagai Menteri Pertahanan menggantikan Datuk Seri Najib. Pertukaran dan perlantikan ini berkuatkuasa serta merta. Bermakna tiada reshuffle dalam barisan kabinet yang lain.


Dalam pada itu, rakyat Malaysia juga dialu-alukan untuk menghantar sebarang komen terus kepada Datuk Seri Najib melalui laman web beliau yang baru dilancarkan semalam. Laman web yang diberi nama 1Malaysia (http://www.1malaysia.com.my) adalah satu langkah Datuk Seri Najib untuk mendekati rakyat dan merapatkan jurang perbezaan antara kaum sekaligus meningkatkan lagi perpaduan. Gunakanlah saluran yang disediakan dengan sewajarnya.






PEMUDA BERANI - AGENDA KHIR TOYO

Dipetik dr KPMU.Net
17 September 2008, Rabu


AHLI Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Menurutnya, sejak membuat pengumuman untuk menawarkan diri pada Mac lalu, beliau menerima maklum balas positif daripada akar umbi.

Katanya, maklum balas yang diterima daripada kepimpinan pergerakan itu khususnya daripada bahagian dan cawangan amat menggalakkan dan memberangsangkan.

“Sehubungan itu, saya ingin menjelaskan secara terbuka bahawa saya tetap dengan pendirian awal untuk menawarkan diri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini.

Selain Mohamad Khir, dua lagi calon turut mengesahkan diri untuk bertanding jawatan itu ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijangka mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan itu.

Sehubungan itu, Mohamad Khir memohon restu dan sokongan daripada semua Pergerakan Pemuda bahagian agar dapat mencalonkan beliau untuk jawatan berkenaan.

“Saya yakin dengan pengalaman dan keazaman serta iltizam sangat kuat yang ada pada diri, insya-Allah jika saya dipilih sebagai ketua yang baru, kita akan memulihkan keyakinan dan sokongan generasi muda terhadap pergerakan ini dengan agenda Pemuda Berani,” ujarnya

WT- Mukhriz dengan agenda Berani Berubah, Khir Toyo dengan agenda Pemuda Berani...Kita lihat apa agenda dan transformasi yang cuba dibawa oleh Datuk Zahidi dan Sdr Khairy pula? Apapun, kita masih ternanti pengumuman rasmi Sdr Khairy untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia...bila? Rasanya cukuplah 4 penjuru...ramai sangat pun orang kata...buang karan saja!

Monday, September 15, 2008

HARI PENENTUAN SIAPA KATAK DAN SIAPA PEMBOHONG?


Oleh Warisan Tamar
15 September 2008, Isnin


UPDATE 1- DS Anwar dengan penuh kata yakin plan pembentukan kerajaan katak `berjaya'. Dua macai beliau telah menghantar surat kepada Pak Lah untuk peralihan kuasa secara aman. Pak Lah pulak kata di Terengganu, tak ada apa-apa berlaku. Macam cerita lawak Nabil pulak dorang ni....

UPDATE 2- Seorang rakan beritahu bahawa Ahli Parlimen katak dari BN yang diuar-uarkan melompat katak adalah mereka yang pergi ke Taiwan...Khabarnya mereka dah signed akuan bersumpah dan maybe sudah tibai habuan melompat...Tapi katanya lagi, ada beberapa Ahli Parlimen anti-katak turut serta ke Taiwan untuk memujuk mereka supaya jangan melompat katak. Jika melompat juga, Parlimen akan dibubarkan. Pilihanraya semula dan mereka yang menjadi katak tidak akan dipilih jadi calon BN lagi. Jadi calon Pakatan Rakyat lah jawabnya. Amacam lawak ke cerita ni....hehehe...kan sudah cakap, politik itu serba mungkin! Kita tengoklah siapa yang kena...

UPDATE 3- Sudah SAH..satu Malaya tahu siapa katak puru dan siapa kepala pembohong. Katak tidak keluar sebab hujan tidak turun...Pembohong bikin skrip baru pulak dah...Siakap Senohong, bercakap bohong lama-lama mencuri...Ini kes nak jadi pencuri Ahli Parlimen kot...hantam sajalah engko labu...Sang Ketua boleh menang anugerah `MANUSIA PALING AUTA 2008'...


ESOK adalah hari cuti umum di negeri Sabah dan Sarawak. Esok adalah Hari Malaysia dimana Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia. Esok juga adalah hari ulangtahun Yang Dipertua Negeri Sabah dan Sarawak. Dan esok juga adalah hari penentuan samada apa yang disebut-sebut oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai hari pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan yang baru. Bermakna esok juga adalah hari yang bakal menobatkan DS Anwar sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke 6.

Yang nyata, esok adalah juga penentuan samada sang ketua akan terus membohongi dan mengula-gulakan rakyat Malaysia khususnya para penyokong tegarnya. Tapi `komponen’ Pakatan Rakyat pun sudah mula menghidu bau busuk malah tersengih hodoh dengan janji-janji tipu sang ketua. Esok juga hari yang perlu diingati oleh penyokong Pakatan Rakyat betapa sang ketua sebenarnya sudah `terperangkap’ dengan keyakinan melulu beliau. Lalu berfikirlah secara rasional kepada mereka yang `taksub’ dengan penubuhan kerajaan katak bahawa apa yang diuar-uarkan selama ini adalah omong-omong kosong sang ketua mereka. Ramai penyokong malah pemimpin dalam Pakatan Rakyat juga sangsi dan memperlekeh usaha `busuk’ sang ketua.

Ramai yang mula tersenyum sinis malah kepada kaki judi yang bertaruh esok adalah hari untuk mengutip `taruhan’ jika pilihan mereka adalah `pembentukan kerajaan baru adalah satu pembohongan’. Malam ini sudah pasti sang ketua sibuk menyusun kata-kata dan ayat power untuk disampaikan sebagai strategi pembohongan berikutnya kepada penyokong-penyokongnya dan penyokong Pakatan Rakyat. Rakyat Malaysia esok sedang menanti apakah alasan bodoh yang akan diberikan oleh sang ketua? Yang mula dihidu adalah alasan bahawa pembentukan kerajaan katak akan ditangguh kerana penggunaan ISA akhir-akhir ini dan isu lawatan sambil belajar Ahli Parlimen BN ke Taiwan. Alasan beb...yang penting bagi alasan!

Terkini, rombongan PKR yang baru kembali dari misi memburu di Taiwan sudah kembali ke Malaysia dan dengan nada tersangat yakin ketua rombongan yang juga Ahli Parlimen `Rock’ menyatakan bahawa pemburuan mereka telah berjaya. Siapa pula yang menjadi mangsa? Rata-rata mangsa yang dijadikan target menjelaskan bahawa pemburu-pemburu tersebut tidak pun berjumpa dengan mangsa. Adui mana yang betul? Adakah berjaya pemburuan itu atau pemburu-pemburu itu juga gagal akibat serangan taufan Sinluka di Taiwan?

Hari ini sang ketua sudah pasti ingin tahu dan mahu melihat hasil buruan mereka. Ada baiknya jika pemburu-pemburu ini berjaya, mereka juga ditugaskan ke Teluk Aden untuk berunding pula dengan lanun-lanun yang menawan anak kapal dan kapal kargo MISC. Kalau berfikir secara rasional, lihatlah betapa terhegeh-hegehnya sang ketua untuk menubuhkan kerajaan katak. Sang ketua tidak peduli apa orang lain kata. Sang ketua yakin penyokong dan pengikut tegar beliau tidak kisah jika sekalipun sang ketua terus-terusan membohongi mereka. Bagi penyokong dan pengikut tegar, sang ketua seorang yang `maksum’...hanya orang lain saja yang layak berdosa!

Sang ketua memang licik. Licik tidak semestinya pintar. Pandai menipu dan memutar belit juga licik namanya. Sang ketua `berjaya’ membuatkan ramai pemimpin BN menjadi was-was. Sang ketua juga `berjaya’ membuatkan segelintir pemimpin baik dari PKR, PAS mahupun DAP sudah memasang angan-angan untuk mengangkat sumpah di hadapan DYMM Yang Dipertuan Agong. Pemimpin utama PAS dan DAP sudah menyatakan bahawa kerajaan katak bukanlah kerajaan yang berwibawa dan amalan katak sikatak lompat adalah amalan ahli politik yang dibenci oleh mereka. Tapi sang ketua peduli apa.....biarpun digelar Perdana Menteri kerajaan katak!

Seorang sahabat ada berkata macam mana kalau sang ketua berjaya mengotakan kata janji beliau? Saya jawab dalam politik tiada yang mustahil. Segalanya berkemungkinan. Oleh itu, jika sang ketua menjadi Perdana Menteri katak pun bukanlah sesuatu yang mustahil. Tapi terfikirkah kita apakah yang mustahil akan dilakukan oleh kerajaan sedia ada kerajaan BN bagi menafikan pembentukan kerajaan katak? Nah!!! Segalanya juga berkemungkinan. Politics is the arts of possible!

Jika kita begitu asyik menyerang, kita akan terleka dan cuai dalam membentuk pertahanan. Seringkali pihak yang bertahan akan melakukan `counter attack’...dan kesudahannya pihak yang menyerang kena `heart attack’...apalagi hai hai bye bye lah jawabnya! Kita jangan ingat orang lain bodoh sebab bila kita memperkecilkan dan menidakkan keupayaan orang lain maka sampai masanya kita akan kena check mate...mana mahu lari beb!

Baiklah...sama-sama kita tengok mana tahu di Stadium MBPJ Kelana Jaya akan ada hasil buruan dari Taiwan akan `dipamer dan diumumkan’ oleh sang ketua. Tapi ada juga yang mahu ke stadium sebab mahu menonton konsert kalau-kalau ada aksi `uncensored’ macam dulu.....

Apapun, esok bagi rakyat di negeri-negeri tidak bercuti umum teruskanlah bekerja kerana jika pun kerajaan katak ditubuhkan kita masih perlu mencari sesuap nasi dan menyumbang kepada pembangunan serta kejayaan negara. Lusa di beberapa negeri di Semenanjung khususnya akan bercuti umum sempena Nuzul Quran, tingkatkan amal ibadah kita sebagai bekalan di hari mendatang.

Salam...

HENTIKAN BERDEBAT SOAL POLITIK


15 September 2008
Isnin



WT- Satu saranan yang harus dipandang serius oleh semua ahli UMNO dimana jua anda berada...

Sungai Petani -- Semua pihak disaran menghentikan perdebatan mengenai hal-hal politik dengan memberi tumpuan terhadap pelaksanaan agenda yang lebih penting baik di peringkat kementerian atau pun parti.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata tindakan berkenaan tidak membawa sebarang faedah malah boleh menjejaskan pelaksanaan agenda yang lebih penting untuk kepentingan semua pihak.

Menurut beliau sekiranya isu politik menjadi keutamaan dan setiap masa dibelenggu dengan perkara-perkara politik peribadi, individu, atau puak-puak tertentu akhirnya agenda lebih besar tidak selesai.

''Sekarang banyak masa terbuang kerana kita memikirkan politik, peralihan kuasa dan seumpamanya. Walhal banyak kerja yang perlu dilakukan sama ada di peringkat kementerian atau parti sendiri.

”Kita juga merasakan sudah 'keterlaluan' bagi kebanyakan pihak yang mahu mementingkan isu politik daripada tugas hakiki.

"Pilihan raya pun sudah berlalu enam bulan dan kita masih bincang secara terus-menerus, sampai bila masa kita nak buat kerja?," soalnya.

Hishammuddin berkata demikian pada majlis berbuka puasa dan menyampaikan sumbangan Hari Raya Aidilfitri kepada anak-anak yatim anjuran Pertubuhan Belia Nur Kasih dan Pergerakan Puteri UMNO Kedah di sini, semalam.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Pemuda UMNO Kedah, Mohd. Rawi Abd. Hamid dan Ketua Puteri UMNO Kedah, Shahanim Mohd. Yusof.

Dalam pada itu, Hishammuddin yang juga Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN) menasihatkan semua pihak agar tidak terikut-ikut dengan rentak Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kononnya mahu mengubah kerajaan dalam tempoh terdekat.

Tegasnya, orang ramai tidak perlu terpengaruh dengan dakyah Anwar yang hanya pandai berkata-kata tetapi tidak dapat mengotakannya.

"Kenapa hendak menari ikut rentak Anwar?. Dulu kata nak tukar kerajaan sebelum Parlimen bersidang.

"Sekarang 16 September pula dan nampak tak menjadi sehingga terpaksa dianjak-anjak. Ramalan demi ramalan dibuat tapi tidak menjadi kenyataan.

''Bila jadi begini, usahlah kita percaya dengan kredibiliti orang seperti itu," katanya