Tuesday, September 16, 2008

PEMUDA BERANI - AGENDA KHIR TOYO

Dipetik dr KPMU.Net
17 September 2008, Rabu


AHLI Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo hari ini secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Menurutnya, sejak membuat pengumuman untuk menawarkan diri pada Mac lalu, beliau menerima maklum balas positif daripada akar umbi.

Katanya, maklum balas yang diterima daripada kepimpinan pergerakan itu khususnya daripada bahagian dan cawangan amat menggalakkan dan memberangsangkan.

“Sehubungan itu, saya ingin menjelaskan secara terbuka bahawa saya tetap dengan pendirian awal untuk menawarkan diri sebagai Ketua Pergerakan Pemuda UMNO pada pemilihan parti Disember ini,” katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini.

Selain Mohamad Khir, dua lagi calon turut mengesahkan diri untuk bertanding jawatan itu ialah Ahli Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perlis, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Sementara itu Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin dijangka mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan itu.

Sehubungan itu, Mohamad Khir memohon restu dan sokongan daripada semua Pergerakan Pemuda bahagian agar dapat mencalonkan beliau untuk jawatan berkenaan.

“Saya yakin dengan pengalaman dan keazaman serta iltizam sangat kuat yang ada pada diri, insya-Allah jika saya dipilih sebagai ketua yang baru, kita akan memulihkan keyakinan dan sokongan generasi muda terhadap pergerakan ini dengan agenda Pemuda Berani,” ujarnya

WT- Mukhriz dengan agenda Berani Berubah, Khir Toyo dengan agenda Pemuda Berani...Kita lihat apa agenda dan transformasi yang cuba dibawa oleh Datuk Zahidi dan Sdr Khairy pula? Apapun, kita masih ternanti pengumuman rasmi Sdr Khairy untuk bertanding Ketua Pemuda UMNO Malaysia...bila? Rasanya cukuplah 4 penjuru...ramai sangat pun orang kata...buang karan saja!

No comments: